Ini adalah hari Sabtu punya cerita... Sabtu 14-06-14 bertempat di IOI Mall, Bandar Putra. Actually it was an unplanned activity, kerana tujuan asalnya adalah untuk bertemu dengan Nana je pun. Nana tu siapa? Nana lerrr..siapa lagik... adik sepupu aku yang berkhidmat sebagai Staff Nurse di KPJ Puteri Specialist Johor Bahru tu. Actually, dia Whatsapp aku 2 hari sebelumnya cakap yang KPJ ada buat Health Screening di IOI Mall pada tarikh tersebut... so since dah lama tak jumpa walaupun dia dok kat JB jek... (masing-masing busy dgn kehidupan sendiri okay....) I decided to drop by and say Hi.
So here I am :-) Event ini bersempena dengan World Health Day 2014 dan Hari Bapa. Aktiviti yang anjurkan adalah Basic Health Screening, Kempen Derma Darah, Istimewa Hari Bapa, Pertandingan Mewarna (kanak-kanak je okey), Khidmat Nasihat Penjagaan Tulang Belakang dan Demonstrasi Memasak Makanan Sihat. Masa aku datang tu, suasana so-so je la...takdelah lengang sangat dan takdela happening sangat. Mungkin atas faktor penghujung cuti sekolah so that masing-masing busy, or maybe ramai yang outings sempena hari bapa or maybe masing-masing sayang duit nak spend untuk health screening... Wallahualam...
Macam yang aku mention tadi...sebenarnya plan asal nak jumpa Nana jek. Sekali tengok mcm menarik pulak...sebab Basic Health Screening tu tak lebih dari RM20 je pun and pemeriksaan yang dijalankan adalah BMI, Blood Pressure, Blood Glucose, Cholesterol Level... tu semua penting tu! And then untuk Fisiologi screening..add RM2 jek...
Jadi, sebab murah dan sifat ingin tahu terutamanya blood glucose dan kolesterol tu..maka aku pun terjebak sama! Apalah sangat beberapa belas ringgit tu berbanding nilai sebuah kesihatan, kan? Baik buruk keputusannya, terima dengan hati terbuka...setidak-tidaknya aku takderla lagi tertanya-tanya tentang kesihatan diri dan boleh merancangan what-next on my healthcare regime :-)
BMI tu toksah tanya la..yes, I am obese so what? Actually exactly one month before this date..I already went for free basic health screening di Shaklee Johor Bahru, sedeynya berat badanku kekal ditakuk lama tanpa sebarang perubahan. Kecewa weitttt.... uwaaaa....tapi x per... fikir positif..lagi elok stay dari naik, kan? Dah la makan kat Bandar Putra nie sedap-sedap... nyum! Takpe... 14-07-14 nanti aku gi timbang lagik okay...huhu...
So inilah hasil screening hari tu.
Yer...aku pun terkejut okay...sebab blood pressure aku sky rocket!
Tak pernah mencapai kejayaan sebegitu tinggi sekali dan aku tak pernah ada sejarah high blood pressure okay!
Normally blood pressure aku di bawah 120/80
Uwaaaaaaa.....!!!
Opkos la aku risau... :-(
Then, going to the next desk..sembang2 dgn adik comel tu..dia tanya, aku ada jalan-jalan ke before amik blood pressure...aku cakapla bkn setakat jalan, malahan mengemop dan memvacuum rumah lg...hoho..patutlar blood pressure tinggi! Rupanya the real blood pressure should be measured time tgh relax... :-)
See..kat bawah tu amik semula blood pressure... itu baru normal! :-D
LEGAAAA...!!!!!
Blood Glucose is another part that I am so worry about. Walaupun aku bukannya penggemar benda manis-manis sangat, it's in the blood. Family aku ramai yg bermasalah diabetes excluding mak dan arwah abah. Tok nenek, mak sedara dan pak sedara hatta sepupu sepapat yg 30an dan 40an pun ada yang dah diabetes! So, when my reading was 5.0... aku rasa macam nak lompat bintang jek! Yerla... normal okay... normal person should have reading below 7.8... ALHAMDULILLAH... SYUKUR!
A tiny thing I should be more careful with adalah Total Cholesterol lar... recomended number is < 5. I definitely will work hard to achieve this! PHYTOCOL-ST kan ada ...!!!
Selepas itu..aku pergi check fisioterapi plak..nak tengok samada alignment body aku normal ke tidak..kalau tak.. "kena masuk woksyop" kata Nana..hehe..hamboihhh.... and Alhamdulillah I am completely normal.
After sembang2 dgn Nana, tetiba terasa macam nak derma darah plak. Aku pernah derma sekali je dulu and that was back in 2009..masa aku kerja kat Flextronics. Gila lama! Masa tu derma darah anjuran Hospital Kulai yg dibuat kat kilang. So, before aku proceed..aku call la dulu Encik Z...untuk inform dia. He is okay with it. Terus la pergi ke kaunter dia..isi form, check hemoglobin, blood type etc.. sebelum aku diberi kit derma darah...but opsss..lupa aku x makan apa-apa lagi sejak breakfast roti canai telur bawang... then I made excuse, went to washroom dan belasah dulu ayam yang diorg masak secara sihat di kaunter demo memasak. Pastu barulah menderma darah :-)
Respekla kat nurse yang mencucuk jarum besar giler tu kat lengan aku. All this while, masalah utama yang sering aku hadapi adalah susah nak jumpa urat. Ingat lg masa aku kena sakit perut teruk last year, 5x aku kena cucuk kat hospital Kulai tapi nurse dan doktor tu gagal cari urat aku. Uwaaa... nurse KPJ mmg world lah!
So, kalau dulu masa kat flex diorang amik 300ml..kali nie 350ml. dah nama pun blood donation, baring je lah sambil merenung siling IOI Mall..haha..x lama mana pun..dalam 20 minit gitu settle. Alhamdulillah...takde pening ke..simptom nak pitam ke.. malahan rasa mcm ringan je kepala aku selepas proses blood donation itu. Hopefully, darah O+ aku dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan. Lepas nie berazam nak derma darah setiap 3 bulan lah... Inshaa Allah :-) Allah mungkin tak beri aku kekayaan dalam bentuk harta dan wang ringgit...tetapi Allah bagikan aku kesihatan, jadi x salah rasanya aku kongsikan kesihatan yang ada untuk orang lain... ok tak?
So...jom tengok sket gambar-gambar...hwehe....
SELEPAS JARUM DICABUT |
BUKU PENDERMA DARAH, REKOD DERMA ADA DALAM NIE |
FIRST PAGE ;-) BUKAK BUKU BARU KERANA BUKU LAMA HILANG |
ADAT MENDERMA...MESTI AKAN DAPAT GOODIES BAG! KPJ BAGI GOODIES BAG TERBAIKLAH! |
TU DIA... BEST! SBB MMG TGH CARI BEG UNTUK GI KERJA NAIK MOTOR. ALHAMDULILLAH REZEKI |
So...till then :-) If you are healthy...dermalah darah...you won't lose anything...
No comments:
Post a Comment