Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, December 26, 2012

Hadiah Hebat Berjumlah RM 300 000 buat Follower Baru/Lama Blog Coklateyes!!!

wow wow wow... aku harap sangat aku dapat... so aku dapat sebuah domain untuk company aku dan encik Z - www.merakxklusif.my ...praying hard!

ANDA WARGANEGARA MALAYSIA?
ANDA BERUSIA 18-45 TAHUN?
ANDA ADA BLOG?
 ANDA PERNAH  TERFIKIR UNTUK MENJADIKAN BLOG ANDA LEBIH PROFESIONAL? 


wohoooo.... aku dah daftar dah! Aku sdg tunggu apa yang bakal berlaku...... weeeeeee.....!!!! untuk info details...jom terjah - coklateyes

SIAPA NAK PAHALA LEBIH? JOM TENGOK SINI... SAYA BERIKAN JALAN, MANAFAATKANLAH YA :)

Salam Y'All...

Actually minggu ni start dah PI kt dept aku nie...tapi sementara belum superbusy mengira benda hakus2 mcm kutu tu... maka aku dapatla curi2 masa update belog sikit... so hari ini aku nak sharekan something nie...

Bersebelahan dengan rumah yang aku diami a.k.a di Springsville Homes, Bandar Putra di Kulaijaya... sebuah surau baru hendak dibina.. I mean senang dibina sekarang nie. Oleh itu, mereka mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan kepada surau tersebut. Salah satu caranya adalah memberi sumbangan dalam bentuk kewangan. Yang ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Transferkan payment itu ke akaun Maybank yang tertera... and done! Confirm dapat pahala dah :)

Sumbangan tak semestinya ratus ribu ringgit riban rupi dollar etc etc... sekadar yang termampu... berpanjangan tau pahalanya bila korang menyumbang ke arah pembinaan tempat beribadat. Selagi hadir insan-insan ke surau berkenaan untuk beribadat, maka pahala masuk ke dalam akaun korang macam air yang mengalir !!!

Oleh itu gunakanlah kesempatan ini untuk menderma.... :)

Haaaa...details seperti di bawah.... tak miskin harta kalau setakat menderma seringgit-dua.... malahan Allah akan buka pintu rezeki yang lebih luasssss untuk anda semua... In Shaa Allah... Amin ya rabbal Alamin...




ARAHAN PEMBAYARAN:

Sila bank in terus ke Akaun Maybank Islamic:

Nama akaun: "DANA PEMBINAAN SURAU IBNU SINA"

Nombor akaun: 551100104926

Email: surauibnusina@ymail.com

Cek atas nama akaun di atas, boleh dipos ke alamat:

PENGERUSI,
SURAU IBNU SINA,
JALAN MERAK 8, BANDAR PUTRA,
81000 KULAIJAYA.
JOHOR .

Jika berkehendak sijil wakaf atau resit, emailkan salinan transaksi, nama dan alamat pengirim ke surauibnusina@ymail.com utk urusan penghantaran.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Hj A.Manan Bin Abdullah,
Bendahari,
013-7417078
FB: http://surauibnusina.org

SENARAI JENAMA YANG WAJIB DIBOIKOT KEPADA YANG BELUM TAHU (sebagai panduan dan rujukan diri sendiri juga)

ASSALAMUALAIKUM WBT SEMUA.. SEBAGAI RUJUKAN KEPADA AKU, SAYA, KAMI, KAU, AWAK, KAMU DAN MEREKA-MEREKA SEMUA....
rasa mcm pernah post similar things years ago tapi untuk refresh minda agar sentiasa ingat!!!



Friday, December 21, 2012

Lawak Hari Ini...

Ngeeeee.... Enjoice....!!! :p


BILA SAKIT ITU SESEKALI DATANG....

Salam Saiyyidul Ayyam Y'All....

Lama tak menulis hari ini saya muncul kembali... sorrylah yer, sometimes I used I-You, Saya-Awak, Aku-Ko dalam belog ini...well it solely bergantung kepada mood pada waktu menulis...

Hari ni baru ada free sikit nak menulis... well nak kongsi la... aku alhamdulillah dilahirkan sukar untuk sakit..jarang-jarang sakit... nak demam yang betul-betul demam tu setahun sekali pun susah..kalau setakat dedar..demam malam esok pagi ok tu selalu la juga...sakit mild2 yang biasa aku hadapi is 'sakit pompuan' itula yang menjengah almost every month... other than that alhamdulillah... i am healthy...aku x de sakit2 keturunan ke... pelik2 ke... Ya Allah, peliharalah kesihatan ku sehingga aku menemui ajalku, amin .. because of that, seumur hidup aku... aku cuma pernah masuk hospital sebanyak 5 kali sahaja setakat usia aku 33 tahun ini.. 1. Masa lahir..opkoslah kan sbb aku lahir kan HKL atau time tu dikenali sebagai HBKL a.k.a Hospital Besar Kuala Lumpur. 2. Masa aku accident pada tahun 2000... kemalangan maut..takkan aku tak de menerima rawatan kan... dan lagi 3 kali tu semasa beranakking Kak Long, Eiman dan Arissa...that's all...

And semalam tetiba 3 sakit menyerang almost serentak. Semalam hari HOL Johor... public holiday tapi sebab aku keje kilang nie tak amik HOL as holiday, aku kerja. Dalam jam 11 lebih gitu tetiba kepala aku sakit berdenyut bagai... sebelah kiri sahaja..it is MIGRAINE :( huaaaa... mata dah mula kabur...aku mmg 2-3 hari ni mengadap komputer sebab banyak benar report nak buat... boring! Aku cuba lawan... teringat ubat migrain yang "when required" tu ada dlm beg pink aku...lunch hour aku gagahkan diri mencari makan serta mentapaukan untuk encik suami tersayang... after makan etc alhamdulillah lega... but disambung pula dengan rasa mcm food poisoning. I felt bloated and nak muntah...bluwek..nak kena nak muntah sebab migraine mmg tak la sebab masa tu sakit kepala dah senang dah...and during this two painful event.. chewah.. event ke? huhu...whatever la.. aku sakit like senggugut gitu... tapi nothing came out pun...huhuhuhuh... stressnya.. kenapa ek?

Sangat tak selesa sampai aku muntah after dinner malam tadi.... minum Eno pun tak lega... before tidur aku sapu losyen makbul munajat yg panas giller tu pun x lega mana.. sendawa kecik2 jek...tp sbb dah ngantuk aku tertidur jam 6 br bgn...

