Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Monday, April 29, 2013

COUNTDOWN TO PRU 13



gambar ihsan Google Image
Salam kemesraan kepada readers tak kira anda penyokong kerajaan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat... kita hidup di bawah payung Malaysia yang aman , makmur, harmoni dan demokrasi. So, jgn kerana PRU 13 kita bermusuhan....

Semakin dekat hari memangkah, semakin hangat kempen di sana sini... PRU 13 ini merupakan kali kedua aku mengundi... ye aku muda lagi...wakaka... xdelah... sepatutnya masa PRU11 aku dah boleh mengundi tapi disebabkan pada masa itu aku masih belajar di UK i just dont bother...kesedaran itu tak wujud lagi la kiranya...huhu...

Kalau nak diingatkan memori Pilihanraya Umum di Malaysia nie, Insya Allah banyak juga yg mampu aku imbaskan....tetapi yang aku ingat memang tiap PRU tu aku kat Muar.... dari kecil aku boleh ingat betapa gahnya kibaran bendera Barisan Nasional, apatah lagi lokasi aku di Muar, Johor.... Johor kan sejak azali memang tiang seri UMNO a.k.a kubu kuat... pak sedara dan sepupu sepapat gah menggantung bendera, poster etc tiapkali musim mengundi. And aku dan eakan-rakan sebaya yang tidak faham sepatah haram tentang politik ini pun turut sama mengibarkan bendera BN... yg pasti melambak poster kat rumah tang aku jadikan kertas conteng, kapal kertas etc. It was the time when Barisan Nasional confirm menang... parti pembangkang sekadar memeriahkan musim PRU. Aku ingat lagi momen aku dapat berjabat tangan dgn Datuk Hashim Rais (apa cerita beliau sekarang ??) Dan Dato' Chua Jui Meng semasa beliau masih with MCA.

gambar ihsan Google Image

As the time goes by, pelbagai senario melanda dunia politik Malaysia. Aku pun bukan faham sangat pasal politik nie. Yang aku mahu adalah pemimpin yang telus dan mampu mampu memberi yang terbaik kepada Malaysia terutamanya kaum bumiputera. Situasi politik yang pertama sekali membuat aku jadi ambil tahu adalah kes DSAI. I was only 20 masa tu, but issue ini memang hot sampai aku di UK pun updated with all those things....pelbagai info pro dan con aku perolehi sampai tak tahu yang mana nak percaya....end up aku tergolong dalam golongan tak kuasa nak fikir and pada PRU 12...aku undi based on keyakinan dan alhamdulillah calon yang aku pangkah itu memang layak bergelar Wakil Rakyat.

PRU 13....awal-awal lagi dapat dirasakan 'sesuatu' diluar jangkaan boleh berlaku....kalau dulu barisan pembangkang sekadar memeriahkan majlis tetapi kini, kekuatan mereka jangan dipandang sebelah mata. Kalau dulu Johor, kubu kuat UMNO tampak takkan tergugat tapi kini memang nampak goyah...itu baru Johor, belum tempat lain lagi. Salah satu faktor yang menyumbang kepada perkembangan ini adalah kemajuan sistem maklumat... jika dulu rakyat disogokkan dengan media dan info pro-kerajaan melalui akhbar dan tv tapi kini kita ada internet...maklumat yang disebarkan lebih telus dan golongan bijak pandai tidak boleh dibodohkan lagi dengan fakta tak berasas, penipuan dan propaganda.
Let's the Malaysians decide, siapakah yang layak memegang pucuk pimpinan kerajaan pada penggal akan datang...as a Malaysian yang cintakan keamanan, aku cuma mampu berharap segalanya berjalan lancar, jangan gaduh-gaduh... hormati pilihan masing-masing....

gambar ihsan Google Image
YA ALLAH, AKU BERDOA KEPADAMU AGAR DIPELIHARA KEAMANAN DAN KEMAKMURAN MALAYSIA, DAN DENGAN KEKUASAANMU BERIKANLAH KUASA KEPIMPINAN TANAH AIRKU KEPADA YANG LAYAK. AGAR TERPELIHARA TANAH AIRKU DARI SERANGAN KAFIR LAKNATULLAH... AGAR KEKAL MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM YANG AMAN, MAKMUR, HARMONI DAN MERDEKA. AMIN !!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, April 26, 2013

