Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, December 31, 2014

ONEXOX ~ BICARA PENUTUP 2014 DARI TUAN CEO

Assalamualaikum WBT

Dipetik dari Facebook Tuan CEO Onexox, ArieSham Shamsudin:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Di hari terakhir 2014 ingin saya berbicara tentang perjalanan revolusi telekomunikasi yg dibawa oleh komuniti ONETELCO yg membawa jenama ONEXOX dipasaran.

Selama 12 bulan seluruh warga komuniti kami berusaha keras untuk memperjelaskan tentang penggunaan smart phone dan kos utk memilikinya kepada semua rakyat Malaysia .

Penggunaan smartphone dinegara kita semakin hari semakin tinggi sejajar dgn kemajuan perhubungan tanpa sempadan dan Semestinya kita tidak mahu ketinggalan dgn era kemajuan ini cuma kita sebagai Muslim perlu bijak menggunakannya utk kebaikan kita secara umumnya .
Didalam kemajuan ini ada banyak pihak yg akan nampak peluang utk menyediakan perkhidmatan dgn segala ribu cara . Perkhidmatan DATA telah menjadi pekara yg penting didlm dunia telekomunikasi , dan apabila ianya telah menjadi pekara asas ( pekara yg perlu ada setiap hari ) ianya membuka golongan golongan kapitalist yg menyembah nasib di pasaran saham .

Mereka ini akan cuba memanipulasi pelanggan utk mengekalkan keuntungan mereka supaya harga saham tidak turun . Apabila sebab utama bukan perihal pelanggan maka ianya adalah perbuatan yg tidak begitu islamik . Ye kita faham mereka ada kos yg perlu dibayar tetapi agak agak la ...

Perkataan INTERNET PERCUMA , TERPANTAS , TERLUAS Dan mcm.mcm iklan hanya menyumbang keuntungan berbillion ringgit manakala pada masa yg sama merompak pelanggan dgn terma dan syarat yg majoriti orang kita takkan baca atau terlalu sombong yntuk melihat .
Dimana khidmat sosial yg diberikan oleh kapitalis kapitalist ini kepada rakyat bangsa dan negara ?
Keuntungan berbillion ringgit ini tidak diselerakkan dgn adil ..peniaga peniaga telekomunikasi yg melonjakkan perkhidmatan mereka kini dipinggirkan .. golongan yg BERDUIT Menguasai pasaran dan memonopoli imbuhan juga berbillion ringgit setiap tahun .

Sumber ekonomi ini perlu kita lihat sebagai peluang komuniti kita utk menunjukan suatu pekara . Komuniti kita memperjelaskan bahawa perniagaan ini boleh dikongsi keuntungannya jika kita mengenepikan TANGAN TANGAN kapitalist yg memandu arah peniaga peniaga ini secara tidak bertimbang rasa .

2015 kita akan lebih aggressive .. kita akan cuba buktikan bahawa komuniti kita juga akan berjaya didlm dunia yg dipegang oleh kapitalist ini secara ukhwah .

2014 sebanyak hampir 4 juta ringgit dibayar kepada komuniti kami dan mewujudkan 200 ribu lebih pelanggan .

Terima kasih semua dan mari lah kita berdoa agar kita akan terus diberi kekuatan utk menjadi orang yg beriman dan bertakwa . Menjadi wadah perjuangan secara lebih bijak , memperkasakan diri dgn ilmu dan kebijaksanaan agar kita dipandang mulia diakhir waktu insyallah ..

Terima kasih kepada semua yg menyokong saya dan team onetelco ..

Terima kasih kepada anak dan isteri saya yg banyak memberi dorongan dan sokongan utk saya bangkit kembali . Terima kasih kerana sabar menanti dirumah sementara masa saya hanya beberapa jam sehari selama 4 tahun ..

Thanks all
2015 akan lagi gegaw
‪#‎ceokomanz‬
‪#‎onexox‬

L'AROME APPLE STEM CELL SLIMMING SERUM

Assalamualaikum & Salam Hari Terakhir Tahun 2014 :-)



L'AROME APPLE STEM CELL SLIMMING SERUM.... aku pun terjebak juga akhirnya! Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Macamana aku boleh terjebak? It is not because of the brand. Dulu pun aku dah dengar pasal Apple Stem Cell nie tapi aku takde lah pulak terasa nak cuba dan beli. Dan of course lar aku takdelah nak mengutuk dan mengata bagai...

