Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, January 28, 2010

{ BUSY WEEK }

Almost 1 week, I didn't update my blog... yup, I am kinda busy & extremely stressful because my jobhunting still came out with nothing.. memang ada yang respon 'gitu-gitu' but obviously that is not enough to secure me a position except make my heart even more broken since it looked like there's hope..but it is actually nothing... stressnya... stressnya... macam semua benda tak menjadi... rasa mcm nak marah jek... rasa mcm tak tau nak buat apa... the only penawar yang ada.. tidur dan peluk Iris kuat-kuat..

By the way, I have launched a new blog... so, I hereby invite all of you to drop by my new Cherries Box... especially to those who are currently experiencing a weight problem... there is a solution over there...so, jom tengok2 kat Slim-With-Me kalau kot-kot berminat, do not hesitate to give ma a shout ok..

Mcmana aku nak cari duit untuk tampung duit poket aku ek..??? Hmmm...

Saturday, January 23, 2010

{ AL-FATIHAH..KEMANGKATAN DYMM SULTAN JOHOR }

Semalam...since dari pukul 2 lebih gitu, aku dah dikejutkan dengan rumour mengatakan bahawasanya Sultan Johor dah mangkat... aku dgn geng2 pun mulalah sibuk bertanyakan pakcik google dan sumber-sumber sewaktu dengannya tapi takde confirmation... macam2 khabar angin tiba..at the end dlm pukul 5 gitu baru keluar kt radio Johor or Best 104 yang TMJ telah dilantik menjadi pemangku SJ kerana baginda gering dan admitted to Puteri Specialist... I thought that must be a serious illness since before this pun baginda on-off masuk hospital but tak pernah plak sampai kena lantik pemangku...

But baginda mangkat ptg semalam before maghrib gitu...aku malas la nak type panjang2 cuz for sure semua paper dan online gamat dgn news nie....untuk baginda.. Al-Fatihah... moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa baginda dan ditempatkan dalam golongan orang soleh.

Thursday, January 21, 2010

{ PERLUKAH MENIPU...?? }

This is a topic that was being discussed somewhere else... but I think it's kinda interesting to share with you people out there... ada juga jenis manusia macam nie,kan? Semoga Allah bukakan pintu hatinya supaya jadi manusia yang jujur pada diri sendiri dan org sekeliling serta dibukakan pintu hati agar menerima diri sendiri atas apa yang ada & tak perlulah nak menjadi orang lain... setiap manusia itu ciptaan Allah yang cantik dan indah... every people is unique... ada kelebihan dan kekurangan, tak perlu nak menutup kelemahan diri dengan cara menipu kerana lambat laun..mmg confirm akan memakan diri sendiri...

Miss A posted:

been wondering...is it necessary to lie... to cheat... to make fun with others, just because to make people think you are soooo good, educated & something... while at the end you are actually make yourself feel ashamed when the truth revealed & the worst thing is you are a bad, stupid & nothing to Almighty Allah...!!!

1st Reply:

If u r describing anothr set of bodoh sombong ppl... I understnd u very well. Just stay on d rite path n take wht othrs do unto u as guidance.

Miss A replied:

thanks sis... too bad i can't do anything with this kind of people except be alert! Coz sometimes it is too difficult to differentiate which is right and which is wrong..sbb byk sgt menipu kan... moga Allah memberi petunjuk pd manusia2 nie :)

2nd Reply:

This kind of ppl will alwys be ego n think highly of themselves. We evaluate diri kita n wht we did. Jgn aniaya n make fun of othrs. Ppl like this tuhan da tunjuk kat kita. samada kita nk stay awy or b part of them. Don let ur anger or frustration allow them to pull u down. Its all bout jealousy. Org yg hepi for u will alwys b gud to u but org yg hati dia tak baik mesti nak cari silap.

**aku x boleh sertakan nama mereka2 yang bincang topik nie tanpa kebenaran diorang**

Monday, January 18, 2010

{ FINALLY I GOT THE IDEA }

Yeah... remember last time, when I said about my interest in writing? I think fictional writing would suit me better than non-fictional writing that require facts and serious research. Fictional writing suits people who loves daydreaming like me... who already went through bittersweet memory after 30 years of life... who have many friends around that are willing enough to share their experience in life... that would be a great combination... so, how am I gonna start it? Cerpen ke novel...???

{ NOT A ROBOT OR REMOTE CONTROL CAR }

Yeah...it is true... NORAFESA IS NEITHER A ROBOT NOR A REMOTE CONTROL CAR... remember? or should I repeat it again? Ok... Let's me repeat many many many times....YESSS...!!! NORAFESA IS NEITHER A ROBOT NOR A REMOTE CONTROL CAR....!!! NOT A ROBOT, NOT A REMOTE CONTROL CAR... I am a true human being, I made mistakes... I have my own right to choose what I want to do... I have my own feeling and desire... I laugh... I cry... I anger... I starve... I have my own uniqueness... I have strength and weakness... so, PLEASE TREAT ME LIKE A HUMAN... and I am a Malaysian, living in an independent country... don't make me feel like a slave...