21 APRIL 2013 - EIMAN IS 6 YEARS OLD...

Entry ini sepatutnya diupkan lebih awal tapi kerana kebusyan yang melanda..maka tertangguhlah... but hari ini by hook or by crook aku nak publish juga... demi my beloved only son, Muhammad Adam Eiman :-)

Sayangnyaaaaa Mama kat Eiman.... macam terlalu singkat masa, sedar-sedar dah besar panjang dah Eiman... dah 6 tahun... terasa macam tak puas spend time dengan Eiman masa Eiman baby dan time kecik2 baru belajar berjalan etc.... that was one of the sweetest memory between aku dan Eiman apart from betapa senangnya melahirkan dia yang tak sabar-sabar nak tengok dunia... :-)




ITU DIA GAMBAR EIMAN KECIK-KECIK BERSAMA KAK LONG NYA YANG COMEL !!!

Sempena birthday Eiman yang ke 6 tahun ini, dengan rasa rendah hati dan penuh keikhlasan dan harapan, Mama berdoa kepada Allah...

YA ALLAH YA TUHANKU...
KAU PELIHARAKANLAH ANAKKU MUHAMMAD ADAM EIMAN DARI SEGALA KEJAHATAN DUNIA...
KAU LINDUNGILAH ANAKKU MUHAMMAD ADAM EIMAN DARI SEGALA BALA BENCANA...
KAU TEGUHKANLAH KEIMANAN ANAKKU AGAR SENTIASA HIDUP BERLANDASKAN HUKUM ISLAM...

YA ALLAH YA TUHANKU...
DENGAN KEKUASAANMU, KAU JADIKANLAH MUHAMMAD ADAM EIMAN HAMBAMU YANG SOLEH...
KAU PELIHARAKANLAH AKHLAK MUHAMMAD ADAM EIMAN DENGAN SEGALA NILAI-NILAI MURNI...
JADIKANLAH MUHAMMAD ADAM EIMAN SEORANG INSAN YANG TERANG HATI, MUDAH MENERIMA SEGALA ILMU, BIJAK, CEMERLANG, TERBILANG DAN BERGUNA KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA...

YA ALLAH YA TUHANKU...
JADIKANLAH MUHAMMAD ADAM EIMAN SEORANG INSAN YANG DISENANGI, DISAYANGI DAN BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT...
JADIKANLAH MUHAMMAD ADAM EIMAN SEORANG ANAK YANG MUDAH DIBENTUK, DIDIDIK DAN MEMPUNYAI SAHSIAH YANG BAIK UNTUK DICONTOHI OLEH SEMUA...
KURNIAKANLAH MUHAMMAD ADAM EIMAN KESIHATAN, KEMUDAHAN DALAM SEGALA URUSAN SERTA TIDAK MENYUSAHKAN SESIAPA...

AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Sempena birthday Eiman... kami buat sambutan kecil-kecilan dirumah untuk anak beranak jer... Order Pavlova untuk Eiman (jemu asyik makan kek jer...) then masak spaghetti bolognese, goreng nugget dan popiah otak2 serta air anggur...that's all... yang penting adalah 'togetherness' between us sekeluarga...

Jom tengok video... videonya melintang...tak reti nak rotate meahahahaha....

video

Dan ini pula antara gambar2 yang snap masa majlis tertutup kecil-kecilan itu...yang paaalingg penting Eiman sangat happy dengan hadiah yang kami bagi... Tablet !!!!!

PERMATA HATI SAYER, HARTA AMANAH ALLAH SWT... SAYANG KAMU SEMUA!

PAVLOVA FROM HILDA'S BAKERY (Farrah..kena bagi komisen nie..promo!)

AKSI THE TRIOS...HEHEHEHEH :-)

MY BIRTHDAY BOY...EIMAN IS 6Y !!!

PARTY MODE... :-)

EIMAN MEMOTONG PAVLOVA

NYUM NYUM YUMMEH MUMMEH !!!!

MAKAN2 DI DAPUR DENGAN UNCLE YOS JOIN SEKALI....

