Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Showing posts with label politics. Show all posts
Showing posts with label politics. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

SEKITAR PRU 13 DI KAMPUNG JERAM BUKIT BATU MUAR


PRU13 is now over... pelbagai reaksi dari pelbagai pihak dikeluarkan... kecoh, heboh sampai tak tahu yang mana tulen yang mana palsu....tapi, yang itu aku cerita nanti lah... post yang nie aku cuma nak ulas pasal suasana PRU13 kat tempat aku mengundi...

Yup...nie kali kedua aku berPRU. Kemeriahan kali ini jauh berbeza dengan 5 tahun dulu. Diakui kampung aku nie BN memang kuat... bendera sepanduk BN jelah semata sampai dalam rumah aku pun ada bendera BN. Maklumlah, mak dengan adik-adik aku semua support BN. Aku je atas pagar...miahaha....

Awal-awal pagi, tatkala aku masih enak dibuai mimpi dalam bilik tidur yang sentiasa malam itu... mak aku dah jadi antara yang terawal keluar mengundi... aku ??? Cool cool... lepak-lepak siapkan anak2...sampai ada org BN aku rasalah bagi salam cari Norafesa, dia tak balik mengundi ke? Hikhikhik....masa tu aku tgh siapkan Arissa lepas mandi.... tak kose aku nak rushing...datang pagi-pagi beratur panjang2... tak mau! Yang penting, undilah dengan betul2...before 5pm... sebab kalo dtg tepat pukul 8pagi pun kertas undi dikira bermula jam 5.30ptg jugak...hehehe....





Bersiap-siap nak keluar mengundi... si busyukmasyam pun menyibuk macamlah tak biasa...hehehe
Bersemangat aku pukul 11 lebih gitu mengorak langkah ke Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Batu untuk membuang undi. FYI, sekolah tu belakang rumah jek... bukak pintu dapur nampak dah sekolah tu..dari pagi menderu-deru bunyi kenderaan pergi-balik dari pusat mengundi. Kereta-kereta BN pun banyak je lalu lalang menyediakan perkhidmatan FOC... akuuuu??? Memilih untuk berjalan kaki and I doubt diorang nak tumpangkan aku with this color... hehehehe.... tapi at last sepupu aku Afiq volunteer hantar naik motor... naik jela..hehehe....

Dah kat luar rumah...sempat snap muka sendiri lagi...aku memang jarang yer posing2..tapi sebab tudung nie lawa, maka aku memodelkan diri sendiri..please ignore the double chin... :P
Balik2 rumah hari tu mak aku terus tunjukkan aku kertas kat bawah ini... 2 kad berbeza... 2 nombor siri berbeza... kalaulah boleh undi dua kali... mampos!


aku anak zaman sains teknologi, on PC bukan semata nak berFB, bersosial, bergaming tetapi mencari informasi-informasi terkini... i dont really need these, kesian pokok kena proses jadi kertas... tak sayang alam sekitar ke?


Then...dari kejauhan... kemeriahan bendera BN terserlah di bawah awan mendung kelabu... markas BN selangkah je dari pusat mengundi... apo nak dikato....tapi purnama kekal mengambang penuh besar bulat dan paaaling tinggi... yeay!

dari kejauhan.....


Saya Mengundi Di Sini...Saluran 3, kena panjat tingkat 3... warga emas, saluran 1 kat tingkat 1..ini tempat aku bersekolah dari darjah 4-6, dulu bangunan 1 tingkat je...murid dlm 150+ je okay, bangunan batu sekerat...what a memory




Satu Malaysia sibuk snap gambo jari masing-masing dengan the so-called dakwat kekal yang bila balik rumah  cuci pinggan, mandikan anak etc etc hilang sendiri...wekkk...takde ke teknologi canggih sket...
Ni gambar aku snap lepas keluar dari mengundi...penuh la kereta, motor parking...oh lupa nak citer, a few people pemancing undi di luar pagar sekolah...tapi diorang tak approach aku pun..hahaha... is the color too obvious? Hehehehe...
+

He is the one !!! And I saw him masa masuk perkarangan sekolah okay! Undiku bukan lagi rahsia :-)


Aku sempat singgah ke khemah PAS selepas mengundi... see what I got as kenangan :-)

Tu je la kot sikit-sikit gambar yang aku sempat snap :-) Obvious sangat la kan aku undi Dr Sheikh Ibrahim and Alhamdulillah dia menang :-) He is a well-deserved winner, with his contribution and responsible...aku doakan Allah permudahkan segala urusan beliau dalam menjaga DUN Sungai Abong. Semoga Allah merahmati usaha beliau dan memurahkan rezeki beliau.... Amin !!!

Masa balik tu, banyak la kereta2 BN parking tepi jalan..tapi x de sebijik pun offer nak hantar aku.... hahahahaha.... is the color so obvious??? :p :p :p

p/s - aku dengar ada org cakap aku gi khemah PAS sebab nak claim duit tambang balik mengundi? Ho ho ho... aku mengundi Lillahi Ta'ala... bukan nak buat duit... sorry!!!!