Sampai ke opis hari ni pun x lega... :(

Niepun masih feel kepala wenggg lagi...and perut menggelodak bergelora.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, December 14, 2012

Friday, December 7, 2012

SOUTHERN LION WAREHOUSE SALE YEAR 2012

Anda gemarkan produk keluaran Southern Lion?
Anda tinggal di kawasan Johor Bahru?
Jangan lepaskan peluang untuk memborong dengan harga murah gilabab nak mamps di jualan gudang Southern Lion!

...aduh...dah mcm buat iklan plak... anyway, I am not paid by SL to advertise this ya...saja suka2 sharing-sharing info... aku dah borong Shokobutsu & Kodomo untuk stock setahun.... kau ada...???

Dear all,

Good day!

On behalf of Warehouse Sales Year 2012 committee we would like to invite consumers out there to our warehouse sales that will be held as below;

Date : 7 & 8 December 2012
Day : Friday & Saturday
Time : 9.00am until 4.00pm
Location : Loading bay, Southern Lion Sdn Bhd (Tebrau Industrial Area 1)

Everyone is welcome to make our event more cheerful and successful. Please dissemination information to your friends, colleagues & relative.

For details please refer below attached.






Tuesday, December 4, 2012

SEBUAH PEMERGIAN...

.... Hari Sabtu tengahari hari tu, aku ke Tebrau untuk jemput Encik Z balik kerja, memandangkan I need to use the car on that very morning. Dari highway sampai ke area flat kat Tebrau nie yang aku lupa apa nama dia, I saw a van..dah dekat baru nampak..oh! Van jenazah... Islam.. Melayu kita la tu... hati tak berapa terkesan... then malam tu, sewaktu berFacebook aku terbaca post SKBP berkenaan kematian seorang bekas guru SKBP yang dah pindah ke SKPU... Innalillah... 2 berita kematian dalam hari yang sama..jauh di sudut hati... siapakah yang ketiga? Seriously... terdetik di benak aku who's next? Someone I know?

Pagi Ahad... tatkala aku nak prepare breakfast untuk anak... aku bukak handphone yang aku Silentkan dari malam sebab x mahu gangguan ketika tidur. I received a miss call from Azhari. Azhari was my classmate masa di MRSM Terendak drom form 3-5. Aku pelik..apa jadahnya dia nak call aku? Tak pernah-pernah... we were rarely get in touch kecuali sesekali dalam group MRSM Terendak 5A1 kat FB. Aku buat tak tahu... teruskan buat breakfast until Diana Din sms aku berbunyi lebih kurang "Beb.... Asyrul meninggal."

Aku tersentak... Innalillahi Wa Inna Ilahi Raji'un... Asyrul? Apa benar? Seakan tak percaya. Seorang sahabat... yang sebenarnya takde rapat or kamcing pun ngan aku masa kat Terendak dulu... kami berlainan homeroom. Sempat sekelas masa form 3 saja... dia jenis ulat buku, bukan jenis campur huhahuha or gatal2 punya budak.. dia sangat baik.. sangat pandai... dapat 8A masa PMR... SPM aku x sure..x ingat... dia BPP... dia seorang yang agak kuat ke surau, beraktiviti keagamaan... yes.. itu Asyrul yang aku kenali...

Kehilangannya buat aku sedikit terasa. First..kerana kami sama-sama di MRSM Terendak selama 5 tahun... sejujurnya aku katakan, walaupun aku nie dikategorikan sebagai garang, tak campus orang dan mungkin unpleasant girl sewaktu di Terendak dulu... aku anggap setiap budak batch SPM 1996 itu sebagai ahli keluarga dah... bukan sekadar schoolmate. Mengapa? Kerana we grew up together. Kami membesar bersama..dewasa bersama.. makan makanan dari kawah yang sama.. dengar siren yang sama...most of the thing sama-sama... maka, sebuah tali persaudaraan yang sangat halus dan sukar ditafsirkan itu wujud...walaupun mungkin masa kat Terendak dulu hardly talk to each other or mungkin tak pernah bercakap! Rasa sedih akan kepergian Asyrul amat aku rasakan...

Asyrul pergi pada usia 33Y.... usia yang mana seorang manusia tak kira lelaki atau perempuan sdg mendaki kejayaan... tetapi dia... pada usia optimum ini, bertarung dengan penyakit leukimia... few months back aku memang ada terbaca di wall one of my friends yang arwah admitted to hospital tetapi peliknya kenyataan itu tiba-tiba di tarik balik... I dunno the reason tapi mungkin tidak mahu diperbesarkan etc etc... dan I thought he was doing fine until kelmarin...perjuangannya melawan Leuikimia...yang pada akhirnya dia tewas... tewas di duniawi... namun sebenarnya ianya sebuah kemenangan untuk arwah... kerana Allah lebih menyayangi Asyrul dari kita-kita yang masih hidup... arwah lebih istimewa dari kami-kami...

Tidak banyak kenangan aku dengan arwah... like I said, dia jenis buat kerja sendiri... cuma kisah selepas zaman MRSM arwah yang terkesan di hati... pengorbanan... perjuangan... keberanian... Ya Allah, I don't think I should write it here... ianya bersifat peribadi..yang aku dengar dari sahabat-sahabat yang akrab dengannya..dan kebetulan kamcing dgn aku... Allah..hanya Allah yang mampu membalas dan menimbang pahala yang arwah dapat atas apa yang telah beliau lakukan!

Semoga Allah merahmati roh beliau...
Semoga Allah menempatkan beliau di tempat yang selayaknya untuk beliau...
Semoga Allah tabahkan jiwa ahli keluarga, isteri... yang beliau tinggalkan...
Al-Fatihah... you will be remembered always.....



Note:
Kalau mengikutkan apa yang aku tahu, arwah adalah sahabat keempat dari batch SPM 1996 yang telah kembali ke pangkuan Ilahi.
1. Ramzu Nasri - homeroomate aku, meninggal semasa form 4 ke form 5..penyakit misteri
2. Kareno - budak kelas 4A3/5A3.. aku lupa nama betul dia but cod - dehydrated after latihan ketenteraan kalau x silap aku... correct me if I wrong...
3. Mohd Farihan Tasriri - homeroomate aku juga, meninggal a few years back due to heart attack
4. Mohd Norasyrul Nordin.

TIPS MENGGUNAKAN TUALA WANITA

Salam Y'All... setelah menyepikan diri for quite sometimes... tetiba je muncul dgn topik nie..hihih... well, saya nak share apa yang saya baca kt page Dr. Ahmad Zubaidi. Informasi ini sangat penting dan perlu diambil berat oleh kaum wanita semua ya....