Have I said it clear enough...???

{ BUSY DAYS... }


Salam All...

Rasa macam lama giller tak update blog nie walaupun hati nie meronta-ronta nak menulis... I was having a real busy time lately... after dok mengemas store yg teruk kena serang anai-anai tu... aku sibuk jobhunting... then hubby was on holiday for daysss... and Iris pula pergi check up last Thursday kat KKKB... Alhamdulillah she's doing fine... Iris is now a healthy 5.15kg mummy's girl... lepas kena cucuk hari tu, badannya mcm tak sihat sangat tapi dia x banyak ragam... anak mama sgt baik, kan :) and as upah, Allah berikan dia ilmu baru.. ilmu menyembur air liur (agaknya belajar time refuse nak makan ubat demam kot!) and surprisingly yesterday 16-01-2010, Iris dah pandai mengiring sendiri without assistance...Alhamdulillah... kinda achievement for a 2-mth old little girl... hari nie tadi dia dah start buat stunt ala-ala nak meniarap gitu... and she can't stop smiling, laughing and coo-ing all day long... best sangat... :)

By the way, I already attend my 1st interview since quit Flextronics on Friday. I went to PCM alone... it was a long procedure which I think kinda fussy (sorry guys!)... sama jek mcm masa aku interview Panasonic AVC Kat PG masa br lepas grad dulu... dimukadimahkan dengan IQ Test yang aku rasakan eezy weezy...follow by mindcracking dept test (in my case ISD) yg aku rasa dapat jawab tak sampai 10% dr soalannya (candidate lain pun aku jeling2..lbh krg jek... aku special kes la..bdk engineering amik test IT, mampus!) and surprisingly short interview with 3 panels yg x sampai 10minit...tak taulah aku boleh dapat ke tidak... before interview, aku dah beria-ia doa mcm nak mati dah...and aku dah buat sehabis baik...so now time utk berdoa dan bertawakal..hanya Dia yang mengetahui apa yg terbaik untuk aku...

Coming up next is another interview with Venture Tebrau 1... this time, gonna be slightly difference... aku actually applied for Training Officer but they called me and shortlisted me for HR Officer..masa mula2 aku mcm terbangak-bangak jugak..but tadi aku tgk balik job details kt Jobstreet, I think one of the HR Officer details (ada 3 jenis Officer aku tgk tadi) appeals me and I think I have no doubt to take up the challenge...:) Apa-apahal pun...berdoa, bersedia, berusaha, buat yang terbaik then tawakal...Ya Allah Ya Tuhanku... berikanlah aku pekerjaan yg terbaik untuk aku demi kebaikan aku dan keluarga terutama sekali untuk anak-anakku, amin :)

Tuesday, January 12, 2010

{ AM LOOKING FOR SOME IDEAS... }

... hmm..aku teringat dulu...masa sebelum aku bersalin la.. Kak Julia suggest aku try to do writings... menulis artikel... cerita.. rencana..what-so-ever... yupp.. I think that would be great... anyway, aku nak cari gak part time job yg involves writings... mesti best... artikel tu or cerpen tu bolehla kot aku tulis...kalau nak tulis novel... ouh tidak..panjang berjela... tak taulah kot-kot terbuka pintu hati nanti..boleh jdi mcm Norhayati Berahim ke.. Ahadiat Akashah ke...hahahaha.. mampuih...

But who knows, kan? Anyway, qualifications in engineering doesn't mean I have to be a techno-slave for my entire life... especially kalau dapat manager macam haram jadah tak appreciate apa yg aku buat mcm si mangkuk tuh... I think kalau la kot2 dia membaca blog aku nie, sure dia sedar aku sdg mengutuk dia dan seumur hidup aku takkan maafkan dia kerana menganiaya aku...har har har...

{ SARDIN DALAM SOS TOMATO AYAM BRAND ADALAH HALAL }

Salam to All Muslim Readers,

I attached herewith the latest update on the sardine Ayam Brand issue. Moga menjadi manafaat bersama dan hebahkan kepada saudara-mara kita :)

From: HalalDepartment [mailto:halaldepartment@ayambrand.com.my]
Sent: Wednesday, January 06, 2010 11:25 AM
To: Hussin, Hasbullah Azmi
Subject: Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah HALAL

Assalamualaikum.

Tuan / Puan,
Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, mengikut regulasi undang-undang pemakanan di Malaysia dan Singapura, adalah wajib untuk menyatakan semua bahan-bahan yang terkandung dalam senarai pemakanan setiap label.

