Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, July 31, 2013

BANYAK BETUL KEMALANGAN DEKAT-DEKAT NAK RAYA NIE

Subhanallah! Banyak betul berita kemalangan time dekat-dekat nak raya nie!!!

Sedih... pedih...!!!

2 minggu sebelum puasa, suami sahabat aku sewaktu sekolah rendah meninggal apabila motor yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah trak pikap di Nilai. Aku baru tau few days ago daripada mak... maklumla aku bukan jenis baca suratkhabar sangat macam mak aku kannnn... dan bila google, sah-sah berita tu banyak disiarkan di halaman web berita tempatan dan berita tak rasmi.

Boleh klik sini untuk berita tentang kemalangan ini.

Apa lagi aku boleh cakap..selain berdoa semoga sahabatku Nur Adilah binti Mohd Jamil diberi kekuatan bagi menempuh dugaan yang maha hebat dalam kehidupannya. Simpati sungguh aku kerana tatkala kejadian, beliau sedang mengandungkan anak yang keempat (maybe dah bersalin time nie kot) semoga suami beliau, Allahyarham Abdul Aziz bin Sabran dikurnia impahan rahmat dan ditempatkan di kalangan insan yang beriman.


Hari nie pun.. kemalangan maut di Senai. memula dapat berita dari kawan aku di IPD Kulaijaya... then berita menular di website Sinar Harian dan sewaktu dengannya.

Sedih...pilu... teringat kemalangan maut yang meragut nyawa arwah abah satu waktu dahulu...

Kali ini sebuah Honda Odeyssey, langgar pokok..then langgar pulak lampu isyarat di pembahagi jalan... Subhanallah.. Masya Allah... katanya mangsa baru pulang dari bershopping untuk raya... dan dikhabarkan juga ada kepala mangsa yang putus! Betapa kuatnya impak dari kemalangan tersebut!

baca berita kemalangan ini dengan klik di sini

gambar Odeyssey selepas kemalangan. remuk x teruk tapi mangsanya.. Nauzubillah!


Kepada semua para pemandu di Malaysia... tolonglah memandu dengan berhemah.
Bacalah doa yang sepatutnya sebelum, sewaktu dan selepas tiba ke destinasi.
Kalau drive malam-malam buta tu..baca-bacalah surah apa yang patut...
Kalau letih..berhenti kat tempat yang selamat.. tidur dulu..refresh energy...
Make sure kereta servis sebelum jalan jauh...
Bawak la pada kelajuan yang seadanya...jangan ikut darah muda atau perasan anda Sebastian Vettel mahupun Fernando Alonso...kerana anda memang BUKAN mereka...

Take care... banyak lagi raya pada tahun-tahun mendatang untuk diraikan dengan keluarga tersayang...

No comments:

Post a Comment