Assalamualaikum.. Salam Jumaat...
Yes.. Jumaat dah nak berlalu dah, I was too busy today with this and that in the office.. sampai dah nak masuk Asar baru sempat nak updating my Journal of Life :-)
Hari ini... 12 Julai 2013 bersamaan 3 Ramadhan 1434 bersamaan Jumaat pertama Ramadhan tahun ini... Alhamdulillah, me trying my best untuk selawat ke atas Nabi Muhammad SAW semaksimum mungkin pada setiap saat dan detik teringat. Di selangi dengan Istighfar banyak-banyak...
Hari ini juga... kalaulah Abah masih hidup... usianya genap 62 tahun... tetapi Allah SWT lebih menyayanginya... Abah pergi pada usia 48 tahun..tapi Alhamdulillah Abah sempat ke Mekah untuk menunaikan umrah sebelum meninggalkan kami.... Al-Fatihah untuk Abah... sambil meleleh-leleh la juga airmata tadi masa on the way ke office, menyesal kerana tak menjadi anak terbaik sewaktu hayatnya... tapi Inshaa Allah akan berusaha menjadi anak yang lebih baik pada saat ini.. apatah lagi bulan Ramadhan nie kan, orang kata roh yang dah pergi kembali ke bumi..mengutip bekalan untuk dibawa pulang ke sana... Inshaa Allah, aku akan bekalkan sedaya yang termampu untuk Abah... bekalan yang sentiasa mengalir like sedekah amal jariah... bekalan memperbaiki kelakuan aku sebagai anaknya agar dia tidak terseksa di sana kerana anak di dunia... sumpah aku cakap, aku rindukan Abah :-(
Alhamdulillah Allah berikan cuaca yang indah hari ini.. selepas hujan maha lebat semalam sampai terbantut delivery Tupperware kat customer. Huhu... So, dengan menaiki Oren... aku deliver pada downline di Impian Emas dan customer setia di Senai... Alhamdulillah... walaupun panas terik... aku kagum dengan nikmat Allah...sebab terasa angin sejuk macam selepas hujan menemani perjalanan aku. So, sedikit pun tak rasa penat.... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Alhamdulillah atas sale yang masuk pada hari ini... I feel so blessed! Kerja opis pun dalam pada malas nak bosan, dapat aku buat. Choc4Gaza pun jalan.... weeeeeeeeeeeeee.... Alhamdulillah!
Banyak sebenarnya nikmat Allah pada kita setiap hari.... what I received from Allah today is just a little bit from what Allah actually gave to me today....
Benar ~ the more you give, the more you get
Benar ~ selawat dan istighfar banyak-banyak, Allah mudahkan urusan kita
Benar ~ Bersyukurlah, lagi banyak rezeki Allah bagi
No comments:
Post a Comment