Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Tuesday, October 22, 2013

CHAR KUEY TEOW 5 MINIT ????

Salam Selasa...

Dah pukul 9 lebih...mesti semua dah breakfast, kan? Kalau yang belum breakfast tu plak dah dekat nak morning break boleh brunch, kan? Nak tengok apa aku masak untuk bekal breakfast tadi?

hehehehe....


Ahaks...!!! Berasap lagi koooo aku snap snap snap pagi tadi laju-laju sebab nak gi kerja!

Ini namanya Char Kuey Teow 5 minit!

Yesss... aku x bohong..memang 5 minit jek aku potong2 laju2 ala-ala brader warung charkueyteow... masak dengan api maksimum... zasss... siap lazat !!!

Apa rahsianya...???



Haaaaa.... Pes Ala-Carte Ieja...!!!!
Membuatkan kerja memasakku senang sekali :-)
Well, takdelah letak Pes Ala-Carte Ieja semata2...tetapi, menggunakan sambal segera ini memendekkan kerja2 memasak aku dan mengurangkan bebanan cuci blender, cuci lesung etc aku lar...

Kenapa? Sebab Pes Ala-Carte Ieja mengandungi bahan-bahan asas untuk memasak masakan melayu... perbezaan hasilnya hanyalah ada pada kekreatifan sang tukang masak serta air tangan tukang masak itu sendiri. Macam aku nie.... (aku bukan nak riak...aku cuma bagi contoh sahaja) memang sangat suka bereksperimen dengan masak memasak nie ( I am a Cooking Engineer ok!) so alhamdulillah aku ratingkan Pes Ala-Carte Ieja nie memang sangat cemerlang untuk memasak Char Kuey Teow, Nasi Goreng, Mee Goreng, Mee Bandung etc etc

Mari aku kongsikan ke'simple'an menyediakan sepinggan Char Kuey Teow 5 minit ini:

Bahan2:

- segenggam dua kueyteow (ikut napsu nagabuana tukang makan)
- 2 ulas bawang putih dipenyek-penyekkan dengan pisau
- udang basah 5-6 ekor (lagi banyak lagi sedap, jangan buang kepala dia sebab air dr kepala dia buat rasa kueyteow nie lagi manis dan umph!)
- 5-6 kerat fish cake
- sebiji telur (letak 2 biji kalau berani....)
- sos tiram (sesudu besar)
- kicap lemak manis Jalen (3-4 sudu, ltk byk utk lebih hitam)
- taugeh segenggam (aku suka sayur so mmg bertimbun aku ltk)
- daun kucai ikut banyak mana korang nak letak
- minyak utk menumis
- air sket

Cara2
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai semerbak.
2. Masukkan udang..goreng sampai masak
3. Tambahkan Pes Ala-Carte Ieja, goreng balik-balik sampai naik balik sket dan campak sekali fishcake.
4. Masukkan kueyteow, balikkan laju-laju then pecahkan telur
5. Tambah sos tiram dan kicap, gaul-gaul lagi
6. lastly masukkan taugeh dan daun kucai.. matikan api dan hidangkan!

note:
1. kalu nak basah..tambah air lebih sket sebelum masukkan kueteow
2. tak perlu nak letak garam sebab masin dari pes, sos tiram dan kicap dah just nice
3. nak lagi umph? double telor yo!

Sekian.

Nak cuba?

apa lagi... pm inbox FB aku di SINI
atau sms/whatsapp aku di 0176073815 (Eca)

OPPPSSS...!!! lupa nak bagitau bahan-bahan dalam Pes Ala-Carte Ieja nie:
1. cili giling
2. minyak sayuran
3. rempah
4. udang kering
5. gula
6. msg
7. asid sitrik

Welll...aku nak ajak korang cuci mata lagi dengan hasil ke'awesomeness'an sambal segera nie.... cer tengok cer tengok cer tengok...........




Amacam??? Melelehkan....???!!! So step seterusnya...cepat contact aku laju-laju... weehoooo... You don't need to be a Cooking Engineer Chef to cook !!!

2 comments:

  1. arghh ... yana belum sarapan lg!! tetiba perut dah keroncong nie... sedapnya tgk gmbr tue !! tgk gmbr pon sedap?? hahahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomla try pes nie..memang berbaloi... mcm2 boleh masak guna nie..senang sgt2...

      Delete