Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

ME & CHEESE... (or cheese & me ??)

I dunno how and when I started to love cheese, but the first cheese I had definitely was the sliced cheese yang biasa makan dengan roti or burger tu. Kraft, Chesdale and whatever the name is... masa tu bila makan cheese feeling western giler dan macam makanan orang kaya lar kononnya :-p

Basically cheese was made from milk... there are hundreds type of cheese around the globe... mainly made from cow, goat or buffalo milk. Mungkin ada dari milk-milk yang lain but as far as I know and remembered... cow and goat cheese je aku berani telan...


You know how much I loved cheese?
To the moon and back!

Give me any type of cheese... sometimes the greeny 'basi'-looked cheese may looks disgusting to some people but for me... that's so inviting!

As the time goes by, and after I flew to UK where you can find cheese anywhere with cheaper price and wide variety and I am spoiled with the choice... my love for cheese grew deeper and deeper and deeper.

I was no longer stuck to Cheddar, Mozzarella and Parmesan...but I have become more adventurous and tried something that hardly found in Malaysia stores!

Sometimes I didn't even know what is the name of the cheese but because of the lovely taste, smell and texture...then I try lah!

These are the cheese that I have tried loved most!

1. Cheddar Cheese
2. Mozzarella Cheese
3. Parmesan Cheese
4. Feta Cheese
5. Gouda Cheese
6. Camembert Cheese
7. Brie Cheese
8. Goat's Cheese
9. Gruyere Cheese
10. Babybel Cheese
and many more!

You may need to eat cheese with pasta, sandwich or anything like crackers...but some types of cheese, you may eat them on their own!


This is Brie Cheese. Made from Cow's milk...very soft with some 'candle' taste outside... actually, I tried it in Delifrance Sogo during my early relationship with my-then-boyfriend-now-husband. Sedapppp.... memula tu makan dgn Croissant...but in the end, masa aku dah pindah UK dok sorang-sorang...I can baham this cheese like that...hahaha...

Sounds crazy?

Yes I am Mad About Cheese...!!!!


This is Camembert Cheese. Rupa sama je mcm Brie Cheese. But the taste is slightly different. Brie Cheese is softer.

Tapi...dua-dua aku suka...!!!!!

OKlahhh... story pasal cheese...
I can't live without cheese...

Skang nie kat Giant tgh murah Emborg Pizza Topping... RM7.99 jek...

Puas aku makan cheese omelette...

Nyum...!!!!!


CABARAN 21 HARI

Assalamualaikum WBT & Salam Rabu

Sekejap je dah Rabu...huhu...betapa pantas masa berlalu kan?

Anyway, back to the topic above... CABARAN 21 HARI. Well, post nie aku dapat dari wall PM Cery MamaFaiz early this morning. Ianya adalah cabaran untuk berjaya. Why not, kan? Sekiranya ianya bakal membawa impak positif kepada diri sendiri :-)


There is no shortcut to success.
Inshaa Allah...I am on it!

Anda bagaimana?

ECA

Sunday, August 24, 2014

SALAM HUJUNG MINGGU

ASSALAMUALAIKUM & SALAM HUJUNG MINGGU

Sedekahkan Al-Fatihah kepada:

1. Nabi Muhammad S.A.W
2. Ibu
3. Ayah
4. Anak-anak
5. Suami/Isteri
6. Adik-beradik
7. Diri sendiri
8. Mangsa kekejaman Zionis & pengganas di Palestine, Syria, Mesir, Iraq dan seluruh dunia
9. Mangsa MH17 yang beragama Islam
10. Seluruh hamba Allah di seluruh dunia, samada yang masih hisup ataupun telah mati... hamba Allah itu bukan sahaja maksudnya manusia tetapi meliputi haiwan, tumbuh-tumbuhan etc etc...

Be kind.. Sedekah... Insha Allah the world will be kind to you...

Smile...dalam apa jua keadaan dan situasi, hidup mesti terus!
Semalam adalah semalam, ambil pengajaran atas apa yang berlaku untuk sebuah kehidupan yang lebih baik, Inshaa Allah

-Eca-

Tuesday, June 17, 2014

HEALTH SCREENING & BLOOD DONATION

Assalam Uols... :-)

Ini adalah hari Sabtu punya cerita... Sabtu 14-06-14 bertempat di IOI Mall, Bandar Putra. Actually it was an unplanned activity, kerana tujuan asalnya adalah untuk bertemu dengan Nana je pun. Nana tu siapa? Nana lerrr..siapa lagik... adik sepupu aku yang berkhidmat sebagai Staff Nurse di KPJ Puteri Specialist Johor Bahru tu. Actually, dia Whatsapp aku 2 hari sebelumnya cakap yang KPJ ada buat Health Screening di IOI Mall pada tarikh tersebut... so since dah lama tak jumpa walaupun dia dok kat JB jek... (masing-masing busy dgn kehidupan sendiri okay....) I decided to drop by and say Hi.


So here I am :-) Event ini bersempena dengan World Health Day 2014 dan Hari Bapa. Aktiviti yang anjurkan adalah Basic Health Screening, Kempen Derma Darah, Istimewa Hari Bapa, Pertandingan Mewarna (kanak-kanak je okey), Khidmat Nasihat Penjagaan Tulang Belakang dan Demonstrasi Memasak Makanan Sihat. Masa aku datang tu, suasana so-so je la...takdelah lengang sangat dan takdela happening sangat. Mungkin atas faktor penghujung cuti sekolah so that masing-masing busy, or maybe ramai yang outings sempena hari bapa or maybe masing-masing sayang duit nak spend untuk health screening... Wallahualam...

Macam yang aku mention tadi...sebenarnya plan asal nak jumpa Nana jek. Sekali tengok mcm menarik pulak...sebab Basic Health Screening tu tak lebih dari RM20 je pun and pemeriksaan yang dijalankan adalah BMI, Blood Pressure, Blood Glucose, Cholesterol Level... tu semua penting tu! And then untuk Fisiologi screening..add RM2 jek...

