Okay, this time round aku nak sharekan salah satu intipati paling penting yang aku belajar dari Seminar Hidup Luar Biasa oleh Dr. Azizan Osman tempohari. Anyway, dalam seminar ini segala rakaman audio dan visual adalah tidak dibenarkan. Segalanya sila tulis dalam buku nota ye adik-adik... hehe...
Topik paling utama which is foundation kepada kekayaan dan kejayaan adalah KEBERKATAN. Inshaa Allah, kalau hidup kita berkat... apa yang kita buat akan menjadi. Tetapi, macamana kita nak dapat keberkatan hidup tersebut? Dr. Azizan Osman telah berkongsikan 12S that is based on his life experience himself bagaimana untuk menarik keberkatan dalam hidup :-)
1. SIKAP
Keberkatan bermula dengan Sikap kita sendiri. Salah satu kunci kejayaan adalah kita berjaya melihat apa yang ada di sekeliling kita dari sudut POSITIF. Yesss... this is very important. Why? Kerana... apa yang kita fikir, kita buat, kita cakap, kita rasa merupakan DOA. Apa yang kita DOA itulah yang akan kita dapat! Orang yang negatif adalah orang yang suka komplen dan merungut. Yang sentiasa tak puas hati. Itu salah..ini salah... Bagaimana nak buang semua ini? First step is.. STOP COMPLAINING! Bunuh suara-suara ahat dalam diri kita. Fikir yang baik-baik..stop saying 'susahlah... malaslah... aku takde duitlah... bla bla bla..' so guys, head up... STAY POSITIVE!
2. SENYUM
Hehe... Senyum Itu Sedekah.... (sedekah yang tak perlukan modal). Senyum membuatkan orang rasa selesa dengan kita, senyum itu pembuka rezeki... remember, the more kita bersedekah the more rezeki kita akan dapat! Senyum adalah sedekah yang x merugikan walau 1 rupiah pun... (peringatan untuk diri sendiri yang sangatlah super susah nak senyum to stranger!)
3. SYUKUR
Bangun pagi dan bersyukur kita masih diberi nyawa untuk terus hidup... bersyukur kerana kita masih ada suami/isteri, bersyukur kerana masih ada anak, ada rumah, kereta, ada kerja... bersyukur masih ada makanan dalam peti ais nak makan... pendek kata silalah bersyukur dengan segala yang kita ada pada hari ini :D
4. SEDEKAH
Yes.. yes.. yesssss.... sedekah, memang ajaib! Sumpah... aku berani sumpah sebab dah berulang kali ianya berlaku dalam hidup aku sendiri... Allah Memang Maha Pemurah, the more you give the more you get... !!! Kita akan jadi kaya bila kita memberi... sedekahlah setiap kali kita mampu walaupun jumlahnya sedikit... kerana balasannya Allah yang menentukan ...
5. SUMBANGAN
Sumbangan dan sedekah ini dua benda yang nampak sama tetapi berbeza. Sedekah is more to donate.. charity.. bila ada permintaan while sumbangan ini merupakan pemberian kita.. we contribute..tak semestinya dalam bentu wang atau harta benda.. for example.. kita sumbangkan idea, kita sumbangkan pengetahuan kita dalam sesuatu untuk dikongsikan bersama orang lain... itu contohla kan...
6. SILATURRAHIM
Apabila kita merapatkan silaturrahim sesama manusia, Inshaa Allah Allah akan buka pintu rezeki kita...
7. SUJUD
Lebih banyak kita sujud.. maka lebih banyak keberkatan yang akah wujud dalam kehidupan kita. Sujud itu adalah saat kita paling hampir dengan Allah SWT, Pencipta kita...senang cerita... lebih kerap kita sujud, lebih hampir kita kepada Allah... lebih hampir kita kepada Allah maka secara automatiknya lebih berkat segenap kehidupan kita...
8. SELAWAT
Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., Rasulullah adalah kekasih Allah SWT. Tahukah korang... Sekali kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., Allah dan para malaikat akan berselawat sebanyak 10x ke atas kita? Bayangkan Allah SWT...penghulu segala alam semesta, raja kepada segala raja..yang mencipta kita berselawat ke atas kita????? Bayangkan betapa tingginya darjat kita dinaikkan dengan hanya berselawat? So, jom selawat banyak-banyak!
9. SUCI
Diri kita tidak lari dari pelbagai kekotoran dalaman diri..perangai buruk, tingkahlaku, niat dan macam-macam lagilah... untuk menarik keberkatan dalam hidup... kita hendaklah membersihkan dan menyucikan jiwa kita... banyakkan beristighfar dan tunaikan solat sunat taubat setiap hari.
10. SABAR
Yes..dalam apapun tindakan kita... segalanya kena sabar
11. SERONOK
Enjoy dengan apa yang kita lakukan dan seronokkan orang dengan apa yang kita lakukan.. hati yang gembira, menggebirakan dan digembirakan akan merasa lebih keberkatan
12. SERAH
After all... kita hendaklah sentiasa merendah diri dan berserah kepada Allah SWT atas segala usaha yang kita lakukan.
... hopefully, aku dah sharekan sesuatu yang bermanafaat untuk semua hari ini.. dan ini juga sebagai panduan kepada diri sendiri... Thanks tu D.A.O atas pengisian ini.... now aku memang cuba selawat dan istighfar banyak-banyak..naik motor gi kerja pun selawat banyak-banyak... bak kata Dr...kan bagus selawat dari menyumpah lampu merah apa semua tu kan? Hahahaha.... that's what I did ;-)
Jom transformasi diri ke arah menjadi insan kaya dan berjaya!
No comments:
Post a Comment