Published with Blogger-droid v2.0.10

MANIFESTO KERAJAAN BARISAN NASIONAL - TUNTUT JANGAN TAK TUNTUT !!!

SEBAGAI RUJUKAN FOR THE NEXT 5 YEARS.... SELAGI BOLEH TUNTUT, SILA TUNTUT !!!!
JANGAN CAKAP JEK LEBIH....


Manifesto Barisan Nasional 1 : Kos Sara Hidup

BR1M dinaikkan kepada RM1,200 untuk isi rumah; RM600 untuk orang bujang.
Baucar Buku 1Malaysia dinaikkan sehingga RM300; Bantuan Persekolahan dinaikkan kepada RM150.
Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dengan menyemak semula Dasar Automotif Nasional.
Kedai Rakyat 1Malaysia akan ditambah.
Klinik 1Malaysia akan dibuka dalam kawasan padat penduduk.
Pusat Jagaan Harian 1Malaysia akan ditambah untuk ibu bapa bekerja.
Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20% dengan jaminan bandwidth internet
Dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas akan dibentuk.

Manifesto Barisan Nasional 2 : Keselamatan Awam

4,000 anggota polis akan ditambah setiap tahun.
5,000 kenderaan tambahan untuk Unit Rondaan Bermotosikal PDRM.
Angkatan Tentera Malaysia akan ditingkatupaya untuk menangani ancaman luar.
Suruhanjaya Polis akan diperkuatkan.
Sistem 6P akan digunakan untuk mengekang kemasukkan pendatang asing tanpa izin.
Program SafeCam akan diwujudkan.
50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis akan ditambah untuk membantu PDRM.

Manifesto Barisan Nasional 3 : Pendidikan

Membawa Malaysia ke tahap “kategori tiga teratas” dalam sistem pendidikan terbaik dunia.
Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar; menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.
Meneruskan peruntukkan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.
Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.
Memperuntukkan RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.
Mentransformasi sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah 20% kemasukan pelajar.
420,000 guru akan dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.
Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus pengajian tinggi awam.

Manifesto Barisan Nasional 4 : Perumahan

Membina 1,000,000 rumah mampu milik; 500,000 buah rumah PR1MA.
Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran.
Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai.
Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah untuk memperbaiki rumah mereka.
Menggantikan kawasan setinggan dengan perumahan tetap yang selesa.
Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet.
Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.

Manifesto Barisan Nasional 5 : Pembangunan Bandar

Mewujudkan Kementerian baharu untuk menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.
Menambah perwakilan NGO dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.
Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.
Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.
Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi.
Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.

Manifesto Barisan Nasional 6 : Kesihatan

Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.
Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu.
Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan pesakit kronik.

Manifesto Barisan Nasional 7 : Pengangkutan Awam

Mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.
Terus memperluaskan sistem rel MRT, LRT dan Komuter.
Membina Terminal Bas, Rel dan Teksi Bersepadu di semua pekan dan bandar.
Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.
Meningkatkan jumlah permit teksi individu.
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

Manifesto Barisan Nasional 8 : Memerangi Rasuah

Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan Kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.
Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.
Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.
Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.
Menubuhkan Mahkamah Seksyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.
Melaksanakan aku janji integriti untuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Manifesto Barisan Nasional 9 : Luar Bandar

Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.
Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar.
Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.
Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah di seluruh negara.
Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 80,000 di Sabah dan 80,000 di Sarawak.
Menggalak pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.

manifesto barisan nasional
Manifesto Barisan Nasional 10 : Sumber Semula Jadi

Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau.
Memulihara sungai dan anak sungai.
Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan.
Menguatkuasa undang-undang yang lebih ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan haram.
Menggunakan teknologi hijau dalam pengurusan sisa pepejal.

Manifesto Barisan Nasional 11 : Belia

Memperuntukkan tabung, latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.
Menyediakan ruang komersial di dalam kompleks beli-belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.
Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti.
Mewujudkan lebih banyak lokasi WiFi percuma terutama di kawasan luar bandar dan separa bandar.
Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa, dan mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat.
Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan.

Manifesto Barisan Nasional 12 : Keselamatan Sosial

Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pengkalan data yang bersepadu.
Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.
Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan buta.
Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi, untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.
Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.
Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.

Manifesto Barisan Nasional 13 : Ekonomi

Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trillion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.
Mencapai pendapatan per kapita AS$15,00 (RM45,000) menjelang 2020.
Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif.
Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.
Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.
Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat-peringkat.
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3%.
Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.
Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.

Manifesto Barisan Nasional 14 : Wanita

Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.
Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina.
Menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari.
Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal.
Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.
Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja.

Manifesto Barisan Nasional 15 : Keharmonian

Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinsip Maqasid Syariah.
Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana amandan harmoni.
Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.
Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.
Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.
Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasaskan perkhidmatan dan kenaikan gaji.
Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.

