Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Monday, August 26, 2013

DALAM DIAM-DIAM SUAMI AKU MENDUAKAN AKU!

Ini cerita minggu lepas... baru rasa tergamak nak update kat belog ini... huhu... 

Sedih okay... (eh ye ke sedih?).. tapi pasrah je la...

Kisah berlaku pada Khamis malam Jumaat, tatkala umat Islam seronok beribadat... aku menerima perkhabaran yang sudah pastinya tidak enak di pendengaran wanita-wanita yang berumahtangga...

Huhu....

"Akak, akak tau tak yang Abang Zam dah nikah lagi satu?" informer tu bagitau aku...

Aku mcm pelik-pelik.. "Kawin lagi? Bila? Takde angin, takde pokok bergoyang... biar betul?"

Aku terfikir..takde perubahan tingkahlaku pada Z..kecuali dia dok layan smartphone dia sambil sengih sorang-sorang kadang-kadang tu...tapi smartphone tu baru je aku bagi as hadiah birthday dia hari tu..takkan cepat benor berkenalan dan bernikah kot...

"Betul kak... abg Zam dah nikah... nama pompuan tu Nurul.. dia nurse yang jaga arwah Abah masa Abah semput kat spital dulu..."

Haiyo.... apakah? Siapakah Nurul tu? Nurul mana? Bila masa En. Z gi hospital tanpa pengetahuan aku sampai sempat kenal-kenal dengan si Nurul nie? Setau aku, 2-3 kali gi hospital masa tu... I was there...aku siap masuk A&E jumpa arwah bapa mertua...and aku x nampak plak Z bermesra-mesraan dengan mana-mana nurse...

Puas aku fikir... nurse mana?
Pandangan aku kabur..bukan kabur sebab menangis meraung etc bila laki kawin lg..tapi kabur like blur you know... blur... macam tak percaya dalam diam-diam En. Z ada affair! Padahal diala sangat cemburu ngan aku, aku yang cool nie..dia yang main kayu 3.... INI SUDAH LEBIH!

Aku mula memerhatikan laki aku... dia macam cool jek..macam nothing has happened. Takde nampak hormon kebahagiaan berganda-ganda pada raut wajahnya...

And aku decide nak keluar.nak siasat siapa Nurul tu...

Suddenly en. Z dah ada kat belakang aku... and like old times.. suddenly dia peluk aku dari belakang... dan tanya.. "Sayang nak pergi mana?"

Aku diam but I kissed her cheek...and he laughed!

Macam tak tergamak nak bertanya soalan tersebut pada dia. Sumpah aku tak sedih pun masa tu, sebab yang aku mahu hanya penjelasan..apakah betul berita tersebut.

Tetiba2, aku rasa macam aku ditendang seseorang!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rupanya Arissa, anak bongsu aku tendang kepala aku sampai aku tersedar dari NIGHTMARE MALAM JUMAAT!

Oh My Allah! Macam gitu sekali mimpi aku! It was so real.... okay! Aku terjaga dalam kegelapan malam... selepas terlena kat tilam bawah (sebelah katil aku dan Z) tempat tidur Arissa... aku jengah atas katil, En. Z tidur dengan lenanya...tapi sumpah masa tu aku masih macam separa mimpi and aku tengok je dia tengah tidur... macam pening2 dan fikir... betul ke dia nie kahwin lagi satu nie?

Melayan mata lalok..terus aku merangkak naik atas katil dannnnnnn sambung tidurlahhhh apa lagik!

Dan mimpi itu masih menghantui aku sampai hari ini...

2 comments:

  1. kahkahkah... org pompuan kalau mimpi laki kawin lain mmg akan masa berhari nak lupa... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan lupa!
      nasib baik anak tendang! kalau tak dah sampai episod apa tah mimpi tu..miahahaha!

      Delete