SESI PENYAMPAIAN AMANAT OLEH AYAH DAN PENYERAHAN HADIAH :D

BELUM BUKAK LAGI DIA DAH DPT HINT "ALA NIE TABLET NIE..." CHEH...ITU MMG IMPIAN DIA SIANG DAN MALAM...HEHEHEH....

JENG JENG JENG !!!!

AND THE WISH COMES TRUE !!! ANYTHING FOR YOU SON, ASALKAN MEMBAWA FAEDAH...JAGA BAIK2 TAU :-)

TERUS MAIN, LUPA MAKAN MINUM TERUS...HAHAHAHAHAHAH....


I LOVE YOU EIMAN, REALLY REALLY LOVE YOU... SAYANGNYAAA ANAK MAMA !!!!!

AURA TECHNOLOGY DI RUMAH AKU....


Hadoiyai..... mcm nielah rupanya suasana kat rumah now....
Memula asalnya ada satu tablet jek kat rumah bila aku belikan En. Z for his belated birthday present.
Masa nie memang berlaku perebutan lah (termasuk aku...kekeke) sebab nak main game...dan internet light2 gitu...
Then less than a month ago, aku beli Note 10.1 untuk keperluan peribadi....
Yelah sangat peribadi... hahaha but it does help my business purpose tau, senang niaga guna Android apps nie...haha kelas ko jahhhhh....!!!!
The latest addition was Ahad lepas... it was Eiman's birthday dan tablet merupakan perancangan kami as hadiah.... well, pasni bln 11 ngan 12 time birthday Adik dan Kak Long pun hadiah yang sama bakal menanti....huihuihui.....
Dengan 3 tablet in da haus with 3 kiddos in da haus.. kadar tangisan pada waktu maghrib, waktu perdana dan waktu makbapak sibuk menyiapkan diri selepas balik kerja menurun dgn nyata... kurang stress aku yg memang naik darah bila dengar budak2 jerit pekik gaduh nangis etc nie....
Kalau dulu balik dari taska, cari Mama dulu or remote Astro dulu... skang ayat Adik bila bukak je pintu rumah - "MAMA, NAK MAIN TABLET MAMA" hohoho.... layan jelar....
Yes....it is not good... i know that...kena control....kang lupa belajar, hilang masa berkualiti bersama family kan... i am aware of this.
Note aku banyak install apps berunsur education besides all the games...kekeke... and i witnessed Adik learned a lot with this in a very short times....
Anyway, aku hutang post pasal birthday Eiman.... Mama busy, tapi Mama will put some today ya dear son....
I LOVE MY KIDDOS... THEY ARE PRECIOUS !!!!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, April 24, 2013

CUTI....

Hari nie saja amik one day leave...
Sejak Isnin mood nak kerja tu tak ada...
Kepala pulak wengggg je gara2 simptom nak selesema...
Seriously sangat x produktif so I decided to take one day off to refresh my system...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, April 17, 2013

MISTERI SURAH AL-FATIHAH... MASYA ALLAH !!!

Salam Rabu semua...sedikit pengisian dan sebagai panduan untuk diri sendiri juga... dari perkongsian di Facebook hari ini :-)


1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA

Tuesday, April 16, 2013

SAMBUNG STUDY?

Lately rasa mcm aku nie sangat tak setanding dgn kwan2... and at the same time aku rasa mcm tired of doing what I am doing now...

Until last week rasanya on Friday, I was chatting with a friend of mine, we are at the same age but jurang perbezaan sangat besar... mana taknya... aku sekadar pemegang Bachelor Degree in Engineering while she has already has Phd for years...huhuhu...sesuatu yang aku impikan untuk sekian lama tapi tak tercapai-capai.

Banyak yang aku fikirkan sebelum nak sambung study... first, keadaan ekonomi keluarga. With both of me and husband working, we still struggling to survive..what if aku quit utk study? Pengsan... kesian kat anak2 la yg plg utama...

Then my friend recommend me a few sources la..which is bagi aku worth trying...at the same time, study secara part time masih diterima.... i think i can do it...

Aku dok tengok2 course dah... since aku now dok Kulai...universiti paling relevan utk aku adalah UTM..some more my background pun engineering kan...but to pursue a master in enginering is a big NO for me. Tak minat.... sdgkan kerja pun now paksarela..lagi mau tambah seksa? No no no !!!

