Well... it is applicable to me la...
Aku tatau kes-kes korang semua macamana...
Aku boleh bawak motor sejak umur aku 10 tahun (tapi sampai umur 3-series nie aku x de lesen motor)
Dan aku ada full car driving license (tapi aku jarang drive sebab kereta suami aku, dia yang guna)
Maka, hari-hari aku merempit gi kerja... berbekalkan niat Lillahi Ta'ala...berserta fokus kepada pemanduan motor. Rekod aku membawa motor sejak umur 10 tahun nie adalah cuma sekali je jatuh motor (which is semasa bulan puasa hari tu) dan 1 kompaun JPJ (bulan 9 hari tu...argkhs!) yang aku x bayar pun lagi sebab aku nak gi court dan buat rayuan pada bulan 11 ke 12 nanti... Lalalalalala....
Itu bukanlah topik yang aku nak cerita hari nie...
Aku lebih tertarik dengan behaviour pemandu dan penunggang di Malaysia nie yang pada pandangan peribody aku, semakin hari semakin hampeh dot com dot my.
Dan aku rasa pelaksanaan undang-undang yang tidak dilaksanakandan di'follow-up' kan sewajarnya juga menyumbang kepada faktor tidak selamat memandu dan merempit di Malaysia ini
Well, keadaan permukaan jalan raya lagi?
Mak aihhh.... bila dah bukak topik nie macam-macam plak faktor yang menyumbang kepada ketidakselamatan ini kan?
Huhuhu....
No. 1
Aku perhatikan habit pemandu di Malaysia ini yang ada unsur selfish... yang ingat nak cepat dan tidak memikirkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain, maupun pejalan kaki yang dok berjalan kat tepi-tepi jalan. Geram okeh.... geram..!!! Contoh paling senang la aku bagi kat sini... lori, trailer dan trak kontena besar gedabak yang melambak-lambak kat Johor nie... or forget to mention BAS KILANG! Yang suka-suki jek parking kat tepi jalan sewaktu peak hour orang nak pergi kerja atau balik kerja..yang menyumbang kepada jalan jam yang memang terang-terang salah diorang. Macamana aku tau salah diorang/ Sebabnya bila kenderaan-kenderaan lain melepasi 'bottle-neck' yang disebabkan oleh kenderaan besar perasan bagus tu , terus laluan lancar... tak percaya? Aku jemput korang datang kat Kawasan Perindustrian Tebrau 1, dekat dengan kilang Southern Lion nie pada pukul 6.05ptg dan rasai pengalaman indah stuck dalam jam dekat simpang kilang Mitsui Soko. itu belum lagi operator-operator kilang (aku rasa Brothers kot...) yang sangat ingin mati cepat yang x kira kereta, motor, bas, lori bagai yang zass zass pada kelajuan purata 30-50kmj lalu kat situ...suka-suka je berlari2 dengan wajah separa cute nak melintas jalan.... hoi! Kalau kitorang langgar korang...dan korang mati, kitorang yang hidup nie susah tau tak? Hadoi..tolonglah guna akal tu sket !!!
No 2
Kebanyakan jalan di Malaysia skang nie one way... means ada pembahagi jalan di antara laluan going down dan going out...well, you get what I mean kan? So at the end of the road or maybe kat tengah-tengah tu akan ada satu laluan khas untun pusingan U. Ada pusingan U dibenarkan untuk kenderaan ringan sahaja dan ada yang beradius besar untuk kenderaan berat. Akan tetapi, terdapat juga mangkuk hayun bertingkek-tingkek x reti bahasa nie suka2 je buat pusingan U-Turn kat tempat yang memang x sepatutnya buat U-Turn. Aku memang super tak puas hati nie! Meh aku highlight lokasinya. Simpang 3 kat Kawasan Perindustrian Tebrau 4 dekat area JCY, kilang beras dgn apa ntah lagi tu. Kat sini memang jadi favorite place bas kilang dan bas Handal Indah buat U-turn ikut suka hati mak bapak dia bukan sahaja ketika jalan kosong, malahan dengan tak segan silu angkat tangan suruh kenderaan yang memang dan sedia jam tu tunggu kejap bagi diorg U-Turn dulu...padahal diorang boleh sangat gi tempus kat another end of the junction dan masuk balik ke jalan tersebut tanpa gunakan pusingan U yang menyusahkan pemandu lain.
Pemandu bodoh!
No 3
Aku tak rasa it is a very wise thing untuk kenderaan besar-besar dan siput2 nie dibenarkan menggunakan jalanraya ketika waktu puncak. I know it sounds a bit unfair but well, tengok sajalah bilangan kemalangan yang disebabkan oleh lori, treler etc...dan it is not a healthy idea juga untuk kami-kami pemandu kereta yang mungkin x pasang aircond serta penunggang motosikal yang dok menyelit sebelah lori dan bas nie terpaksa menghidu asap hitam (woiii..mcmana ko boleh lepas test Puspakom hah???) yang lebih hangit dari asap rokok yang haram tu. Other than that, kewujudan bajak or backhoe kat jalan pada waktu pagi juga turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya. Kalau time bawak motor, ada mahapla sket.. cuba selami perasaan mereka-mereka yang memandu kereta dan terpaksa men'siput' di belakang bajak yang 'gedek gedek gedek' selowmosyen giler itu! Ohmai.... of course I have such annoying experience kan... tambah dosa pada hari tersebut. Argkhs..!!!
No 4
Please stick to your lane! Kadang2, kat jalan yang ada lebih dari 1 lane nie... kereta-kereta nie suka-suki je nak tukar lane. Dah elok2 kat kanan, nak masuk kiri bila nampak ada gap sket between 2 biji kereta kt sebalah lane tu. Padahal tak tukar lane pun boleh. Ngengada kan... lebih sentap kalau tak reti-reti nak guna signal.. main masuk jek... nak je aku bom tuan kereta tu!
No 5
Dear penunggang motorsikal. Yes, aku juga penunggang...dan aku tau keseronokan menunggang motorsikal yang virtually free from sebarang traffic congestion kerana kita ada kelebihan untuk mencilok di sana dan di sini... tetapi, hargailah nyawa anda. Kot yer pun nak cepat... tengok depan sebelum cilok.. terlalu banyak kes yang mana ko nak cilok...ko kena seret dengan kenderaan dari hala bertentangan... ko cilok sebelah lori..ko sangkut kat lori dah kena lenyek... hadoiii..... and please be considerate juga kalau kat traffic light tu...kalau lampu tu merah, jgn suka suka je nak jalan...aku tataula kalau korang nie buta warna or memang ada niat nak bunuh diri...
huhuhu...aku rasa, aku bagi 5 dulu cukup kot... banyak lagik..tapi aku rasa, bila tulis 5 jek pun...mesti fikiran dah menerawang ke jalan raya dan imagine kekiasuan pemandu dan penunggang di Malaysia.
Itu belum lagi termasuk menggunakan emergency lane kat highway time jam... (peristiwa pagi tadi)
Ingatlah... kalau ko nak cepat, aku pun nak cepat. Orang lain pun nak cepat. Jangan sebab kegopohan ko sorang, semua orang jadi lambat.
Jadilah pemandu yang bertimbangrasa.
No comments:
Post a Comment