Manifesto Barisan Nasional 16 : Dasar Luar Negara

Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.
Menyokong usaha menjadikan ASEAN sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.
Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.
Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.
Membentuk Dasar Laut yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita.
Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.
Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, Selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.

Manifesto Barisan Nasional 17 : Perkhidmatan Awam

Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam – termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3% kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan.
Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.
Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.
“Merakyatkan Perkhidmatan Awam” bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.
Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.
Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan.
Memberikan perhatian yang istimewa kepada golongan kurang upaya.




Monday, April 29, 2013

COUNTDOWN TO PRU 13



gambar ihsan Google Image
Salam kemesraan kepada readers tak kira anda penyokong kerajaan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat... kita hidup di bawah payung Malaysia yang aman , makmur, harmoni dan demokrasi. So, jgn kerana PRU 13 kita bermusuhan....

Semakin dekat hari memangkah, semakin hangat kempen di sana sini... PRU 13 ini merupakan kali kedua aku mengundi... ye aku muda lagi...wakaka... xdelah... sepatutnya masa PRU11 aku dah boleh mengundi tapi disebabkan pada masa itu aku masih belajar di UK i just dont bother...kesedaran itu tak wujud lagi la kiranya...huhu...

Kalau nak diingatkan memori Pilihanraya Umum di Malaysia nie, Insya Allah banyak juga yg mampu aku imbaskan....tetapi yang aku ingat memang tiap PRU tu aku kat Muar.... dari kecil aku boleh ingat betapa gahnya kibaran bendera Barisan Nasional, apatah lagi lokasi aku di Muar, Johor.... Johor kan sejak azali memang tiang seri UMNO a.k.a kubu kuat... pak sedara dan sepupu sepapat gah menggantung bendera, poster etc tiapkali musim mengundi. And aku dan eakan-rakan sebaya yang tidak faham sepatah haram tentang politik ini pun turut sama mengibarkan bendera BN... yg pasti melambak poster kat rumah tang aku jadikan kertas conteng, kapal kertas etc. It was the time when Barisan Nasional confirm menang... parti pembangkang sekadar memeriahkan musim PRU. Aku ingat lagi momen aku dapat berjabat tangan dgn Datuk Hashim Rais (apa cerita beliau sekarang ??) Dan Dato' Chua Jui Meng semasa beliau masih with MCA.

gambar ihsan Google Image

As the time goes by, pelbagai senario melanda dunia politik Malaysia. Aku pun bukan faham sangat pasal politik nie. Yang aku mahu adalah pemimpin yang telus dan mampu mampu memberi yang terbaik kepada Malaysia terutamanya kaum bumiputera. Situasi politik yang pertama sekali membuat aku jadi ambil tahu adalah kes DSAI. I was only 20 masa tu, but issue ini memang hot sampai aku di UK pun updated with all those things....pelbagai info pro dan con aku perolehi sampai tak tahu yang mana nak percaya....end up aku tergolong dalam golongan tak kuasa nak fikir and pada PRU 12...aku undi based on keyakinan dan alhamdulillah calon yang aku pangkah itu memang layak bergelar Wakil Rakyat.

PRU 13....awal-awal lagi dapat dirasakan 'sesuatu' diluar jangkaan boleh berlaku....kalau dulu barisan pembangkang sekadar memeriahkan majlis tetapi kini, kekuatan mereka jangan dipandang sebelah mata. Kalau dulu Johor, kubu kuat UMNO tampak takkan tergugat tapi kini memang nampak goyah...itu baru Johor, belum tempat lain lagi. Salah satu faktor yang menyumbang kepada perkembangan ini adalah kemajuan sistem maklumat... jika dulu rakyat disogokkan dengan media dan info pro-kerajaan melalui akhbar dan tv tapi kini kita ada internet...maklumat yang disebarkan lebih telus dan golongan bijak pandai tidak boleh dibodohkan lagi dengan fakta tak berasas, penipuan dan propaganda.
Let's the Malaysians decide, siapakah yang layak memegang pucuk pimpinan kerajaan pada penggal akan datang...as a Malaysian yang cintakan keamanan, aku cuma mampu berharap segalanya berjalan lancar, jangan gaduh-gaduh... hormati pilihan masing-masing....

gambar ihsan Google Image
YA ALLAH, AKU BERDOA KEPADAMU AGAR DIPELIHARA KEAMANAN DAN KEMAKMURAN MALAYSIA, DAN DENGAN KEKUASAANMU BERIKANLAH KUASA KEPIMPINAN TANAH AIRKU KEPADA YANG LAYAK. AGAR TERPELIHARA TANAH AIRKU DARI SERANGAN KAFIR LAKNATULLAH... AGAR KEKAL MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM YANG AMAN, MAKMUR, HARMONI DAN MERDEKA. AMIN !!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10