Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Monday, April 14, 2014

CJH -BLESSINGS IN DISGUISE OR DISGUISE IN BLESSINGS?

Assalamualaikum WBT...

Sian belog aku...sunyi sepi since aku resign Venture dlu...update sikit2...terus traffic drop kan...hehehe...well, this time round I really feel like writing!!! The thing that I really need to bring out of my brain which aku rasa sangat memberatkan kepala nie.. well, bagi aku la...mungkin bukan pada orang lain...but it is my blog, for me to share my thought...my feel kan...

Okay, back to the story. After I left Venture to stay at home kononnya nak berbisnes sendiri yang xde la maju jaya sgt pun...finding a new job is not really my big priority since I have enjoyed the moment staying at home with kids yg kebetulan tgh cuti sekolah dan husband yg mampu nak tanggung belanja kami2 nie... yeah...I did attend interview for govt sector which I failed both (as ezpexted) in which i was so upset not to secure a position as an ATCO. Pastu mmg aku x de apply kerja mana2 pun..bukak jobstreet pun tidak..Until I received a phone call from a job hunting company looking for a asst test engineer (night shift) which I declined but I told him that kalau ada position QA or Program Exec aku nak la give a try. 

Agaknya mmg dah tersurat itu rezeki aku, ada la vacancy post Program Exec kt lokasi yg sama as jwtn asst test eng tu. So after a couple of interview, I secured the position with salary I want and they wanted me to start immediately. Strange but true, I asked them to delay a few days for some reasons... well, we were on family vacation masa tu...and you might be wondering why I accept the job? Okay, by that time I felt a bit of financial stress...and since peluang dah ada depan mata...so just grab the opportunity, do the best and see how it goes... why Program? Because that is what I wanted to do. Masa aku kt Venture dulupun bos pernah offer aku masuk Program but for some reason aku tpaksa decline dan accept Test, the job I really wanted to explore on that time lar... Bg aku, Program is a great job..more on management and based on my own pemerhatian di Venture..it is the job I can do for life.

So, on 10 Feb 2014 I joined CJH as a Customer Program Management Analyst...jwtn yg WOW...mcm canggih giler lar for a big MNC company. I will be handling SonoSite account, another medical company...maybe due to my prev experience in medical dept. Aku datang dengan perasaan yang pelik. Ok, minus my first job kt Ampang yg aku kerja sehari tu...this is my 4th job la... all of them started with excitement and 'i-am-looking-forward' feeling. Walaupun pada masa tu ada time kena start tinggal anak yg bayi kt taska...but yeah...excited nk kerja mmg sgt-sgtlar... Berbanding this time round, aku melangkah masuk dgn hati dan jiwa yang kosong..kosong..kosongggg... Mcm x de feel langsung, totally 'ah gasakla...terima je la...'..the orientation with HR went very well..they were so good. The best so far after HSBC yg mmg thorbaek....with a few other candidates for different positions...memang sgt okay.

But on the 2nd day... I was handed to the department that I will be working for. Mcmana nk kata eh...aku rasa blank...aku rasa cold...aku rasa mcm kosong giler...met these girls, they were okay but the strange feeling of mcm tiada kemesraan yg ikhlas dalam satu team...but as always, looking at the positive way...bersangka baik lar...

As time goes by...aku still tak ada feeling seronok to stay there. Just continue the days for the sake of money eventhough I feel so sick about the routine and rules. Aku bukan jenis yg suka dikontrol sangat..let me do what I want to do and I will come to superior when I need help. That is me. Tapi ...ntahlah....aku seriously x suka x suka x suka....and there were so much signs of 'Eca, just get out of that place or you will go nowhere' yg aku terima saban hari. Penatla nak tulis karangan..meh aku tulis point2 why I am so looking forward to au revoir... A.S.A.P.

1. Mcm aku kata tadi...semangat, excitement and looking-forward feeling tu x ada. More on paksarela sbb nak duit

2. My kids...sebelum nie semua okay je aku kerja. Padahal dulu lg la balik lewat, keluar awal..tp cool je. Kali nie masing2 like "mama x yah kerja la..." or "mama esok kerja x?"...those kind of things...

3. The ambient in that company is so unwelcoming. I have never been introduced officially to those who I am supposed to work with...until 2 times 2 managers from operation and engineering personally asked me who am I, what am I doing here and which band I am...bla bla bla... and they were saying something like 'why your manager never introduced you to us' that kind of thing...

4. I was left alone with the job. No proper guidance what I must do and what I must not do. I need to do things right at the first time... There is no such thing like 'if you dont know, pls ask'..so when I did mistake...tau plak ko bising

5. Funny.. i need to ask signature of senior, manager and senior manager to take leave, giler.

6. I have to report to 2 persons..senior and manager which sometimes give different opinion on same thing...i left headache.

