Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Showing posts with label promotions. Show all posts
Showing posts with label promotions. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

LAMANYA TAK TABUR FLYER!

Assalamualaikum WBT

Tahukah uols yg FLYERS merupakan salah satu medium pengiklanan dan promosi? Ini teknik yg boleh digunapakai untuk offline marketing. Financial cost pun x mahal. Tempah la flyers, kos tu bergantung kt mana uols tempah...

Saya mmg dah lama ada stok flyers Shaklee nie. Ada 2 design beli dari upline. Cuma terlalu taksub dengan promo online, sampai terlupa kisah flyers nie. Daripada minggu lepas dok teringat2, tapi pastu terlupa. Kebetulan jalam tadi dok lipat kain kt sebelah kotak brg bisnes...terus teringat terus keluarkan terus cop terus lipat dan terus siap!

Berpagi-pagianlah mencari rezeki, menabur flyers di lokasi X tadi... saya bagi rezeki dlm bentuk ilmu dan jkn penyelesaian kepada mereka-mereka yg mungkin memerlukan produk SHAKLEE...saya mukadimahkan peluang menjana pendapatan dgn SHAKLEE sepertimana yg terkandung dalam flyers itu.

Tunggulah hasilnya bagaimana...

Rezeki itu luas, kan? X semua orang berpeluang online..dan x semua orang tau pasal Shaklee

Ya Wahhab... Ya Razzaq...

Semoga Allah permudahkan urusan saya sebagaimana saya berusaha mempermudahkan orang lain...
Saya xde duit nak diberi
Tapi saya jual produk dan servis yg memberi manafaat pada uols :-)

TrulyMadlyShaklee...
NORAFESA
SID 1023481
0111 868 6979

Saturday, September 13, 2014

BAGAIMANA MEAL SHAKES MEMBERI MANAFAAT KEPADA DIRI KITA?

Assalamualaikum WBT...

Lagi lagi MEAL SHAKES... Lagi lagi MEAL SHAKES... Nak buat macamana, kan? Tengah promo besar-besaran... so, this is the golden opportunity untuk yang belum pernah mencuba untuk mengambil kesempatan dengan promo kali ini!


Seperti mana yang saya ada sebutkan di dalam post sebelum ini, MEAL SHAKES ini sesuai untuk semua golongan as long as usia di atas 1 tahun. Kalau nak bagi penerangan yang ringkas, MEAL SHAKES ini adalah multivitamin di dalam bentuk powder. So that, kepada mereka yang bermasalah untuk menelan tablet atau kapsul, bolehlah bancuh MEAL SHAKES dan mendapatkan khasiat yang sama dengan multivitamin!


Manafaat utama MEAL SHAKES kepada semua

1. NUTRISI LENGKAP - MEAL SHAKES menyediakan 24 JENIS VITAMIN, MINERAL dan ZAT PERLU. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi LECITHIN SOYA yang bekerjasama dengan vitamin latur lemak.

2. MEMBEKAL NUTRISI KEPADA SEL TUBUH - kaya dengan PROTEIN (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

3. MEMBANTU TUMBESARAN - mengandungi ASID FOLIK, BIOTIN, KAYA DENGAN KALSIUM dan MAGNESIUM yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

4. ANTI-OKSIDA - mengandungi VITAMIN A, C, E, ZINK, SELENIUM yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5. MENGEMBALIKAN SERI WAJAH - mengandungi VITAMIN B yang lengkap, ZAT BESI dan COPPER yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

6. DETOKSIFIKASI - kaya dengan SERAT LARUT untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

7. KELAZATAN RASANYA - yang ini memang tidak dapat dinafikan! MEAL SHAKES didatangi dengan perisa FRENCH VANILLA yang enak seperti aiskrim vanilla okay! Bancuhan MEAL SHAKES menghasilkan minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi: sebagai pengganti segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Ianya tidak mengandungi pewarna dan gula tiruan. Boleh dibancuh begitu sahaja, dicampurkan dengan susu segar ataupun minuman kegemaran as long as bukan suhu panas dan mengandungi kafein yang akan merosakkan nutrisi yang terkandung di dalamnya.

Sukatan Pengambilan MEAL SHAKES

Kanak-kanak 1-6 Tahun - 1 sudu teh dicampurkan dengan susu/minuman  kegemaran

Dewasa - 1-2 sudu besar dicampurkan dengan susu/minuman kegemaran

MEAL SHAKES merupakan minuman penuh nutrisi sesuai untuk seisi keluarga. 

Jangan lupa tau, sepanjang September 2014 ini dapatkan MEAL SHAKES dengan PROMOSI SUPERJIMAT BELI 3 CANISTER PERCUMA 1 CANISTER!

Nak dapatkan di mana?
Saya jual!

:-)

NORAFESA 0111 868 6979
SID 1023481



Friday, September 12, 2014

DOUBLE DEALS ... DOUBLE JIMAT ... DOUBLE REWARDS !!!!

