Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, August 22, 2013

BAS KILANG REMPUH LORI TANGKI ~ QA KILANG AKU MENINGGAL

Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'un... Al-Fatihah!

Orang baik, Allah sayang... semoga Allah menempatkan Allahyarhamah Zakiah Binti Buing di kalangan orang-orang beriman. Amin.

Seorang Maut, 14 Cedera Bas Pekerja Langgar Lori Tangki



KOTA TINGGI, 21 Ogos (Bernama) -- Seorang penumpang maut manakala 14 lagi cedera apabila bas pekerja yang dinaiki merempuh bahagian belakang sebuah lori tangki di Kilometer 34.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi berhampiran Kampung Baru Sungai Mas dekat sini Rabu.

Nahas yang berlaku pada kira-kira 7 pagi itu menyebabkan Zakiah Buing, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata tujuh daripada mangsa yang cedera parah, termasuk pemandu bas, dikejar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala tujuh lagi menerima rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Bandar Mas di sini.

"Empat mangsa yang parah dan dimasuk ke wad HKT ialah Nor Radziah Muhamad Taib, 32, Marlinda Mohd Hassan, 37, Hanidah Tukiman, 27 (mengandung lapan bulan) dan Borhan Maasim, 42 (pemandu bas).

"Tiga lagi iaitu Hajlenda Minhaj, 38, Marlina Mohd Hassan, 39, dan Havidayati Murusalim, 35, yang cedera parah di bahagian kepala, kaki dan perut dirujuk ke Hospital Sulan Ismail (HSI)," katanya ketika dihubungi pemberita.

Mohd Nor berkata kesemua penumpang bas berasal dari Gugusan Felda Adela dan merupakan pekerja sebuah kilang elektronik di Tebrau, Tampoi dan Senai.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca daripada sebuah lori tangki dari arah Sungai Rengit yang mengalami masalah enjin dan berhenti di bahu jalan sebelah kiri.

"Selang beberapa ketika, sebuah bas yang dalam perjalanan menghantar pekerja kilang ke tiga lokasi iaitu Tebrau, Tampoi dan Senai dari arah yang sama, tiba-tiba telah merempuh bahagian belakang lori itu, menyebabkan kedua-dua kenderaan terperosok ke dalam parit.

"Rempuhan itu telah mengakibatkan seorang penumpang yang duduk di bahagian depan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala 14 penumpang, termasuk pemandu bas, telah mengalami kecederaan," katanya.

Polis menahan pemandu lori tangki berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

Semoga Allah tabahkan keluarga beliau menerima kehilangan ini... terutama suami dan anak-anaknya... Zakiah or Ani memang tugasnya berkait rapat dengan line NDS Test yang aku jaga. Memang hari-hari jumpa especially time buy-off program.

No comments:

Post a Comment