Jadi, sebab murah dan sifat ingin tahu terutamanya blood glucose dan kolesterol tu..maka aku pun terjebak sama! Apalah sangat beberapa belas ringgit tu berbanding nilai sebuah kesihatan, kan? Baik buruk keputusannya, terima dengan hati terbuka...setidak-tidaknya aku takderla lagi tertanya-tanya tentang kesihatan diri dan boleh merancangan what-next on my healthcare regime :-)

BMI tu toksah tanya la..yes, I am obese so what? Actually exactly one month before this date..I already went for free basic health screening di Shaklee Johor Bahru, sedeynya berat badanku kekal ditakuk lama tanpa sebarang perubahan. Kecewa weitttt.... uwaaaa....tapi x per... fikir positif..lagi elok stay dari naik, kan? Dah la makan kat Bandar Putra nie sedap-sedap... nyum! Takpe... 14-07-14 nanti aku gi timbang lagik okay...huhu...


So inilah hasil screening hari tu.
Yer...aku pun terkejut okay...sebab blood pressure aku sky rocket!
Tak pernah mencapai kejayaan sebegitu tinggi sekali dan aku tak pernah ada sejarah high blood pressure okay!
Normally blood pressure aku di bawah 120/80
Uwaaaaaaa.....!!!
Opkos la aku risau... :-(

Then, going to the next desk..sembang2 dgn adik comel tu..dia tanya, aku ada jalan-jalan ke before amik blood pressure...aku cakapla bkn setakat jalan, malahan mengemop dan memvacuum rumah lg...hoho..patutlar blood pressure tinggi! Rupanya the real blood pressure should be measured time tgh relax... :-)

See..kat bawah tu amik semula blood pressure... itu baru normal! :-D

LEGAAAA...!!!!!



Blood Glucose is another part that I am so worry about. Walaupun aku bukannya penggemar benda manis-manis sangat, it's in the blood. Family aku ramai yg bermasalah diabetes excluding mak dan arwah abah. Tok nenek, mak sedara dan pak sedara hatta sepupu sepapat yg 30an dan 40an pun ada yang dah diabetes! So, when my reading was 5.0... aku rasa macam nak lompat bintang jek! Yerla... normal okay... normal person should have reading below 7.8... ALHAMDULILLAH... SYUKUR!

A tiny thing I should be more careful with adalah Total Cholesterol lar... recomended number is < 5. I definitely will work hard to achieve this! PHYTOCOL-ST kan ada ...!!!

Selepas itu..aku pergi check fisioterapi plak..nak tengok samada alignment body aku normal ke tidak..kalau tak.. "kena masuk woksyop" kata Nana..hehe..hamboihhh.... and Alhamdulillah I am completely normal.

After sembang2 dgn Nana, tetiba terasa macam nak derma darah plak. Aku pernah derma sekali je dulu and that was back in 2009..masa aku kerja kat Flextronics. Gila lama! Masa tu derma darah anjuran Hospital Kulai yg dibuat kat kilang. So, before aku proceed..aku call la dulu Encik Z...untuk inform dia. He is okay with it. Terus la pergi ke kaunter dia..isi form, check hemoglobin, blood type etc.. sebelum aku diberi kit derma darah...but opsss..lupa aku x makan apa-apa lagi sejak breakfast roti canai telur bawang... then I made excuse, went to washroom dan belasah dulu ayam yang diorg masak secara sihat di kaunter demo memasak. Pastu barulah menderma darah :-)

Respekla kat nurse yang mencucuk jarum besar giler tu kat lengan aku. All this while, masalah utama yang sering aku hadapi adalah susah nak jumpa urat. Ingat lg masa aku kena sakit perut teruk last year, 5x aku kena cucuk kat hospital Kulai tapi nurse dan doktor tu gagal cari urat aku. Uwaaa... nurse KPJ mmg world lah!

So, kalau dulu masa kat flex diorang amik 300ml..kali nie 350ml. dah nama pun blood donation, baring je lah sambil merenung siling IOI Mall..haha..x lama mana pun..dalam 20 minit gitu settle. Alhamdulillah...takde pening ke..simptom nak pitam ke.. malahan rasa mcm ringan je kepala aku selepas proses blood donation itu. Hopefully, darah O+ aku dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan. Lepas nie berazam nak derma darah setiap 3 bulan lah... Inshaa Allah :-) Allah mungkin tak beri aku kekayaan dalam bentuk harta dan wang ringgit...tetapi Allah bagikan aku kesihatan, jadi x salah rasanya aku kongsikan kesihatan yang ada untuk orang lain... ok tak?

So...jom tengok sket gambar-gambar...hwehe....

SELEPAS JARUM DICABUT



BUKU PENDERMA DARAH, REKOD DERMA ADA DALAM NIE
FIRST PAGE ;-) BUKAK BUKU BARU KERANA BUKU LAMA HILANG

ADAT MENDERMA...MESTI AKAN DAPAT GOODIES BAG! KPJ BAGI GOODIES BAG TERBAIKLAH!

TU DIA... BEST! SBB MMG TGH CARI BEG UNTUK GI KERJA NAIK MOTOR. ALHAMDULILLAH REZEKI

So...till then :-) If you are healthy...dermalah darah...you won't lose anything... 

Tuesday, May 13, 2014

SAYA NAK KURUS!

Tiba-tiba...

Huhu... while before this I don't really care about gemuk kurusnya tubuhku ini kerana aku yakin sepenuh hati yang aku sihat...tanpa masalah kencing manis, darah tinggi maupun jantung.