Until a few good friends of mine mula menggunakannya dan mula menjadi agen. baru terbuka mata and YES, the product is working very well! Normally, aku memang susah nak percaya dengan testimoni online kerana ianya mungkin propa je lebih. Tetapi, bila kawan-kawan sendiri pakai dan berkesan... maknanya memang berkesanlah! Cuma secepat mana kesan itu dapat dirasai bergantung kepada individu. Normal lah kan..setiap individu tu subjektif.

Thanks to Kak Aiza yang memperkenalkan L'AROME kepada aku... sebelum aku meneruskan perkongsian tentang L'AROME nie, aku nak jawab dulu soalan yang korang belum tanya... hehehe...


Clear as mud?
L'AROME Apple Stem Cell Slimming Serum nie mendapat persijilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Maka, gunakanlah tanpa takut-takut :-)

Dari Utusan Malaysia (16/02/2014):



KEBANYAKAN orang menganggap parut merekah (stretch mark) dan selulit mustahil untuk dihilangkan. Ini kerana masalah itu dianggap sebagai parut yang kekal selamanya tetapi sebenarnya tidak.

Pada zaman canggih dan serba moden ini, hampir semua perkara boleh dilakukan. Jadi, parut dan selulit kini boleh dihilangkan dan dibuang selamanya hanya dengan beberapa sapuan. Bagi pengguna setia L’AROME, Norbayati Izua atau lebih mesra dengan panggilan Yati, dia amat kagum dengan perubahan yang dialaminya hanya dalam masa 10 hari sahaja.

"Saya amat teruja dan rasa sangat seronok kerana dipertemukan dengan serum L’AROME. Walaupun suami tidak kisah dengan penampilan saya tetapi kita harus ingat bahawa wanita sebenarnya ingin kelihatan menarik dan cantik untuk suami tercinta," katanya.



Dia sedar lemak pada bahagian perut dan lengan kian menebal. Yati juga tahu bahawa kalau dia membiarkan masalah itu kian menebal, sudah tentu lemak yang terkumpul sukar dibuang. Pelbagai cara digunakan Yati untuk menurunkan berat badan termasuk senaman dan mengambil suplemen. Namun, keadaan tidak banyak berubah. Dia juga sudah menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk mencuba pelbagai jenis produk kecantikan yang diiklankan tetapi keputusan yang diperolehinya menghampakan.

Yati amat berterima kasih kepada ejen yang memperkenalkan serum ajaib ini kepadanya.

"Saya melahirkan anak secara pembedahan. Saya ada dua cahaya mata dan kedua-duanya pun melalui pembedahan. Pelbagai krim saya gunakan untuk menghilangkan kesan tersebut tetapi semuanya hampa. Akhirnya, saya terpikat dengan satu iklan tentang L’AROME di akhbar dan saya terus mencubanya.



"Hanya dalam 10 hari bukan sahaja parut semakin pudar tetapi badan saya juga sudah kurus. Saya hanya sapukan pada perut sahaja. Ia juga membantu saya mengurangkan selera makan. Ajaibkan? Tetapi ini memang kisah benar. Saya lakukan sedikit senaman dan keputusannya memang memeranjatkan terutama suami saya,"cerita Yati tentang pengalamannya menggunakan L’AROME.

Punca utama yang menarik perhatian Yati untuk menggunakan L’AROME ialah cara serum ini digunakan kerana ia bukan untuk diminum tetapi untuk kegunaan luar.

"Saya menggunakan produk ini mengikut aturan iaitu saya ambil dua tiga titik ke atas telapak tangan dan sapu pada bahagian perut beberapa minit. Lakukan dua kali sehari iaitu selepas mandi pagi dan sebelum tidur. Krim ini boleh disapu pada mana-mana bahagian tubuh yang dirasakan banyak lemak," jelas Yati lagi.



Oleh sebab terlalu gembira dengan apa yang dialaminya itu, dia memberitahu rakan-rakannya. Semua rakannya yang mendengar pengalamannya turut menggunakan produk L’AROME dan mereka turut mendapat reaksi yang positif. Rata-rata mengalami penurunan berat badan, manakala lemak degil hilang.