Perkara yang salah selalu dilakukan oleh wanita ketika menggunakan tuala wanita ialah:

1. Tidak membasuh tangan sebelum mengambil tuala wanita yang baru. Ketika membuka dan meletakkan tuala wanita pada seluar boleh memindahkan kuman dari tuala wanita yang lama dan kotor.

2. Tidak meneliti tarikh luput, kerana apabila tuala wanita menghampiri tarikh luput, kualitinya menjadi rendah.

3. Menggunakan tuala wanita yang mempunyai wangi-wangian yang boleh menyebabkan alahan pada kulit.

4. Menggunakan satu tuala wanita untuk jangka masa yang lama dengan alasan untuk menjimatkan kos, mengakibatkan pembiakan kuman yang banyak dan akhirnya menyebabkan jangkitan kuman. Cara terbaik ialah menukarkan setiap dua jam ketika hari-hari awal kedatangan haids.

5. Memilih tuala wanita yang terlalu tebal dengan alasan agar lendiran dan darah dapat diserap dengan baik, padahal ini akan menyebabkan wanita itu menggunakan wanita itu terlalu lama dan mengakibatkan pembiakan kuman yang banyak pada tuala itu dan jangkitan kuman pada alat sulit.

Tuesday, November 20, 2012

ALLAH, SELAMATKAN SAUDARA ISLAMKU DI PALESTIN !!!



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Karim, Ya Mukmin, Ya Jabar, Ya Amin, selamatkan saudara-2 Islam ku di Gaza daripada Yahudi laknatullah.. Kuatkan iman mereka, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa di sana. aamiin Ya Allah.


- Ustaz Don Daniyal.

Friday, November 9, 2012

HAKIKAT BAHAGIA ADALAH KETENANGAN

SALAM JUMAAT Y'ALL :-) Sedikit pengisian rohani pada penghulu segala hari :-)

Setiap manusia ada rasa sedih. Itu adalah fitrah kejadian manusia. tetapi, ramai manusia yang salah mencari ubat ketika sedih. Ketika dia sedih, dia menyalahkan taqdir, ketika dia sedih dia menungkit-ungkit kisah lama "kalaulah aku tahu”
Ketika dia sedih dia marah-marah. Semua ini tidak akan membuatkan hati terubat. Ini kerana Allah tidak menjadikan perkara sia-sia ubat bagi hati.
Allah yang menjadikan kesedihan sudah tentu Allah juga yang mempunyai ubat kesedihan ini. Jadi, apa ubatnya?

Saya ingin bawakan satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah " Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".

Quran diturunkan untuk rahmat bagi sekelian manusia. Di dalamnya ada bermacam-macam kelebihan termasuklah ubat bagi hati.
Benarkah membaca al-Quran itu menjadikan hati yang sedih berubah menjadi tenang?

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.

Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.
Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.

Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhoan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya: “ hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang ”.
Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakan beribadat kepada Allah disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam, beribadat kepadanya.

Begitu juga, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.
Berkata seorang hukama’ : “ Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya. Kemudian ditanya padanya: “apakah kebun itu?, lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah ).

Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT. Mudah - mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.
Membaca al-Quran di antara cara merapatkan diri dengan Allah. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Allah berfirman,

Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia
Surah ar-Ra’du ayat 28

Oleh yang demikian, jika kita bersedih, ambil al-Quran dan bacalah. Kita akan dilimpahi dengan ketenangan dan inysallah, Allah akan memberikan jalan keluar bagi segala permasalahan kita.


If you want to talk to Allah Ta'ala, then perform prayer.
If you want Allah to talk to you, then recite the Al-Qur'an.


Sumber: I Luv Islam


Wednesday, November 7, 2012

Wednesday, October 31, 2012

SIAPA TAK SAYANG ANAK?

Salam Y'All...

Sekejap jek dah Rabu.. pejam celik pejam celik dah 31 Oktober... gaji dah masuk... x sempat nak kelip-kelip mata gaji sebulan dah habis sebelum waktunya....

Huhu.... tetiba macam teremosi plak... sebab teringatkan anak-anak sendirik yang 3 orang tu... yang amat disayangi walaupun kebarananku sering tercabar dengan pelbagai kerenah mereka... tapi, kalau dah namanya manusia yang mempunyai akal yang waras... mesti sayang sekurang-kurangnya anak sendiri... kenapa aku mention 'manusia yang mempunyai akal yang waras'? Sebab terlalu ramai manusia yang berhatikan iblis yang sanggup buang-buang anak lebih teruk dari buang kucing! Uwaaa... :(

Untuk anak-anak tersayang, mama bukanlah seorang mama yang kedekut, kedaung or hajah bakhilah! Tapi sebab tadi dapat gaji tengahari sudah and kerja melambak kt opis, tak sempatla mama kamu nie nak bagi ape-ape sebagai instant treat sempena gaji. Nak treat lelebih malam nie plak kamu si #1 dan #2 kena pergi ngaji kan? So.. atas tanda ingatan tulus ikhlas dan menunaikan janji mama kt #2 malam tadi... mama belikan kek nie kat kantin...


Well, maybe ada org akan gelaks tgk kek 80sen yang aku nak bagi pada anak-anak aku nie sorang satu...yelah..mana sama level dgn kek sepotong RM7 x termasuk tax kt Secret Recipe bagai... tapi ada aku kisah? Aku mampu bagi lebih dari itu pun...tapi aku nak anak-anak rasa kek murah pun sedap... kek-kek mcm niela yang mama dorang makan dari umur sebaya-sebaya dorang dulu... nanti dorang dah bangka mcm mama dorang pun sure dorg akan rindu kek-kek cenggini... dulu kek-kek cenggini 30sen pun dpt...now 80sen ko... kelassss....!!!

Ni dah jam 5.31PM.. x sabar nak balik bg kek kat anak2 ku yang comel-comel belaka itu... so they can refuel while mama berperang memasak dinner di dapur nanti!

Wednesday, October 24, 2012

DOA UNTUK HATI YANG RESAH

Salam Rabu Y'All...
Hari ni sayer tamau cakap banyak2.. cuma nak share doa ini dengan rakan-rakan pembaca ~
Semoga kita sama-sama mendapat manafaat daripada doa ini...

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ampunilah sahaja dosa-dosaku, sama ada sedar atau tidak sedar. Hanya Engkaulah yang dapat mengampuni dosa-dosaku yang banyak ini Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya.

Hiasilah hatiku, peribadiku dan seluruh kehidupanku dengan rasa kasih dan sayang serta mahabbah. Baikilah tutur kataku, lisanku dan gerak lidahku supaya tidak mengaibkan orang lain.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Lembut.