Suddenly I feel like I need to do something with my health, especially ke atas berat badan yang melebih-lebih ini. It begins earlier this year selepas aku menderita dengan sakit tapak kaki yang menjejaskan pergerakan. Sakit giller weih...bangun pagi je terseksa sebaik sahaja tapak kaki memijak lantai. Meroyan cari solution, berurut la.. makan kalsium la.. rendam dalam air garam panas la... hasilnya cuma short term solution. Pergi klinik... 1st clinic I went gave me a very stupid diagnose... "u ada gout nie" ... waklu....!!! nie doktor ke tabib nie...?? Hangin satu badan... then I went to other clinics as well...dan dibantu dengan online diagnostic with my dear friend Dr. Ana... masalah yang aku hadapi ini namanya Plantar Fasciitis... apa Plantar Fasciitis tu? silalah Google yer :-)

Ada pelbagai punca yg menyebabkan plantar fasciitis ni. Salah satu daripadanya adalah berat badan berlebihan. Because of this, pergerakan aku terbatas. Bila lama baring or duduk, nak pijak lantai semula...pergkhs! Allah je yg tahu deritanya! Masa aku kerja di CJH hari tu..mmg banyak jalan dan worst case bila pakai ESD shoes yg flat tu. Memang sakit...bila pergi klinik, doc bagi painkiller yg x sebiji pun aku telan! Why? Because painkiller is a short term solution that leads to long term negative effect to your kidneys! Then I decide to find long term solution. Because of lack of budget, aku cuma pergi urut, sapu minyak dan rendam dgn air garam panas...selain elakkan lasak sangat. But I know I need to do more than that... I need to lose weight, supaya kaki aku kurang terbeban menampung berat aku nie...

Not only that... I noticed that I easily get tired, aku x de masalah semput etc tapi cepat mengah. Dah mcm org pregnant, bila baring telentang..degupan jantung jadi deras. Bila aku marah...dada sakit dan sesekali, terasa uneven heartbeat together with chest pain walaupun aku dalam keadaan relax. I know it wasn't right. There is something wrong that would lead to something worse than I could imagine. I have read a lot about health and wellness, and I have been fed with a lot of sad news bilamana bapa saudara sendiri di serang stroke, sahabat dan kenalan meninggal di usia muda akibat heart failure. Hey guys...you should know that sakit jantung itu adalah pembunuh no. 1 di Malaysia! It is a silent killer yang boleh membunuh secara tiba-tiba walaupun semasa tidur! This worries me a lot, bila aku rasa sometimes badan kebas-kebas.. and with symptom above...enough! I dont want to die young... I need to take care of myself... I need to put extra effort to ensure I am healthy and fit! Memang susah nak mula...normal la tu kan...but aku tau, if aku sendiri tak mulakan...sampai bila-bila aku akan ditakuk ini. I will do this atas kesedaran sendiri..tanpa paksaan orang. Well, aku pun mmg x suka dipaksa..


Tidak dinafikan setiap penyakit itu ada penawarnya melainkan mati. Tetapi, apakah bila dah terhantuk baru nak terngadah (betul ke?) Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. First step I need to do is health checkup. Tapi macam biasa la aku nie, terkira sana terkira sini and the cheapest checkup around is RM90. So...nantilah...!!! (Pospon la tuuu...) Until one fine day, dapat message dlm group Whatsapp aku tentang free health check dengan Shaklee. Wow! Memandangkan ianya FREE, surela x menyeluruh...but from list yg disenaraikan at least I will get the idea of how bad my body is...So I set the appointment and attend the session. Hmm..panjang nak citer pasal nie. I promise to write a post pasal nie soon...

So.. inilah 2 wake up call yg bagi kesedaran sivik untuk kurus. I dont care if aku x cantik or whatever...but aku nak kurus untuk stay sihat dan cergas! I have 3 kids depend on me and I want to enjoy my life. Aku nak beribadat dan beramal kepada Allah dan sesungguhnya sihat itu key to everything... lagi satu, sesungguhnya bila kita dah mula sakit...kos mengubati itu lebih besar dari menjaga kesihatan dari sekarang! Another interesting topic untuk ditulis... So, till then.... wish me luck, dalam usaha untuk slimmer and healthier me!

Monday, April 14, 2014

CJH -BLESSINGS IN DISGUISE OR DISGUISE IN BLESSINGS?

Assalamualaikum WBT...

Sian belog aku...sunyi sepi since aku resign Venture dlu...update sikit2...terus traffic drop kan...hehehe...well, this time round I really feel like writing!!! The thing that I really need to bring out of my brain which aku rasa sangat memberatkan kepala nie.. well, bagi aku la...mungkin bukan pada orang lain...but it is my blog, for me to share my thought...my feel kan...

Okay, back to the story. After I left Venture to stay at home kononnya nak berbisnes sendiri yang xde la maju jaya sgt pun...finding a new job is not really my big priority since I have enjoyed the moment staying at home with kids yg kebetulan tgh cuti sekolah dan husband yg mampu nak tanggung belanja kami2 nie... yeah...I did attend interview for govt sector which I failed both (as ezpexted) in which i was so upset not to secure a position as an ATCO. Pastu mmg aku x de apply kerja mana2 pun..bukak jobstreet pun tidak..Until I received a phone call from a job hunting company looking for a asst test engineer (night shift) which I declined but I told him that kalau ada position QA or Program Exec aku nak la give a try. 

Agaknya mmg dah tersurat itu rezeki aku, ada la vacancy post Program Exec kt lokasi yg sama as jwtn asst test eng tu. So after a couple of interview, I secured the position with salary I want and they wanted me to start immediately. Strange but true, I asked them to delay a few days for some reasons... well, we were on family vacation masa tu...and you might be wondering why I accept the job? Okay, by that time I felt a bit of financial stress...and since peluang dah ada depan mata...so just grab the opportunity, do the best and see how it goes... why Program? Because that is what I wanted to do. Masa aku kt Venture dulupun bos pernah offer aku masuk Program but for some reason aku tpaksa decline dan accept Test, the job I really wanted to explore on that time lar... Bg aku, Program is a great job..more on management and based on my own pemerhatian di Venture..it is the job I can do for life.