7. I hate the idea of cakap blkg...and the cakap blkg one is the manager...ko kutuk A, B, C kat aku...ko kutuk aku kat sape ek? And ko sedar tak yg O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z is talking about you? This is real unhealthy situation!

8. Bila meeting yg aku attend..i mean KENA ATTEND..they spoke language I dont understand.

Apa lg nk ckp? Seriously banyakkkk tp mcm x larat nk tulis...sbb banyak sgt tu la aku decide to start applying new jobs dan alhamdulillah Ya Allah atas limpah kurniaMu...aku dah berjaya secure a new job at a better place, Inshaa Allah!

Aku dah tender dah pun
Dan aku tgh cuba nk speed up the process
With hope CJH will release me earlier than notice without touching my salary.

CJH is not a place for me lorrrr....
For C ok kot...sbb meeting etc pun guna C language...
Aku bkn C pun...

So..aku dah sarat pening nie...
Fikir esok kena g keje jugak weittttt....

So, alhamdulillah blessing in disguisenya adalah aku dpt belajar few things dan dpt gaji for my short tenure in CJH. Allah bantu aku tu....rezeki dlm cara yg tak brp aku suka dan at the same time mengepush aku utk cr better job utk aku...

Disguise in blessings?
Aku mmg sakit sgt kepala nie...bila fikir psl anything related to CJH...

Dahla...it is not a place for me....

Full stop!

Tuesday, January 14, 2014

I AM SO TIRED!

Salam Maulidurrasul.... walaupun 12 Rabiul Awal hampir berakhir... Namun yang pasti sebagai umat Islam, ingatan kepada baginda bukan sekadar pada hari ini sahaja tetapi setiap hari.

Allahummasolli 'Alaa Muhammad... Wa'alaa Aalihii Wasohbihi Wasallam...

Perkembangan terkini aku... TIRED! Satu perkataan menjelaskan segala. Since I left Venture, I have to admit I have been struggling between business and life as a housewife. It is not easy for some reasons that I choose to keep it privately... Things have not work very well, and I am quite frustrated actually...and stressed. Walaupun I am trying hard to appear cool...hati aku, perasaan aku cuma Allah yg tahu!

I don't have enough time to do everything I want to do and I need to do. I have Shaklee, Qaseh & food business in my hand but it is very difficult to handle everything when I need to work while taking care of the family. It always something disturb me which I cannot focus to what I am doing...sampaikan aku nak update this post pun konsentrasi aku diganggu! Huk.... All I been asking Allah is extra energy so I can work through the night...but now I can't do it anymore because anak2 dah start sekolah and I need to wake up early to do this and that....

Benda nie dah lama terpendam di jiwa...lefa sikit dapat diluahkan...

So, enough sesi luahan perasaan...now I need to move on......

Wednesday, October 23, 2013

BAHAYA KE MEMANDU & MEREMPIT DI MALAYSIA NIE?

Well... it is applicable to me la...
Aku tatau kes-kes korang semua macamana...
Aku boleh bawak motor sejak umur aku 10 tahun (tapi sampai umur 3-series nie aku x de lesen motor)
Dan aku ada full car driving license (tapi aku jarang drive sebab kereta suami aku, dia yang guna)
Maka, hari-hari aku merempit gi kerja... berbekalkan niat Lillahi Ta'ala...berserta fokus kepada pemanduan motor. Rekod aku membawa motor sejak umur 10 tahun nie adalah cuma sekali je jatuh motor (which is semasa bulan puasa hari tu) dan 1 kompaun JPJ (bulan 9 hari tu...argkhs!) yang aku x bayar pun lagi sebab aku nak gi court dan buat rayuan pada bulan 11 ke 12 nanti... Lalalalalala....

Itu bukanlah topik yang aku nak cerita hari nie...
Aku lebih tertarik dengan behaviour pemandu dan penunggang di Malaysia nie yang pada pandangan peribody aku, semakin hari semakin hampeh dot com dot my.
Dan aku rasa pelaksanaan undang-undang yang tidak dilaksanakandan di'follow-up' kan sewajarnya juga menyumbang kepada faktor tidak selamat memandu dan merempit di Malaysia ini
Well, keadaan permukaan jalan raya lagi?
Mak aihhh.... bila dah bukak topik nie macam-macam plak faktor yang menyumbang kepada ketidakselamatan ini kan?

Huhuhu....

