Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, July 17, 2013

SUP MAKARONI AYAM



Salam kehujanan di petang Rabu eksklusif dari Bandar Putra Kulaijaya.
Saja je mention sebab nak tunjukkan yang post ini ketika aku MC dek kerana minor accident 2 hari lepas. Tak larat nak update belog since accident tu sebab tangan kanan sakit giller. Alhamdulillah hari nie aku dah bukak balutannya, luka dah kering and I feel lots better walaupun badan masih sakit-sakit lagi... :(
Dah lama tak post pasal masak-masak, so sebelum aku melangkah masuk ke dapur untuk menyediakan juadah iftaar hari ini... aku nak kongsikan sebuah resipi yang saaangat mudah dan yang anak-anak aku tiga-tiga suka makan. Actually, aku masak ni semasa 1st Ramadhan.. nie baru sempat nak share. Hehehe...

Note: kuantiti belasah je la ye mengikut kesesuaian jumlah perut yang nak di isi. Hehe...

Bahan2nya:
Makaroni - tak payah rebus dulu
Ayam - amik bahagian isi dan potong dadu
Bawang putih - pecah2
Lobak merah - potong dadu
Kobis bunga - potong kecil
Kentang - potong dadu
Secukup Rasa
Serbuk lada sulah
Air secukupnya
Tepung gandum untuk memekatkan kuah

Optional:
Daun sup dan bawang goreng for garnishing

Cara menyediakan
1. Tumis bawang putih sampai naik bau
2. Tambahkan ayam. Masak dgn api sederhana sehingga ayam masak
3. Masukkan sayur-sayuran, goreng dalam 1 minit
4. Tambahkan air - lebih enak mantop kalau guna air rebusan ayam, tapi aku guna air jek sebab kan tadi ada ayam dah tumis awal2...so rasa ayam tu tetap kuat dan sedap.
5. Masukkan makaroni. Tambahkan Secukup Rasa or Garam or Pasti Sedap dan serbuk lada sulah untuk perisa. Tambah juga tepung gandum anggaran sesudu besar untuk bagi sup pekat melekat.
6. Renih hingga makaroni masak.
7. Hidangkan dgn daun sup dan bawang goreng jika suka (anak aku tak suka sangat sbb tu gambar togel..hehe)
8. Sesuai di makan begitu saja or cecah roti.
Sekian.
P/s : Anak2 aku makan sup nie sampai ke sahur next day. Actually it is good to eat soupy meal semasa Ramadhan bg menggantikan kehilangan air dari badan.

2 comments:

  1. aiyooo terliur ni alahai... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tryla Shakira.. sangat simple tapi mmg sedap :) kalau nak lagi kick..lawan sambal kicap :)

      Delete