Peliharalah akhlakku dan adabku di mana sahaja supaya aku dapat memelihara diriku sebaik-baiknya. Pimpinlah aku untuk membentuk bunga-bunga akhlak yang harum tatkala orang lain memandang rendah dan membenci aku, Ya Allah.

Ya Allah,

Dalam kesunyian malam ini, aku bangun untuk bersujud dan menghadap-Mu. Aku menyerahkan seluruh jiwaku kepada-Mu. Jiwa hamba mengharap perhatian dan ehsan daripada Tuhannya. Ya Allah, hatiku amat resah, gelisah dan meronta-ronta kerana ujian kecil yang Engkau berikan ternyata umpama batu besar yang menimpa seluruh badanku. Tidak terdaya untuk aku menolak jauh-jauh batu besar itu. Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkanlah.

Dengarlah rintihan hatiku ini. Bantulah aku Ya Allah. Aku tidak terdaya untuk berhadapan dengan ujian jiwa yang berat ini. Berilah jalan keluar, tunjuklah pintu-pintu penyelesaian yang terbaik buatku.

Ya Allah, barangkali ujian ini Engkau limpahkan kepadaku kerana aku mulai renggang dengan Engkau, maafkan aku Ya Allah. Janganlah Engkau menambah lagi beban hidupku ini. Engkau singkap sahaja penderitaanku supaya aku dapat kembali sujud dan memohon keampunan-Mu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengampun.

Aku tidak mengerti apakah ujian Engkau kepadaku untuk kali ini. Sakitnya terasa hingga ke lubuk hati. Aku menanggung duka dan derita. Hanya Engkaulah tempat aku mengadu keluhan dan rasa hati. Ya Allah, bantulah aku, tolonglah aku. Tunjukkan pintu hidayah-Mu kepadaku supaya aku dapat keluar dari ujian yang berat ini.

Ya Allah, maafkan aku, ampunilah kesalahanku. Ya Allah.

Aaminnn Ya Rabbal a'alamin


Monday, October 22, 2012

JOM SOPHIE PARIS ! :)

INI BISNES BARU SAYER... :-) :-) :-)

*** KERANA WANITA DAN HANDBAG SUKAR DIPISAHKAN *** HAHAHA..!!! Okay tak slogan itu? :p

So... jomla tolong like PAGE saya ini ... Bismillahir Rahmanir Rahim...

LUNCH YANG ALONE HARI INI

Hari ini aku lunch sorang-sorang sebab Mr. Z amik cuti halfday...

One of the reason is nak bawa Eiman ke klinik sebab teruk benar batuknya malam tadi, bangun pagi tadi badan Eiman dedar... batuk tak kurang..huhu.. sian anak bujang mama sorang...

Secondly, Mr. Z ada tugasan luar nak diselesaikan hari ini... well, lunch alone today and balik kerja kena naik bas! Huhuhu... :(

Mujur dengan penemuan warung yang actually dah lama wujud sebelum wujudnya aku di Venture (nampak sangat aku sangat neglicence)...menapak dalam 5-10 minit, aku pun tapau lah mee bandung versi Tebrau untuk lunch hari nie... well, lately breakfast memang selalu je aku ngn Mr. Z lepak sini sebab senang dan dekat dgn opis aku...

Mee bandungnya dibalut dalam plastik..then masuk dlm polisterin ...mungkin untuk memudahkan mereka yang tak berpinggan untuk makan... well, aku ada mangkuk klasik kantin warna oren! Memula ingatkan nak curah jek..sekali baru perasan mangkuk klasik tu dah retak..aiyo...nanti banjir pulak meja aku dengan kuah mee bandung!

So aku decide untuk ambil jalan penyelesaian mudah, hehehe... bukak plastik..letak dalam mangkuk dan ngaps!


Pandangan dari jarak jauh.... aromanya, memang awal-awal dah kalah kalau nak domparekan dengan mee bandung Muar yang terulung dan terbaik sepanjang zaman!

Jom telek dekat sikit.... tengok apa ada dalam uncang plastik tersebut....


Tu dia...tu dia...!! Aku nampak mee...opkosla mee dah namanya pun mee bandung, kan? Ada sayur sawi, ada telur, ada potongan ayam, ada tomato, ada carrot, ada cauliflower, ada fishcake dan aku ada bau daun sup..yes ada daun sup!

Confirm...memang bukan mee bandung muar punya style..sebab lapar dan teringin...maka teruslah aku ngapsssss....!!! I can't taste the udang kering maupun udang basah... but I can taste the kacangs... so, ianya bukanlah mee bandung yang aku idamkan..tetapi aku boleh katakan ianya adalah mee kuah tomato berkacang yang sedap... :-)

After 20-25 minit... semangkuk mee tomato berkacang yang panas berasap habis ku telan....


MODE HOUSEKEEPING RUMAH

Mood nak housekeeping rumah bermula apabila tetiba teringatkan sepasang anting-anting emas yang Mak hadiahkan kepada aku like 10-12 tahun yang lalu...yang aku misplaced tatau kat mana...huhu..maklumlah harga emas kan tengah meningkat mencanak-canak sekarang..maka, untuk orang yang tak berapa berharta sangat macam aku nie, emas-emas kecik cenggitu pun wajiblah disimpan dan dijaga dengan baik sekali...

Aku rasa macam baru je pegang-pegang, usap-usap sebulan yang lepas tapi seriously aku x ingat kat mana...puas ku korek-korek semua handbag aku tapi gagal ditemui...

Geram punya pasal, terus timbul mode nak housekeeping rumah!

Aku tak naklah tempel gambar rumah mcm kapal karam tu kan...malulah kat diri sendiri...hihi..tapi memang ada area dalam rumah aku yang rupanya sangat tak senunuh mcm baru je pindah rumah semalam walaupun ikut perkiraan jari tangan ini, dah dlm 6 tahun dah aku duk kat rumah itu...

Ada satu bilik kt tingkat atas..ini suppose jadi bilik tidur anak2lah.. tapi memandangkan anak2 masih kecil, Kak Long & Eiman tidur share bilik... while si BusukMasyam plak tidur dgn aku dan Mr. Z... maka, bilik tersebut menempatkan almari baju Kak Long & Eiman serta timbunan barang-barang aku yang berkotak-kotak....

Maka bermulalah sesi 5S....