Assalamualaikum :-)

Salam Jumaat yang diberkati, walaupun Jumaat dan hampir ke penghujungnya... Whatever it is, semoga kita semua telahpun memanafaatkan Penghulu Segala Hari ini dgn sebaiknya.

Hari ini, saya nak kongsikan berita gembira dgn uols... sepanjang bulan September ini, Shaklee dengan sangat murah hati (x pernah buat okayyyy....) menawarkan double promotions!

Kalau biasa...setiap bulan Shaklee pasti menawarkan promosi beli 6 percuma 1 untuk produk terpilih (1 produk berlainan setiap bulan) tetapi... kali ini... promosi yang ditawarkan adalah:

1. SHAKLEE COLLAGEN POWDER (SCP) BELI 6 PERCUMA 1

dan...

2. SHAKLEE MEAL SHAKES BELI 3 PERCUMA 1 atau... BELI 6 PERCUMA 2.

SERIOUSLY ???

Yes... I AM NOT JOKING!


So...untuk yg mengutamakan penjimatan, ini adalah waktu paling sesuai untuk buat stock MEAL SHAKES dan SCP.

Banyak sangat?

Pakat dgn member, opismet, jiran, adik beradik...beli sorang satu..untuk dapatkan harga lebih murah...

Dan ini juga peluang untuk mendaftar keahlian Shaklee secara percuma!

Jom..cantik dan sihat dgn SHAKLEE COLLAGEN POWDER & MEAL SHAKES

Dapatkan dari saya,

NORAFESA 0111 868 6979
SID 1023481


Tuesday, October 22, 2013

CHAR KUEY TEOW 5 MINIT ????

Salam Selasa...

Dah pukul 9 lebih...mesti semua dah breakfast, kan? Kalau yang belum breakfast tu plak dah dekat nak morning break boleh brunch, kan? Nak tengok apa aku masak untuk bekal breakfast tadi?

hehehehe....


Ahaks...!!! Berasap lagi koooo aku snap snap snap pagi tadi laju-laju sebab nak gi kerja!

Ini namanya Char Kuey Teow 5 minit!

Yesss... aku x bohong..memang 5 minit jek aku potong2 laju2 ala-ala brader warung charkueyteow... masak dengan api maksimum... zasss... siap lazat !!!

Apa rahsianya...???



Haaaaa.... Pes Ala-Carte Ieja...!!!!
Membuatkan kerja memasakku senang sekali :-)
Well, takdelah letak Pes Ala-Carte Ieja semata2...tetapi, menggunakan sambal segera ini memendekkan kerja2 memasak aku dan mengurangkan bebanan cuci blender, cuci lesung etc aku lar...

Kenapa? Sebab Pes Ala-Carte Ieja mengandungi bahan-bahan asas untuk memasak masakan melayu... perbezaan hasilnya hanyalah ada pada kekreatifan sang tukang masak serta air tangan tukang masak itu sendiri. Macam aku nie.... (aku bukan nak riak...aku cuma bagi contoh sahaja) memang sangat suka bereksperimen dengan masak memasak nie ( I am a Cooking Engineer ok!) so alhamdulillah aku ratingkan Pes Ala-Carte Ieja nie memang sangat cemerlang untuk memasak Char Kuey Teow, Nasi Goreng, Mee Goreng, Mee Bandung etc etc

Mari aku kongsikan ke'simple'an menyediakan sepinggan Char Kuey Teow 5 minit ini:

Bahan2:

- segenggam dua kueyteow (ikut napsu nagabuana tukang makan)
- 2 ulas bawang putih dipenyek-penyekkan dengan pisau
- udang basah 5-6 ekor (lagi banyak lagi sedap, jangan buang kepala dia sebab air dr kepala dia buat rasa kueyteow nie lagi manis dan umph!)
- 5-6 kerat fish cake
- sebiji telur (letak 2 biji kalau berani....)
- sos tiram (sesudu besar)
- kicap lemak manis Jalen (3-4 sudu, ltk byk utk lebih hitam)
- taugeh segenggam (aku suka sayur so mmg bertimbun aku ltk)
- daun kucai ikut banyak mana korang nak letak
- minyak utk menumis
- air sket

Cara2
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai semerbak.
2. Masukkan udang..goreng sampai masak
3. Tambahkan Pes Ala-Carte Ieja, goreng balik-balik sampai naik balik sket dan campak sekali fishcake.
4. Masukkan kueyteow, balikkan laju-laju then pecahkan telur
5. Tambah sos tiram dan kicap, gaul-gaul lagi
6. lastly masukkan taugeh dan daun kucai.. matikan api dan hidangkan!

note:
1. kalu nak basah..tambah air lebih sket sebelum masukkan kueteow
2. tak perlu nak letak garam sebab masin dari pes, sos tiram dan kicap dah just nice
3. nak lagi umph? double telor yo!

