Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Showing posts with label supplement. Show all posts
Showing posts with label supplement. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

LAMANYA TAK TABUR FLYER!

Assalamualaikum WBT

Tahukah uols yg FLYERS merupakan salah satu medium pengiklanan dan promosi? Ini teknik yg boleh digunapakai untuk offline marketing. Financial cost pun x mahal. Tempah la flyers, kos tu bergantung kt mana uols tempah...

Saya mmg dah lama ada stok flyers Shaklee nie. Ada 2 design beli dari upline. Cuma terlalu taksub dengan promo online, sampai terlupa kisah flyers nie. Daripada minggu lepas dok teringat2, tapi pastu terlupa. Kebetulan jalam tadi dok lipat kain kt sebelah kotak brg bisnes...terus teringat terus keluarkan terus cop terus lipat dan terus siap!

Berpagi-pagianlah mencari rezeki, menabur flyers di lokasi X tadi... saya bagi rezeki dlm bentuk ilmu dan jkn penyelesaian kepada mereka-mereka yg mungkin memerlukan produk SHAKLEE...saya mukadimahkan peluang menjana pendapatan dgn SHAKLEE sepertimana yg terkandung dalam flyers itu.

Tunggulah hasilnya bagaimana...

Rezeki itu luas, kan? X semua orang berpeluang online..dan x semua orang tau pasal Shaklee

Ya Wahhab... Ya Razzaq...

Semoga Allah permudahkan urusan saya sebagaimana saya berusaha mempermudahkan orang lain...
Saya xde duit nak diberi
Tapi saya jual produk dan servis yg memberi manafaat pada uols :-)

TrulyMadlyShaklee...
NORAFESA
SID 1023481
0111 868 6979

Thursday, June 5, 2014

TIBA-TIBA GEBU? TIBA-TIBA HILANG NAFSU MAKAN?

Assalamualaikum WBT....

Last couple of days, aku dihujani dgn feedback customers / downlines yg mengambil GLA COMPLEX. Personally, aku belum try lagu GLA COMPLEX kerana aku belum perlu lagi kot! But real life testimonies from people that I personally know were amazing! Antara testimony yg aku dapat:
▪ "semenjak pengambilan GLA COMPLEX, period dah kembali regular & senggugut hilang!"
▪ "nafsu makan merosot & terkawal, hopefully dapat slim down secara semulajadi"
▪ "terkejut bila kulit tiba-tiba je gebu semacam! tiada side effect ke? akak ambil Alfalfa + GLA"

WOW! Alhamdulillah... bersyukur kpd Allah kerana membantu customers & downlines aku!


First & foremost...nak ulang banyak kali bahawa SHAKLEE SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN...so jgn risau, NO SIDE EFFECT because SHAKLEE dihasilkan drp BAHAN SEMULAJADI DAN BERKUALITI TINGGI :-)
So, hari ini jom kita rungkai rahsia di sebalik keberkesanan GLA COMPLEX!

GLA COMPLEX (Gamma-Linolenic Acid Complex)

Kebanyakan GLA tersedia  di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO),manakala GLA COMPLEX SHAKLEE diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. SHAKLEE mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.
Setiap kapsul GLA COMPLEX mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ianya mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

SUMBER ASLI GLA

SHAKLEE GLA COMPLEX adalah supplemen GLA paling semulajadi, paling berkesan dan diperbuat daripada bahan semulajadi!



MANAFAAT UTAMA

▪ HERBA TRADISI YANG DIPERCAYAI - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ia MERAWAT ULSER, MENGELUARKAN VIRUS, MELEGAKAN KELESUAN, MEMBERSIHKAN KAHAK, MERINGANKAN KEBAS URAT SARAF & MENINGKATKAN STAMINA.

▪ MENGAWAL SELIA ESTROGEN & TESTOSTERON - GLA membentuk prostaglandin untuk MENGAWAL SELIA HORMON LELAKI & WANITA, MEMPERBAIKI SIMPTOM PMS I.E. KESAKITAN, MOOD SWING, WATER RETENTION & SAKIT PAYUDARA.

▪ MELAMBATKAN MENOPAUS - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depressi. Pengambilan jangkamasa panjang akan MELAMBATKAN PENUAAN, MENGETATKAN UTERUS, MEMBERI TONE KEPADA UTERUS UNTUK KULIT LEBIH MUDA.

▪ MEMPERBAIKI PROSTATOMEGALY - GLA memperbaiki MASALAH PROSTAT LELAKI DAN MASALAH KERAP KENCING.