Selain itu, lengan pula bertambah cekang kerana lemak yang selama ini bersembunyi di bawah lapisan kulit cair menjadi peluh. Kini Yati bukan setakat menjadi pengguna tetapi pengedar yang secara langsung dapat meningkatkan pendapatan keluarganya. "Semua wanita yang menggunakan produk ini tidak berasa ragu kerana ia hanya untuk kegunaan luar dan tidak ada sebarang kesan sampingan," katanya yang kini giat mempromosikan L’AROME Apple Stem Cell ke mana saja dia pergi.

Dia tidak takut atau rasa bersalah kerana produk ini seratus peratus halal kerana ia berasaskan stem sel epal yang digabungkan dengan tumbuhan lain.

Stem sel epal

Dalam pada itu, pengguna harus tahu bahawa stem sel epal ini bukannya diperolehi daripada epal biasa seperti yang dijual di pasar raya. Stem ini diasaskan oleh Dr. Fred Zulli, saintis tersohor Barat menggunakan sejenis epal liar yang hanya terdapat di hutan-hutan Switzerland sahaja. Rasanya pahit dan tiada siapa yang mahu memakannya.

Dr. Fred Zulli melihat ada keganjilan tentang epal liar ini kerana walaupun terbiar di bawah pokoknya selepas luruh selama tiga bulan, ia tidak kecut atau rosak. Buah ini masih dalam keadaan segar kerana stem selnya yang unik dan dapat mengekalkan keadaan asalnya walaupun lama terbiar. Setelah membuat uji kaji di makmal miliknya di Buch, 50 meter dari Zurich, terhasillah produk L’AROME.

"Sebab itulah saya dapat meyakinkan pengguna bahawa produk ini halal seratus peratus dan mereka boleh menggunakannya tanpa was-was," tambah Yati.

Jadi, L’AROME ialah pilihan yang tepat untuk mereka yang mahu melangsingkan badan dan mereka yang cinta kepada kecantikan. Ini kerana lemak-lemak di badan terutama bahagian perut sangat mengganggu kehidupan. Oleh itu, kita semua perlu sedar untuk membuang lemak-lemak ini dengan bantuan L’AROME. Usah gusar dan bimbang kerana anda akan kembali langsing selepas berjinak-jinak dengan produk ini.



L’AROME Apple Stem Cell Slimming Serum dapat membakar lemak anda dalam masa 24 jam. Ia sekali gus mengurangkan kesan parut selepas bersalin dan dapat mengempiskan perut anda. Ia diformulasi khusus untuk perkara-perkara berikut:

LEMAK: Pembakaran lemak berlaku sangat pantas. Anda hanya perlu sapu serum ini di kawasan yang anda inginkan. Ia akan kekal di lapisan kulit luar dan dalam kerana ia mudah meresap. Pembakaran lemak terhasil setiap kali anda makan dan berpeluh selagi anda tidak membasuh bahagian yang diletakkan serum.

SELULIT: Perubahan ketara hanya dalam tempoh satu minggu. Sapu dengan konsisten untuk mencapai kesan maksimum ini.

LANGSING: Perubahan yang amat ketara dalam masa tiga hingga tujuh hari. Anda boleh membentuk kecantikan dan kelangsingan tubuh dengan memberikan tumpuan di kawasan yang anda inginkan.

PARUT MEREKAH: Hampir seratus peratus hilang dalam masa satu bulan. Produk ini membantu membakar lemak berlebihan di sekitar perut, pinggul, paha dan lengan.


Amacam...best tak?
Bagaimana perasaan anda selepas mengenali L'AROME APPLE STEM CELL SLIMMING SERUM ini?

Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk yang revolutionary ini, contact je Norafesa (0176073815 - sms/whatsapp/telegram) Lebih ramai agen dan stokis diperlukan bagi memasarkan produk terlajak laris ini tau!

Mulakan tahun 2015 dengan L'AROME! Kurus, cantik dan kaya dalam satu langkah!


Tuesday, December 30, 2014

TABUNG BANTUAN BANJIR QASEH

Assalamualaikum Sahabat & Readers Semua

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, begitu ramai sahabat, kaum keluarga dan kenalan kita terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang sedang menghadapi ujian yang amat besar dari Allah SWT.

