Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Tuesday, November 20, 2012

ALLAH, SELAMATKAN SAUDARA ISLAMKU DI PALESTIN !!!



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Karim, Ya Mukmin, Ya Jabar, Ya Amin, selamatkan saudara-2 Islam ku di Gaza daripada Yahudi laknatullah.. Kuatkan iman mereka, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa di sana. aamiin Ya Allah.


- Ustaz Don Daniyal.

Friday, November 9, 2012

HAKIKAT BAHAGIA ADALAH KETENANGAN

SALAM JUMAAT Y'ALL :-) Sedikit pengisian rohani pada penghulu segala hari :-)

Setiap manusia ada rasa sedih. Itu adalah fitrah kejadian manusia. tetapi, ramai manusia yang salah mencari ubat ketika sedih. Ketika dia sedih, dia menyalahkan taqdir, ketika dia sedih dia menungkit-ungkit kisah lama "kalaulah aku tahu”
Ketika dia sedih dia marah-marah. Semua ini tidak akan membuatkan hati terubat. Ini kerana Allah tidak menjadikan perkara sia-sia ubat bagi hati.
Allah yang menjadikan kesedihan sudah tentu Allah juga yang mempunyai ubat kesedihan ini. Jadi, apa ubatnya?

Saya ingin bawakan satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah " Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".

Quran diturunkan untuk rahmat bagi sekelian manusia. Di dalamnya ada bermacam-macam kelebihan termasuklah ubat bagi hati.
Benarkah membaca al-Quran itu menjadikan hati yang sedih berubah menjadi tenang?

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.

Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.
Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.

Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhoan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya: “ hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang ”.
Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakan beribadat kepada Allah disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam, beribadat kepadanya.

Begitu juga, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.
Berkata seorang hukama’ : “ Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya. Kemudian ditanya padanya: “apakah kebun itu?, lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah ).

Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT. Mudah - mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.
Membaca al-Quran di antara cara merapatkan diri dengan Allah. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Allah berfirman,

Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia
Surah ar-Ra’du ayat 28

Oleh yang demikian, jika kita bersedih, ambil al-Quran dan bacalah. Kita akan dilimpahi dengan ketenangan dan inysallah, Allah akan memberikan jalan keluar bagi segala permasalahan kita.


If you want to talk to Allah Ta'ala, then perform prayer.
If you want Allah to talk to you, then recite the Al-Qur'an.


Sumber: I Luv Islam


Wednesday, November 7, 2012