▪ MENENTANG KANSER - GLA adalah ANTI-OKSIDAN yang MENINGKATKAN SISTEM TUBUH, MENGHALANG PERTUMBUHAN SEL TUMOR DAN KANSER.

▪ MEMPERBAIKI INFLAMASI KULIT - Membantu MENGURANGKAN INFLAMASI KULIT, EKZEMA, ALLERGIK, KEGATALAN, KULIT KERING, MEMPERBAIKI BINTIK PENUAAN, TINEA, KURAP. Ianya juga membantu MERINGANKAN SAKIT DAN BENGKAK DARI ARTHRITIS & RHEUMATISMA.

▪ MENGHALANG KOMPLIKASI DIABETES - MERENDAHKAN KANDUNGAN GUKA DALAM DARAH, BERKESAN UNTUK DIABETES SEMASA HAMIL DAN USIA TUA. MERINGANKAN KEBAS DAN KESAKITAN AKIBAT GULA DARAH YANG TINGGI.

▪ PELANGSINGAN DAN MENGHALANG PERTAMBAHAN BERAT BADAN - Membantu MERENDAHKAN KOLESTEROL LDL, MENGHALANG PENAMBAHAN BERAT BADAN DGN BERKESAN, MEMBERI TONE KEPADA KULIT DAN OTOT untuk wanita secara berperingkat untuk membentuk badan cantik. Ambil semasa perut kosongnuntuk mengelakkan keasidan hiper.

▪ MENGHALANG TEKANAN DARAH TINGGI - MENGHALANG PEMBEKUAN DARAH, MERANGSANG PEREDARAN DARAH, PENGEMBANGAN SALUR DARAH, MEMPERBAIKI TEKANAN DARAH TINGGI, MENGELAK MASALAH SAKIT JANTUNG I.E. ARTERIOSKLEROSIS DAN MYOCARDIAL INFARCTION.

▪ MEMPERBAIKI TEKSTUR RAMBUT - MEMPERBAIKI RAMBUT KERING dan RAMBUT GUGUR.

▪ HIPERAKTIF & AUTISME (ADD / ADHD) - Terbukti secara klinikal bahawa GLA MINYAK IKAN MEMPERBAIKI KANAK-KANAK AUTISME, SUKAR MEMBERI TUMPUAN KETIKA BELAJAR DAN HIPERAKTIF

BENARKAH GLA  COMPLEX HANYA UNTUK WANITA?

That's totally WRONG! GLA penting untuk tubuh manusia tidak kira lelaki, wanita, kanak-kanak dan orang remaja.

So, clear tak?

Hopefully membantu uols untuk mengenal dgn lebih mendalam tentang GLA!

Untuk mendapatkan GLA COMPLEX...Hubungi saya!
ECA 0176073815 (SMS/WHATSAPP)
www.facebook.com/norafesa (PM)
Sid 1023481

Saturday, April 5, 2014

SEKILAS FAKTA OSTEOPOROSIS

SEKILAS FAKTA OSTEOPOROSIS

Kepada yg tak pernah tahu, ingin nak tahu dan yang buat-buat tak tahu... sila ambil tahu! Jangan dah reput baru nak menyesal!!!

-ECA 0176073815-

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh.

Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.

Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.

Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah.

Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.

Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.

Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.

Simptom

Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.

Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan.

Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan.

Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.

Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan.

Retak pinggul pula biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk.

Thursday, December 26, 2013

OSTEMATRIX - BUKAN SEKADAR KALSIUM

Salam minggu terakhir Disember...
Sekejap je masa berlalu, dah nak masuk tahun 2014
Tapi, life goes on kan?
So, tanpa membuang masa kali nie aku nak share kan info menarik tentang Shaklee OsteMatrix!

First and foremost, just nak inform yg hari ini genap seminggu aku consume OsteMatrix. Why aku tiba-tiba amik OsteMatrix? Sebab both kaki sakit...maklumlah org 'sihat'..miahaha...and as for today, sakit yg mainly menyerang tumitku ini telah dissappeared from kaki kanan cuma kaki kiri jer masih terhincut-hincut sesekali time bgn tidur atau bila duduk lama atas lantai... ut us a great improvement, Alhamdulillah...sebab tu aku tak sabar-sabar nak cerita nie..terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah yang sama dengan aku.