No. 1
Aku perhatikan habit pemandu di Malaysia ini yang ada unsur selfish... yang ingat nak cepat dan tidak memikirkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain, maupun pejalan kaki yang dok berjalan kat tepi-tepi jalan. Geram okeh.... geram..!!! Contoh paling senang la aku bagi kat sini... lori, trailer dan trak kontena besar gedabak yang melambak-lambak kat Johor nie... or forget to mention BAS KILANG! Yang suka-suki jek parking kat tepi jalan sewaktu peak hour orang nak pergi kerja atau balik kerja..yang menyumbang kepada jalan jam yang memang terang-terang salah diorang. Macamana aku tau salah diorang/ Sebabnya bila kenderaan-kenderaan lain melepasi 'bottle-neck' yang disebabkan oleh kenderaan besar perasan bagus tu , terus laluan lancar... tak percaya? Aku jemput korang datang kat Kawasan Perindustrian Tebrau 1, dekat dengan kilang Southern Lion nie pada pukul 6.05ptg dan rasai pengalaman indah stuck dalam jam dekat simpang kilang Mitsui Soko. itu belum lagi operator-operator kilang (aku rasa Brothers kot...) yang sangat ingin mati cepat yang x kira kereta, motor, bas, lori bagai yang zass zass pada kelajuan purata 30-50kmj lalu kat situ...suka-suka je berlari2 dengan wajah separa cute nak melintas jalan.... hoi! Kalau kitorang langgar korang...dan korang mati, kitorang yang hidup nie susah tau tak? Hadoi..tolonglah guna akal tu sket !!!

No 2
Kebanyakan jalan di Malaysia skang nie one way... means ada pembahagi jalan di antara laluan going down dan going out...well, you get what I mean kan? So at the end of the road or maybe kat tengah-tengah tu akan ada satu laluan khas untun pusingan U. Ada pusingan U dibenarkan untuk kenderaan ringan sahaja dan ada yang beradius besar untuk kenderaan berat. Akan tetapi, terdapat juga mangkuk hayun bertingkek-tingkek x reti bahasa nie suka2 je buat pusingan U-Turn kat tempat yang memang x sepatutnya buat U-Turn. Aku memang super tak puas hati nie! Meh aku highlight lokasinya. Simpang 3 kat Kawasan Perindustrian Tebrau 4 dekat area JCY, kilang beras dgn apa ntah lagi tu. Kat sini memang jadi favorite place bas kilang dan bas Handal Indah buat U-turn ikut suka hati mak bapak dia bukan sahaja ketika jalan kosong, malahan dengan tak segan silu angkat tangan suruh kenderaan yang memang dan sedia jam tu tunggu kejap bagi diorg U-Turn dulu...padahal diorang boleh sangat gi tempus kat another end of the junction dan masuk balik ke jalan tersebut tanpa gunakan pusingan U yang menyusahkan pemandu lain.

Pemandu bodoh!

No 3
Aku tak rasa it is a very wise thing untuk kenderaan besar-besar dan siput2 nie dibenarkan menggunakan jalanraya ketika waktu puncak. I know it sounds a bit unfair but well, tengok sajalah bilangan kemalangan yang disebabkan oleh lori, treler etc...dan it is not a healthy idea juga untuk kami-kami pemandu kereta yang mungkin x pasang aircond serta penunggang motosikal yang dok menyelit sebelah lori dan bas nie terpaksa menghidu asap hitam (woiii..mcmana ko boleh lepas test Puspakom hah???) yang lebih hangit dari asap rokok yang haram tu. Other than that, kewujudan bajak or backhoe kat jalan pada waktu pagi juga turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya. Kalau time bawak motor, ada mahapla sket.. cuba selami perasaan mereka-mereka yang memandu kereta dan terpaksa men'siput' di belakang bajak yang 'gedek gedek gedek' selowmosyen giler itu! Ohmai.... of course I have such annoying experience kan... tambah dosa pada hari tersebut. Argkhs..!!!

No 4
Please stick to your lane! Kadang2, kat jalan yang ada lebih dari 1 lane nie... kereta-kereta nie suka-suki je nak tukar lane. Dah elok2 kat kanan, nak masuk kiri bila nampak ada gap sket between 2 biji kereta kt sebalah lane tu. Padahal tak tukar lane pun boleh. Ngengada kan... lebih sentap kalau tak reti-reti nak guna signal.. main masuk jek... nak je aku bom tuan kereta tu!