So, on 10 Feb 2014 I joined CJH as a Customer Program Management Analyst...jwtn yg WOW...mcm canggih giler lar for a big MNC company. I will be handling SonoSite account, another medical company...maybe due to my prev experience in medical dept. Aku datang dengan perasaan yang pelik. Ok, minus my first job kt Ampang yg aku kerja sehari tu...this is my 4th job la... all of them started with excitement and 'i-am-looking-forward' feeling. Walaupun pada masa tu ada time kena start tinggal anak yg bayi kt taska...but yeah...excited nk kerja mmg sgt-sgtlar... Berbanding this time round, aku melangkah masuk dgn hati dan jiwa yang kosong..kosong..kosongggg... Mcm x de feel langsung, totally 'ah gasakla...terima je la...'..the orientation with HR went very well..they were so good. The best so far after HSBC yg mmg thorbaek....with a few other candidates for different positions...memang sgt okay.

But on the 2nd day... I was handed to the department that I will be working for. Mcmana nk kata eh...aku rasa blank...aku rasa cold...aku rasa mcm kosong giler...met these girls, they were okay but the strange feeling of mcm tiada kemesraan yg ikhlas dalam satu team...but as always, looking at the positive way...bersangka baik lar...

As time goes by...aku still tak ada feeling seronok to stay there. Just continue the days for the sake of money eventhough I feel so sick about the routine and rules. Aku bukan jenis yg suka dikontrol sangat..let me do what I want to do and I will come to superior when I need help. That is me. Tapi ...ntahlah....aku seriously x suka x suka x suka....and there were so much signs of 'Eca, just get out of that place or you will go nowhere' yg aku terima saban hari. Penatla nak tulis karangan..meh aku tulis point2 why I am so looking forward to au revoir... A.S.A.P.

1. Mcm aku kata tadi...semangat, excitement and looking-forward feeling tu x ada. More on paksarela sbb nak duit

2. My kids...sebelum nie semua okay je aku kerja. Padahal dulu lg la balik lewat, keluar awal..tp cool je. Kali nie masing2 like "mama x yah kerja la..." or "mama esok kerja x?"...those kind of things...

3. The ambient in that company is so unwelcoming. I have never been introduced officially to those who I am supposed to work with...until 2 times 2 managers from operation and engineering personally asked me who am I, what am I doing here and which band I am...bla bla bla... and they were saying something like 'why your manager never introduced you to us' that kind of thing...

4. I was left alone with the job. No proper guidance what I must do and what I must not do. I need to do things right at the first time... There is no such thing like 'if you dont know, pls ask'..so when I did mistake...tau plak ko bising

5. Funny.. i need to ask signature of senior, manager and senior manager to take leave, giler.

6. I have to report to 2 persons..senior and manager which sometimes give different opinion on same thing...i left headache.

7. I hate the idea of cakap blkg...and the cakap blkg one is the manager...ko kutuk A, B, C kat aku...ko kutuk aku kat sape ek? And ko sedar tak yg O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z is talking about you? This is real unhealthy situation!

8. Bila meeting yg aku attend..i mean KENA ATTEND..they spoke language I dont understand.

Apa lg nk ckp? Seriously banyakkkk tp mcm x larat nk tulis...sbb banyak sgt tu la aku decide to start applying new jobs dan alhamdulillah Ya Allah atas limpah kurniaMu...aku dah berjaya secure a new job at a better place, Inshaa Allah!

Aku dah tender dah pun
Dan aku tgh cuba nk speed up the process
With hope CJH will release me earlier than notice without touching my salary.

CJH is not a place for me lorrrr....
For C ok kot...sbb meeting etc pun guna C language...
Aku bkn C pun...

So..aku dah sarat pening nie...
Fikir esok kena g keje jugak weittttt....

So, alhamdulillah blessing in disguisenya adalah aku dpt belajar few things dan dpt gaji for my short tenure in CJH. Allah bantu aku tu....rezeki dlm cara yg tak brp aku suka dan at the same time mengepush aku utk cr better job utk aku...

Disguise in blessings?
Aku mmg sakit sgt kepala nie...bila fikir psl anything related to CJH...

Dahla...it is not a place for me....

Full stop!

Tuesday, January 14, 2014

I AM SO TIRED!

Salam Maulidurrasul.... walaupun 12 Rabiul Awal hampir berakhir... Namun yang pasti sebagai umat Islam, ingatan kepada baginda bukan sekadar pada hari ini sahaja tetapi setiap hari.

Allahummasolli 'Alaa Muhammad... Wa'alaa Aalihii Wasohbihi Wasallam...

Perkembangan terkini aku... TIRED! Satu perkataan menjelaskan segala. Since I left Venture, I have to admit I have been struggling between business and life as a housewife. It is not easy for some reasons that I choose to keep it privately... Things have not work very well, and I am quite frustrated actually...and stressed. Walaupun I am trying hard to appear cool...hati aku, perasaan aku cuma Allah yg tahu!

I don't have enough time to do everything I want to do and I need to do. I have Shaklee, Qaseh & food business in my hand but it is very difficult to handle everything when I need to work while taking care of the family. It always something disturb me which I cannot focus to what I am doing...sampaikan aku nak update this post pun konsentrasi aku diganggu! Huk.... All I been asking Allah is extra energy so I can work through the night...but now I can't do it anymore because anak2 dah start sekolah and I need to wake up early to do this and that....

Benda nie dah lama terpendam di jiwa...lefa sikit dapat diluahkan...

So, enough sesi luahan perasaan...now I need to move on......