And...sebagai bonus, my occassional headache due to improper sleep and stress.... hilang! Dan nak kongsi jugak this time round... my 'bestfriend' arrived late than usual...agaknya sbb tekanan nak interview dan PAC Assessment. Kalau normally bila dah lambat tu...terseksa juga dek senggugut, tapi kali ini alhamdulillah takde senggugut langsung...cuma mild sakit pinggang je...

APA YANG ISTIMEWA DENGAN OSTEMATRIX NIE?

OsteMatrix mengandungi kalsium yang paling seimbang, memastikan kadar penyerapannya 99%. Formulanya unik! OsteMatrix diformulasikan dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. OsteMatrix mengandungi:
• Kalsium
• Magnesium
• Fosforus
• Vitamin D
• Zink
• Kuprum
• Manganese
• Boron

Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh serta menghalang pemendapan sesetengah mineral. Kajian menunjukkan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

MANAFAAT UTAMA

1. Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Juga merawat keretakan tulang, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah & merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kekejangan, kebas-kebas, sakit sendi dan arthritis.

3. Meringankan stress - Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar dan stress. Mampu memperbaiki dipressi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral bersifat alkali, berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Mampu membantu menghalang obesiti di waktu umur tua. Kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hyperaktiviti perut dan sakit gastrik.

OsteMatrix juga mengandungi Vitamin D, Magnesium, Zink, Boron, Manganese dan Kuprum. Fungsinya adalah:

• Vitamin D - Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vitamin D amat perlu diambil oleh vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak.

• Magnesium - Ion +ve no.2 penting dalam tubuh kita. Menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan pembentukan batu karang atau batu hempedu. Penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

• Zink, Boron, Manganese & Kuprum - Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis.


Bagaimanakah memilih Kalsium premium?

* pilih produk yang mengandungi vitamin D dan Magnesium
* elakkan produk yang dibuat daripada tulang dan dolomite yg boleh mengakibatkan keracunan plumbum
* elakkan mineral chelated kerana mengakibatkan tubuh menyerap logam berat yang tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Monday, December 2, 2013

SHAKLEE OMEGA GUARD - SUMBER TERBAIK PALING TULEN DI DUNIA

Salam Disember :-)

Alhamdulillah  ~ sudah masuk ke bulan terakhir tahun 2013. Pejam celik pejam celik je kan? Rasa macam baru je pergi Langkawi bulan Januari hari tu...rasa macam pantas giller masa berlalu.

Ada apa dengan Disember 2013...???

Jeng Jeng Jeng.... I am so excited to announce a special offer from Shaklee for the whole month of December 2013 nie :-)


IT'S OMEGA GUARD !!! yes memang sangat excited sebab Omega Guard nie memang multipurpose supplement yang sangat berkesan dan merupakan minyak ikan paling tulen di dunia!

Sepanjang Disember ini, beli 6 percuma 1 okay. Memang sangat berbaloi kalau nak buat stock for the next 7 months (kalau makan sorang la)... atau pun untuk belikan anak-anak, mak ayah, suami isteri dan diri sendirik :-)



So, dalam pos kali nie... aku akan cerita panjang lebar APA YANG BEST SANGAT DENGAN SHAKLEE OMEGA GUARD ini :-)

KENALI SHAKLEE OMEGA GUARD

SHAKLEE OMEGA GUARD ini diekstrak dari ikan laut dalam (air sejuk). Contoh ikan laut dalam ini adalah sardin, mackerel, herring dan anchovies.

SHAKLEE OMEGA GUARD bukan diekstrak dari minyak hati ikan. Ianya memang diesktrak dari ikan. Oleh itu, minyak yang diekstrak itu adalah 3x lebih tumpat dari minyak hati ikan.

SHAKLEE OMEGA GUARD adalah minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega3 semulajadi. Contohnya EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi.


Secara umumnya, SHAKLEE OMEGA GUARD
- membantu mengurangkan risiko sakit jantung
- memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.
- memelihara kesihatan otak, penglihatan dan sendi.