No 5
Dear penunggang motorsikal. Yes, aku juga penunggang...dan aku tau keseronokan menunggang motorsikal yang virtually free from sebarang traffic congestion kerana kita ada kelebihan untuk mencilok di sana dan di sini... tetapi, hargailah nyawa anda. Kot yer pun nak cepat... tengok depan sebelum cilok.. terlalu banyak kes yang mana ko nak cilok...ko kena seret dengan kenderaan dari hala bertentangan... ko cilok sebelah lori..ko sangkut kat lori dah kena lenyek... hadoiii..... and please be considerate juga kalau kat traffic light tu...kalau lampu tu merah, jgn suka suka je nak jalan...aku tataula kalau korang nie buta warna or memang ada niat nak bunuh diri...

huhuhu...aku rasa, aku bagi 5 dulu cukup kot... banyak lagik..tapi aku rasa, bila tulis 5 jek pun...mesti fikiran dah menerawang ke jalan raya dan imagine kekiasuan pemandu dan penunggang di Malaysia.

Itu belum lagi termasuk menggunakan emergency lane kat highway time jam... (peristiwa pagi tadi)

Ingatlah... kalau ko nak cepat, aku pun nak cepat. Orang lain pun nak cepat. Jangan sebab kegopohan ko sorang, semua orang jadi lambat.

Jadilah pemandu yang bertimbangrasa.

Thursday, August 22, 2013

TRAUMA KE AKU NIE?

gambar ihsan uncle Google
Trauma ke aku nie?
That is the question I don't know what to answer.
Seriously too much of accident news recently, samada mangsanya aku kenal or tak kenal.. semuanya mengundang ketakutan tak terkata....

Aku sekarang mengelak-elak sangat kalau Encik Z suh drive kereta.
Takut!!!!
Terbayang kereta tetiba tayar meletup..berpusing2...dan dushhh langgar pokok...
Mati free bukan atas salah sendiri...
Or tetiba.... aku lagi x de salah silap..then kereta lain zassss... sodok aku dari belakang...
At worst, kereta lain memotong dari arah bertentangan..tak lepas and... bangggg!!! Gelap dunia... dan jaga-jaga jek... "Maaarabbuka...."

Nauzubillah... nauzubillah... Ya Allah, jauhkanlah aku dari segala malapetaka sedemikian...

Kesian Kak Long... Kesian Eiman... Kesian Adik...

Naik motor pun takut-takut je sekarang... I am no longer an old Norafesa yang bawak motor kalah jantannnn kat jalan!

Penuh sopan santun dan keayuan... bersama JPG XXXX yang tergolek hari tu atas kesalahan orang lain!

Aku palingggg gusar bila hari hujan... jalan licin...

Aku paling anti... dengan motor, kereta yang suka-suka brake emergency, tak pepasal aku cium montot dorang...aku plak nanti di consider pihak bersalah!

Aku paling tak suka...hangin... dengan sesiapa bikers yang suka mencilok celah-celah kereta, pastu dah dpt cilok depan aku..terhegeh2 dan boleh stop walhal ruang luas untuk ko lepas cilokkan itu!

Aku paling menggigil bila bawak motor kat highway, lori-lori puaka nie lajuuuu sangat memotong aku...
Dalam kepala aku:
1. Buatnya lori nie terbabas dan gelek aku... aku bukan dipihak bersalah tapi aku mangsa keadaan
2. Buatnya tiba-tiba tayar dia malatops... this is the scariest one!

Aku pelik..kenapa kerajaan tak melaksanakan satu undang-undang.. lori-lori besar gajah nie takdibenarkan menggunakan jalan persekutuan pada waktu sibuk a.k.a 6.30am-8.30am / 5.30pm-7.30pm.

Menyemak pun yer... terhegeh-hegeh tengah jalan..org nak cepat gi kerja...

or bawak macam malaun yang tak sabar-sabar nak masuk neraka...

Oh please lah!

Ya Allah ~ lindungi aku!

Friday, August 16, 2013

MACAMANA NAK JADI BLOGGER TEGAR NIE?

Pedih aku rasa...
Rimas pun ada...
Bila kerja tak habis-habis...
Minggu nie tekanan jiwa betul kat office nie!
Uwaaaaaaaaaaaa   !!!!!!

Kalau aku kaya, sumpah aku resign hari nie jugak!

Why?
Nanti aku cerita...ini bukan kerjaya pilihanku!

Thursday, June 27, 2013

A P T B - APAKAH NASIB BISNES DAN BELOG AKU?

Hmm... mencanak-canak idea nak update blog hari nie... tapi semuanya terbantut!

Macam tiba-tiba je, semuanya tak boleh dah.

Bos dah bising, ada ke tak bg aku bwk iPad (hello..mine is Samsung Galaxy Note 10.1 okeh!) pergi opis atas alasan company dah bagi PC untuk buat kerja.

Hello... tu my private property, ske ati aku la nak bwk gi mana pun

Lagipun aku guna broadband..bukan memberatkan bandwidth WiFi office pun...

Apapun tak boleh... mcmana Kedai Facebook aku?

Macamana nak update blog selalu?