Tidak terdapat bahan-bahan lain dalam semua produk Ayam Brand selain dari apa yang tertera di atas label produk tersebut.

Kami mengesahkan di sini bahawa bahan-bahan dalam Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah seperti yang tertera pada Senarai Pemakanannya iaitu ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, gam xanthan ( sebagai kondisioner pemakanan ) dan garam. Tiada terdapat bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.

Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naungan perbadanan-perbadanan HALAL mengikut negara-negara yang mengeluarkan produk tersebut.

Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang kami di Malaysia , Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.

Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan Mackerel Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005 (SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut di www.islam.gov.my ataupun menghubungi 03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat - A. Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.

Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah naungan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.

Memandangkan keseriusan maklumat palsu ini, kami akan juga menghantar emel ini kepada alamat-alamat email yang terkandung dalam emel-emel yang kami terima.

Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.

Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.

Wassalam.

Yang Benar,

Encik Mohammad Hisham Talib
Head of Ayam Brand Halal Department

A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line )

Monday, January 11, 2010

{ QUOTE OF THE DAY - 11-01-2010 }

" Don't ask for opinion, when you know that you can't accept others' opinion"

Wednesday, January 6, 2010

{ BEING A HOUSEWIFE, IS THE HARDEST JOB }

Ya Allah..!!! Busynya... busynya... busynya...!!! Siapa kata jadi housewife tak busy? Ingat ladies yang duduk rumah tak busy? In fact the busiest job aound the world is... as a HOUSEWIFE...!! Tak bergaji... (pahala tu lain cerita lah..itu tugas Allah menentukan), non-stop 24 hours even when you are sleeping..kalau ada baby sendiri mau ingatlah... and it's a lifetime job... sampai mati baru 'resigned' okay... tapi, tak semua menyedari hakikat itu..terutamanya LELAKI! Aku pernah dapat satu email pasal seorang surirumahtangga yang stop doing everything she does everyday, tapi ntah mana hilangnya..kalau tidak maunya aku share kt sini...

Kalau kerja kat opis... habis waktu pejabat, habis kerja for that day... hujung bulan dapat gaji... being a housewife.. it's a neverending job...percayalah!!! Tolong jangan marahkan isteri bila balik rumah tengok lantai bersepah..or pinggan kat sinki belum cuci atau susun.. or even baju tak berlipat... come on la you guys out there... korang duduk office je apa tau??? Expect that everything goes smoothly without hiccup at home... but kena la ingat sikit.. even kat office tu pun kadang-kadang kerja ada masalah, so does at home... what happened bila kita dah plan everything elok2..suddenly anak sakit.. baby tamau berenggang... or even surirumahtangga tu sendiri sakit...??? Kalau kerja kat office..boleh pergi klinik..dapat MC.. relax and then go back to work next day... tapi housewife? Demam..sakit..pening tu memang ada...tapi terpaksa tanggung...tahan...because at the end of the day, if you have a not-so-understanding hubby, sakit yang ditanggung tu makin jadi parah bila dia balik rumah di penghujung hari... membebel tengok rumah terabur etc sedangkan keadaan isteri sendiri tak pernah nak diambil kisah... so does you kiddos out there yang dah besar panjang dan boleh berfikir... come on la beb... kasihanilah mak-mak korang okay... mereka bukannya 'hamba' nak masak, kemas rumah, basuh baju, lipat baju korang okay... regardless whether you are girls or boys... besar pahalanya meringankan tugas mak nie... kalau takmau tolong ringankan kerja.. jangan tambahkan kerja pun cukuplah... dan fikirkanlah sendiri, sewaktu korang kecik-kecik..dah terlalu suffer mak korang melayan kerenah korang dengan oenuh kesabaran..sayang punya pasal, kan..dan some more anak itu amanat Allah...

So, itulah renungan pendek yang hopefully korang dapat fahamlah bahawasanya bukan senang jadi perempuan.. jadi surirumah kat rumah nie doesn't means boleh terkangkang tidow depan tv...ketahuilah..the job requires physical and mental strength... yelah, tenaga utk membuat segala tugas fizikal dan kawalan mental dan emosi yg kuat especially bila tak sampai seminit menyapu..lantai dah bersepah... kita kemas dapur, ruang tamu dah berterabur semula... and last but not least, mana-mana suami yg kurang prihatin tu.. jadilah prihatin sket... kalau dapat gaji hujung bulan tu... apa salahnya hulur sikit...rasanya kalau tak banyak pun..bagi RM50-RM100 pun mesti isteri korang gembira... yelah, duduk rumah pun ada juga keperluan peribadi nak dipenuhi, bukan wanita bekerja je nak melawa dan berganti baju/kasut/etc yg dah lusuh kan.. mesti diorg lg doakan korang murah rezeki... jgn main2, doa isteri kepada suami tu paling mudah diterima Allah...