25 MANAFAAT OMEGA-3 DALAM SHAKLEE OMEGA GUARD

1. Mengimbang perubahan & kepekatan hormon PMS wanita.
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan.
3. Mencegah saluran darah dari tersumbat.
4. Mengelakkan stroke.
5. Mengekalkan tekanan normal darah.
6. Membantu mengurangkan tekanan urat leher tegang.
7. Mengurangkan sakit kepala.
8. Merendahkan kolestrol.
9. Mencegah pembekuan darah dalam badan.
10. Kekalkan tahap sihat trigliserida & kolestrol LDL dalam badan.
11. Mengawal masalah obesiti (Alfalfa + Lecithin + Omega Guard).
12. Mengurangkan risiko sakit jantung.
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - untuk perkembangan otak & kesihatan janin.
14. Mempertingkatkan perkembangan memori janin & kanak-kanak.
15. Meningkatkan sistem imun tubuh & sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak.
16. Membantu memelihara kesihatan peparu.
17. Memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema, psioriasis dll.
18. Mengurangkan 'hay fever', bronkitis, lelah, hepatitis dan SLE.
19. Membantu memperbaiki penyakit buah pinggang.
20. Membantu menentang kanser peparu, payudara, prostat dan kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik.
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi.
24. Mencegah penyakit Gout.
25. Mencegah Alzheimerm memelihara penglihatan, mengelakkan migrain serta memelihara sistem pendengaran.

SHAKLEE OMEGA GUARD juga telah terbukti mampu memperbaiki pelbagai masalah berkaitan dengan otak seperti:

1. Mencegah insomnia
2. Mengurangkan tekanan emosi
3. Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
4. Mampu memperbaiki masalah autism
5. Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
6. Mengurangkan masalah skizofernia
7. Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.



KHASIAT SHAKLEE OMEGA GUARD KEPADA KUMPULAN INDIVIDU SPESIFIK

IBU MENGANDUNG
- membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
- mengurangkan risiko kelahiran pra-matang.
- mengurangkan risiko meroyan (menstabilkan emosi ibu)
- meningkatkan kesihatan mental ibu (mengelakkan kemurungan, kebimbangan dan tekanan)
- mengawal kenaikan berat badan mendadak & mencanak-canak.



IBU MENYUSU
- menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi bayi/kanak-kanak dan perkembangan otak yang sihat.
- membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan.

KANAK-KANAK
- memperkuatkan sistem imunisasi badan.
- menggalakkan pertumbuhan badan & otak yang sihat (bijak & fokus dalam pelajaran).
- elok untuk yang sering jatuh sakit - demam, batuk, selesema, asma & ekzema.

MASALAH BERAT BADAN
- membantu pembakaran lemak lebih cepat berbanding Lecithin.
- meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan.

MEREKA YANG SERING MENGALAMI MASALAH KESIHATAN
- batuk berkahak, selesema berterusan, sakit-sakit sendi dan tinggi kolestrol.
- pesakit darah tinggi
- pesakit jantung - merendahkan tekanan sistolik & diastolik ~ mengelakkan pembekuan darah yang boleh menyumbat saluran darah serta mengurangkan tekanan darah tinggi.

SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN SHAKLEE OMEGA GUARD

1. Warga Emas.
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita Yang Telah Melahirkan Anak
5. Pesakit Darah Tinggi
6. Orang Mudah Lupa
7. Kanak-kanak 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu yang menyusukan anak
10. Ibu hamil
11. Individu yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH SHAKLEE OMEGA GUARD BERBANDING JENAMA LAIN?

Okay...crucial part. Cuba tengok perbandingan antara SHAKLEE OMEGA GUARD dan beberapa jenama yang terkenal:


MAHALKAH SHAKLEE OMEGA GUARD...MAKLUMLAH, BARANG BAIK KATAKAN...

SHAKLEE OMEGA GUARD - nampak macam mahal tapi sebenarnya murah giller!

Satu botol SHAKLEE OMEGA GUARD mengandungi 90 biji kapsul.

Kanak-kanak - 1 biji sehari sudah memadai (cukup untuk 3 bulan kegunaan untuk seorang anak!)

Dewasa - 3 biji sehari (cukup untuk sebulan kegunaan)

Alhamdulillah ~ portion semua supplement Shaklee memang ngam untuk sebulan atau lebih. So, tak takut keputusan bekalan sewaktu poket tengah sesak. Hehehehe....

Harga sebotol SHAKLEE OMEGA GUARD adalah RM136 (retail price). Tetapi bersempena promosi bulan Disember 2013 nie...dengan setiap pembelian 6 botol, percuma sebotol! Tak cukup dengan itu, percuma keahlian dan dapatkan rebat tunai pada bulan Januari 2014!

Nak beli sebotol pun boleh....pada harga spesel lagi :-)

Jadi...jangan tunggu2 lagi... pm inbox laju-laju di Facebook ataupun Sms/Whatsapp 24/7 di 0176073815.

Eca 1023481

Wednesday, November 27, 2013

AJHT - BYE BYE SAKIT LUTUT !!!

