tu dia gambar char kuey teow berasap aku..resipi sila search post lepas-lepas |
1. Masak untuk sorang-sorang - dengan erti kata lain, nak goreng Char Kuey Teow nie bukan macam goreng kuey teow untuk sarapan sekeluarga tu. Lainnnn... ini turut disebut dalam kursus kulinari bersama Chef Li yang aku attend 9 tahun lalu. Masak untuk sepinggan-sepinggan. Baru rasanya menjadi mcm Char Kuey Teow. Tak caya? Aku sendiri tried and tested many times...memang seriously betul apa dia cakap. So skang nie kalau aku masak untuk aku seorang dan untuk sekeluarga, aku akan guna dua resipi berbeza.
2. Kuali kena cukup panas, api besar - exactly, baru terasa aroma kuali besi tu. Aku tak reti nak explain, tapi cubalah rasa sendiri kueyteow goreng pakai kuali api kecik dgn api besar... terasa berbeza okay hasilnya... betolll....
3. Mesti ada unsur haiwan di laut dalam Char Kuey Teow - it's true..contohnya udang, kerang,
4. Telur pun wajib - 1 or 2 biji telur untuk sepinggan char kuey teow.
5. hanya 2 jenis sayur yang MESTI ada dalam char kuey teow iaitu taugeh dan daun kucai. Tak perlu sawi tak perlu tauhu (tauhu tu sayur ke?) atau sayur lain-lain... dan pastikan taugah dan daun kucai tu ditabur akhir sekali sebelum matikan api. Sebab sedap gila krup-krap-krup-krap taugeh rangup-rangup... weehoo.. I love fresh vegetables and fresh vegetables good for health...!!!
So, itulah tips yang dapat alu sharekan.
Selamat ber char kuey teow...!!!
No comments:
Post a Comment