Dari kotak ke kotak...huhu..macam-macam penemuan... well, I was down on memory lane la kengkononnya...lalalala... jumpa gambar lama-lama (zaman slim-slim) di UK... jumpa CD single Backstreet Boys special edition As Long As You Love Me which was the very 1st CD yang aku beli di UK semasa singgah ke HMV nearby London Marylebone... and and and... oleh kerana aku nie seorang yang sentimental... cer tengok apa yang aku simpan!


Hikhikhik... aku rasa most student yang sama-sama study dgn aku dulu harus dah buang dah benda alah nie..tapi aku simpan... nak tunjuk anak cucu cicit aku nanti... nenek dulu study kat UK tau! Nie bukan berlagak or menunjuk... tapi ianya more kepada motivasi, sepertimana kejayaan sepupu-sepupu aku belajar di Philadelphia & Liverpool Univ dulu mendorong aku berusaha dengan gigih dan berjaya mencapai matlamat aku untuk melanjutkan pelajaran di UK...

Nak tau apa kat atas tu? Hihihi... yang gambar harimau tu... namanya telephone card.. kat UK ada macam2 jenis phonecard yang menawarkan kadar panggilan telefon ke Malaysia dgn harga semurah 1penny per minit..jgn tak caya! Lagi murah call Mesia dari UK berbanding call Mesia ke Mesia... aku dulu memang pelanggan setia telco Asia memandangkan kisah cinta antara benua antara aku dan Mr. Z...seblah tu plak namanya SnapFax... SnapFax nie memang students akan dapat setiap academic year bagi melayakkan kami-kami ini mendapat pelbagai diskaun di outlet-outlet terpilih. Tapi selalunya aku memang tak guna pun sebab most of the discount adalah kat pub, restoran x halal, kedai baju mahal2, lugage centre etc etc..maka simpan jelah buat peram...yang hitam tu plak kad Alpha Telecom.. itu pun phonecard juga tapi konsepnya boleh topup...kalau dah habis, call hotline dia untuk topup..samada direct dr akaun bank atau kredit kad.. aku ada kredit kad tau masa study dulu..hehehe... tapi setelah mengenali banyak lagi phonecard yg murah like Telco Asia..aku x pakai dah Alpha Telecom...then nametag yang salah eja nama aku tu plak aku dapat sewaktu menyertai Perhimpunan Musim Sejuk di Coventry ke Birmingham dulu, sorry I cannot recall.. hehe..alhamdulillah kehidupan aku semasa di UK dulu dipertemukan dengan insan-insan yang baik maka aku berada di landasan yang bagus, alhamdulillah :D Last but not least.. Stagecoach Bus Pass... hehe..aku guna Term Bus Pass, so bayar lumpsum untuk tiket bas selama satu semester di universiti...sebab x mampu nak beli annual pass kan...hehe...memang mudah, naik je mana-mana bas Stagecoach yang merupakan one of syarikat bas utama di UK...tak payah bayar..tunjuk kat driver dan jalannnn.... :-)



Muka poyos giler...wakakaka... tapi bukan senang wooo nak dpt kerja sini... kekekekke..tapi bila dah dapat tu terasa mcm dapat jd MU player plak..hihihi... the experience was awesome! Makanan sedap-sedap (walaupun pekerja sepatutnya x dibenarkan makan makanan yang dihidangkan a.k.a kalau ada lebih servings..sila buang..tapi sebab dapat supervisor yg osem..dia suh ktorg makan...yg paling best cake, cheese...)... haippp!!! aku makan yang aku yakin halal jek tau! maka dptla juga terserempak dgn those MU players and VIPs...and I still can feel gegaran di restoran aku kerja tu bila goal dijaringkan.... huuuuuuu !!!!

Then... ada sebuah kotak itu aku simpan segala khazanah cinta antara benua aku dan Mr. Z... haishhhh..mood jiwang dah... (past tense yang sangat membahagiakan okey!) ... aku re-box semula..and macam-macam la aku jumpa.. one of those adalah keychain yng Mr. Z buat untuk aku supaya aku boleh 'bawak' dia ke mana aku pergi...:p

LoVe! LoVe! LoVe!
See... aku simpan lagi tau! Masa ni aku tengah amik A-Level kt Warwickshire... don't ask me..aku x ingat tu kunci apa...hehehe...

And..and..and.... walaupun sehingga ke saat ini aku x bertemu lagi dengan anting-anting pemberian Mak yang aku rindui.... see what I found....!!!


Rantai dan loket emas !!! Rantai dan loket kecil tu hadiah after nikah dulu.... dan loket emas itu pulak hadiah birthday aku yang ke 25 tahun :D Sayanggg awak..!!!!

Anyway, aku tak habis housekeeping lagi kerana gangguan dari anak-anak yang also tolong mengorek segala harta mama dia itu...so aku akan teruskan apabila larat nanti sedikit demi sedikit... malam tadi penat sangat... Kak Long tolong sapukan losyen Makbul Munajat sambil urut-urut selow kaki ... ingat nak lah manjer-manjer sket ngn Mr. Z minta tlg sapukan kt blkg badan yang lenguh x ingat nie...tapi sebab dia ada kerja sket kat luar and aku dah pengsan tidur sebelum dia balik, maka terbengkalailah... huhuhu.... :p

RED ALERT : KEJADIAN CULIK DI R&R SIMPANG RENGGAM

SALAM Y'ALL...

Good Monday Everyone! Well, nampak mcm aku nie malas jek nak update belog kan... it's a time constraint.. macam2 ada dalam kepala tapi tak sempat nak diluahkan maka jadilah dia koleksi monolog dalam minda sahajork..hihihi...

First hari ini nak sharekan satu peristiwa yang aku dapat dari sepucuk e-mail yang aku terima Jumaat lepas tapi baru baca hari ini... berkenaan kes penculikan yang berlaku di area Simpang Renggam. So, kepada yang membaca post aku ini.. be alert ya..ianya bukan semestinya berlaku di Simpang Renggam tau, malahan kat mana-mana malahan kat opis pun boleh kalau tetiba ada org meroyan nak culik kite-kite nie..huhu... so.. pls read:

Untuk Perhatian!!!!


Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.

Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah
(kampung sebelah isteri).

Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri
lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru. Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)

Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit
sebentar di R&R Simpang Renggam untuk membeli minuman di Petronas yang ada di
R&R berkenaan. Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan
hidup kerana air-cond masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat seketika.

Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……

Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk
ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu. Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan. Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.

Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera
mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain.
Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.

Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya. Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.

Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.

Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.

Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
ii. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan
iii. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan
iv. Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan
kuncikan kenderaan
(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)
v. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan
vi. Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”
vii. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
viii. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code
ix. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)
x. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)

Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan….

Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Simpang Renggam)

Thursday, October 18, 2012

SYURGA ITULAH TEMPATMU, BALKIS....

Salam Y'All...

Dalam pada ke'busy'an membuat report yang tak kenal erti habis ini...aku sempat jengah-jengah ke FB and saw one link yang member aku letak... and naluri keibuan aku tersentuh untuk membuka link tersebut... dan mata ini terpaku melihat sepasang mata yang jernih, suci dan bersih di dalam gambar yang terpapar di dada windows PC ku ini...

"APAKAH DOSA SAYA ???"


Oh Nur Irisyafida Balkis ! Apakah dosa kamu sehingga di dera sebegitu? Pada usia 8 bulan kamu telah didera oleh haiwan berjiwakan syaitan yang tergamak menyeksa kamu sehingga retak tempurung kepala lembut mu.. sehingga patah kaki dan tangan...dan tidak sedarkan diri selama 6 hari sebelum hadirnya malaikat Izrail menjemputmu naik ke syurga di sana... :-(

Seriously I am touched! Paparan berita di bawah ini aku copy dari website Sinar Harian:

BATU PAHAT - Seorang bayi berusia lapan bulan meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.

Nur Irisyafida Balkis, dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu kerana mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera.

Dia meninggal dunia jam 2.30 petang semalam di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.

Ibu mangsa, yang dikenali sebagai Aida, 29, ketika ditemui berkata, sewaktu Balkis dimasukkan ke hospital, dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Menurut Aida, doktor memberitahunya peluang untuk anaknya terus hidup sangat tipis.

“Doktor memberitahu, otak anak saya tidak mencatat sebarang aktiviti dan terdapat tiga kesan retak pada tempurung kepalanya.

"Setelah enam hari tidak sedarkan diri, Balkis meninggal dalam dakapan saya," katanya.

Menurut Aida, sebelum kejadian, teman lelakinya ada membawa Balkis bersiar-siar, tetapi apabila pulang ke rumah, anaknya tidak henti-henti menangis, seolah-olah berada dalam kesakitan.

"Balkis kemudian terus tidak sedarkan diri dan saya bergegas membawanya ke hospital," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumah ibu bapanya, semalam.

Aida berkata, dia ada bertanya kepada teman lelakinya mengenai kecederaan dialami Balkis, tetapi lelaki itu tidak mengaku dera bayi itu.

“Saya tidak tahu siapa yang melakukannya dan tidak tahu siapa yang boleh dipercayai buat masa ini. Mungkin sudah takdir untuk Balkis menemui Ilahi (cara demikian). Saya serahkan kepada polis untuk menyiasat," katanya.

Aida terkilan kerana Balkis, yang sudah pandai merangkak dan baru belajar berjalan, tidak sempat menggunakan baby walker yang dibelinya.

“Dia juga sudah pandai menyebut mama dan papa," katanya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di sini, jam 5 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jumaat lalu, teman lelaki Aida ditahan polis kerana disyaki melakukan kesalahan pecah rumah, pengedaran dadah dan memiliki senjata berbahaya bersama dua lagi suspek berusia 37 dan 39 tahun, di Tongkang Pechah, dekat sini.

Lelaki berusia 34 tahun itu juga dikehendaki berhubung dengan kes pecah rumah di Muar.

Kes penderaan bayi itu dilaporkan kepada polis oleh pihak HSNI pada hari kejadian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerah, Datuk Ariss Samsudin, mengucapkan takziah kepada keluarga bayi berkenaan.

“Saya bersimpati dengan kejadian ini dan saya harapkan apa yang berlaku dijadikan pengajaran kepada semua,” katanya.

SUDAH-SUDAHLAH MANUSIA... DEKATKANLAH DIRI KEPADA ALLAH, KEMBALILAH KEPADA AJARAN ISLAM... HENTIKANLAH PERBUATAN YANG TAK MENCERMINKAN KEMANUSIAAN INI MALAHAN ANDA-ANDA YANG MELAKUKAN INI MEMANG LEVEL SYAITAN! HAIWAN PUN SAYANGKAN ANAK OKAY...

Balkis... bahagialah kamu di sana... Al-Fatihah....

Friday, October 5, 2012

WANITA....

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 

CABARAN SEORANG WANITA... HUHUHUH....


ini pun aku rembat dari Facebook... bahagia sungguh Jumaat kali ini..terlalu banyak pengisian jiwa yang aku dapat dari Facebook... so, janganlah pandang negatif sangat pada org yg suka berFB...yang penting kita tau batas-batasnya... dunia semakin maju, biar teknologi yang terkini menjadi platform kita menuntut ilmu tidak kira di mana kita berada.....


Cabaran wanita itu..

Diam — dia lemah .
Lantang — nampak salah .
Mesra — dia gatal .
Pasif — dipijak-pijak .
Kahwin — bila beranak? .
Tak kahwin — pasti digelak .
Berhijab — dikata kolot, jahat, menunjuk² .
Tak tutup — lagilah heboh .
Setia — dimadu laki .
Curang — dicanang keji .
Terlalu cinta — dimain²kan .
Terlalu berjaga — dimarah²kan .
Menangis — rimas selalu .
Pertahan pendapat — dipanggil kepala batu .
Buat betul — pelbagai benda dipersoal .
Buat silap — sekampung berbual .

TETAPI UNTUNG wanita sebab setiap kali dilemparkan kejian & hinaan, SYURGA adalah tempatnya..

Cukup hanya menjadi SOLEHAH untuk dirinya dan suami (jika isteri) kerana ALLAH, patuh segala perintah Allah, InsyAllah dirinya sebaris dgn para bidadari & mungkin lebih atas lagi, dengan izin Allah di syurga kelak, InsyaAllah... :)


MOTIVASI HARI INI....

Salam Jumaat Y'All....

Sejumlah Al-Fatihah masih setia saya sedekahkan kepada jiwa dia...berserta keyakinan dan doa yang Insya Allah things will be fine regardless pahit atau manis akhirnya...

Aku masih tegar memujuk jiwa sendiri...well, siapa lagi nak memujukkan? Kang jadi isu pulak... hmmm....


Aku copy dari Facebook tadi..sebab yups... kenangan itu amat menyakitkan... but Alhamdulillah... I learn a lot kan...

Allah Maha Adil.... Insya Allah....

Thursday, October 4, 2012

KATA-KATA SEMANGAT UNTUK TERUS BERJUANG

...Salam Y'All...

Insya Allah, I will continue my life like nothing has happens :-)
I will face it alone... biar aku pujuk sendiri hati ini macam selalu...
Yelahhh... sebelum-sebelum ini pun mana ada sesiapa pujuk aku, kan?
Hati terguris, diubati sendiri...
Hati merajuk, let it be...
It's okay... yesss... I am okay... Insya Allah things will be fine...