Salam Rabu :-)

Bersemangat sungguh nak update blog hari ini... nak tau kenapa? Sebab produk-produk 'hot' Shaklee now kembali available! Mana taknya..kesian kat customer.. sebelum ini ramai yang bertanya pasal produk Shaklee yang hot malatops tetapi yang hot tu la yang takde stock satu Malaysia. Alhamdulillah...setelah sekian lama tertangguh-tangguh dek kerana takde stock... semalam AJHT dah restock! Jadi hari nie bolehlah aku sharekan ke'power'an AJHT nie dengan semua.... :-)


Advanced Joint Health Tablet

Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

KENALI ADVANCE JOINT HEALTH TABLET



Apakah Advanced Joint Health Tablet?

Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Ia mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, AJHT ialah formula sayur-sayuran 100%.

Siapa yang memerlukan Advanced Joint Health Tablet?

Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Fungsi Advanced Joint Health Tablet

Fungsi Advanced Joint Health Tablet ini, sememangnya yang utama adalah bagi meredakan kesakitan dan menghentikan keradangan sendi.

Tetapi sebenarnya fungsi AJHT ini lebih daripada itu. Mestipun kebanyakan penghidap sakit lutut dan yang seumpamanya mendapatkan AJHT ini, kebiasaannya adalah bagi menghentikan keradangan. Namun begitu, fungsi lebih daripada itu. Antaranya:
- Memelihara tisu penyambung yang sihat dengan tambahan kuprum, zink, vitamin C dan manganese yang - bertindak membina kolagen.
- Meningkatkan keupayaan 'kusyen' dengan glukosamin dari ekstrak boswellia, jadi anda bebas bergerak.
- Menambahkan kebolehan pergerakan tanpa rasa sakit.
- Meningkatkan fleksibiliti sendi.
- Memperbaiki fungsi sesendi.
- Menyokong kesihatan sesendi untuk jangka masa panjang.



-----------------------
AJHT Q & A

Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.

Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health Tablet

PERBANDINGAN AJHT DENGAN PRODUK LAIN SEUMPAMANYA



Jadi, apa pandangan anda tentang AJHT?
Belum cukup yakin untuk mencuba?
Jom kita tengok testimoni pengguna yang Alhamdulillah telah berjaya memperbaiki kesihatan sendi mereka dengan AJHT :-)







HAAA THIS IS THE BEST TESTIMONI. NAK JUAL SEKAMPUNG KOOOO...... HAHAHAHA.... ADVANCE JOINT HEALTH TABLET MEMANG HEBAT...!!!


So, nie aku summarizekan fungsi ADVANCE JOINT HEALTH TABLET

AJHT menyokong kesihatan sendi dengan 3 cara:

1. Menyokong keselesaan sendi
2. Meningkatkan kesan kusyen
3. Memelihara kesihatan tisu penyambung

Kebaikan AJHT:

1. Menyokong keselesaan sendi
2. membantu mengekalkan tulang rawan
3. memelihara tisu penyambung yang sihat
4. Melancarkan pergerakan harian
5. Sangat berkesan, kesan positif 5 hari selepas pengambilan (Clinical Test proven!)
6. Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
7. Anti radang semulajadi
8. Diperbuat dari bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan sahaja. Asli & semulajadi.
9. Memberi kekuatan kepada struktur sendi
10. Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan juga membekalkan glukosamina (penting untuk pembinaan tulang rawan & lendir sebagai pelincir sendi dalam tendon dan ligamen).

Ciri-ciri utama AJHT:

1. Mengandungi ekstrak Boswellia aktif yang dipatenkan (gam resin anti radang semulajadi), ekstrak jagung (kaya dengan glucosamine) & zink, tembaga, mangan dan vitamin C bagi membantu mengekalkan keselesaan sendi dan pergerakan. Vitamin C penting bagi sintesi kolagen iaitu merupakan komponen utama tulang rawan dan tisu penghubung.
2. 100% vegetarian!
3. Bebas chondroitin
4. Sesuai untuk semua lelaki dan wanita dewasa serta golongan muda yang mengamalkan gaya hidup aktif dan lasak.



Satu botol AJHT mengandungi 60 tablet.
Pengambilan 1-2 biji sehari selepas makan.

lebih info boleh didapati di Facebook aku.