I might go for MSc Engineering Mathematics...aku masih 'study' what is the next path after that...kalau boleh selepas ini aku nak menghambakan diri menuntut ilmu dan berkongsi pengetahuan kpd generasi akan dtg jek...malas nak kerja jadi engineer dah.

And I love Mathematics...,suka suka suka.... Engineering Maths adalah one of subjects yg aku score masa kat univ berbanding benda2 lain....

Now...nak research dulu bila commencement date, how to apply...the sponsor etc. Once done, aku akan present pd husband. Harap2 dia restu... amin!!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, April 15, 2013

ANAK ZAMAN SAINS & TEKNOLOGI


My daughter.....mengerjakan tab ayah..... :)
Published with Blogger-droid v2.0.10

Why Pork is Haram in Islam ~ 15 Things You Should Know About Pigs:


...sharing from what I read in Facebook this morning...




Why Pork is Haram in Islam ~ 15 Things You Should Know About Pigs:

1) A pig is a real garbage gut. It will eat anything including urine, excrement, dirt, decaying animal flesh, maggots, or decaying vegetables. They will even eat the cancerous growths off other pigs or animals.

2) The meat and fat of a pig absorbs toxins like a sponge. Their meat can be 30 times more toxic than beef or venison.

3) When eating beef or venison, it takes 8 to 9 hours to digest the meat so what little toxins are in the meat are slowly put into our system and can be filtered by the liver. But when pork is eaten, it takes only 4 hours to digest the meat. We thus get a much higher level of toxins within a shorter time.

4) Unlike other mammals, a pig does not sweat or perspire. Perspiration is a means by which toxins are removed from the body. Since a pig does not sweat, the toxins remain within its body and in the meat.

5) Pigs and swine are so poisonous that you can hardly kill them with strychnine or other poisons.

6) Farmers will often pen up pigs within a rattlesnake nest because the pigs will eat the snakes, and if bitten they will not be harmed by the venom.

7) When a pig is butchered, worms and insects take to its flesh sooner and faster than to other animal's flesh. In a few days the swine flesh is full of worms.

8) Swine and pigs have over a dozen parasites within them, such as tapeworms, flukes, worms, and trichinae. There is no safe temperature at which pork can be cooked to ensure that all these parasites, their cysts, and eggs will be killed.

9) Pig meat has twice as much fat as beef. A 3 oz T bone steak contains 8.5 grams of fat; a 3 oz pork chop contains 18 grams of fat. A 3 oz beef rib has 11.1 grams of fat; a 3 oz pork spare rib has 23.2 grams of fat.

10) Cows have a complex digestive system, having four stomachs. It thus takes over 24 hours to digest their vegetarian diet causing its food to be purified of toxins. In contrast, the swine's one stomach takes only about 4 hours to digest its foul diet, turning its toxic food into flesh.

11) The swine carries about 30 diseases which can be easily passed to humans. This is why God commanded that we are not even to touch their carcase (Leviticus 11:8).

12) The trichinae worm of the swine is microscopically small, and once ingested can lodge itself in our intestines, muscles, spinal cord or the brain. This results in the disease trichinosis. The symptoms are sometimes lacking, but when present they are mistaken for other diseases, such as typhoid, arthritis, rheumatism, gastritis, MS, meningitis, gall bladder trouble, or acute alcoholism.

13) The pig is so poisonous and filthy, that nature had to prepare him a sewer line or canal running down each leg with an outlet in the bottom of the foot. Out of this hole oozes pus and filth his body cannot pass into its system fast enough. Some of this pus gets into the meat of the pig.

14) According to Jewish law, pork is one of a number of foods forbidden from consumption by Jews. These foods are known as "non-kosher" foods. In order for a meat to be kosher, it must first come from a kosher animal. A kosher animal must be a ruminant and have split hooves - therefore cows, sheep, goats and deer are all kosher, whereas camels and pigs (having each only one sign of kashrut) are not kosher.

15) Quran, Holy book of Muslims also prohibits consumption of pork.

"He has made unlawful for you that which dies of itself and blood and the flesh of swine and that on which the name of any other than Allah has been invoked. But he who is driven by necessity, being neither disobedient nor exceeding the limit, then surely, Allah is Most Forgiving, Merciful." Quran 2:173


I cannot understand why anyone would eat it. You might as well vacuum all day and then take the vacuum bag and make a nice soup out of it.