Dah kena cari Android phone skrin 5 inci la macam nie... kalau kot dia cakap tak boleh guna smartphone kat office, sila tinggalkan iPhone iPhone kalian di rumah ye boss...

A P T B !!!

Monday, April 1, 2013

SALAH SATU BENDA YANG SUSAH DALAM HIDUP INI ADALAH....

...untuk memuaskan hati semua pihak. full stop!


Friday, December 14, 2012

MCMANA NAK DUIT SEGERA EK?

HELP...!!! :(

Wednesday, October 3, 2012

RINDU ITU...

(sorry, tengah mood jiwa kacau....)

...kalau nak bicara tentang rindu, rindu tu dah terpendam..bukan sekadar semalam, kelmarin... bukan setakat sebulan dua.. setahun dua..tapi sekian lama dah.. tapi rindu tu tak bawa ke mana..semakin hari semakin lara..memakan hati dan segenap jiwa..dan akhirnya meracun diri sendiri... :(





Oh Angin... sampaikanlah lagu ku padanya... yang sedih pilu... terimalah... laguku jadi teman hidupku... untuk selamanya....

Kamu tidak akan faham sebenarnya...... :(

Friday, September 14, 2012

TRIBUTE UNTUK LELAKI PERTAMA DALAM HIDUPKU... AL-FATIHAH...

Salam Jumaat Y'All...

Life has been busy as always, sampai nak post pasal raya..openhouse semua tak post-post lagi... tapi kali ini..aku takkan bertolak ansur dengan kesibukan kerana ini adalah post yang sangat penting dalam hidup aku...

Hari ini 14 September 2012, genap 12 tahun pemergian beliau... beliau lelaki pertama yang hadir dalam hidup aku... beliau banyak meninggalkan kenangan dalam hidup aku... and he is one of the most influenced person in my life... pendek kata, di kalangan orang lelaki..he is actually my first love and sampai hari ini kasih sayang itu masih kekal... AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM MEJ (B) SHAHARUDDIN BIN HASSAN... beliau adalah Abah aku.... :(

Saban tahun, apabila tibanya tarikh ini pasti aku akan teringatkan beliau... tetapi tahun ini aku rasa hari-hari pun aku ingat kat dia...dan actually, setiap kali aku teringatkan dia, terkumat-kamit aku segera menyedekahkan Al-Fatihah untuk Abah.... apa lagi yang dapat aku lakukan untuk dia... seberapa boleh pahala yang dapat aku sedekahkan kepada Abah....

Abah... sewaktu kecil memang aku rapat dengan Abah... Abah duduk berjauhan dari aku dan Mak... sebab Abah kan tentera..pindah ke sana ke mari..kem sana kem sini... dan Mak pula bekerja sebagai kerani sekolah di KL...maka Mak tak ikut sekali Abah pindah...bila Abah balik, aku lah insan paling gembira... Abah bawa pergi jalan sana sini, Abah beli mainan itu ini... the list is neverending... aku tau Abah memang kepingin anak lelaki sebelum Yos lahir.. tapi rezeki Allah kan... so Abah ada belikan aku kereta control BMW warna putih, jalur2 biru hitam merah..masih aku ingat lagi kereta tu ok.. :-) Apa lagik Abah beli untuk aku ek... haaa.. Teddy Bear (sebab aku jeles Kak Long & Kak Nina ada teddybear besar), anak patung Pink Panther...sebab aku sgt suka...then Abah pergi UK... (one of my earliest inspired moment yang alhamdulillah aku akhirnya dapat ke UK juga untuk sambung study), Abah belikan aku sandal tumit tinggi, gown jalur2 kaler putih biru yang masih wujud sampai hari ini..well.. Kak Long pakai baju tu tau...jangan tak percaya...!!! Well... itu diantara memori awal aku dan Abah...

Bila aku semakin besar... keakraban aku dengan Abah makin kurang, well..tak perlulah aku nyatakan WHY here.. biar ianya jadi rahsia aku seorang...tapi aku tetap hormat dia... dia masih Abah aku..tak pernah lokek ... masih menyayangi aku despite of aku tidak rapat dan manja macam masih kecil-kecil... masa aku dapat 4A dalam UPSR, Abah janji nak bagi aku RM100 for each A...:-) Bila aku berjaya ke UK untuk melanjutkan pelajaran he was the happiest person (Mak mcm kurang approved sebab dia nak aku study kt UKM ke UM ke UUM ke..tapi aku memang nak pergi UK) aku pakai blazer yang dia beri pada perjalanan pertamaku dari Subang Airport (masa tu KLIA dlm pembinaan) ke London Heathrow...