Wednesday, January 8, 2014

DOA UNTUK DIRI SENDIRI, DOA UNTUK SEMUA :-)

Assalamualaikum WBT Y'All...
Dan Selamat Pagi / Tengahari / Petang / Malam Untuk Semua :-)

Doa ini untuk diri aku sendiri, untuk parents aku dan untuk anda semua di luar sana...tak kira korang suka atau benci aku....aku sedekahkan doa ini dengan penuh tulus ikhlas untuk semua...

HAVE A BEAUTIFUL DAY, MY FRIENDS :-)


Tuesday, November 5, 2013

SALAM MA'AL HIJRAH

Assalamualaikum WBT Semua....
SALAM MA'AL HIJRAH :-)

Dah lama tak update belog kan?

Weehooo.... I am officially freed from Venture Pintarmas Sdn Bhd. My last day was 31 October 2013.

Sebelum orang anggap aku nie jobless or surirumahtangga sepenuh masa... let me tell you now, I am now work from home.


Ini adalah Hijrah terbesar aku.
Alhamdulillah Allah bantu aku menebus rasa ketakutan yang kalau aku tak kerja means aku takde duit!
Alhamdulillah aku rasa happy macam nie... work from home work from home work from home...

Rasa best sangat....
Rasa free sangatt...
I can make my own decision...
Aku bebas ke sana ke mari...
Dan paling best aku dapat beribadat dengan aman damai....
Lagi seronok sebab aku sedang memenuhi cita-cita nak jadi business woman sepenuh masa..

Semoga Allah memudahkan hijrah aku tahun ini...
Ya Allah ~ KepadaMu Aku Sembah dan KepadaMu Aku Mohon Pertolongan


Friday, October 25, 2013

JUMAAT TERAKHIR KU....


Salam Jumaat...
Semoga Allah memanjangkan usia dan memurahkan rezeki aku dan seluruh umat Islam sejagat....
Tajuk pos yang tak boleh blah, aku sendiri jadi takut sendiri bila baca balik

Yups it is last Friday... last Friday of the month...
Because next Friday is November 1st, 2013.

Dan secara rasminya hari ini adalah Jumaat terakhirku
Jumaat terakhirku sebagai Test Engineer di Venture Pintarmas Sdn Bhd

Inshaa Allah, pada hari Jumaat minggu hadapan...
Aku akan memulakan langkah baru dalan hidup aku...
Aku tidak lagi terkongkong bekerja dengan orang...
Aku takkan berharap kepada gaji lagi...
Aku tak perlu lagi buat benda yang aku tak suka...

Aku akan buat apa yang aku suka...
Aku akan kerja sendiri...
Aku akan jadi boss aku sendiri...
Aku akan buat apa aku nak buat...
Aku akan bentuk disiplin diri...
Aku akan urus sendiri segalanya...
Aku tak perlu report kat sesiapa...
Aku akan dibayar dengan apa usaha yang aku lakukan...

Ya Allah ~ aku berharap akan keindahan...
Kalau pada waktu ini sebulan yang lalu aku rasa takut... aku rasa insecure...
Tapi aku tahu bahawasanya Engkau Maha Adil
Engkau Maha Memberi Rezeki
Dan sesungguhnya aku yakin aku telah membuat pilihan yang tepat

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidupku
Ya Allah, bukakanlah pintu rezekiku seluas-luasnya

Rabbighfirli Warhamni Wajburni Warfa'ni Warzuqni Wahdini Wa'aafini Wa'fuanni....
Ya Allah ampunkan aku, rahmati aku, kayakan aku, tinggikan darjatku, murahkan rezekiku, berikan hidayah kepadaku, sihatkan aku dan ampunkan aku.....

Wednesday, October 23, 2013

LAZADA... LAZATNYA !!! MY WISH LIST...

Aku tatau apakah maksud Lazada dan apakah ia mempunyai tali persaudaraan dengan perkataan LAZAT sebab offer di sana memang lazat-lazat!

Ok..poket aku tidak cukup lazat, itu masalahnya!

But I secretly (well no longer a secret, obviously!) have 2 items in my wishlist. Actually banyakkkk je yang aku nak.... pompuan dan shopping, kan?

Tapi ini 2 benda aku really-really nak !!!!

1. HAPPYCALL DOUBLE SIDED PAN




My oh My !!! I really-really want this...!!! Berbulan-bulan dah aku idamkan... dahlah harga murah giller plak tu.... sadly, hari tu En. Z belikan mak dia for her birthday (well, atas cadangan aku) tapi dia tak belikan untuk aku punnnn..... Abang.... belikanlah satu... nak masak sedap-sedap untuk Abang juga, kan??? 

Kenapa aku nak sangat benda nie?
- sebab memudahkan kerja memanggang
- this will be a useful tool for my next business plan which involving masak-masak!

2. 


Coolness !!!! I love pies... my husband loves pies! An my kids love it too...!!! And I love to do pies business, belum ada orang buat online lagi kot.... this will be a good start..... senang nak buat okay..cuma kuantiti sikitla... takpe... item no. 1 tadi tu boleh merealisasikan projek aku tu.....

Uwaaaaaaaa....... so kena kerja keras..cari duit banyak2..dan jadikan modal....

One step to millionaire.....!!!!!

Monday, October 21, 2013

HARI NIE HARI TAKDE MOOD

Salam Isnin....

Walaupun x de mood... nak menulis gak...
X de mood aku tidak sesekali berkenaan dengan Monday Blues or Lazy Monday...
Sebab aku tak percaya pada monday blues nie...
Bagi aku, time takde mood tu bila-bila je boleh berlaku...
Tak tunggu hari pun....

Nak cakap ke kenapa aku x de mood?
Hmmm... tak payahla kan...
Sesiapa yang friend dengan aku kat FB tu sure tau je based on amukan puaka secara terbuka aku kat sana...

