Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, October 18, 2012

SYURGA ITULAH TEMPATMU, BALKIS....

Salam Y'All...

Dalam pada ke'busy'an membuat report yang tak kenal erti habis ini...aku sempat jengah-jengah ke FB and saw one link yang member aku letak... and naluri keibuan aku tersentuh untuk membuka link tersebut... dan mata ini terpaku melihat sepasang mata yang jernih, suci dan bersih di dalam gambar yang terpapar di dada windows PC ku ini...

"APAKAH DOSA SAYA ???"


Oh Nur Irisyafida Balkis ! Apakah dosa kamu sehingga di dera sebegitu? Pada usia 8 bulan kamu telah didera oleh haiwan berjiwakan syaitan yang tergamak menyeksa kamu sehingga retak tempurung kepala lembut mu.. sehingga patah kaki dan tangan...dan tidak sedarkan diri selama 6 hari sebelum hadirnya malaikat Izrail menjemputmu naik ke syurga di sana... :-(

Seriously I am touched! Paparan berita di bawah ini aku copy dari website Sinar Harian:

BATU PAHAT - Seorang bayi berusia lapan bulan meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.

Nur Irisyafida Balkis, dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu kerana mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera.

Dia meninggal dunia jam 2.30 petang semalam di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.

Ibu mangsa, yang dikenali sebagai Aida, 29, ketika ditemui berkata, sewaktu Balkis dimasukkan ke hospital, dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Menurut Aida, doktor memberitahunya peluang untuk anaknya terus hidup sangat tipis.

“Doktor memberitahu, otak anak saya tidak mencatat sebarang aktiviti dan terdapat tiga kesan retak pada tempurung kepalanya.

"Setelah enam hari tidak sedarkan diri, Balkis meninggal dalam dakapan saya," katanya.

Menurut Aida, sebelum kejadian, teman lelakinya ada membawa Balkis bersiar-siar, tetapi apabila pulang ke rumah, anaknya tidak henti-henti menangis, seolah-olah berada dalam kesakitan.

"Balkis kemudian terus tidak sedarkan diri dan saya bergegas membawanya ke hospital," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumah ibu bapanya, semalam.

Aida berkata, dia ada bertanya kepada teman lelakinya mengenai kecederaan dialami Balkis, tetapi lelaki itu tidak mengaku dera bayi itu.

“Saya tidak tahu siapa yang melakukannya dan tidak tahu siapa yang boleh dipercayai buat masa ini. Mungkin sudah takdir untuk Balkis menemui Ilahi (cara demikian). Saya serahkan kepada polis untuk menyiasat," katanya.

Aida terkilan kerana Balkis, yang sudah pandai merangkak dan baru belajar berjalan, tidak sempat menggunakan baby walker yang dibelinya.

“Dia juga sudah pandai menyebut mama dan papa," katanya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di sini, jam 5 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jumaat lalu, teman lelaki Aida ditahan polis kerana disyaki melakukan kesalahan pecah rumah, pengedaran dadah dan memiliki senjata berbahaya bersama dua lagi suspek berusia 37 dan 39 tahun, di Tongkang Pechah, dekat sini.

Lelaki berusia 34 tahun itu juga dikehendaki berhubung dengan kes pecah rumah di Muar.

Kes penderaan bayi itu dilaporkan kepada polis oleh pihak HSNI pada hari kejadian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerah, Datuk Ariss Samsudin, mengucapkan takziah kepada keluarga bayi berkenaan.

“Saya bersimpati dengan kejadian ini dan saya harapkan apa yang berlaku dijadikan pengajaran kepada semua,” katanya.

SUDAH-SUDAHLAH MANUSIA... DEKATKANLAH DIRI KEPADA ALLAH, KEMBALILAH KEPADA AJARAN ISLAM... HENTIKANLAH PERBUATAN YANG TAK MENCERMINKAN KEMANUSIAAN INI MALAHAN ANDA-ANDA YANG MELAKUKAN INI MEMANG LEVEL SYAITAN! HAIWAN PUN SAYANGKAN ANAK OKAY...

Balkis... bahagialah kamu di sana... Al-Fatihah....

2 comments:

  1. tersentap rasa jantung bila baca kisah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia yang sudah hilang sifat-sifat kemanusiaan... :(

      Delete