Sedikit perkongsian yang aku perolehi from Facebook: Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
Memang sangat perlu dikongsikan, sebagai panduan untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan yang lain, terutamanya anda-anda yang melakukan perniagaan atau ada nawaitu nak berniaga. Actually, same things apply to those yang tak berniaga juga... well, it is worth untuk ubah diri ke arah positif, kan? So jom baca nie, thanks to Dr. Azizan Osman yang tak pernah lokek ilmu untuk dikongsikan kepada semua:
Tips4Berniaga: [Nak berniaga? Cuba check anda ada tidak ciri-ciri utama usahawan yang berjaya?]
15 Ciri-ciri Usahawan (Muslim) Yang Berjaya atau Berpotensi Berjaya:-
1- Sikap yang bagus (GREAT ATTITUDE)
2- Sentiasa berfikiran positif walaupun orang lain negatif (POSITIVE MENTAL ATTITUDE)
3- Sentiasa yakin & passionate(ghairah) dengan kekuatan produk atau perkhidmatan mereka (High confidence)
4- Berjiwa & berfikiran besar tetapi tebal muka
5- Berkeyakinan tinggi walaupun sebenarnya tidak berapa yakin
6- Sentiasa belajar dan membina khazanah ilmu dari yang terbaik atau pengalaman jatuh bangun orang lain
7- Sentiasa cari peluang untuk membina perhubungan dengan orang lain yang lebih berjaya
8- Bagus dalam pengurusan masa
9- Berdisiplin tinggi
10- Never give up (Tidak ada perkataan putus asa di dalam kamus hidup mereka)
11- Suka bersedekah
12- Menjaga komitmen berzakat
13- Menjaga ibu bapa lebih dari diri sendiri
14- Menjaga urusan Allah swt lebih dari diri sendiri
15- Mencintai Rasulullah saw dan memperbaiki diri mengikut sunnahnya
No comments:
Post a Comment