Bencana banjir yang mereka alami, amat berat mata memandang namun berat lagi bahu yang memikul.

Justeru, pihak pengurusan Ana Edar dengan rendah hati telah membuka kutipan derma untuk membantu seadanya mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Oleh itu, sedikit sama dirasai... hulurkanlah bantuan seadanya. Bantuan yang ingin anda sampaikan bolehlah disalurkan kepada akaun bank seperti yang tertera di bawah.

Bantuan dan sokongan anda semua pastinya amat bermakna buat mereka. Semoga Allah memurahkan rezeki sahabat-sahabat semua, Ameen...


Friday, December 26, 2014

CHECK-IN MUAR

Assalamualaikum & Salam Kejayaan Untuk Anda Yang DiRahmati Allah!



MUAR... I am coming home
Bandar DiRaja yang begitu hampir di hati.
Alhamdulillah atas kelapangan di saat cuti sekolah hampir melabuhkan tirainya.

Perancangan Allah adalah sebaiknya. Di saat hati meronta nak kembali ke kampung halaman menjengah mak, adik2 & sanak saudara...Allah turunkan sedikit rezeki agar kepulangan ini bukan 'kosong'.

Tiket bas dah naik. JB ke Muar RM16.70 sedangkan kali terakhir balik ke Muar menaiki bas masih RM15.20. Itu belum implement GST lagi. Kembali kali ini, perancangan awalnya hanya lone ranger. Tapi atas sebab tertentu, aku bawa the girls... Kak Long & Adik. Syarikat bas kat Larkin Sentral mmg keji sikit. Tak jual tiket kanak-kanak walaupun kat kaunter terpampang harga kanak-kanak. So untuk 3 seat aku terpaksa bayar RM50.10.

Dalam bas Mayang Sari, masing2 boring to the max. Kak Long boleh buat colouring while adik layan Beats. Whateverla kiddoz!






Sampai Muar, while tunggu Mak dan adik datang jemput di stesen bas Bentayan..anak2 request beli magazine. Layankan je lah.. Then sempat tapau kuih kegemaran sepanjang zaman yang terbaiklahhhh... APAM BULAT inti kacang merah. Trust me, you won't find better apam bulat. Only in Muar!



After that kitorang terus ke HPSF untuk menziarahi Pok Long. This is the main reason I am here in Muar. Pok Long abang sulung mak..out of 9 adik beradik, tinggal 3 yg masih hidup iaitu Pok Long, Pak Ngah dan Mak. Pok Long pun rapat dgn aku since I was grew up and spent a lot of time di Muar. Luluh hati melihatnya yg tak seperti dulu. Pok Long disahkan menghidap brain cancer stage 4. Doakan keajaiban Allah ye kawan2 !!!



My kid mmg cukup enjoy bila balik Muar. Macam heaven sangat! Especially dapat pak sedara yg sporting tak kisah kena lanyak...ikutkan si Adik.. "Adik nak duduk dgn Atok Nona" dan bahasakan adik bongsu aku si Faiz nie as 'Ayah Adik' ...macam-macamlah!



Last but not least, a small dine-out untuk we all..memandangkan jarang sungguh dpt spend quality time together..and birthday Faiz this coming Saturday. Makan di Satay Zin. Sedap dan berbaloi. Ada satay ayam, lembu, kambing, rusa, perut dan paru. We all bedal 40 satay, tapau 30...dgn mkn kueyteow grg, soto, mee bandung dan mee rebus..air teh o ais, horlicks ais, carrot susu dan limau ais..topup dgn otak2 dan tapau nasi goreng ayam utk Afiq.. RM80.70. 70sen xde diskaun yer!



So sad esok dah kena balik Kulai meneruskan rutin kehidupan. Sabtu ni Adik ada orientation di TKW..so no choice...takperlah..but kind of puas la balik kali ni berbanding hujung bln 11 hari tu.

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 23, 2014

3 WAKTU DILARANG MANDI

Assalamualaikum & Salam Selasa...