Cuma adakalanya tak dapat tahan juga airmata...
Bila imbasan kenangan yang dulu-dulu tu datang...
Tak kiralah kenangan manis atau kenangan pahit...
Memang makan hati juga...
Like macam pagi tadi... Rasa macam pilu giller jek...Bila teringat memori dulu-dulu... Tapi takpelah, terima je hakikat ianya takkan berulang kembali...

It's okay Eca.. It's okay... Just continue your life...
Datang satu kesedihan, pasti Allah gantikan dengan seribu kegembiraan...
Yakinlah... biarlah apa dia kata...cuma Allah SWT maha memahami dan mengetahui apa yang sebenarnya ada di dalam hati ini...
Allah Maha Adil, Eca...
Allah Maha Adil....

Bersabar... Berdoa... Sedekahkah Al-Fatihah banyak-banyak kepada jiwa dia...
Berdoa banyak-banyak pada Allah... untuk penghujung yang terbaik...
Jangan sedih-sedih ye Eca....


p/s - saya tetap rindu awak yang dulu-dulu....

Wednesday, October 3, 2012

RINDU ITU...

(sorry, tengah mood jiwa kacau....)

...kalau nak bicara tentang rindu, rindu tu dah terpendam..bukan sekadar semalam, kelmarin... bukan setakat sebulan dua.. setahun dua..tapi sekian lama dah.. tapi rindu tu tak bawa ke mana..semakin hari semakin lara..memakan hati dan segenap jiwa..dan akhirnya meracun diri sendiri... :(





Oh Angin... sampaikanlah lagu ku padanya... yang sedih pilu... terimalah... laguku jadi teman hidupku... untuk selamanya....

Kamu tidak akan faham sebenarnya...... :(

Thursday, September 27, 2012

PACIFIC NORTHWEST SMOKED SALMON

....keluar dari meeting room tadi, I was approached by the planning manager with a brown box... it was actually a gift from our Philips customer who came from USA last couple of weeks (if I am not mistaken). There are three small boxes inside there contained 3 types of smoked salmon; King, Smokeye and Pink....

I dunno what are the difference...except for the colors! Since the King type is the most expensive and said 'the most majestic'..hambik kau aku pilih yang itu....but that is not for me alone tau...bertuah...!!! And I am not one of the Philips team as well... but the ability to cook western food (chewwah perasan...!!!) telah menyebabkan bos suruh aku prepare one meal using the smoked salmon for the entire Philips Team! (termasuk aku yg diimport dari NDS utk merealisasikan impian sajian ikan salmon yang diasapkan!)

Ini rupa bentuk packaging dia....


Mulalah operasi menGoogle...apa jenis masakan yang aku persembahkan kepada mereka? Huhuhu... well if you guys been thinking how big is the fish...sila lihat berat dia... 6 oz sahaja yerk...bersamaan lebih kurang 500g...huhuhu...maka kalau nak buat sandwich dgn kuantiti yang tersebut, sangat la x friendly kan... well, I have decided to cook Pasta with Smoked Salmon.... and trying to make it even simpler... buat pasta salad je la.. xdelah muai sangat utk makan seorang sepiring kecik... maka itu adalah projek aku next week... it could be on Monday or Tuesday... depend on when my gaji is bank in...

Product Info di luar packagingnya:


Ada 3 resipi yang disertakan sekali di sebelah dalam bungkusan luarnya :-)




Nutritional Facts.... my choice the King one is definitely the King of the Cholesterol...huahuahua... :p :p :p tapi ikan salmon... good cholesterol la kan...???


Tak sabar nak bershopping bahan-bahan nak mengerjakan ikan salmon yg seketul ini.... :-D

DIET RASULULLAH :-)

Salam Khamis Y'All.... :-)

Hari ini sayer nak kongsikan tips diet yang diamalkan oleh Rasulullah... jom kita cuba ramai-ramai, semoga menjadi manafaat kepada kita dan menjadikan kita umat Islam yang lebih sihat dan kuat dari segi rohani dan jasmani, Insya Allah :-)


Manafaatkan dan sharekan dengan keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan ya :-)

Wednesday, September 26, 2012

4 TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...YANG PALING PENTING IANYA UNTUK PANDUAN DAN PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI YANG MEMANG LEMAU DAN MUDAH LUPA....

FOR MY BELOVED KIDS... KAK LONG, EIMAN DAN ADIK...

PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Sekiranya sebelum ini anda leka....Ianya masih BELUM TERLAMBAT...ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT....kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini...

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” - Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” - Hadis Riwayat Muslim

Diadapatasi semula oleh RP.
https://www.facebook.com/rahsiaperkahwinan

Tuesday, September 25, 2012

BILA MOOD SEDEY...

Salam Y'All...

Dah lama tak update belog kan?

Bila mood sedih... semangat hilang... semua jadi penasaran...

Huhuhu...

Nak menulis pun mood takde...

Kadang-kadang bila mood ada, masa plak takde...

Anyway, last week aku ada phone interview utk jawatan Vision Systems Engineer dengan Ciba Vision PTP, Gelang Patah... well actually, I am not that desperate looking for a new job... aku happy je dengan kerja now cuma aku mencari employer yang mampu membayar gaji lebih kat aku... agar aku tak perlu nak jadi mcm orang giler menjual Tupperware lagi di samping bekerja sbg Underpaid Test Engineer...

Hidup kena berubah, kan? Kena berani... no matter what happened... hidup kena terus... kena sentiasa mencari peluang untuk memperbaiki keadaan sedia ada...

Dan I will go for it...!!!

The next day, aku dapat call dari HR Ciba Vision... calling me for f2f interview... alhamdulillah... getar juga nie sebab lama dah tak interview :-) So my interview will be on this Friday... doakan aku berjaya dengan gaji yang lumayan... amin amin ya rabbal alamin....

Friday, September 14, 2012

TRIBUTE UNTUK LELAKI PERTAMA DALAM HIDUPKU... AL-FATIHAH...

Salam Jumaat Y'All...

Life has been busy as always, sampai nak post pasal raya..openhouse semua tak post-post lagi... tapi kali ini..aku takkan bertolak ansur dengan kesibukan kerana ini adalah post yang sangat penting dalam hidup aku...

