Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, April 11, 2013

CARA BERSEDEKAH PALING MUDAH


Assalamualaikum WBT.. Salam Khamis :)
Jom mulakan hari dengan bersedekah.
Tips bersedekah paling mudah...sedekahkan Al-Fatihah :-)
Bacakan surah Al-Fatihah bersungguh-sungguh.
Sedekahkan Al-Fatihah itu kepada specific person..
Lakarkan namanya, bayangkan wajahnya sewaktu kita bacakan Al-Fatihah
Mengikut ustaz yang berkongsi ilmu sedekah Al-Fatihah nie, kita sedekahkan Satu Al-Fatihah kepada yang berikut:
1. 1 Al-Fatihah untuk junjungan Nabi Muhammad S.A.W - cintanya kepada kita sbg umatnya melebihi segala cinta di dunia ini.
2. 1 Al-Fatihah untuk Emak kita, tidak kira samada dia masih hidup atau telah meninggal dunia.
3. 1 Al-Fatihah untuk Abah kita, tidak kira samada dia masih hidup atau telah meninggal dunia.
4. 1 Al-Fatihah untuk diri kita sendiri
5. 1 Al-Fatihah untuk seluruh umat manusia tidak kira yang hidup atau yang mati, seluruh makhluk di alam ini seperti pokok-pokok, haiwan-haiwan, angin, api, air, hujan, tanah dll...

Inshaa Allah...hati bahagia and the world will smile at you...sebab kita dah bersedekah kepada semua :-)

Jom Bersedekah!

No comments:

Post a Comment