Semoga anda semua sihat walafiat, bahagia dan dirahmati Allah SWT sentiasa
Semoga anda dikurniakan kekayaan dan kejayaan dunia akhirat, Inshaa Allah :-)

Sedikit perkongsian dari page Legacy Secret Trading yang saya perolehi sebentar tadi, 3 waktu yang dilarang untuk mandi. Sebenarnya memang sejak kecil mak/arwah ucu selalu pesan jangan mandi lambat. Dan itu jugalah yang saya terapkan kepada anak-anak. Waktu yang paling ideal untuk mandi ialah di antara jam 6.00 - 6.30 petang. Saya tak tahu pula sebab musababnya sehinggalah saya baca perkongsian ini sebentar tadi.

Bacalah...ianya surely memberi manafaat pada semua. Jangan segan silu nak kongsikan ya!


3 WAKTU DILARANG MANDI:

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

Penjelasan:

A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.

B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.

Dikatakan :-

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana,

Dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...

۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG" Sebarkan biar umat islam mngetahui.... wallahua'lam :-)

Monday, December 15, 2014

MEROKOK ITU HUKUMNYA HARAM


Assalamualaikum Readers Yang DiRahmati Allah!

Aku tak mampu nak mengubah dunia.
Aku dah mati akal bagaimana nak sedarkan uols di luar sana yang MEROKOK ITU HARAM?

Fatwa ini dah dikeluarkan sejak tahun 1995.
Merokok itu memudaratkan.
Tetapi kenapa masih merokok?
Yang masih sekolah.
Yang belajar tinggi-tinggi di universiti.
Yang golongan profesional.
Yang bekerja di sektor awam.
Yang bergelar pemimpin.
Yang berceramah sana sini.

You are ruining yourself!
You have troubled your generation!
You have damaged your religion!

Rokok ada DADAH
Rokok ada ARAK
Rokok ada BABI

Susah sangat ke nak berubah?

Aku benci rokok.
Aku benci perokok.
Kerana kamu-kamu semua merosakkan hidup aku dan anak-anak aku!

Tolonglah BERHENTI MEROKOK!
Merokok itu HARAM!

Yang Anti-Rokok,
Norafesa binti Shaharuddin

Sunday, December 14, 2014

POSLAJU - BETULKAH SERVISNYA 'LAJU'?

Secara jujurnya, aku sangat tidak berpuas hati dengan servis Poslaju!

Aku order stok Shaklee dari upline di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan beliau dah pun mengeposnya pada Selasa 9 Disember 2014. Dengan tracking number yang diberikan, aku boleh check sendiri flow parcel aku tu melalui website Poslaju (www.poslaju.com.my).

Alangkah kecewanya apabila sehingga ke hari ini, Ahad 14 Disember 2014 parcel yang aku tunggu masih belum sampai! Sebenarnya, pada petang 10 Disember 2014 itu apabila barang yang dijangka sampai tak sampai-sampai ditambah pula dengan adik receptionist yang nampak van Poslaju lalu tapi tak singgah ke opis...hati dah rasa tak best. So, aku pun call talian khidmat pelanggan Pos Malaysia yang aku perolehi dari website Pos Malaysia (www.pos.com.my).

Apa respon yang aku dapat? Ayatnya bunyi lebih kurang begini - "Saya akan buat report tentang perkara ini dan hantar request agar parcel puan dihantar dengan segera". Ok fine... so aku tunggu la keesokan harinya iaitu Khamis 11 Disember 2014.

Sampai lepas lunch... NO DELIVERY AT ALL! Aku check balik dalam tracking Poslaju. This is how it looks:


Aku call lagi customer service. Jawapannya adalah skrip yang sama seperti di atas. Mungkin mereka dah hafal sebiji2 ayat dan perkataan yang sama kot. (Aku taulah sebab aku pernah kerja sebagai CS dulu kan....)

What is the problem? 2 kali "Arrive at delivery office" pada 10 Disember 2014 dan "Arrive at delivery office" again pada tengahari 11 Disember 2014! Korang nie bawak parcel aku bersiar-siar ke seluruh tanah jajahan Johor Bahru dan Kulaijaya ke?

Gila! Gila! Gila!