Hari ini 14 September 2012, genap 12 tahun pemergian beliau... beliau lelaki pertama yang hadir dalam hidup aku... beliau banyak meninggalkan kenangan dalam hidup aku... and he is one of the most influenced person in my life... pendek kata, di kalangan orang lelaki..he is actually my first love and sampai hari ini kasih sayang itu masih kekal... AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM MEJ (B) SHAHARUDDIN BIN HASSAN... beliau adalah Abah aku.... :(

Saban tahun, apabila tibanya tarikh ini pasti aku akan teringatkan beliau... tetapi tahun ini aku rasa hari-hari pun aku ingat kat dia...dan actually, setiap kali aku teringatkan dia, terkumat-kamit aku segera menyedekahkan Al-Fatihah untuk Abah.... apa lagi yang dapat aku lakukan untuk dia... seberapa boleh pahala yang dapat aku sedekahkan kepada Abah....

Abah... sewaktu kecil memang aku rapat dengan Abah... Abah duduk berjauhan dari aku dan Mak... sebab Abah kan tentera..pindah ke sana ke mari..kem sana kem sini... dan Mak pula bekerja sebagai kerani sekolah di KL...maka Mak tak ikut sekali Abah pindah...bila Abah balik, aku lah insan paling gembira... Abah bawa pergi jalan sana sini, Abah beli mainan itu ini... the list is neverending... aku tau Abah memang kepingin anak lelaki sebelum Yos lahir.. tapi rezeki Allah kan... so Abah ada belikan aku kereta control BMW warna putih, jalur2 biru hitam merah..masih aku ingat lagi kereta tu ok.. :-) Apa lagik Abah beli untuk aku ek... haaa.. Teddy Bear (sebab aku jeles Kak Long & Kak Nina ada teddybear besar), anak patung Pink Panther...sebab aku sgt suka...then Abah pergi UK... (one of my earliest inspired moment yang alhamdulillah aku akhirnya dapat ke UK juga untuk sambung study), Abah belikan aku sandal tumit tinggi, gown jalur2 kaler putih biru yang masih wujud sampai hari ini..well.. Kak Long pakai baju tu tau...jangan tak percaya...!!! Well... itu diantara memori awal aku dan Abah...

Bila aku semakin besar... keakraban aku dengan Abah makin kurang, well..tak perlulah aku nyatakan WHY here.. biar ianya jadi rahsia aku seorang...tapi aku tetap hormat dia... dia masih Abah aku..tak pernah lokek ... masih menyayangi aku despite of aku tidak rapat dan manja macam masih kecil-kecil... masa aku dapat 4A dalam UPSR, Abah janji nak bagi aku RM100 for each A...:-) Bila aku berjaya ke UK untuk melanjutkan pelajaran he was the happiest person (Mak mcm kurang approved sebab dia nak aku study kt UKM ke UM ke UUM ke..tapi aku memang nak pergi UK) aku pakai blazer yang dia beri pada perjalanan pertamaku dari Subang Airport (masa tu KLIA dlm pembinaan) ke London Heathrow...

Ya Allah..banyaknya kenangan aku dan dia! And kalau nak tau, ABAH TAK PERNAH PUKUL AKU SEPANJANG HAYAT DIA! Marah tu pernahlah dua-tiga kali..aku memang sangat kecut perut bila Abah marah, that's why aku sangat patuh pada perintah dia...suara dia mcm petir okay..maklumlah... askar... Abah sebenarnya panas baran tapi dengan aku, he has been very gentle and loving.... How I Missed Him...

Abah oh Abah...!!! How I wish Abah is still alive so Abah boleh jumpa cucu-cucu comel Abah yang tiga orang itu.... Abah tau tak, Eca memang sangat rindukan Abah... sumpah tak tipu... Abah...maafkan Eca kerana tidak menjadi anak yang sempurna untuk Abah..tetapi semenjak pemergian Abah... setelah umur Eca bertambah... setelah Eca jadi isteri dan mama, Eca mengerti erti sebuah kehidupan... dan bila dugaan mendatang, wajah Abah adalah salah seorang yang terbayang di mata Eca.... I need you, I want you to be here with me.....

Alamak dah dekat pukul 6 pulak.. Insya Allah nanti Eca sambung Part 2 pulak yer... Al-Fatihah Untuk Abah... 12 Tahun Pemergianmu... Rindu Sungguh Pada Abah... Loves You Very Much...!!!

ALLAHYARHAM MEJ (B) SHAHARUDDIN BIN HASSAN... HE IS MY DAD...!!!

Monday, September 10, 2012

Peribadi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

UNTUK RENUNGAN DAN INSPIRASI BERSAMA... :-) Semenjak sambutan kemerdekaan nie memang meluap-luap semangat kenegaraan dan semangat kemelayuan aku..chehh.... so, mari duhai bangsaku... kita mengorak langkah bersama-sama memajukan diri kita :-)

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah salah seorang tokoh Melayu yang berjaya... jom kenali beliau dengan lebih dekat...



Peribadi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Petikan kata-kata
Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

L/belakang Syed Mokhtar
- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana
- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


Kepada anak-anak ibu;

" Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan"

(Surah Al-Kahfi: Ayat 46)

Friday, September 7, 2012

PENAWAR HATI SAYER...

Bila hati gundah gulana... Bila rasa sedih... Bila semangat rasa lemah... Bila rasa sunyi...sepi...tiada sesiapa di sisi... dialah penawar hati saya....

Dialah busyuk saya... Dialah masyam saya...

Dialah cinta hati saya... Dialah pengarang jantung saya...


Dia notty... tapi dia manja...

Dia comel... dia suka ketawa... tapi dia juga suka menangis... tapi saya sayang dia kuat-kuat...!!!

Dia anak bongsu saya... Nur Arissa Suraya...

Bicaranya petah... bercakap mcm orang tua...

Garang macam saya... dah pandai pergi tandas dan wee-wee sendiri dan bok-bok sendiri...

She used to be not so cuddly..kalau kena peluk meronta..marah...rimas agaknya...!!!

Tapi now dia dah tak macam tu... Adik dah jadi big girl yg sporting...

Kadang-kadang time tidur Adik yang peluk mama kan...???

Bila saya sedih... bila saya rasa tertekan... bila saya rasa lemah... dialah sasaran saya nak peluk...meminta sedikit kekuatan untuk meneruskan hidup...

Bila saya menangis dan saya peluk dia... saya akan renung mata dia yang jernih dan bersih... yang seolah bertanya..kenapalah mama aku nie menangis...???

Kadang-kadang memang dia tanya... "Kenapa mama menangis?" atau "Kenapa mama sedih?"

Huhuhu... you are my angel....

I miss you.... sat lagi kita jumpa yer kat rumah... :-)