" Of course our Creator has given us the health laws through the Holy Quran and not eating pigs is even CLEARLY mentioned in the Bible (Leviticus 11:07)

But some humans think they are more intelligent than the Creator so they choose to follow their own desires and live a very painful and troublesome filled life

THESE ARE MY ANGELS


These are my lovely angels...
Mama mmg garang mcm resaksa...
Tp Mama doa anak2 Mama jd insan terbaik dunia akhirat...
Amin...
I love you all... Kak Long, Eiman & Adik....
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, April 12, 2013

TRY BLOGGER-DROID PULAK

Testing 456 pulak..hehehe...
Life is all about experimenting and discovering something new !!!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

DOA UNTUK JADIKAN DIRI SENDIRI DAN ANAK2 MUDAH MENDIRIKAN SOLAT


Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
"Rabbi-Ajal'ni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal Duaa"

[14:40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS...

Nota peringatan untuk diri sendiri (yg kurang sabar) dan semua yg sudi singgah ke belog ini - petikan dari Facebook yg saya terbaca td...


Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.

TESTING BLOGGING FROM NOTE

Testing 1 2 3 ......

Thursday, April 11, 2013

UNTUK ARWAH ABAH...

Assalamualaikum Abah...

I might not be a good daughter of you when you were still alive...
Mungkin semasa itu darah muda masih membara dalam diri...
Dan masa yang kita habiskan bersama sangat-sangat terhad...
Abah kerja ke sana sini situ... ke seluruh Malaysia lantaran tugasan Abah sebagai seorang Pegawai Tentera...
Dan tatkala Abah dah kembali duduk bersama keluarga, Eca tinggal bersama Atuk dan Ucu di Muar...
Then, masuk ke MRSM Terendak selama 5 tahun, kadang-kadang je jumpa...
After MRSM Terendak, fly pulak ke UK... (dan kerana nak hantar Eca ke KLIA la Abah kembali menemuiNya... uwaaaaa....!!!)

Tapi tak mengapalah... apa yang berlaku itu telah dirancang oleh Allah...
Dan walaupun Eca bukan sebaik anak-anak orang lain, biarlah pada sisa usia yang ada ini... Eca akan cuba berikan yang terbaik untuk 'bekalan' Abah di sana...

Eca tak tahu bagaimana Abah di sana..tetapi Eca doakan Abah baik-baik sahaja...
Eca tak tahu samada Abah dapat melihat dan tahu apa yang Eca rasa sekarang ini... but all I want you to know that I am missing you...

Eca akan cuba jadi 'harta peninggalan' Abah yang baik di dunia ini, Inshaa Allah...
Eca harap apa yang Eca sedekahkan dan sumbangkan atas nama Abah... akan membantu Abah di alam sana...

With love,
Your daughter...

CARA BERSEDEKAH PALING MUDAH


Assalamualaikum WBT.. Salam Khamis :)
Jom mulakan hari dengan bersedekah.
Tips bersedekah paling mudah...sedekahkan Al-Fatihah :-)
Bacakan surah Al-Fatihah bersungguh-sungguh.
Sedekahkan Al-Fatihah itu kepada specific person..
Lakarkan namanya, bayangkan wajahnya sewaktu kita bacakan Al-Fatihah
Mengikut ustaz yang berkongsi ilmu sedekah Al-Fatihah nie, kita sedekahkan Satu Al-Fatihah kepada yang berikut:
1. 1 Al-Fatihah untuk junjungan Nabi Muhammad S.A.W - cintanya kepada kita sbg umatnya melebihi segala cinta di dunia ini.
2. 1 Al-Fatihah untuk Emak kita, tidak kira samada dia masih hidup atau telah meninggal dunia.
3. 1 Al-Fatihah untuk Abah kita, tidak kira samada dia masih hidup atau telah meninggal dunia.
4. 1 Al-Fatihah untuk diri kita sendiri
5. 1 Al-Fatihah untuk seluruh umat manusia tidak kira yang hidup atau yang mati, seluruh makhluk di alam ini seperti pokok-pokok, haiwan-haiwan, angin, api, air, hujan, tanah dll...

