Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Showing posts with label Qaseh Kekanda. Show all posts
Showing posts with label Qaseh Kekanda. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

MUSLIM BEST FOOD - PUSAT SEHENTI PRODUK HALAL KELUARAN BUMIPUTRA

Assalamualaikum WBT & Salam Khamis :-)

Sejak akhir-akhir nie begitu banyak pembongkaran produk yang kononnya HALAL tapi sebenarnya tidak halal atau berstatus syubhah. Memang agak sedih la sebab dalam sedar tak sedar tak tahu berapa banyak dah makanan yang meragukan dah kita dan keluarga kita telan. Nak salahkan siapa? Tak payah salahkan sesiapa... kerana sebagai seorang Muslim, kita patutnya lebih bertanggungjawab dalam mencari sumber makanan dan produk yang disahkan Halal sebelum dipakai. Solution paling senang, make sure produk yang digunakan itu dibuat oleh orang Islam sendiri.

Sebab itu aku support perniagaan orang Islam, dan Inshaa Allah selagi mampu..aku akan tolong pomotkan produk-produk keluaran Islam nie agar semua orang Islam kat Malaysia nie tahu kewujudan produk-produk Muslim ini dan berhijrah ke arah barangan Halalan Toiyyibah!

Jika anda masih tercari-cari produk yang halal, suci dan bermutu... korang boleh singgah ke MUSLIM BEST FOOD. Page ini masih baru lagi, dan produk yang dipromosikan di sini adalah produk keluaran Muslim yang halal, suci dan bersih. So, tak perlu lagi nak ragu-ragu.



APA PRODUK YANG TERDAPAT DI MUSLIM BEST FOOD?

Alhamdulillah, sebagai permulaan MUSLIM BEST FOOD adalah pengedar sah 3 jenama yang dimiliki dan diusahakan oleh usahawan Islam :-)

3 jenama tersebut adalah:

1. AL BAYT
2. AL HADDAD MARKETING
3. ANA EDAR

PRODUK AL BAYT



Al Bayt adalah pengeluar rempah Nasi Arab yang memang sedang meletops di pasaran! Penyediaan Nasi Arab sesedap (malahan lebih sedap) dari restoran menggunakan Rempah Al Bayt memang sangat mudah. Pakej yang disediakan merangkumi rempah ratus serta beras basmathi bermutu tinggi. Cuma ikut cara-cara penyediaan yang disediakan di belakang kotak (berserta bahan-bahan yang perlu dibeli sendiri) dan masak! Yang best, masak guna periuk nasi jek...tak perlu tanak atas dapur.

Terdapat 4 jenis Rempah Al Bayt untuk anda pilih dan cuba!

1. Nasi Mandy Kambing Yaman
2. Nasi Mandy Ayam Saudi
3. Nasi Maqlubah Ayam
4. Nasi Kabsah Ayam

Setiap pek ini seberat 450g dan setelah dimasak, ianya cukup untuk hidangan 4 orang makan.
Harga sekotak adalah RM15 (tidak termasuk penghantaran)

Isi kandungan Rempah Arab Al Bayt


Yummylicious!

PRODUK AL HADDAD MARKETING

Al Haddad Marketing merupakan pengeluar produk Muslim berstatus HALAL & IMP. Apa itu IMP? IMP adalah Islamic Manufacturing Practice, yang mana lebih dari sekadar HALAL. IMP adalah satu garis panduan pengeluaran secara Islam bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah halal, suci dan bersih. melalui garis panduan ini, antara ciri-ciri pengeluarannya adalah para pekerja mestilah beragama Islam, dalam keadaan suci dari hadas, sentiasa berwuduk dan pengeluaran dilaksanakan dalam suasana keislaman seperti bacaan Al-Quran, zikir dan sebagainya!


Berikut adalah senarai produk berserta harga produk AL HADDAD MARKETING. Mesti ada yang tertanya-tanya... "ada harga ahli?" "ini MLM ke apa nie?" ...no no no... konsepnya mudah. Untuk pembelian kali pertama, pelanggan beli harga biasa. Pelanggan akan didaftarkan sebagai ahli AL HADDAD MARKETING secara PERCUMA, so that pada pembelian seterusnya anda akan mendapat harga  ahli which is lebih murah! Yang lagi best, setelah menjadi ahli...anda akan mendapat komisen secara cash dengan setiap pembelian produk Al Haddad. Komisen bergantung kepada produk yang dibeli. Jadi, sambil mengguna anda akan dapat 'passive income'. Dan sekiranya anda berkongsikan kebaikan produk Al Haddad ini dengan kawan, saudara-mara etc...dan mereka membeli serta didaftarkan menjadi ahli...anda turut mendapat komisen dari pembelian mereka!


Antara produk paling hot adalah TAMAR COCOA! Rasanya enak dengan koko asli dan ditambah ekstrak kurma sebagai pemanis semulajadi. Minuman berkhasiat ini merupakan alternatif terbaik kepada produk minuman coklat di pasaran :-)


Untuk melihat produk AL HADDAD MARKETING yang lain..silalah ke MUSLIM BEST FOOD

PRODUK ANA EDAR

ANA EDAR juga merupakan pengeluar produk HALAL & berstatus IMP. Produk-produknya adalah makanan kesihatan (QASEH GOLD range) serta penjagaan diri dan kesihatan.