So..got it? Moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati semua surirumahtangga yang tidak kering keringat melalkukan segala tugas harian... Insya Allah, Allah sentiasa merahmati usaha kita walau orang disekeliling kita mungkin tidak menghargai apa yang kita lakukan... :)

Tuesday, January 5, 2010

{ QUOTE OF THE DAY 05-01-2010 }

RESPECT is something you can never asked for... it comes naturally to someone who deserves it. Hence, work hard to be a well-respect person.

Saturday, January 2, 2010

{ QUOTE OF THE DAY 02-01-2010 }

"Orang yang bodoh tapi berlagak pandai adalah orang yang membodohkan diri sendiri"

Friday, January 1, 2010

{ CERITA PASAL SARDIN & MILO - BETUL KE NIE...??? }

Kesempatan ini...aku nak sharekan kandungan satu email yg aku received semalam. Inilah salah satu benefit dari fwd email...we get things that we never knew before...hmmm...nanti lepas korang2 nie baca.. cuba judge la.. betul ke? Ada sesiapa boleh clarifykan tak..??? Jom Baca...

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di units erbuan.Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni...Nauzubillah..Patutlah budak2sekarang degil2, x dengar cakap...ermmm ..Ceritanya macam nie:-

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan...nak tahu apa recipenyer...kalau x percaya terpulang lah.....tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya....kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu..itulah yg----jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantarreport...report tu telah di 'zip' oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak 'besar'. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg palingmahal n glamer...'AYAM BRAND'...itulah hakikatnya...abg ipar kawan saya pun x mampu untukbuat2apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua.....

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama....kankawan tahu apa yg dijumpai...agak2 pernah x rasa daging cacing?????...mesti kenkawan selalu minum milo kan.....yes..daging cacing telah di campur dengan serbuk milo.....kalau ada bau hanyir itulah dia...kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie....milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu...kalau ada confirm...ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer...Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan...???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m'sia...wallahhualam...

n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli...that is confirm ada benda 'alah' tu...print lah kecik then laminated simpan dalam purse...memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kitalah salah satu nya jaminan...kalau dah haram..hukum nya tetap haram..xkisah walau disentetikkan pun..tetap haram......saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulanglah...kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasaek...kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg pentinghalal...kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu..

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang....

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan.....terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak...Saya hanya menyampaikan amanah sahaja...tepuk dada tanya iman....wallahhualam...

{ HAPPY NEW YEAR 2010...!!! }

Finally... 2009 is gone & here it comes... 2010...!!! Begitu banyak sejarah tercipta pada tahun 2009... suka duka, gembira sedih... it was a real eventful year... semoga kehadiran 2010 ini bakal membawa sinar baru dalam hidup aku... aku dah sangat letih berhadapan dgn pelbagai bentuk tekanan samada dalam bentuk emosi, fizikal dan mental... huhuhu... I deserved a better life and I'll fight for it...!!!

Masih mengantuk mata nie kerana dah 2-3 hari aku dapat improper sleep. Hari nie takde apa-apa plan pun. Laki aku kerja... too weird because kilang dia x cuti..ntah apa-apa jek..dahla takde paternal leave :@ so, when he is not around means no transportation la nak kuar..some more dia bawak kereta today... motor tu ada je kalau nak keluar..but how do you expect me to ride the bike dgn baby skali? Nasib ada internet..takdelah bosan sangat hidup aku... hari nie plan masak nasi goreng jek... oh yes, tonight ada invitation for New Year Party kt rumah officemate laki aku... pergi je lah... lagipun laki aku kata kawan-kawan dia nak sangat tgk Iris...dia siap shopping baju ngn stokin lg mlm tadi... aku..??? Org tak berduit mcm aku nie nak shopping mcmana, kan? Tgk ajerlah.. takperlah.. once ada rezeki nanti mmg I need to do my wardrobe makeover... now's the time to do my self makeover... tunggu tiba masa jelah...

Actually, sambil berblogging nie...aku membuai Iris..hopefully dia lena until pukul 9.30 ke..baru aku dpt buat kerja2 aku... pagi td before gi keje laki aku dah cuci baju...tapi tak habislah..so aku just continue apa yg dia tinggalkan..then nak memasak & bagi Anis dan Eiman makan... as usual, aku mandi kendian sekali. no big deal...

So..okaylah..later I'll be back... dah pukul 8.10am nie... need to do whatever I need to do.. for all of you out there... HAPPY NEW YEAR 2010... oh hampir terlupa.. untuk junior aku Dr. Halina Mohd Yunos... today is the day, kan? So, akak nak wish Selamat Bertunang utk Halina & Sheikh... selamat menghitung hari menunggu detik bahagia...tak lama tu..tak silap akak.. bulan 10 kan? Semoga berbahagia hingga ke syurga... and for all.. ALL THE BEST...!!! Chow cin cau...