Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Friday, August 2, 2013

RESIPI CRUNCH CHOCOLATE CHIP

Salam Jumaat :-)

Post nie patut dipublishkan awal minggu hari tu tapi I was so busy with the bosses busy-busy around me so tak dapat nak belogging bagai like bukak buku resipi dan copy kat sini lar kan... so today by hook or by crook kena gak update supaya yang request nak resipi nie tak tertunggu-tunggu...weekend pun dah tiba kan...so, time utk buat last minute cookies.

Sorry friends, gambar cuma satu je..lenkali la aku snap lagik... biarlah aku puji diri sendirik... chocolate chips nie adalah biskut raya paling sedap aku buat tahun ini...wakaka...resipi terbaik, a few resipi chocolate chips aku buat (termasuk daripada buku resipi Chef Wan Avon dulu..) tapi tak setanding yang ini. You try you enjoy bebeh!



CRUNCH CHOCOLATE CHIP

Bahan-bahannya:
1 cawan butter
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil garam halus
1 1/2 cawan chocolate chip (aku letak 2 cawan...)
1 cawan walnut atau badam (aku campurkan dua-dua..korang nak letak kacang apa2 pun boleh jgn Mr Bean sudahhh...)
4 1/2 cawan tepung gandum
Coffee Oil 1 drop (aku tak letak benda nie sebab I am not a coffee-lover)

Cara-caranya:
1. Pukul mentega, minyak, gula kastor, gula perang sampai kembang.
2. Masukkan telur dan segala-gala bahan di atas kecuali kekacang dan chocolate chip. Pukul dan adun sampai cantik macam buat biskut la kan.
3. Masukkan chocolate chip dan kekacang, gaul sampai rata.
4. Adunan nie lembik, so either boleh masuk dalam piping bag dan potong hujung dan pip atas dulang pembakar, atau aku buat simple..guna sudu kecil agak2 setengah sudu kecil dan susun atas dulang pembakar.
5. PENTING! Choc chips nie bila tengah masak dia akan mengembang sekaliganda saiz dia. So jangan susun rapat2 nanti melekat. Dan sebab tu la aku guna sudu kecil supaya bila masak just nice je saiz dia utk ngappp masuk mulut :-)
6. Bakar dengan api around 150-180 gitu sehingga masak.
7. Pas masak, sejukkan dulu baru simpan dalam bekas. Recommended letak dalam Tupperware One Touch Canister or One Touch Topper bagi mengekalkan kerangupannya. Kalau nak beli Tupperware One Touch collection boleh sms 0176073815. Hehehe...

Trylah buat, memang sedap.
Tahun depan aku nak open orderlah..lama dah x jual biskut raya. Siapa nak buat advance booking silakan bersila... :-D

2 comments:

  1. Replies
    1. trylah buat..simple..dan sedap! satu Tupperware dah licin kena bedal dengan anak2 :)

      Delete