Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, December 31, 2014

ONEXOX ~ BICARA PENUTUP 2014 DARI TUAN CEO

Assalamualaikum WBT

Dipetik dari Facebook Tuan CEO Onexox, ArieSham Shamsudin:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Di hari terakhir 2014 ingin saya berbicara tentang perjalanan revolusi telekomunikasi yg dibawa oleh komuniti ONETELCO yg membawa jenama ONEXOX dipasaran.

Selama 12 bulan seluruh warga komuniti kami berusaha keras untuk memperjelaskan tentang penggunaan smart phone dan kos utk memilikinya kepada semua rakyat Malaysia .

Penggunaan smartphone dinegara kita semakin hari semakin tinggi sejajar dgn kemajuan perhubungan tanpa sempadan dan Semestinya kita tidak mahu ketinggalan dgn era kemajuan ini cuma kita sebagai Muslim perlu bijak menggunakannya utk kebaikan kita secara umumnya .
Didalam kemajuan ini ada banyak pihak yg akan nampak peluang utk menyediakan perkhidmatan dgn segala ribu cara . Perkhidmatan DATA telah menjadi pekara yg penting didlm dunia telekomunikasi , dan apabila ianya telah menjadi pekara asas ( pekara yg perlu ada setiap hari ) ianya membuka golongan golongan kapitalist yg menyembah nasib di pasaran saham .

Mereka ini akan cuba memanipulasi pelanggan utk mengekalkan keuntungan mereka supaya harga saham tidak turun . Apabila sebab utama bukan perihal pelanggan maka ianya adalah perbuatan yg tidak begitu islamik . Ye kita faham mereka ada kos yg perlu dibayar tetapi agak agak la ...

Perkataan INTERNET PERCUMA , TERPANTAS , TERLUAS Dan mcm.mcm iklan hanya menyumbang keuntungan berbillion ringgit manakala pada masa yg sama merompak pelanggan dgn terma dan syarat yg majoriti orang kita takkan baca atau terlalu sombong yntuk melihat .
Dimana khidmat sosial yg diberikan oleh kapitalis kapitalist ini kepada rakyat bangsa dan negara ?
Keuntungan berbillion ringgit ini tidak diselerakkan dgn adil ..peniaga peniaga telekomunikasi yg melonjakkan perkhidmatan mereka kini dipinggirkan .. golongan yg BERDUIT Menguasai pasaran dan memonopoli imbuhan juga berbillion ringgit setiap tahun .

Sumber ekonomi ini perlu kita lihat sebagai peluang komuniti kita utk menunjukan suatu pekara . Komuniti kita memperjelaskan bahawa perniagaan ini boleh dikongsi keuntungannya jika kita mengenepikan TANGAN TANGAN kapitalist yg memandu arah peniaga peniaga ini secara tidak bertimbang rasa .

2015 kita akan lebih aggressive .. kita akan cuba buktikan bahawa komuniti kita juga akan berjaya didlm dunia yg dipegang oleh kapitalist ini secara ukhwah .

2014 sebanyak hampir 4 juta ringgit dibayar kepada komuniti kami dan mewujudkan 200 ribu lebih pelanggan .

Terima kasih semua dan mari lah kita berdoa agar kita akan terus diberi kekuatan utk menjadi orang yg beriman dan bertakwa . Menjadi wadah perjuangan secara lebih bijak , memperkasakan diri dgn ilmu dan kebijaksanaan agar kita dipandang mulia diakhir waktu insyallah ..

Terima kasih kepada semua yg menyokong saya dan team onetelco ..

Terima kasih kepada anak dan isteri saya yg banyak memberi dorongan dan sokongan utk saya bangkit kembali . Terima kasih kerana sabar menanti dirumah sementara masa saya hanya beberapa jam sehari selama 4 tahun ..

Thanks all
2015 akan lagi gegaw
‪#‎ceokomanz‬
‪#‎onexox‬

No comments:

Post a Comment