Berikut adalah senarai barangan yang dikeluarkan oleh ANA EDAR:


QASEH GOLD adalah produk paling panassss dan terlajak laris kerana ianya adalah formulasi makanan sunnah yang digabungkan dalam satu botol...sesuai diambil oleh sesiapa sahaja dari usia 1 tahun dan ke atas. Selain itu, produk kecantikan dan penjagaan diri yang dihasilkan memudahkan lagi kita untuk menjaga kecantikan diri tanpa rasa waswas.

Jadi, jika HALAL & TOIYYIBAN itu pilihan anda... layari MUSLIM BEST FOOD sekarang!


Tuesday, November 5, 2013

QASEH GOLD ~ PENGHIJRAHAN KE ARAH KEBAIKAN


Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Alhamdulillah atas kesempatan untuk update belog sekali lagi hari ini walaupun dalam kesibukan Working From Home dengan 3 'bala tentera' yang membuat kepala aku sendiri pening dan dah jadi separa tarzan dah...!!!

Aku nak announce ~ Alhamdulillah dengan kehadiran 1 Muharram ini, aku now officially jadi pengedar produk Ana Edar :-) Ada pelbagai jenis produk Ana Edar ini. tetapi, kali ini aku nak perkenalkan dan kongsikan akan produk Ana Edar yang paling hot dan menjadi fenomena terkini di tanah air iaitu Qaseh Gold.



Sebelum aku teruskan ke koleksi Qaseh Gold, let me tell you kenapa aku memilih untuk join menjadi usahawan Ana Edar nie? Aku akui yang aku agak memilih kalau nak join bisnes-bisnes nie... seriously ramai gak member-member or kenalan internet ajak join itu dan ini... tapi hati tak terbuka. Same goes with Ana Edar ini. produk Qaseh nie dah lama juga dalam pasaran sebab dulu lagi aku ada nampak dalam majalah Mingguan Wanita. Tetapi, bila member yang boleh dipercayai dan diyakini join dan selepas aku sendiri mencuba produk Qaseh kepada anak-anak, pastu aku study kebaikan dan manafaat produk-produk Ana Edar serta melihat sekali marketing plan dan income yang beliau buat...pintu hati aku terbuka untuk join. Lagipun aku yakin dengan perkongsian akan kebaikan Makanan Sunnah ini, macam hidup rasa berkat jek.... dan aku berharap sangat yang aku mampu membantu insan-insan di luar sana memperbaiki kehidupan masing-masing bukan sahaja dari segi kesihatan malahan ekonomi... kerana Ana Edar sentiasa membuka peluang untuk muslimin dan muslimat yang benar-benar berminat untuk menjadi usahawan :-)

Lagipun, bukan mudah kita nak mengamalkan Makanan Sunnah nabi nie. Just imagine nak amik kurma, kismis, buah zaitun, buah tiin, habbatussauda etc etc etc everyday...mampu ke kita nak dapatkan hari-hari? Air zamzam lagik... haaaa... tapi dengan produk Qaseh ini, segalanya hadir dalam satu botol dan diambil 2 kali sehari iaitu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Done! kelebihan-kelebihan Makanan Sunnah nie Inshaa Allah nanti akan aku kongsikan... but if you want to get is fast..sila tanya Uncle Google :-)


Terdapat 3 jenis produk Qaseh Gold yang menjadi fenomena sekarang nie... memang trending habisss...!!! Memang melimpahruah order dan minat dari orang ramai. 3 produk tersebut adalah Qaseh Adinda, Qaseh Kekanda dan Qaseh Junior. Sebenarnya apakah Qaseh Gold nie? Okay.. Qaseh Gold nie adalah minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Habbatus Sauda', Buah Tiin, Buah Zaitun, Delima & Air Zam-Zam. Ianya diperkaya dengan Gam Arab sebagai prebiotik semulajadi & herba tradisi seperti Za'faran, Ginkgo & Sireh. Ia juga mengandungi herba khusus untuk lelaki (Kekanda) - Tribulus, Guarana & Ashwaganda dan wanita (Adinda) - Passiflora, Pegaga & Majakani.  Untuk Junior, ramuan Makanan Sunnah digabungkan bersama Badam & Bayam.

Antara kelebihan-kelebihan dan keistimewaan Qaseh Gold Adinda & Kekanda adalah:


Manakala untuk Qaseh Junior.....



Ada pelbagai testimoni dan positive feedback dari pengamal Qaseh. Inshaa Allah nanti aku akan sharekan testimoni pengguna. Kalau nak testimoni aku ~ Alhamdulillah anak-anak lebih cerdik dan cerdas, jarang sakit serta semakin bijak akal masing-masing. Yang penting, bila amalkan makanan sunnah nie atau apa-apa supplement sekalipun kena konsisten dan beristiqamah baru nampak hasilnya dan barulah hasilnya berpanjangan.

So, kalau ada sebarang pertanyaan atau berminat nak mencuba, boleh inbox aku di norafesa@facebook.com or sms/whatsapp Eca 0176973815

Take care dan SELAMAT BERQASEH :-)