Feel free to pm inbox or contact via SMS/WHATSAPP untuk sebarang pertanyaan dan pembelian :-)

Eca 1023481
0176073815



Wednesday, October 16, 2013

MEMPERKENALKAN WWW.MERAKXKLUSIF.MY

Salam Rabu Y'All~

Amacam mood raya?
Mesti ada yang seronok ada yang x seronok... adatlah tu..raya nak tengah2 minggu...ada yang raya cuti panjang balik kampung..ada yang dok rumah je rehat2...whatever it is Selamat Hari Raya Aidiladha....

Anyway, tahun nie aku x dapat any daging korban pun..xpelah..semoga mereka yang lebih berhak dapat menikmati rezeki tersebut :-)

Anyway, aku nak introduce my blogsite www.merakxklusif.my :-)

Belog nie dah lama aku register...tapi x hidup-hidup....tujuan asalnya adalah projek rahsia aku dan Encik Z...but atas sebab yang tak dapat dielakkan, projek tu tertangguh... jadi, fikir-fikir..rugi dibiarkan begitu sahaja. So why not aku hidupkan dengan perniagaan yang sedang aku jalankan iaitu Shaklee...

Therefore, aku harap sangatlah rakan-rakan blogger aku dari sini sudi singgah ke sana... sudi follow belog itu... Inshaa Allag, ianya bukan sekadar Shaklee tetapi menjurus kepada tips2 kesihatan dan gaya hidup sihat masakini... Please give me your support ye... thanks all!

Friday, October 11, 2013

KENAPA SAYA MAKAN SHAKLEE, TAPI TAK BERKESAN PONNN...???

Saya kongsi dan tulis apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman :-)

Salam Petang Jumaat!
Mengantuk?
Eh jangan...
Dah telan Lecithin? Hehehe...

Actually, disebalik testimonial-testimonial yang saya (dan juga SID lain) sering kongsikan di NewsFeed dan blog, tidak ketinggalan ada juga yang mengeluh kenapa dah amik vitamin sekian-sekian tapi sama je takde perubahan.. kenapa dah habis sebotol Alfalfa dan Lecithin tapi tak kurus pun...itu sebagai contohlah eh...

Sebenarnya in reality, regardless of what brand, supplement etc yang individu ambil..there are fews things you need to take note:

1. Pengambilan supplement perlu with knowledge, bukan hentam keromo jek. You need to know when is the right time and amount to take. Ada supplement yang elok diambil waktu pagi semasa perut kosong, ada yang bagus diambil selepas lunch dan ada yang bagus diambil sebelum tidur. Bila you ambil pada wrong timing, means penyerapan dan tindakbalas supplement tu pada badan kurang optimum. So, memang kemungkinan besarla lambat merasa kesannya. Siapa amik Shaklee dengan saya, saya dengan sepenuh relanya menjadi penasihat peribody anda. I will try my best to help you to get the best of Shaklee products nie okay. Itu janji!

2. Ikut dosage yang ditetapkan. Jangan kerana fikir nak jimat, patut mkn 2 korang makan 1. Pastu expect seminggu dah dapat kesan. Mana boleh... Be realistic la kan. Untuk kekal sihat, tak perlu berkira sangat. Berbelanja untuk mengekalkan kesihatan adalah lebih berbaloi dari berbelanja mengubati kesakitan (yg belum tentu boleh pulih 100%!)

3. Pengambilan supplement perlu konsisten dan ada disiplin. Jangan ngelat2 dan skip2..like hari ni dgn esok makan...lusa skip.. something like that lor...dah elok2 badan absorb the nutrients, terbantut and kena restart semula..sampai bila nak berkesan, ye tak?

4. Terimalah hakikat bahawasanya setiap individu itu adalah unik dan subjektif. Sama macam pattern cap jari manusia yang unik dalam dunia nie..macam tu la juga sistem bilogi seseorang itu. Ada yang makan seminggu dah terasa kesan positif, ada yang makan 1-2 bulan baru nampak perubahannya. You need to be patient, sebab tu mcm tadi saya cakap.. consistency is important. Jangan mudah putus asa.

5. Timbunan toksik dalam badan juga merupakan salah satu punca utama kenapa pengambilan supplement lambat atau kurang berkesan. Sekiranya kita mengamalkan diet kurang sihat selama ini, atau terdedah kepada persekitaran yang kotor...memang ianya meninggalkan kesan kepada kadar penyerapan nutrient oleh badan. That is why, DETOKS memainkan peranan yang penting. Detox membantu membuang toksik dalam badan. The simplest way to detox adalah minum air 3 liter sehari. There are many types of detox available like makan buah jek 5 hari...and there are many kind of supplement for detox juga available untuk menyahkan toksik dalam badan. For me, Alfalfa works best! Sebab x de ceriberi..takde memulas-mulasan...smooth and steady jek.