Memang sangat sakit hati rasanya skang nie..

SANGAT!

Friday, October 18, 2013

JIKA TAKDIR AKU BUKAN SEORANG JURUTERA LAGI....

AKU REDHA! AKU PASRAH! AKU GEMBIRA!

Kerana aku yakin dan pasti Allah SWT mencorakkan takdir terindah buat aku menghadapi sisa-sisa hidupku yang entah sampai bila ini...

Nope... I didn't mean that I am dying... pardon my sentence...cuma kita kena sentiasa ingat yang Allah Maha Berkuasa menarik nyawa kita bila-bila masa sahaja... jodoh dan kematian itu rahsia Allah... remember?

Dulu mungkin aku takut... saaangattt takut kalau aku tak kerja, kalau aku tak dapat kerja bla bla bla... tapi, Ya Allah... this time aku rasa jiwa aku sangat lapang okay... dalam pada tempoh perkhidmatan aku di V ini berbaki 9 hari (tolak weekend).

Aku yakin akan rezeki Allah itu luas...
Aku yakin rezeki itu dalam pelbagai bentuk...

Maybe I am not born to be an Engineer...
Ada aku kisah? I know I am totally screw up as an engineer. Yes, memang graduated with BEng(Hons) Computing & Communication Systems Engineering from University of Manchester Institute of Science & Technology, United Kingdom sounds so grande to some sort of people... but for me it is nothing because I have no interest in engineering anymore!

Jiwa aku just bukan untuk menjadi seorang engineer.
I am a genius... I am talented... I am brilliant... I am smart... I am independent... I am knowledgeable...
BUT... not in an engineering kind of things...

Bilamana kita tak minat... kita tak perform...
Bilamana kita tak perform... our future is just not there...
And all the jobs becoming burden and something we don't look forward to...
And that is what I felt since July 2011, bilamana boss aku tu suh aku jadi Test Engineer...
Oh before that aku pun bergelar Test Engineer...but my duty is more to Systems... kalau bab nie aku minat la..hehehe...

But as time goes by...
As years go by...
Aku admit... minat aku dan bakat aku more into business...
Minat aku pada any kind of business... MLM ke tak MLM ke... (i am not talking about the pyramid schemes kind of things ok..) aku try...
Ada yang berjaya ada yang tak...
Tapi aku rasa paling syok business makan-makan kot...
Aku suka makan... (see my body la wooooiiii)
Aku suka masak...
Aku suka jual jual jual
Promote promote promote
Yang lebih berjayaaaa dari MLM-MLM aku...
And I feel bless bila orang suka dengan makanan yang aku jual....
ALHAMDULILLAH...!!!

Maka.. apakah aku membuang masa selama 5 tahun study di UK?
Apakah aku menghabiskan duit MARA yang aku x perlu bayar balik tu?
Tengok sekali pandang ... "Ha'ah... buang duit ke MARA hantar budak Eca nie gi belajar tinggi-tinggi..tapi hasilnya hampeh nyoqqqqq"
But tanya tuan diri dulu boleh...???

There are a lot of things yang aku belajar selama lebih 5 tahun aku di sana...
Yang tak ternilai dengan A-Level certificate straight As aku...
Yang tak masuk syllabus Ijazah Kepujian aku...
Dan tak terbayar dengan wang yang MARA belanjakan untuk aku...yang masa tu tak silap aku RM245,000.00 kalau tak salah aku lar sepanjang pengajian aku di sana...

Banyakkkk sangat....

Paling utama yang aku belajar... AKU MENGENALI DIRI SENDIRI... Aku menjadi diri sendiri... dan benda nie tak ada dalam mana-mana silabus pun yang aku amik....

I know my strength...

I know my weakness...

I know what I want...

I know what I can do...

I know what I can't do but how to make it works...

I learn from mistake...

Masa silam itu...memang tak akan berulang kembali... I can't mend my own mistake... aku tak boleh kembali kepada waktu itu yang mana kesilapan-kesilapan itu sedikit sebanyak telah mengubah hidup aku....

Well, we just need to keep carry on... live the life...

Belajar.. belajar dan belajar....

dan paling penting... ingat Allah dan berserah kepadaNya.

anyway, jangan lupa LIKE my page: Merak Foods, Health & Beauty


Wednesday, October 16, 2013

CADBURY ~ FRESH AND DIRECT FROM UK

SALAM YOU ALL ~

Suka coklat?
Rasanya semua orang sukaaaa coklat.... tak kira yang kurus, gemuk, sihat, diabetes etc etc...miahahahaa...

Korang dah pernah try coklat dari UK...???
Korang teringin nak try coklat yang freshly made in the UK...???

Okay, nie aku nak promote baekkkk punya....!!!!

Aku tengah collect order from friends yang berminat untuk purchase Cadbury Special Edition yang diterbangkan khas dari UK! Well, don't be surprise to taste the difference... coklat Cadbury dr UK tak sama mcm dari Malaysia okay!

Yang bestnya...harga dia pun sangatttt berpatutan..pendek kata berbaloilah!

See what I can offer you as for NOW

Cadbury Heroes 350g

Cadbury Heroes 850g

Cadbury Roses 350g

Cadbury Roses 850g


Anyway, pastinya ada yang tertanya-tanya akan status kehalalan coklat ini.
Maklumla from UK kan..yang bukan negara Islam.. sedangkan Malaysia yang negara Islam niepun berleluasa bekalan makanan yang tak menepati status Halal.

You don't have to worry... Cadbury ini Suitable for Vegetarians, means tidak terdapat unsur haiwan dalam coklat ini.
It is usual for Muslim di UK untuk consume produk yang Suitable for Vegetarians including me dulu.
So jangan ragu-ragu.

Untuk more info, untuk pembelian... jom cepat2 sms/whatsapp Eca 0176073815 or email norafesa79@yahoo.co.uk.
Nak lagi senang, pm inbox kat Facebook aku.