Inshaa Allah...hati bahagia and the world will smile at you...sebab kita dah bersedekah kepada semua :-)

Jom Bersedekah!

Thursday, April 4, 2013

Nama Nama Yang Dilarang Islam

...suatu perkongsian ilmu, yang aku dapat dari Facebook tadi :-)


Nama Nama Yang Dilarang Islam

Nama adalah doa kepada seseorang, maka ibu bapa menjadi pemegang amanah yang besar untuk menamakan cahaya mata mereka. Nama hendaknya memiliki makna yang bagus. Janganlah memberikan nama hanya mengikut perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang tersirat atau maksud sebenarnya.

Jika nama tersebut buruk dan memalukan, maka ibubapa boleh dikira berlaku zalim dan derhaka pada si anak.

A. NAMA-NAMA LARANGAN
1. Pengabdian / Penghambaan

Syarak menegah menamakan seseorang atau anak dengan nama yang dilarang seperti yang khusus bagi Allah atau sembahan-sembahan lain. Jauhilah dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya.

2. MALIKUL-AMLAK
Diharamkan memberi nama dengan nama ‘Malikul-Amlak’ yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’. Sabda Rasulullah SAW:

إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ
“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak.” (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda;

أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ
“Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

3. NAMA MALAIKAT
Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin.”

4. TENGOK NASIB DAN PENAFIAN
Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;

لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ”. إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.
“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; “Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)?” Lalu ia menjawab; “Tidak ada”.” (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::

لا تسمين غلامك يسارا ولا رباحا ولا نجيحا ولا أفلح فإنك تقول أثم هو فلا يكون فيقول: لا
“Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah ‘kuntungan’ ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab “Keuntungan tidak ada”.” (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.)

Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima, juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; “Adakah di sana ada Rabah (untung)?”, lalu dijawab; “Ada”. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).

Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’. (Tarbiyatul-Aulad)

5. KEKUFURAN DAN KEJAHATAN
Nama-nama yang memberikan maksud yang tidak baik dan melambangkan kekufuran dan yang terkenal dengan kejahatan, seperti Wisky, Ifrit, Firaun dan Syaitan adalah dilarang.

6. TIDAK MELAMBANGKAN ISLAM
Hendaklah dijauhi juga dari memberi nama dengan nama-nama yang tidak beridentitikan Islam dan menggambarkan hilangnya jati-diri sebagai seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama ‘Huyam’ (gila berahi), dan sebagainya.

7. MEMUJI DIRI SENDIRI
Banyak nama yang menunjukkan memuji diri sendiri dalam masyarakat Melayu kini. Tidak kiralah namanya dengan nama Khairun Nisa (sebaik-baik wanita), nama ‘mujahid’ pejuang, syahid, nama ‘salafus soleh dan sebagainya. Setiap ibubapa hendaklah berhati-hati menamakan bayi mereka kerana ini dilarang dan termasuk dalam memuji diri anak itu sendiri.

Rasulullah SAW melarang menggunakan nama yang memuji diri sendiri. Pernah terjadi pada suatu ketika, apabila Nabi SAW bertemu seorang wanita bernama Barrah (wanita yang sangat baik); Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تُزَكُّوْا أَنْفُسَكُمْ اَللهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ
“Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri. Allah SWT lebih mengetahui siapakah yang lebih baik dikalangan kamu.”
Mereka bertanya: “Apa yang kami hendak namakannya.”
Baginda menjawab: “Zainab.”

(Hadis sahih riwayat Muslim r.a.)

Daripada Umar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda;

عن عمر رضي الله عنه قال, قال رسول الله صلي الله عليه وسلم:لأنهين ان يسمى رافع وبركة ويسار.
“Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi’ (ketinggian)’, Barakah (keberkatan) dan Yassar (senang).” (Hadis riwayat Tirmizi r.a.).

Imam Nawawi berkata: Ulama syafie berkata: “Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini. Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram.”