So, tunggu apa lagi.

Untuk khidmat nasihat dan pembelian Shaklee,
PM inbox, sms/whatsapp 0176073815 now

Eca 1023481 ~ menanti anda!

Tuesday, September 10, 2013

SHAKLEE: COQHEALTH PLUS - UNTUK JANTUNG SIHAT & KULIT CERAH BERSERI

Salam Shaklee ~

Hari nie aku nak perkenalkan CoQHealth Plus, salah satu daripada produk terhangat keluaran Shaklee. CoQHealth Plus nie baru dilancarkan pada June 2013. Dan hasilnya, ianya memang hangat di pasaran! CoQHealth Plus nie banyak khasiatnya. Salah satu yang paling utama adalah meningkatkan kesihatan jantung, melancarkan perjalanan darah dan menjadikan kulit kusam tampil lebih muda dan cerah berseri.



Nie info yang aku dapat dari atok nenek susur galur Shaklee aku la. Baca tau...

CoQHealth™ Plus

CoQHealth™ Plus adalah produk yang baru dilancarkan pada Jun 2013.
Ia mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg Coenzyme Q10 (CoQ10), 10mg Vitamin E dan 10mg ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

Bahan utama dalam supplemen ini ialah CoQ10 . CoQ10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ia bertanggungjawab dalam menghasilkan tenaga di setiap sel. Ianya juga paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Keunikan CoQ10 Shaklee berbanding CoQ10 yang lain :

1. Anda tidak perlu memakan 1.7kg ayam ATAU 28 cawam sayur brokoli untuk mendapatkan 28mg CoQ10 dari CoQHealth Plus.

2. CoQ10 Shaklee digabungkan bersama Vitamin E untuk memantap dan mengukuhkan lagi fungsi antioksidanya kerana CoQ10 dapat mengitar semula dan menghasilkan Vitamin E, untuk perlindungan antioksida berterusan.

3. Ekstrak The Hijau mengandungi procyanidins yang dipercayai dapat membantu kesihatan endothelium, lapisan tisu pada kapilari darah dan jantung.

4. Coq10 diproses daripada sumber semulajadi secara kaedah penapisan yis. Sumber semulajadi yang digunakan telah diuji secara mendalam, diyakini ramai dan mempunyai bioavailability yang tinggi. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai pada masa kini.

5. Bebas daripada Gluten



Di antara fungsi CoQ10 :

•Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
•Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
•Meningkatkan peredaran darah
•Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah Coenzyme Q10 yang boleh didapati dalam bentuk makanan kita seharian, didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen CoQ10 amat disyorkan setara dengan kandungan CoQ10 dalam badan yang semakin merosot.

Manfaat lain CoQ10 :

 1 - kesihatan kardiovaskular
 2 - menangani penuaan
 3 - menangani tekanan darah tinggi
 4 - menangani keletihan
 5 - kesihatan ginjal
 6 - migrain
 7 - kesihatan saraf & otak
 8 - terapi Statin
 9 - menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10 - kesuburan lelaki
11 - kesihatan pergigian

Cara pengambilan : 1 kapsul sehari selepas makan. Sebaiknya diambil pada waktu malam sebelum tidur.

* Jauhi daripada kanak-kanak. Ibu mengandung, menyusu bayi atau pengamal ubat tekanan darah tinggi perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum menggunakannya.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.



PROMOSI ISTIMEWA BULAN SEPTEMBER ~ BELI 6 BOTOL COQHEALTH PLUS DAN DAPATKAN SEBOTOL PERCUMA! ATAU BELI SEBOTOL PADA HARGA ISTIMEWA! SILA SMS/WHATSAPP 0176073815 UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Wednesday, September 4, 2013

SET DIET UNTUK SI TEMBAM YANG POKETNYA KURUS

Salam Sihat Cantik Menawan For All Yang Sudi Menjengahkan Diri Ke Belog Yang Tak Seberapa Ini :-)

First and foremost ~ hari ni jiwa rasa bahagia dan berbunga-bunga sangat. Kenapa yer? Kerana bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan dan lebih gembira sebab minggu nie so far takde gangguan mental dari parasit-parasit kat office nie. So, kerana mood happy ini... aku nak sharekan sesuatu yang pasti membuatkan mereka-mereka yang tembam dan comel tetapi poket dan kurus kering sebab melayankan nafsu makan yang naga buana tu makan itu ini sampai jadi paling comel (macam yang tukang tulis nie la..kikikikikiki....) rasa gumbira, happy dan bersemangat nak slim down tanpa menambahkan ke'slim'an poket korang yang dah sedia slim... Yer, aku faham sangat...tak semua orang berkemampuan, apatah lagi dengan minyak yang dah naik harga skang (first time I mentioned about harga minyak naik okeh!)