Cepat beli, cepat dapat Inshaa Allah :-)

Thursday, September 5, 2013

POST PASAL MAKAN-MAKAN TAPI TAKDE GAMBAR

Sorry eh!
Nak citer pasal makan-makan nie..tapi buat julung kalinya..takde gambar!
Hari nie ada jamuan raya kat opis... kira besar-besaranlah sebab combined semua project kat block nie...
Makan pun awesome...kira berbaloilah untuk aku yang level engineer nie yang kena bayar RM30... mereka-mereka yang bukan level exempt nie bayar RM10 jek (tu pown ramai yg refuse to join)... manakala manager kena bayar RM100 (ada yang salty-nose-shit tu bayor RM50 je tanpa rasa bersalah...weks!) dan level senior manager and so on tu kena contribute more-lah!

Meriah la... masyarakat berbilang bangsa dan kaum makan secara berjemaah: Melayu, Cina, India, Indonesian, Vietnamese, Indians, Banglas, Nepalese, Myanmar, and ada yang tertinggal? Mungkin ada kaum minoriti..tapi seronok la... semua enjoy makan like hell!

Menu:
1. Nasi Beriyani
2. Ayam Masak aku tatau apa tah.. ayam beriyani kot
3. Gearbox Masak Merah - super duper awesomeness like hell yo!
4. Acar
5. Dalca Ayam - x menyengat..kambing would be better
6. Satay dan aksesorinya
7. Roti Jala
8. Lemang
9. Rendang Hayam
10. Kari Hayam
11. Bubur Pulut Hitam
12. Air Anggur Terlebih Gula
13. Buah oren
14. Kuih Karipap
15. Kuih2 Raya

Awesome! Nasib baik takde kambing golek! Hahaha

Memang bestla

Aku paling suke Gearbox Masak Merah... first time aku makan...nak sedut lelebih malu..silap bagi tutor kt geng2 Cina mcmana nak menggayakan amik straw dan sedut som-som dia!

Persoalannya sekarang... apakah ini kali terakhir jamuan hari raya Aidilfitri ku di venture?

...sempat main2 mata dengan boss tadi.... hahaha!!!

Monday, August 26, 2013

KISAH CINTA AKU DAN DIA (pre-introduction)

Selepas aku dikejutkan oleh mimpi ngeri pada malam Jumaat itu... aku macam berkobar-kobar plak nak flashback down to memory lane the good old days perkenalan, percintaan aku dan En. Z ... saja-saja jek, setidak-tidaknya kot satu waktu nanti aku dah nyanyuk ke,. aku dah jadi pelupa tegar ke..bila aku bukak balik belog nie dan baca, boleh remind back time-time itu...

Takpun, anak-anak aku sure excited nak tahu kisah CINTA ANTARA BENUA aku dan ayah dorang... kikiki.....

Seronok apa.. walaupun selalu bercakaran like rimau betina dan rimau jantan... opkos la we have our sweet, romantik, jiwang-jiwang time yang mungkin orang lain tak rasa... or mungkin aweks-aweks lama En. Z tangkap jealous kalau tau...wakakak...

Dia boyfriend first aku ~ tunang first aku ~ then suami first aku ... walaupun aku mungkin ranking yang ke belas-belas or puluh-puluh.... well, aku tak nak tahu semua tu... yang pasti ini Kisah Cinta Aku dan Dia...

Chewasss... tajuk poyo... tunggulah bebila aku free aku start.... as for now, 17:27 26/08/2013 .. aku ada kerja penting nak buat... VPI-NDE-GEN-0015 Rev. No. 18.

gambar raya tahun nie, yer perut aku buncit tp itu tidak bermakna aku mengandung...aku tgh nak berdiet Shaklee nie, tunggu testimoni real life aku... aku cabar diri sendiri nih!
P/S: Malam nie kenalah nampaknya aku menyelongkar gambar dulu-dulu..heheheh....

DALAM DIAM-DIAM SUAMI AKU MENDUAKAN AKU!

Ini cerita minggu lepas... baru rasa tergamak nak update kat belog ini... huhu... 

Sedih okay... (eh ye ke sedih?).. tapi pasrah je la...

Kisah berlaku pada Khamis malam Jumaat, tatkala umat Islam seronok beribadat... aku menerima perkhabaran yang sudah pastinya tidak enak di pendengaran wanita-wanita yang berumahtangga...

Huhu....

"Akak, akak tau tak yang Abang Zam dah nikah lagi satu?" informer tu bagitau aku...

Aku mcm pelik-pelik.. "Kawin lagi? Bila? Takde angin, takde pokok bergoyang... biar betul?"

Aku terfikir..takde perubahan tingkahlaku pada Z..kecuali dia dok layan smartphone dia sambil sengih sorang-sorang kadang-kadang tu...tapi smartphone tu baru je aku bagi as hadiah birthday dia hari tu..takkan cepat benor berkenalan dan bernikah kot...

"Betul kak... abg Zam dah nikah... nama pompuan tu Nurul.. dia nurse yang jaga arwah Abah masa Abah semput kat spital dulu..."

Haiyo.... apakah? Siapakah Nurul tu? Nurul mana? Bila masa En. Z gi hospital tanpa pengetahuan aku sampai sempat kenal-kenal dengan si Nurul nie? Setau aku, 2-3 kali gi hospital masa tu... I was there...aku siap masuk A&E jumpa arwah bapa mertua...and aku x nampak plak Z bermesra-mesraan dengan mana-mana nurse...

Puas aku fikir... nurse mana?
Pandangan aku kabur..bukan kabur sebab menangis meraung etc bila laki kawin lg..tapi kabur like blur you know... blur... macam tak percaya dalam diam-diam En. Z ada affair! Padahal diala sangat cemburu ngan aku, aku yang cool nie..dia yang main kayu 3.... INI SUDAH LEBIH!