Customer dah dok tertanya-tanya barang yang diorder.
Barang untuk kegunaan aku sendiri ada di dalam itu.
Mana sifat tanggungjawab pihak Poslaju tentang perkara ini?
Aku sebagai pengguna, bayar mereka charge untuk Next Day Delivery bukannya Next Week Delivery.
Nak harapkan diroang refund?
Mati hidup balik la tak dapat...!!!!

This is insane!
Tadi bukak FB, a friend of mine mengalami nasib yang sama. To make it worst, parcel beliau mengandungi sesuatu yang cepat rosak and it costed her merely RM100!


Aku try call Poslaju Larkin. Poslaju Larkin nie hub untuk selatan Johor. 
3-4 kali call, haram tak jawab.
Hari nie Ahad? memang Ahad... tapi Pos Malaysia beroperasi seperti biasa pada hari Ahad.

Ternampak icon Facebook kat bucu kanan atas website Poslaju, terus je aku buka Page FB Poslaju Malaysia. Nampaknya, aku dan kawan aku tadi bukan keduaorangan.


Aku pun terusla letak komen tak puas hari aku tu (kat bawah sekali).
Nak hantar e-mail aduan? Bila la pulak mereka nak bertindak. Diorang baca ke email tu? Nantilah aku buat lepas lunch nanti.

This is ridiculous. Nasihat aku kepada Poslaju Malaysia. Tolonglah jangan syok sendiri. Ye, anda adalah prime national courier service, takde perkhidmatan pos lain yang wujud di Malaysia nie sebagai pencabar anda. Tapi, uols kena ingat... ini AMANAH. Kerana servis anda yang level sampah tu, barang orang rosak, u ruined other people business. Adilkah?

Mungkin kat dunia anda selamat... jangan lupa akan AKHIRAT.

Berapa ramai pelanggan yang dah korang aniaya? Doa orang yang teraniaya, Allah makbulkan!



Wednesday, December 10, 2014

DISEMBER 2014 - ini betul-betul YEAR END SALE!

Promosi ketiga SHAKLEE BARU JE DIUMUMKAN!



Collagen Powder yang hot meletops kebabom tu diisytiharkan sebagai entiti promosi BUY 3 FREE 1 okay!

Kepada yang memang mengamalkan Collagen Powder Shaklee...ini seriously berita baik untuk uols semua!

Kepada yang dok terfikir-fikir teringat-ingat tapi rasa macam mahallll sangat Collagen Powder nie... sekarang adalah masa terbaik untuk give a try dan buat stok lagi sebab selepas nie 9-12 bulan Collagen Powder akan out of stock!

Dapatkan Collagen Powder anda hari nie juga sebab bila stok habis, memang x re-stock until hujung tahun depan!

Pm/Sms/Whatsapp/Telegram Laju-Laju!!!

NORAFESA 0176073815
SID 1023481

HAPPY BIRTHDAY KAK LONG (INI ADALAH BACKDATED POST)

Tanggal 8 Disember 2004, lahirlah seorang puteri di muka bumi ini bernama Nur Anis Suraya binti Mohd Zamzuri. She was born at Hospital Kota Tinggi pada jam 8.43 pagi. And 10 years later, she has grew up to become a beautiful girl... HAPPY BIRTHDAY KAK LONG!

We had a private celebration secara kecil-kecilan je...after aku balik kerja, weols ke Jusco Bukit Indah. Jalan-jalan, husband pun baru nak cari hadiah for her, nak cari towel kecil2 etc utk dapur baru and aku plak nak cari pendrive. So boring with food in Kulai sekarang nie...so bertukar arah. Memula tu aku cadangkan makan kt Sushi Kings tapi sekali tengok penuh giller...so we opted for Black Canyon.

It was our first dine-in di Black Canyon (husband pernah makan dah dulu). The food tasted so good especially the kerabu suhun...aku x sempat nak snap2 gambar makanan time tu.. but I suffered a bit la bila makan benda2 yang berkacang nie kerana gigi berlubang. Uwaaaaa... After all, the time together tu yang lebih penting.

