Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Tuesday, July 2, 2013

SEMINAR HIDUP LUAR BIASA BERSAMA DATO' AZIZAN OSMAN DAN AFDLIN SHAUKI

Salam Selasa....
Semalam teruja giller nak share apa yang aku buat weekend hari tu...



You know what, on Sunday.... aku pergi ke Seminar Hidup Luar Biasa anjuran Dr. Azizan Osman dan Afdlin Shauki. Siapa Dr. Azizan Osman tu? Hehehe... kalau sampai la nie korang tak kenal lagi... silalah Google sendirik... :p

Seminar ini dianjurkan di The Zon, Stulang Laut Johor Bahru dari jam 7.00 pagi hingga ke 1.00 petang. 7 pagi tu sebenarnya waktu registration... dan program start dalam pukul 9 pagi gitu. Aku tiba sana pada pukul 7.20 pagi camtu selepas sesat tak jumpa tempat event diadakan.. masa sampai sana... aku rasa nak pengsan tengok queue dah panjang berjela gila-gila... hamigaddddddddd.....

Lupa nak bgtau.. kali nie program tersebut adalah FREE OF CHARGE. One of the factor yang menyebabkan orang berpusu-pusu mencari peluang untuk merubah nasib hidup masing-masin. Termasuklah aku.

Nope... Dr. Azizan Osman bukan ada super power or magic untuk mengubah nasib orang. Don't get me wrong okay... kang syirik pulak kalau korang fikir macam tu. What I mean is, beliau telah memberikan tips, tunjuk ajar dan cara-cara bagaimana kita boleh mengubah nasib hidup kita dari zero to hero. Perkongsian ilmu yang beliau adakan secara percuma ini benar-benar memberi makna dan inspirasi untuk kita berubah menjadi manusia yang lebih baik... KAYA DAN BERJAYA.

Kalau nak diceritakan, memang terlalu banyak pengisian yang aku perolehi sepanjang 4.5 jam program bersama dr. Azizan Osman dan Afdlin Shauki ini. I am not joking. Penyampaian bersahaja, kadang-kadang melawak, kadang-kadang serious...kadang-kadang membuatkan airmata aku berlinang pun ada (mujur aku datang sorang...kalau tak malu aku...hehe)

Kesimpulannya, untuk berjaya... ada 4 perkara yang kita mesti lakukan:

1. Upgrade Minda - upgrade mindset, apa yang kita fikirkan, upgrade cara kita cakap, upgrade emosi, apa yang kita mahu dan tindakan yang kita lakukan.

2. Orang berjaya berfikir secara berbeza / luar biasa berbanding orang yang biasa-biasa - kena pandai ambil peluang

3. Mencari keberkatan rezeki - yang nie nanti sambung kat next post ye :-) Rezeki tak berkat... APTB!

4. Hubungan dengan Allah SWT mesti bagus, luar biasa dan kamcing! Bila kita kamcing dengan Allah, Allah akan bantu memudahkan segala tindakan kita supaya kita kaya dan berjaya dalam apa yang kita lakukan.. Inshaa Allah :-)

one of kata-kata hikmat Dr. Azizan Osman

Nak tahu rahsia orang kaya???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




SENTIASA BELAJAR UNTUK UPGRADE DIRI SENDIRI

best of luck, tiada siapa yang akan menggerakkan kita untuk kaya dan berjaya kalau bukan diri sendiri :-)












No comments:

Post a Comment