Sekian.

Nak cuba?

apa lagi... pm inbox FB aku di SINI
atau sms/whatsapp aku di 0176073815 (Eca)

OPPPSSS...!!! lupa nak bagitau bahan-bahan dalam Pes Ala-Carte Ieja nie:
1. cili giling
2. minyak sayuran
3. rempah
4. udang kering
5. gula
6. msg
7. asid sitrik

Welll...aku nak ajak korang cuci mata lagi dengan hasil ke'awesomeness'an sambal segera nie.... cer tengok cer tengok cer tengok...........




Amacam??? Melelehkan....???!!! So step seterusnya...cepat contact aku laju-laju... weehoooo... You don't need to be a Cooking Engineer Chef to cook !!!

Friday, August 23, 2013

MENU RESTORAN LAPAN KATI

Salam Kemesraan!

Post nie adalah untuk rujukan sendiri, serta rujukan sesiapa sahaja di daerah Kulaijaya dan Johor Bahru, sesiapa sahaja yang bercadang nak makan-makan kat area Kulaijaya, sesiapa dari seluruh planet bumi yang nak pergi Johor Premium Outlet, Kittyland or Legoland tapi tatau nak makan kat mana yang tak merabakkan poket, sedap dan santai... dan..dan.. sesiapa jelah!!!! :D

Dah lama aku nak minta menu Lapan Kati nie....supaya senang nak order kalau2 nak suh diorang siapkan dulu before datang..or makan ramai-ramai..or untuk bulan Ramadhan yang akan datangzzzzz.... so hari tu...I think last weeklah..aku kebetulan ke sana dengan suami, anak3 dan mertua.... baru teringat nak cakap..walhal aku dah makan kat sini sejak tahun 2007 lagik... memula aku cakap dgn Gan (anak tauke), aku nak snap je Menu dia..pastu dia bagi aku salinan fotostat... hehehe... maka aku pun uplod je la kat sini salinan fotostat yang aku snap-snapkan eh....








Sorry la hitam putih...dah namanya pun salinan fotostat..lainlah aku fotostat guna Jupiter a.k.a ColorQube tuuu.... alamak... KLMJ plak..kehkehkeh...

Aku pernah try semua?

No.. No.. No..!!!

Tapi banyaklah jua aku dah try...

Favorite anak2 aku - Western Butter Prawn With Milk
Favorite Eiman - Yong Chow Fried Rice, 3x tambah pun bulehhhh !!!
Favorite Z - Air kelapa madu, Sarawak Teh C..yer, menu air tak termasuk dalam salinan fotostat so aku tak uplod..sorry..hehe...
Favorite aku - nak tau ke? Lemon Chicken, Corn Soup with Crabmeat - Nyum!

Tryla.. worth the price.
Ada yang mempertikaikan status kehalalan restoran ini, memandangkan owner dia berbangsa Cina, walaupun pekerja berbilang bangsa termasuk Melayu Islam.

Bagi aku ~ Inshaa Allah selagi aku rasa yakin... aku makan jek. Belum ada keraguan munasabah yang menjejaskan keyakinan tekak aku yang bukan dari golongan liberal kalau bab makan nie...

Kepada yang tak pernah pergi makan kat sini... sila google untuk cari lokasi restoran ini. Or call je diorang at 076622588.

Zassssssssssss...................

Thursday, July 18, 2013

BISKUT RAYA NYUM NYUM (MAKANAN LAGIK!)

Aiseh... jangan lah marah sebab hari nie asyik post pasal makanan semata-mata :-)
Nawaitu di hati sekadar untuk berkongsi, bukan menunjuk-nunjuk etc...
Memandangkan Aidilfitri akan menjelma tak lama lagi.... korang dah buat / beli biskut raya ke belum?

Kalau ada yang berada di sekitar Johor Bahru / Pasir Gudang / Kulaijaya / Kota Tinggi / Muar yang berminat nak beli biskut raya jom tengok nie:


NYUM NYUM NYUM !!! CONFIRM SEDAP TAK HENGAT !!! DAH BERTAHUN-TAHUN DAH AKU BELI BISKUT DARI MEMBER AKU NIE :D

Memang sedap giller especially Kenari dengan Balqish tu. Aku dan anak-anak dah bedal satu botol dah Kenari. Unfortunately, order untuk Kenari dah tak diambil sebab melimpah ruah order sampai x dapat nak buat dah! Yang lain-lain masih dibuka sehingga minggu depan.

Sila sms / whatsapp or PM inbox Facebook aku kalau nak.

Aidilfitri tidak sempurna tanpa biskut raya.....

Friday, May 31, 2013

FREE LUXURIOUS CAT FOOD SAMPLE ANYONE?

Guys,

Do you love cats?
Fancy giving your cats some luxury food for free?
Click here

BEST OF LUCK!