Ya Allah..banyaknya kenangan aku dan dia! And kalau nak tau, ABAH TAK PERNAH PUKUL AKU SEPANJANG HAYAT DIA! Marah tu pernahlah dua-tiga kali..aku memang sangat kecut perut bila Abah marah, that's why aku sangat patuh pada perintah dia...suara dia mcm petir okay..maklumlah... askar... Abah sebenarnya panas baran tapi dengan aku, he has been very gentle and loving.... How I Missed Him...

Abah oh Abah...!!! How I wish Abah is still alive so Abah boleh jumpa cucu-cucu comel Abah yang tiga orang itu.... Abah tau tak, Eca memang sangat rindukan Abah... sumpah tak tipu... Abah...maafkan Eca kerana tidak menjadi anak yang sempurna untuk Abah..tetapi semenjak pemergian Abah... setelah umur Eca bertambah... setelah Eca jadi isteri dan mama, Eca mengerti erti sebuah kehidupan... dan bila dugaan mendatang, wajah Abah adalah salah seorang yang terbayang di mata Eca.... I need you, I want you to be here with me.....

Alamak dah dekat pukul 6 pulak.. Insya Allah nanti Eca sambung Part 2 pulak yer... Al-Fatihah Untuk Abah... 12 Tahun Pemergianmu... Rindu Sungguh Pada Abah... Loves You Very Much...!!!

ALLAHYARHAM MEJ (B) SHAHARUDDIN BIN HASSAN... HE IS MY DAD...!!!

Friday, September 7, 2012

PENAWAR HATI SAYER...

Bila hati gundah gulana... Bila rasa sedih... Bila semangat rasa lemah... Bila rasa sunyi...sepi...tiada sesiapa di sisi... dialah penawar hati saya....

Dialah busyuk saya... Dialah masyam saya...

Dialah cinta hati saya... Dialah pengarang jantung saya...


Dia notty... tapi dia manja...

Dia comel... dia suka ketawa... tapi dia juga suka menangis... tapi saya sayang dia kuat-kuat...!!!

Dia anak bongsu saya... Nur Arissa Suraya...

Bicaranya petah... bercakap mcm orang tua...

Garang macam saya... dah pandai pergi tandas dan wee-wee sendiri dan bok-bok sendiri...

She used to be not so cuddly..kalau kena peluk meronta..marah...rimas agaknya...!!!

Tapi now dia dah tak macam tu... Adik dah jadi big girl yg sporting...

Kadang-kadang time tidur Adik yang peluk mama kan...???

Bila saya sedih... bila saya rasa tertekan... bila saya rasa lemah... dialah sasaran saya nak peluk...meminta sedikit kekuatan untuk meneruskan hidup...

Bila saya menangis dan saya peluk dia... saya akan renung mata dia yang jernih dan bersih... yang seolah bertanya..kenapalah mama aku nie menangis...???

Kadang-kadang memang dia tanya... "Kenapa mama menangis?" atau "Kenapa mama sedih?"

Huhuhu... you are my angel....

I miss you.... sat lagi kita jumpa yer kat rumah... :-)

Monday, July 30, 2012

BERAKHIRNYA MINGGU PERTAMA RAMADHAN YANG PENUH DUGAAN

Salam Y'All...!!!

Glory Monday everyone...!!! After a very long 'idle'... I am back in action...!!! Sepiku bukan kerana suka-suka, sesungguhnya minggu pertama Ramadhan tahun ini merupakan minggu superbusy dan amat mencabar...!!! Ikutkan hati, pelbagai cerita aku karangkan dalam kepala namun masa seakan cemburu menyebabkan aku x sempat nak menekan keyboard berkongsikan apa yang aku lalui sepanjang minggu lepas... let make it short, I'll summarize what was happened to me during my superbusy week...

1. I went to 3-day in-house training from Monday 23/7/2012 to 25/7/2012. This training called 'Agilent 3070 Sustenance Training' means to familiarize us with ICT Test Machine, one of the testing method we used in Medical Department. The training was scheduled 9-5 everyday, with 3 break in between - breakfast, lunch and tea that makes no different to me since it is Ramadhan kan. Eh..tapi made different juga la because the meal provided is meant for 9 pax but since the majority were Muslims, so there were lots of letfover. Aku dengan tanpa segan silu tapau la lunch dan minum petang untuk dibawa ke rumah sebagai juadah berbuka puasa. Hehehe...jimat poket dan makanannya pun boleh tahan sedap :-) Apa yang aku dapat dalam training ini? Cer tengok kat bawah...
                                                                             .
                                                                             .
                                                                             .
                                                                             .
                                                                             .