Bila sebut pasal nak kurus nie, ada sesetengah orang yang sanggup ambil risiko dan membahayakan diri sendiri apabila datang rasa terdesak sangat nak kurus. Sebagai contoh ~ bila jatuh cinta dengan jejaka dambaan se-pejabat or se-kuliah, atau dok diejek 'gemak' oleh kawan-kawan, family perli-perli tak de lelaki berkenan sebab lemak menggelebeh sana-sini atau orang pandang semacam je bila tengok pakai peplum tapi ada bonjol sparetyre kat pinggan... betul ke bohong? Sudah pasti betulllll kan?

Keadaan badan yang GEMOK ini bukan kita minta pun. Tak semestinya orang kaya je gemuk sebab banyak makan pasal banyak duit, ada juga orang yang biasa-biasa pun gemuk... ini Allah punya kerja. Allah pula takkan mengubah nasib seseorang itu kecuali dia berusaha untuk mengubah sendiri. GEMOK tu sinonim dengan TIDAK SIHAT & TIDAK CANTIK - Dua-dua tu penting terutama untuk perempuan la kan.. so, walaubagaimana terdesak pun korang-korang yang gemuk gedempol kat luar tu (termasuk aku!)... pilihlah produk yang selamat sebagai supplement bantuan untuk menguruskan badan. Salah pilih, korang akan kurus poket + kurus badan sebab sakit dan terpaksa tanggung kos perubatan plak sebab rosak buah pingganglah itulah inilah.... so watch out!

Thanks sebab tak jemu membaca entry ini :-p

Now only we come to the point yang aku nak cakap dari awal tapi tak tercakap-cakap.
Kalau sebelum nie korang-korang maybe fikir 18 juta kali sebelum nak berdiet dengan cara yang tak merabakkan poket... sekarang tidak lagi. Ini sebab korang boleh mencuba Set Slimming Shaklee dengan harga yang sangat-sangat-sangat berpatutan! Yes aku sendiri mengaku Shaklee nie mahal weh...tapi apalah sangat berbelanja lebih untuk kesihatan, kan? memang betul..tapi kalau berbelanja lebih untuk kesihatan sampai takde duit nak bagi anak-anak makan ...mana boleh kan? So, bagi mereka yang nak berdiet secara sihat, selamat, semulajadi dan terjamin.... mari kita plan beli Set Slimming Bajet Shaklee nie:


Set Slimming Bajet nie... cuma ada 2 produk jek yang confirm cukup untuk stok sebulan. Maka Inshaa Allah tidak membebankan poket like tetiba stok habis tengah2 bulan ker... boleh plan amik skang then next gaji amik lagi satu set untuk bulan berikutnya... kan? Jom kita bercerita how does this set work:

Set bajet nie ada 2 produk - Lecithin & Alfalfa. Both of these memainkan peranan yang penting bagi membuang lemak-lemak terkumpul dalam badan anda.

Lecithin
Lecithin berfungsi mengemulsikan lemak yang bertimbun-timbun dalam badan

Alfalfa
Alfalfa pula mendetoxkan segala toksik dalam badan. So Selepas Lecithin tu mengemulsikan lemak.. Alfalfa pula membantu mengeluarkan lemak-lemak itu dalam badan.

Simple understanding, right?

Dan dalam mana-mana bentuk diet sekalipun, paling penting - kena minum air banyak-banyak.

Inshaa Allah, apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Takdelah korang kena berlari-lari kuda ke tandas dek kerana ceri-beri (sebagaimana impak sesetengah produk nak slim-slim nie) Korang tak perlu risau sebab produk nie dihasilkan dari bahan semula jadi..so takde bahan kimia yang merepek-repek yang merosakkan buah pinggan, usus etc etc.

Dan Shaklee nie HALAL yer.... tu paling penting!

Jadi... kalau ada yang berminat nak cuba, dan nakkan free consultation..jangan malu jangan segan. Sila roger. Boleh inbox kat FB atau sms/whatsapp jek ke Eca 017-6073815.

Jom lumbe...siapa kurus duluuuuuuuuu...........!!!!!!!!!!!!!!!