dipetik dari Sinar Harian 11 Ogos 2013
semoga mendapat manafaat ya :-)
PERCAYA DIRI: BANGKIT SELEPAS TERJATUH
Semua orang ada masalah dengan istilah yang satu ini - percaya diri. Ada orang yang merasa telah kehilangan rasa percaya diri dalam hidupnya selepas berdepan masalah. Mungkin terkait dengan soal krisis diri, depresi, hilang kawalan, merasa tak berdaya menatap sisi cerah masa depan, dan lain-lain. Apatah lagi selepas terjatuh dan tersungkur.
Percaya diri merupakan salah satu aspek keperibadian yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Orang yang percaya diri yakin atas kemampuan mereka sendiri serta memiliki pengharapan yang realistik, bahkan ketika harapan mereka tidak wujud, mereka tetap berfikiran positif dan dapat menerimanya.
POSISI PERCAYA DIRI
Self-concept:
Bagaimana anda menyimpulkan diri anda secara keseluruhan, bagaimana anda melihat potret diri anda secara keseluruhan, bagaimana anda menghitungkan diri anda secara keseluruhan.
Self-esteem:
Sejauh mana anda mempunyai perasaan positif terhadap diri, sejauh mana anda punya sesuatu yang anda rasakan bernilai, sejauh mana anda meyakini adanya sesuatu yang bernilai, bermartabat atau berharga dalam diri anda.
Self-efficacy:
Sejauh mana anda berkayakinan atas kapasiti yang anda miliki untuk menjalankan tugas atau menangani persoalan dengan hasil yang memberangsangkan.
Self-confidence:
Sejauh mana anda berkeyakinan terhadap penilaian anda atas kemampuan anda dan sejauh mana anda merasakan adanya keberhasilan. Self confidence itu adalah kombinasi dari self esteem dan sel afficacy.
AKIBAT KURANG PERCAYA DIRI
Orang yang memiliki kepercayaan diri yang rendah atau telah kehilangan kepercayaan, cenderung berasa atau bersikap seperti berikut:
a. Tidak memiliki sesuatu (keinginan, tujuan, sasaran) yang diperjuangkan secara sungguh-sungguh.
b. Tidak memiliki keputusan yang tepat.
c. Mudah kecewa atau give up ketika menghadapi masalah atau kesulitan.
d. Kurang termotivasi untuk maju, malas atau semua separuh jalan.
e. Sering gagal dalam menyempurnakan tugas-tugas atau tanggung jawab.
f. Canggung ketika berdepan dengan orang lain.
g. Memiliki harapan yang tidak realistik.
h. Terlalu sensitif (perasa).
Sebaliknya, orang yang mempunyai kepercayaan diri yang bagus, memiliki perasaan positif terhadap dirinya dan mempunyai keyakinan yang kuat.
No comments:
Post a Comment