Hambik kau... sebembat buku nota dia bagi...!!! Frankly speaking, although aku dapat cedok serba sedikit ilmu ICT dari training ini...aku lebih concentrate dengan business Tupperware masa training ini sebab minggu lepaskan minggu gaji bagi penjawat awam dan most companies...mana boleh dilepaskan peluang keemasan itu. Takpela..ICT nie, since dia dah bagi notes tebal macam kamus dewan, nanti bebila aku buat ulangkaji la..huhuhu...

2- At the same time, Medical Department buat PI yang terpostpone sejak sebulan yang lalu gara-gara office expansion and renovation. PI tu apa? PI ni Physical Inventory...kena kira itu, kira ini.. such as kira berapa FG untuk setiap model products yg kita manufacture, kira parts kat store. Kira parts kat store tu yang aku sangat cuak dan mual... because since we manufacture PCBA for customers like Philips, Stryker, NDS etc etc... component-component electronics yang nak dikira satu persatu tu... beribu-ribu! And to make it worst, the sizes ada yang lebih kecil dari kepala jarum peniti. Can you imagined that? Eventhough aku pergi training, in between..masa rehat or after training (5pm-6pm) Lead Auditor still suruh count..bosan giler okeh..especially bila kena re-count... re-count and re-count... stress!

3- Pada waktu aku free dan penuh semangat waja nak memblogging, managers plak dok lepak kat belakang aku...!!! Well, meja aku nie memang sangat strategik sebab betul-betul kat depan dua orang managers...so mereka dengan senang hati boleh turut memerhatikan aktiviti aku dari masa ke semasa...with pergerakan yang limited..maka terpaksa aku memendam rasa... :-(

4- I was struggling like hell to cope with Ramadhan needs this year... memang penat tak terkata. Bangun seawal 4.30 pagi untuk sediakan juadah sahur..walaupun 2-3 kali dah kantoi (sian Kak Long!), aku cuma mampu berharap yang Mr. Z faham bahawasanya isteri dia ini memang sangat letih lesu tak terkata dah... tolonglah faham ye Abang... huhuhu... a few times juga aku terlena dlm kereta on the way to the office (Mr. Z saya yang driving...bukan aku yek!) sebab aku ngantuk tak cukup tidur. The first few days of last week.. busyukmasyam tak sihat.. dia batuk, selesema dan demam...so all through the night sekejap-sekejap dia menangis berguling-guling meraung tanpa sebab munasabah... sampai 2 kali dia tergolek jatuh katil okay... :( Minggu lepas memang tak sempat layan TV sebab mengantuk, penat bagai...

My BusyukMasyam yang tak sihat...till I write this post, batuknya masih  teruk..she's on medication
Maka..itulah serba sedikit yang dapat aku rumuskan dari apa yang menyebabkan belog aku terpaksa disawangkan lite-lite selama seminggu... Insya Allah this week aku akan cover balik apa yang aku tak dapat nak storykan last week... untuk aku journalizekan sebagai panduan dan ingatan pada masa hadapan :-)

Monday, July 23, 2012

RAMADHAN HARI KETIGA....

Monday Y'All.... :-)

It's lunch hour break and barulah dapat dok lama sket depan PC menelaah belog dan Facebook peribadi dan Kedai Tupperware. I am on full day training starting hari ini until Rabu. Well..in a good side, aku tak perlu menikmati kebingitan dek kerana renovation yang belum tiba penghujungnya.... in a bad side... boring okay... bila hati dah tak 100% on my current job which is I don't heart as much...inilah jadinya...

Huhu...pada waktu dan saat ini...hati terbakar...!!! Apsal aku bau rendang dalam opis...??? Wawawawa....bulan puasa okeh... please la...ada yang kena cari rendang time buka puasa nanti.... huhuhu...

Pengalaman 3 hari pertama Ramadhan tahun ini:

Day 1

Sahur dah kantoi...sedar-sedar lagi 3 minit nak imsak...sekadar minum air sukida dan suap nasi lauk telur hancur 2 suap, that's all. Aku mampu bertahan berbekalkan lemak tepu yang membaluti tulang dan daging dalam badan ini... cuma perubahan ketara cuaca menyebabkan agak lelah... cuaca yang sebelum ini asyik hujan jer...tetiba bertukar jadi panas terik pada 1 Ramadhan (until now...)... Iftar pertama di rumah mertua kat Kota Tinggi...diorang masak nasi ayam yang sedap giler..air mcm2 warna ada.. pity my daughter, pening kepala masa buka puasa, suspected dehydrated kot... and Mr. Z suffered the same symptom afterwards... Aku? Jam 9.00 dah terbongkang after tgk qualifying Formula 1 Hockenheim...

