Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Monday, July 29, 2013

RESIPI BISKUT MAKMUR KURMA

Salam Isnin Y'All.. semoga minggu ini lebih baik dari minggu-minggu yang lepas. Diam tak diam dah 20 hari kita berpuasa, bermaksud agi 10 hari je before Aidilfitri menjelma. 10 hari terakhir ini, pasti semuanya sibuk membuat persiapan untuk hari raya. Especially gaji ada yang dah masuk dan ada yang akan masuk (aku ler tu). Dan ada yang ber bo-bo-bonussss (aku tidak sekali-kali..jangan mimpi!) tetapi jangan lupa 10 hari terakhir ini, kita berpeluang untuk bertemu denganmalam Lailatul Qadar... so, busy bagaimana sekalipun, tingkatkan juga kebusyan melakukan amal ibadah...who knows rezeki kita bertemu malam 1000 malam ini... Inshaa Allah :-)

So, weekend yang lepas nie.. aku cakap dengan my Mr. Z... abang baliklah kampung, bawa Eiman settlekan kelengkapan raya dia..  Syg nak dok rumah je dan marathon buat biskut raya. Awal plan minta dia bawa Eiman je sekali just before he went ou.. Kak Long nak ikut juga..maka tinggallah aku dengan sibusukmasam Arissa spending quality time together... aku dapat buat 4 jenis kuih raya okeh! And aku tak keberatan nak berkongsi resipi setiap kuih raya yang aku buat. Tapi let me start with Biskut Makmur dulu.



Biskut Makmur nie.. sempoi giller resipinya dan 'Suitable for Vegetarian'. Sejarah awal pembuatan biskut makmur ini bermula pada tahun 1999 sewaktu aku berhari raya di United Kingdom buat kali pertama. hehe.. resipi nie aku 'cari' diinternet (masa tu Google takde lagi rasanya..hehe). Masa tu aku mencari resipi biskut raya yang paling senang nak dibuat, bahan yang sempoi simple bagai dan tak memerlukan aku guna mixer... kiranya masa tu betul2 handmade la.. masa tu aku buat guna inti kacang tanah but atas permintaan dan juga kegemaran Mr. Z adalah kurma.. maka kurmalah jadinya kali ini.

Oh FYI, biasanya aku warnakan hijau or time giler jadi biru biskut nie. Tapi this time round aku decide nak biarkan ianya natural warna tepung je... lebih healthy what.. dan kuantiti gula pun aku kurangkan sebab kurma itself dan manis kan...

Jom tengok resipinya....

Bahan-bahan:

1 cawan minyak sapi / ghee
1 cawan gula halus / gula kastor
3 cawan tepung - goreng tanpa minyak tapi jangan over goreng nanti berketul-ketul jadinya (note: lebihkan jadi 4-5 cawan pun takpe sebab nisbah 3 tepung; 1 minyak sapi nie biasanya lembik giler so kena add more tepung)
1/2 cawan kacang tanah dikisar kasar (boleh tambah peanut butter sket bagi senang gentel inti jadi melekat) ini kalau yg nak guna inti kacanglah
 Buah Kurma - potong kecil2 (aku guna Kurma Madu Yuta sebab lembut senang nak bulatkan,kalau kurma keras..lepas bakar makin keras jadinya)

Cara-caranya:

1. campurkan minyak sapi dan 3 sudu gula halus. Pukul sehingga kembang (kelasss bila teringat aku buat benda nie manually dengan tangan je dulu!)
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul dan adun sehingga menjadi doh yang lembut (boleh gentel x lembik)
3. Bahagikan adunan bulat-bulat ikut saiz yang digemari. angan besar sangat nanti time bakar, dalam dia x masak plak.
4. Ambil satu biji adunan tadi, masukkan inti kedalamnya dan bentukkan ke bentuk yang disukai. Duluuu aku buat bulat dan masuk dalam papercup. This time round, aku buat style typical...bujur mcm bola ragbi.
5. Bakar sehingga masak (150-180 darjah celcius 15-20 minit). Sejukkan dan gaul dengan gula kastor yang dikisar.

Mudah, kan? Selamat menchoba :-)

No comments:

Post a Comment