Salam Jumaat Y'All.... Semoga all of us mendapat keberkatan daripada Allah SWT, Inshaa Allah. Jom kita bersedekah hari ini... berlipat ganda pahala okay.. dahlah Jumaat, bulan Ramadhan plak tu.... lai lai lai !!!
So today, I feel like sharing apakah amalan yang aku buat everyday masa merempit ke opis! Somehow, before this I just do nothing other than menunggang motor je lah kan... until tiba-tiba Allah gerakkan hati aku... daripada aku menunggang motor and do nothing, why not kita bersedekah dan beribadah walaupun ketika menunggang motor!
It may sounds funny to some... but for me, Alhamdulillah... ini telah menjadi amalanku since aku tak ingat biller... and in fact sewaktu aku tergolek hari tu.. aku sedang berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Before aku teruskan, if ada readers yang baca post nie (kalaulah ada.. I am not a famous blogger pun kannn...), nawaitu aku tak lain tak bukan hanyalah FOR SHARING ONLY! Aku takde mengatakan yang aku nie sangat lah baik or nak tunjuk baik sampai atas motor pun nak beramal soleh. Honestly, I am just a normal Hamba Allah who is trying hard to be a better person. That's all :-)
Okay.. first. Bila kat atas motor kita memang takde buat apa selain konsentrasi kepada pemanduan. Takde radio nak dengar or nak bukak DVD ke VCD ke macam dalam kereta. Kalau membonceng kat belakang pun, how do you expect to bersembang dengan orang kat depan, right? So, masa kat atas motor nie... we are free. Masa ini lah amat sesuai untuk membuat sedikit ibadah.
These are what I am doing:
Membaca dan Menyedekahkan Al-Fatihah Sebanyak 7 Kali
Why 7 kali. Okay, sebab aku sedekahkan kepada 7 bahagian. Ini aku belajar semasa attend kem yang Kak Long pergi tempohari. Sedekahkan Al-Fatihah, spesifikkan kepada siapa kita nak sedekahkan. So, 7 kali Al-Fatihah aku adalah untuk:
1. Junjungan kita, kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W
2. Mak, Puan Normah Binti Samin
3. Arwah Abah, Haji Shaharuddin bin Haji Hassan
4. Anak-anak: Nur Anis Suraya, Muhammad Adam Eiman & Nur Arissa Suraya
5. Suami: Mohd Zamzuri bin Taslim
6. Diri sendiri: Norafesa binti Shaharuddin
7. Seluruh makhluk Allah di dunia ini: Manusia, pokok-pokok, tanah, batu, awan, air, api etc etc etc...
Sedekah Al-Fatihah, it won't cost you a penny pun, tapi menambah pahala dan darjat di sisi Allah dan makhlukNya :-)
Istighfar - Memohon Taubat dan kemaafan Dari Allah SWT
Yes.. atas motor pun boleh bertaubat. Kekangan masa mungkin tidak mengizinkan nak bersolat sunat Taubat selalu... jadi, dapat beristighfar pun Inshaa Allah okay... at least I am doing something for my own good :-)
Unlimited Selawat ke Atas Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W
Semenjak daripada aku menghadiri Seminar Hidup Luar Biasa, tempohari... aku memang cuba berselawat setiap hari sebanyak-banyak yang mungkin. Selawat akan meningkatkan darjat kita. Let me share antara kelebihan selawat. Banyak lagi sebenarnya but this is what I copied from Google.
Kelebihan berselawat ke atas nabi
1. Selawat merupakan bentuk ketaatan kepada perintah Allah swt. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadaNya!” (Al-Ahazab:56) – sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah s.a.w bererti telah mentaati perintah Allah s.w.t.
2. Mendapat 10 kali selawat dari Allah bagi orang yang berselawat sekali untuk Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan memberikan balasan selawat kepadanya sepuluh kali.”
3. Diharapkan dikabulkan doa apabila doa itu didahului dengan selawat. Sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap doa itu dihalang hingga diucapkan selawat kepada Rasulullah s.a.w.”
4. Mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w jika mengucapkan selawat diiringi dengan permohonan wasilah kepada Rasulullah s.a.w.
5. Selawat merupakan sebab diampuninya dosa-dosa dan diangkatnya darjat. Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang berselawat kepadaku dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat kepadanya (sebanyak) 10 kali dosanya dan diangkat 10 darjatnya.”
6. Selawat merupakan sedekah atau zakat. “Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih)
7. Sesiapa yang membaca Al-Quran dan melafazkan selawat secara lalai, Allah masih memberi gandaan pahala setinggi bukit dan malaikat masih mendoakan si pembaca.
8. Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
9. Memperolehi ucap selamat dari Allah s.w.t.
So, that's all. 3 amalan harian aku yang utama ketika merempit ke opis.
Actually aku ada juga topup dengan perkara-perkara lain tapi yang tiga ini akan aku amalkan secara konsisten selain amalan zikir sampingan yang lain.
And this is not limited untuk naik motor only ya. Naik basikal, kereta, lori, ataupun ketika memandu kapal terbang mahu pun keretapi...sesiapa boleh lakukan di mana jua Inshaa Allah :-)
Jom perbaiki amalan sampingan kita bersama-sama :-)
Shakira pun sama.. sambil merempit, mulut dok zikir2 apa2 zikir yang Shakira ingat :)
ReplyDeleteSep sikit..hehe
yesss... give me five! :-)
Delete