Day 2

Sahur di rumah mertua. Menu - nasi ayam baki berbuka puasa semalam dengan lauk nasi ayam dan lauk nasi putih. Tiada nasi putih dihidangkan kerana mak mertua lupa tekan suis ON kat rice cooker...kikiki... aku ON je nasi ayam... Kak Long 3 kali tambah! Lepas Subuh, sambung tidor..pkol 9 baru bangun...mertua dah buat puding kastard and by 12pm dah siap masak asam pedas ikan tenggiri untuk buka puasa okeh! Huhu... No Comment! Petangnya, aku bersama Mr. Z dan little busyukmasyam terjah PaRam kat KIPMart Kota Tinggi. Tak sehebat tahun dulu duluuuuuuu perhaps mungkin kerana dah pecah dua dengan PaRam lain kt bus stand sementara... xde kuih muih menarik..tapi dapat Ayam Percik yummeh...Roti John superhebat dan Air Katira so-so... ouh beli Sata juga dan Air Soya fresh ...alhamdulillah... berbuka puasa kenyang giler..tanpa sentuh sebutir nasi pun! Pukul 8 lebih, gerak balik ke Kulai...bermulalah tugasan mengemas etc..until jam 12.50 pagi aku x larat dan tidur juga...

Day 3

Bangun sahur penuh bergaya! 4.35 pagi bangun, panaskan lauk pauk dari rumah mertua - ikan tenggiri asam pedas dan sayur bendi goreng. Then goreng ala-kadar baki ayam percik. That's all... lawan nasi panas..memang hebat...:) yang penting air..dan aku sempat minum LactoFiber yang enak :) Soon aku akan buat one special entry untuk LactoFiber...tak sempat dah nie sebab satgi training continue....

Sorry la ek takde gambar-gambar mengindahkan post kali ini...bila dah kebuloq x dan nak snap-snap dah...hahaha...buruk perangai :p Jam 1.00PM...4 hours to go untuk training hati ini... malasnyerrrr...huhuhu...but life goes on.... nanti menulis lagik...!!!!! :)

Saturday, July 21, 2012

SAMBUT 1 RAMADHAN DENGAN WALLPAPER BARU...

Salam Ramadhan Y'All...

Malasnya rasa hari ini.. lemau jek...yup actually sepanjang minggu ini aku memang rasa lemau dan tak bersemangat je dalam apa yang aku buat kecuali jual Tupperware! Kekeke...tapi Alhamdulillah... rezeki, kan? :-)

Pagi tadi aku sahur dgn sesuap nasi, telur hancur dan kicap...uwwwwaaa....hari pertama dah kantoi sahur! Gara2 snooze jam yang wake me up at 5.31am!! Waktu Imsak di JB adalah jam 5.37am..sempat goreng telur..ajak anak dan Mr. Z jamah untuk alas perut tapi dia dah tarik muka, minum air dan sambung tidur while Kak Long cool jek minum air 2-3 cawan..makan juga sesuap dua dan that's it...!!! Anyway, sejak dari zaman mula berpuasa dulu pun aku bukan jenis bother about sahur sangat pun...Makan kenyang2 before tidur..sahur minum air je and I am done. In fact x sahur terus pun I am still okay so kebiasaan berbelas tahun itu memang agak sukar untuk diaplikasikan apabila berkeluarga nie tambahan pula dapat suami yang sangat tegar about sahur...rasa mcm nak order McD 24 jam jek tapi tekak diorang? Adeih...pengorbanan..pengorbanan...!!!

Anyway, back to the main topic... kitorang pasang wallpaper di ruang tamu...!!! Dengan bajet super sedikit, hasilnya amat memuaskan hati. Memula Mr. Z nampak di rumah one of our neighbour di Springsville nie..so he gets the contact info, call them in..diorang datang dengan katalog sebembat... we choose, they give quotation and in a matter of weeks they returned with what we want! Let's pictures do the talking :-) Pekerja mereka yang dua orang ini sangat pakar..imported from Indon and Bangla okay...


END PRODUCT.... TADAAAA...!!!!!


Okay tak...??? Nanti kalu ada bajet lagi... Mr. Z kater nak tempel plak kat dinding yg warna hijau itu..my personal opinion, tak payah. Just nice dah nie :-) Baik tumpukan ke bilik tidur or dapur pulak....

Okaylah..dah jam 9.02am. Time to kickstart the housechores... selamat berpuasa kawan-kawan semua :-)

Friday, July 13, 2012

STRESS @ 13-07-2012 17:10 ...!!!

Stress sangat...!!!

Dengan telefon yang 'sangap' ...!!!

Dengan pendrive yang tetiba x boleh berfungsi...!!!

Dengan Nokia Suite yang macam nak Mamp*S !!!

And the worst case is... dengan construction a.k.a renovation yang kat belakang aku nie... aku rasa macam bekerja di tapak pembinaan...!!!

No no no... I can't work anymore...!!!!