Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Friday, October 18, 2013

SALAM JUMAAT - 5 KESILAPAN MAUT YANG MELINGKUPKAN BISNES!

Salam Y'All...

Yeay... it's Friday!

Hari nie tadi bangun tidur mood memang sentap lah...tapi as the time goes by... by the time kaki melangkah masuk ke opis jam 7.35pagi tadi...mood dah sesejuk salji dah.... :-) Alhamdulillah Allah...mungkin berkat istiqamah berzikir dan berselawat setiap hari on the way pergi kerja kot.... terima kasih Ya Allah.... now rasa semangat berkobar-kobar nak melalui hari ini.... semoga Allah murahkan rezeki aku.... Ameen...!!!

Well... starting of the day..akunak sharekan satu info yang aku dapat free of charge dari one of my FB friends yang sangat gigih berniaga sambal segera yang enak lazat... iaitu Siti Hajar Husnan. Thanks Siti Hajar sebab izinkan saya sharing pengalaman beliau yang pernah gagal berniaga atas kesilapan sendiri. Respect la sebab dia berani sharing info macam nie dan mengaku kegagalan silam. Aku doakan beliau akan terus majus-majas dalam bisnes beliau... Well, aku akan buat satu entry khas berkenaan sambal beliau later... entry kali nie aku nak sharekan 5 kesilapan 'maut' yang melingkupkan business beliau sebelum ini...dan memang tak mustahil akan melingkupkan bisnes sesiapa sahaja termasuk aku sendiri yang bisnes kadang-kadang up dan kadang-kadang down. So, kepada yang baru nak berbisnes atau dah lama berbisnes tapi tak kaya-kaya, cuba baca nie...mungkin punca tak kaya-kaya tu ada di sini:

1) SALAH KIRA HARGA KOS/ UNTUNG
Ini kesilapan plg besar. Saya buat bisnes hanya kira harga kos produk + kos pos shj. Tapi tak kira sekali 'hidden cost' yg terlibat. spt kos minyak pergi pej. pos, kos kertas & ink utk print, kos labour & sewa pejabat. Hjg bln mesti akaun ada short & tak untung seperti disangka.

-Pengajaran: Perlu masukkan margin hidden cost anda. Juga perlu tahu berapa kos marketing yg perlu dibelanja utk mendapat 1 jualan.

2) TAK SIMPAN DATABASE PELANGGAN DGN TERATUR
Kesilapan ini membuat saya rugi besar sbb tak dapat follow up pelanggan yg bgtau nk byr & tak dapat nk blast promo dll. 

-Pengajaran: Paling minima, nama, no telefon & email pelanggan anda wajib simpan elok2!

3) TIADA SISTEM INVENTORI/ PRESTASI JUALAN
Stok yg tinggal sy tak pernah kira. Berapa yang dah terjual pun tak tahu. Hanya tahu jual shj. Kesannya, stok habis, tapi jualan masuk. Ramai pelanggan marah & tuduh menipu. Nk restock pula ambil masa seminggu.

-Pengajaran: Sangat penting ada sistem tahu berapa terjual, berapa stok tinggal. Jadi anda boleh order siap2. Juga kena tahu prestasi jualan produk mana yg laju, hari bila sales tinggi dsbg.

4) BAZIR MASA BUAT KERJA2 ADMIN/MANAGEMENT
Sebab nak jimat, sy buat semua kerja.
Dari A-Z. Buat marketing, check sales, layan customer, reply fanpage, reply sms, check stok, bungkus produk, tulis slip poslaju, pergi pejabat pos. Lama2 masa sy setiap hari hanya berkisar pd admin work. Masa utk marketing dh tiada. Sales merudum!

-Pengajaran: Leverage! Jgn nk jadi hero buat semua.Pemilik bisnes wajib fokus lebih pada marketing.

5) TIADA CASHFLOW YANG TERSUSUN
Cashflow setiap hjg bulan sy main taram jer. Tgk balik resit2 yg dikumpul, kadang2 pun lupa apa yg dh dibeli. Selalunya akauan sentiasa tak balance. Banyak keluar dari untung yg masuk.

-Pengajaran: Catatkan berapa income masuk, berapa expenses keluar. Kumpul resit satu hal, tetapi catatkan perbelanjaan itu satu hal yg penting juga. 

Amacam?

So, lepas baca nie...jangan lupa lawat page Siti Hajar: Ieja Food 

Kalau berminat nak beli or try boleh kontek aku jek... Eca 0176073815 (sms/whatsapp) or pm inbox di www.facebook.com/Merak.Foods

No comments:

Post a Comment