Aku..hadiahkan Kak Long buku je tahun nie. Buku je? Macam hadiah birthday 30-40 tahun dulu bunyinya ye? I have changed my perspective of giving kemewahan kepada anak-anak kepada something that worth more than anything else in the world...that is ILMU. Kak Long dah 10 tahun, walaupun dia masih dalam golongan kanak-kanak...aku dah slowly tell her yang aku nakkan dia menjadi seorang yang berilmu. Tanpa ilmu, tak ada gunanya hidup ini. Aku mahu dia jadi someone yang cemerlang dunia akhirat. Buku yang aku bagi dia adalah buku sains... some sort of ensaiklopedia la.. in English so that dia boleh mengenali alam di samping menajamkan penggunaan dan pemahaman Bahasa Inggeris. No gadget yer..no tab, no smartphone what so ever...once dia dah berjaya, kaya raya... aku doakan dia bukak kilang smartphone sendiri nanti!

On the other hand, husband belikan Kak Long Walkman... Walkman Sony yer... and ini adalah walkman zaman millenium.. bukan walkman dgn kaset kat dalam tu tau! Ini walkman besar pendrive jek... with radio FM dan 4GB storage untuk save lagu MP3. Adakah ianya melekakan? Aku rasa tidak... sebab awal2 aku dah isikan lagu2 yang dia suka, aku letakkan sekali satu folder zikir, dan bacaan surah-surah untuk penghayatannya.

Tak mau citer panjang2 lagi...segala amanat untuk Kak Long aku dah tulis clearly dalam birthday card dia... nie serba sedikit gambar sekitar mini celebration birthday Kak Long :-)











AGE IS JUST A NUMBER... BETUL KE?

TUA!
Ramai wanita yang takut untuk tua.
Takut tak cantik katanya.
Maklumlah, wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan.

Pernah dengar tak..AGE IS JUST A NUMBER?
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan itu.
Ada wanita yang baru berusia 25 tahun, tapi tampil lebih tua dari Erra Fazira.
Ada yang dah cecah 40 tahun, tapi nampak macam muka budak universiti.

Tahukah anda bahawa proses penuaan itu bermula seawal usia 20-an?
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi proses penuaan individu.
Di antaranya:
1. Tekanan hidup
2. Pencemaran
3. Pemakanan
4. Rutin harian
dll

Penuaan tidak boleh dielakkan dan dihentikan.
Tetapi penuaan boleh diperlahankan.

Dengan SHAKLEE, terdapat pelbagai produk yang membantu untuk memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki penuaan pra-matang.
Ingat yer, penuaan bukan sahaja pada wajah.
Tengok kulit area lain..ada kedut2 tak?
Tengok tangan, kasar kusam dan kering tak?
Bagaimana dengan organ dalaman kita? Adakah 'usia'nya sama dengan usia sebenar kita?

Inshaa Allah saya akan kongsikan kebaikan SHAKLEE bagi menangani PENUAAN.

Antara produk yang saya rekemenkan bagi tampil muda jelita adalah:
1. VIVIX
2. Sustained Release Vita-C Plus
3. ESP
4. GLA Complex
5. CoQ Health
6. Collagen






















Stay young, feel young and look young with SHAKLEE!

NORAFESA
0176073815
SID 1023481

Monday, December 8, 2014

APABILA VITAMIN C MENJADI KEGILAAN....

MENGAPA SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS MENJADI KEGILAAN DAN MENJADI VITAMIN YANG WAJIB DI TELAN SETIAP HARI?



Vitamin C adalah vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh badan kita tetapi tidak dapat dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan.

Di antara keperluan Vitamin C dalam badan kita:

**Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi

**Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam

**Menguatkan struktur gigi dan gusi

**Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C

**Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan

**Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapatmengurangkan risiko tekanan darah tinggi

**Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi

**Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C.

**Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)

**Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)

**Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.

**Membantu dalam proses pemulihan kudis

**Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru

**Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

Oleh sebab itulah Vitamin C memang patut ditelan setiap hari tak kira samada uols nie lelaki or wanita.



Satu lagi fakta menarik tentang SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS keluaran SHAKLEE nie adalah ianya didatangkan dari sumber semulajadi. Sebiji SR VitaC bersamaan dengan 7 biji oren. Well..mampukah uols nak telan 7 biji oren setiap hari sepanjang hidup? Pernah tak kalau uols terlebih ambil vitamin C..rasa mulut perit luka mcm terkakis bibir tu? Inshaa Allah dengan SR Vita C, ianya tidak berlaku!