Aku mula memerhatikan laki aku... dia macam cool jek..macam nothing has happened. Takde nampak hormon kebahagiaan berganda-ganda pada raut wajahnya...

And aku decide nak keluar.nak siasat siapa Nurul tu...

Suddenly en. Z dah ada kat belakang aku... and like old times.. suddenly dia peluk aku dari belakang... dan tanya.. "Sayang nak pergi mana?"

Aku diam but I kissed her cheek...and he laughed!

Macam tak tergamak nak bertanya soalan tersebut pada dia. Sumpah aku tak sedih pun masa tu, sebab yang aku mahu hanya penjelasan..apakah betul berita tersebut.

Tetiba2, aku rasa macam aku ditendang seseorang!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rupanya Arissa, anak bongsu aku tendang kepala aku sampai aku tersedar dari NIGHTMARE MALAM JUMAAT!

Oh My Allah! Macam gitu sekali mimpi aku! It was so real.... okay! Aku terjaga dalam kegelapan malam... selepas terlena kat tilam bawah (sebelah katil aku dan Z) tempat tidur Arissa... aku jengah atas katil, En. Z tidur dengan lenanya...tapi sumpah masa tu aku masih macam separa mimpi and aku tengok je dia tengah tidur... macam pening2 dan fikir... betul ke dia nie kahwin lagi satu nie?

Melayan mata lalok..terus aku merangkak naik atas katil dannnnnnn sambung tidurlahhhh apa lagik!

Dan mimpi itu masih menghantui aku sampai hari ini...

Thursday, August 22, 2013

TRAUMA KE AKU NIE?

gambar ihsan uncle Google
Trauma ke aku nie?
That is the question I don't know what to answer.
Seriously too much of accident news recently, samada mangsanya aku kenal or tak kenal.. semuanya mengundang ketakutan tak terkata....

Aku sekarang mengelak-elak sangat kalau Encik Z suh drive kereta.
Takut!!!!
Terbayang kereta tetiba tayar meletup..berpusing2...dan dushhh langgar pokok...
Mati free bukan atas salah sendiri...
Or tetiba.... aku lagi x de salah silap..then kereta lain zassss... sodok aku dari belakang...
At worst, kereta lain memotong dari arah bertentangan..tak lepas and... bangggg!!! Gelap dunia... dan jaga-jaga jek... "Maaarabbuka...."

Nauzubillah... nauzubillah... Ya Allah, jauhkanlah aku dari segala malapetaka sedemikian...

Kesian Kak Long... Kesian Eiman... Kesian Adik...

Naik motor pun takut-takut je sekarang... I am no longer an old Norafesa yang bawak motor kalah jantannnn kat jalan!

Penuh sopan santun dan keayuan... bersama JPG XXXX yang tergolek hari tu atas kesalahan orang lain!

Aku palingggg gusar bila hari hujan... jalan licin...

Aku paling anti... dengan motor, kereta yang suka-suka brake emergency, tak pepasal aku cium montot dorang...aku plak nanti di consider pihak bersalah!

Aku paling tak suka...hangin... dengan sesiapa bikers yang suka mencilok celah-celah kereta, pastu dah dpt cilok depan aku..terhegeh2 dan boleh stop walhal ruang luas untuk ko lepas cilokkan itu!

Aku paling menggigil bila bawak motor kat highway, lori-lori puaka nie lajuuuu sangat memotong aku...
Dalam kepala aku:
1. Buatnya lori nie terbabas dan gelek aku... aku bukan dipihak bersalah tapi aku mangsa keadaan
2. Buatnya tiba-tiba tayar dia malatops... this is the scariest one!

Aku pelik..kenapa kerajaan tak melaksanakan satu undang-undang.. lori-lori besar gajah nie takdibenarkan menggunakan jalan persekutuan pada waktu sibuk a.k.a 6.30am-8.30am / 5.30pm-7.30pm.

Menyemak pun yer... terhegeh-hegeh tengah jalan..org nak cepat gi kerja...

or bawak macam malaun yang tak sabar-sabar nak masuk neraka...

Oh please lah!

Ya Allah ~ lindungi aku!

Friday, August 16, 2013

MACAMANA NAK JADI BLOGGER TEGAR NIE?

Pedih aku rasa...
Rimas pun ada...
Bila kerja tak habis-habis...
Minggu nie tekanan jiwa betul kat office nie!
Uwaaaaaaaaaaaa   !!!!!!

Kalau aku kaya, sumpah aku resign hari nie jugak!

Why?
Nanti aku cerita...ini bukan kerjaya pilihanku!

Thursday, August 15, 2013

BILA KELOPAK MATA KANAN ASYIK BERKEDIP - SEDARAH SEBALAH ABAH NAK MENINGGAL?

Huhuhu..tajuk tak boleh belahhhh....

Actually dari semalam kelopak mata kanan aku asyik berkedip-kedip jek... apsal ntah.. tetiba teringatla cakapcakap orang tua nie...katalu kelopak mata kanan bergerak, ada sedara sebelah bapak nak mati. Huhu... kalau masa zaman kanak-kanak tu boleh seram la jugak dengar dan mulalah terbayang wajah-wajah yang kusayang...ecewah... tapi pada usia remaja purbakala nie... fikirlah secara waras... ajal maut tu Allah yang tentukan, bukan kelopak mata....

Maka aku gigihkan diri menggoogle. Hasil penemuan aku:

"Nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini"

Ye okay aku stress..banyak berfikir..dari masalah kewangan dan juga masalah sejagat.. Syria..Mesir... semua aku fikir..dengan jobhunting lagi..dengan nak cari duit segera lagi..haishhhh....

Hidup kalau tak ada masalah...bukan hidup namanya... masalah itu adalah asam garam kehidupan....