8. GABUNGAN NAMA
Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

9. NAMA BURUK
Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.Sabda Rasulullah SAW;

تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ
“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah ‘Abdullah’ dan ‘Abdurrahman’. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah ‘Harith’ dan ‘Hammam’, dan nama yang paling buruk ialah ‘Harb’ dan ‘Murrah’.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

B. PERAWATAN ISLAM
Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;

1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Haikal/Haiqal – tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

C. NAMA-NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM
Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:

A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina

Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar

Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah
F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan
J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan
K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa
L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk
M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan
N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami
Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan
R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina
S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun
T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua

Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh

Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa
Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh

D. RENDAH DIRI
Nama-nama yang buruk, berbunyi pelik dan ganjil mungkin membuatkan yang empunya diri berasa agak terasing. Tidak mustahil juga nama itu menjadi bahan ejekan dan tidak begitu disenangi anak-anak kerana tekanan yang dihadapi di sekolah atau di alam pekerjaan.

Kesan daripadanya, nama ini menimbulkan rasa malu kepada mereka yang akhirnya menyebabkan rasa marah, membangkitkan pergaduhan, malah juga boleh membina perasaan rendah diri dan berkemungkinan ia boleh menjejaskan perkembangan penghargaan kendiri seseorang itu.

Sabda Rasulullah SAW : “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud r.a.).

E. PANGGILAN PENDEK
Orang Melayu suka menggunakan nama panggilan/timangan atau memendekkan nama, seperti nama Muhamad/Muhammad akan jadi Mohd (jom) atau Mat (mati) dan jika nama Abdullah, jadi Dolah saja. Amalan ini haruslah ditinggalkan dan contohilah orang Arab yang menghargai dan memanggil nama penuh pada setiap masa, kerana padanya terkandung doa.

F. PENUKARAN NAMA
Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi SAW telah melakukannya kepada para sahabat baginda, di mana Rasulullah SAW pernah menukar nama seorang yang bernama Abdul Hajar (hamba batu) kepada Abdullah. Ada yang bernama ‘Asi (yang derhaka) lalu ditukar kepada Muti’ (yang taat).

Aishah r.a berkata: “Rasulullah telah menukar nama-nama yang buruk.” (riwayat Tirmidzi).”

Ibn Umar berkata: “Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah (wanita yang derhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (cantik).” (riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).

Ibnu Umar r.a. menceritakan;

أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: “أَنْتِ جَمِيلَةُ”.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Ashiyah (perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (yang indah)’.” (Riwayat Imam Muslim)

Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya yang bernama Hazn (susah/sedih), telah datang kepada Rasulullah SAW lalu Baginda bertanya kepadanya; “Apa nama kamu?” Jawab bapaku; “Hazn”. Lalu Rasulullah berkata; “Kamu adalah Sahl (iaitu Nabi menukar namanya kepada Sahl yang bererti; mudah).” Namun bapaku berkata; “Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku.” Said berkata; “(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah ‘huzunah’ (kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya.” (Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)

Berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW mengenai penukaran nama di atas, adalah disunatkan menukar nama buruk kepada yang lebih baik.

Sekiranya sesiapa yang telah terlanjur menamakan anak dengan nama yang buruk, tidak elok atau ‘kurang manis’, tidak perlulah mengubah nama tersebut di pejabat pendaftaran, cukuplah hanya menukar nama panggilan kepada nama pangkat dalam keluarga seperti along, angah atau nama keduanya. Jika nama anak itu ‘Siti Balqis’, panggillah ‘Siti’ sahaja.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

Tuesday, April 2, 2013

INNALILLAHI WAINNAILAHI RAJIUN

INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAIJUN....

BUAT ALLAHYARHAMAH FAUZIAH... ISTERI KESAYANGAN ABIL DARI BLOG WARKAH BUAT ISTERI PERHAPS, ITU ADALAH KETENTUAN ALLAH YANG TERBAIK UNTUK BELIAU YANG TELAH SEKIAN LAMA MENDERITA...

WALAUPAPAUN, SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DI KALANGAN INSAN YANG SOLEHAH DAN UNTUK ENCIK ABIL, ANDA TELAH BERIKAN LEBIH DARI YANG TERBAIK UNTUK ISTERI ANDA... REDHAKANLAH PEMERGIANNYA DAN TERUSKANLAH PERJALANAN HIDUP YANG MASIH PANJANG....



Monday, April 1, 2013

SALAH SATU BENDA YANG SUSAH DALAM HIDUP INI ADALAH....

...untuk memuaskan hati semua pihak. full stop!