SR Vita C nie pun bukanlah mahal mana. Sebotol ada 180 biji. Minimum uols boleh telan sebiji sehari...so cukup untuk bekalan 6 bulan!

So, jika ada antara uols yang berminat untuk memulakan consumption SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS nie...boleh sms/whatsapp/telegram saya.

NORAFESA 0176073815
SID 1023481

PUDING RAJA - FIRST TIME CUBA



Assalamualaikum :-)

Post pasal makan lagi. Nak buat macamana.. I love Food! Aku dilahirkan sbg Food Adventurer.. I love trying something new... As long as halal..

This time round, I was having my first shot of Puding Raja. Puding Raja ni famous kat Kelantan kannn...the only state di Semenanjung yg aku belum sampai lagi. Giler tak? Hehe..

Macamana aku yg kt Johor nie boleh dapat Puding Raja? Aku beli from Kak Rini Musa.. She used to be a homebaker tapi now dah upgrade dgn membuka bakery sendiri.

Puding Raja..from my point of view.
Memang SEDAP!
Cuma tak boleh makan selalu.
Manis.. Lemak.. Secukup rasa.

Anak2 pun suka..
Cuma rasanya klu kat layer paling bawah tu xde pisang..lagi sedap kot!

Harga?
Aku x tau kat Kelantan berapa. Tapi yg aku beli ni a bit dear..another reason x boley mam selalu..hehe..

Org JB/Kulai nak rasa?
Gi FB dan cari Rini Musa.

Promo free nie :-)

posted from Bloggeroid

Wednesday, December 3, 2014

SALMON SANDWICH... FAILED BIG TIME



Assalamualaikum

Hari nie time lunch aku berdezup jap pergi perjiranan Melati kt Indahpura untuk c.o.d simkad ONEXOX yg terlajak laris tu...

Pusing balik...singgah Aeon Kulaijaya untuk cari light lunch...singgah SDS nmpk salmon sandwich yg menggoda...lama tau x mkn sandwich ala2 kt Boots The Chemists nie tau...some more smoked salmon is one of my favourite...

Harga...??? Hurmmm... RM6.90.
Rupa...??? Memang cantik.
Rasa...??? Failed!

Kenapa failed? Sebab roti dia yg elok lembut dgn bijirin gandum oat bagai tu dicemari dgn kismis. Aku tataulah selera korang mcmana kan...bagi aku, sangat tak kena bila sandwich dgn lettuce, smoked salmon slice, dressing etc tu digandingkan dgn kismis yg manis!

Tak suka...so pasni x mau lagi lahhhh...

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 2, 2014

BERJIMAT CERMAT HANYA DENGAN ONEXOX



Jadi pengguna bijak!
Bukan pengguna yang kena pijak!

Dengan ONEXOX
Kami cuma nak pengguna berjimat
Kami x janjikan bulan bintang
Tapi kami berani bagi pengguna servis tanpa caj tersembunyi!

Rm10 je punnn...!!!

Eca 0176073815

posted from Bloggeroid

Monday, December 1, 2014

FACEBOOK MEMANG KEJAM!

Aku tak tahulah kenapa, asyik je lah aku nie kena block daripada nak post iklan dalam Group Facebook.

Kenapa ek...???

Stress okay... for no reason!
Nak kata aku jahat sangat post spam adverts kat Group tu memang jauh sekali lah.

Average aku post dalam group seminggu 1-2 kali. Kadang-kadang tu, time tak post.. tetiba je dapat notification from Facebook yang vangang tu "You have been restricted from accessing some Facebook features".

Maunya aku tak hot?

Nampak gayanya kena back to basic lar... BLOG!

Any idea selain blog?

Twitter okay ker buat marketing? Seriously I have no idea but I guess I need to find out!

AND THE COUNTDOWN BEGINS



Assalamualaikum & Salam Disember...

Sekejap je dah masuk bulan terakhir tahun 2014

2014 is a rough year for me... with a lot of ups and downs but yet Alhamdulillah I survived.

And sebagai penutup tahun 2014 yang penuh warna-warni suka duka ini, I am counting days again... penuh doa, penuh harapan dan penuh keyakinan... for something better.. Inshaa Allah!

Doakan yang terbaik-baik untuk aku!