Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Sunday, December 14, 2014

POSLAJU - BETULKAH SERVISNYA 'LAJU'?

Secara jujurnya, aku sangat tidak berpuas hati dengan servis Poslaju!

Aku order stok Shaklee dari upline di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan beliau dah pun mengeposnya pada Selasa 9 Disember 2014. Dengan tracking number yang diberikan, aku boleh check sendiri flow parcel aku tu melalui website Poslaju (www.poslaju.com.my).

Alangkah kecewanya apabila sehingga ke hari ini, Ahad 14 Disember 2014 parcel yang aku tunggu masih belum sampai! Sebenarnya, pada petang 10 Disember 2014 itu apabila barang yang dijangka sampai tak sampai-sampai ditambah pula dengan adik receptionist yang nampak van Poslaju lalu tapi tak singgah ke opis...hati dah rasa tak best. So, aku pun call talian khidmat pelanggan Pos Malaysia yang aku perolehi dari website Pos Malaysia (www.pos.com.my).

Apa respon yang aku dapat? Ayatnya bunyi lebih kurang begini - "Saya akan buat report tentang perkara ini dan hantar request agar parcel puan dihantar dengan segera". Ok fine... so aku tunggu la keesokan harinya iaitu Khamis 11 Disember 2014.

Sampai lepas lunch... NO DELIVERY AT ALL! Aku check balik dalam tracking Poslaju. This is how it looks:


Aku call lagi customer service. Jawapannya adalah skrip yang sama seperti di atas. Mungkin mereka dah hafal sebiji2 ayat dan perkataan yang sama kot. (Aku taulah sebab aku pernah kerja sebagai CS dulu kan....)

What is the problem? 2 kali "Arrive at delivery office" pada 10 Disember 2014 dan "Arrive at delivery office" again pada tengahari 11 Disember 2014! Korang nie bawak parcel aku bersiar-siar ke seluruh tanah jajahan Johor Bahru dan Kulaijaya ke?

Gila! Gila! Gila!

Customer dah dok tertanya-tanya barang yang diorder.
Barang untuk kegunaan aku sendiri ada di dalam itu.
Mana sifat tanggungjawab pihak Poslaju tentang perkara ini?
Aku sebagai pengguna, bayar mereka charge untuk Next Day Delivery bukannya Next Week Delivery.
Nak harapkan diroang refund?
Mati hidup balik la tak dapat...!!!!

This is insane!
Tadi bukak FB, a friend of mine mengalami nasib yang sama. To make it worst, parcel beliau mengandungi sesuatu yang cepat rosak and it costed her merely RM100!


Aku try call Poslaju Larkin. Poslaju Larkin nie hub untuk selatan Johor. 
3-4 kali call, haram tak jawab.
Hari nie Ahad? memang Ahad... tapi Pos Malaysia beroperasi seperti biasa pada hari Ahad.

Ternampak icon Facebook kat bucu kanan atas website Poslaju, terus je aku buka Page FB Poslaju Malaysia. Nampaknya, aku dan kawan aku tadi bukan keduaorangan.


Aku pun terusla letak komen tak puas hari aku tu (kat bawah sekali).
Nak hantar e-mail aduan? Bila la pulak mereka nak bertindak. Diorang baca ke email tu? Nantilah aku buat lepas lunch nanti.

This is ridiculous. Nasihat aku kepada Poslaju Malaysia. Tolonglah jangan syok sendiri. Ye, anda adalah prime national courier service, takde perkhidmatan pos lain yang wujud di Malaysia nie sebagai pencabar anda. Tapi, uols kena ingat... ini AMANAH. Kerana servis anda yang level sampah tu, barang orang rosak, u ruined other people business. Adilkah?

Mungkin kat dunia anda selamat... jangan lupa akan AKHIRAT.

Berapa ramai pelanggan yang dah korang aniaya? Doa orang yang teraniaya, Allah makbulkan!



No comments:

Post a Comment