Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Monday, July 29, 2013

RESIPI BABY FARAH CANDY BARS

Salam mesra....!!! Amacam, dah lunch ke belum? Mestilah belum kan... maklumlah bulan Ramadhan...kecualilah siamang jantan 2 ekor yang last Friday aku nampak merokok, hari nie tadi selamba je makan nasi bungkus kat port yang sama! Geramnya... tadi aku keluar ke Tupperware Brands di BBU, bawa handphone 'sendal pintu' semata so try nak candid dorang tapi x clear..esok aku bawak kamera la keluar gamaknya... snap, uplod ke serata dunia maya... sure mereka terasa macho kan?

Stop about the siamangs... kali nie aku nak sambung resipi kuih raya ketiga yang aku buat semalam. Mengikut nama glamour dalam resipi yang aku download 4 tahun lepas, namanya Baby Farah Candy Bar. Aku tatau nama tu originate dari mana..tapi aku panggil Candy Bar sajer... resipi dan cara membuatnya sangat mudah. No tepung, no mixer needed and no baking-baking. Rasanya macam kuih bepang pun ada tapi lagi sedapla..hahaha... cenggini rupanya aku buat. Kalau ikut resipi, dia potong like bar-bar gitu...aku prefer buat potong kecik-kecik memandangkan time raya sure orang makan sikit-sikit biskut nie...bukan belasan se-bar like Snickers ke Mars ke kan?


Bahan-bahannya
1 cawan peanut butter chunky
1 cawan sirap jagung
1/2 cawan gula perang, dipadatkan
1/2 cawan gula pasir
6 cawan cornflakes, diramas
1 cawan semisweet chocolate chips
1 cawan kacang, dicincang

Cara-caranya
1. Dalam saucepan, gunakan api sederhana, masukkan peanut butter, sirap jagung, gula perang dan gula pasir. Masak sambil dikacau selalu sehingga rata. Angkat dari atas api, cepat-cepat masukkan cornflakes, chocolate chips dan kacang sambai semuanya digaul dengan sebati
2. Tekan adunan dalam loyang 9 x 13 inci yang telah disapukan dengan mentega. Potong sewaktu masih panas.

disarankan guna non-stick sauce pan sebab bila benda bergula nie dididihkan seksa nak mencuci lepas tu... aku guna periuk cap buaya..rendam semalaman esoknya baru cuci bersih! Hehehe...

review; Not bad la... senang dibuat oleh semua :-)

4 comments:

  1. Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose...thanks sebab singgah, will be there soon :-)

      Delete
  2. Boleh cubalah sbb tak yah adun 2 tepung n bakar bakar ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye btul..sebab tu la saya buat.. cookies2 yang complicated saya beli kat kedai je hahaha

      Delete