Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Monday, July 29, 2013

RESIPI POPIAH NESTUM

Salam pra-raya!

Nak share resipi kedua kuih raya yang aku buat over the weekend! Yang nie aku tk boleh nak kategorikan sebagai biskut raya sebab ianya ternyata bukan biskut! So panggil jela kuih raya walaupun takdelah rupa kuih sangat. Tak lain tak bukan Popiah Nestum.

Paling simple, paling sedap dikunyah ketika menonton TV yang ada macam-macam cerita menarik sepanjang Syawal nanti... kanak-kanak pati gilakannya penangan Nestum serta kerangupannya yang tiada tandingan!



Bahan-bahannya:

Kulit Popiah - beli yg saiz besar, pastu potong 2 or 3, gulung dan lekatkan dengan air bancuhan tepung
Nestum - aku guna non-Nestle sebab aku taknak kayakan Yahudi Zionis...boleh cari kat kedai yang menjual bahan buat kek.
Gula Kastor - blend kasi halus, jangan guna gula aising plak... tak sedap
Susu tepung - optional, aku x letak pun
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Gulung kulit popiah macam aku cakap kat atas tu, then gunting serong-serong..saiz sesukahati korang la..
2. Goreng kulit popiah tadi sehingga garing dan toskan. Tos betul2 kalau tak memang oily.
3. Blendkan Nestum dan gula kastor sehingga halus. Kuantitinya pandai-pandailah agak-agak ikut kuantiti popiah gunting tadi.
4. Masukkan popiah gunting yang dah ditoskan dan dah sejuk tadi ke dalam bekas tidak tumpah preferably Tupperware One Touch Canister (iklan ko jahhhh...!!!).
5. Curahkan Nestum, gula kastor dan susu tepung (optional) dan goncang-goncang-goncang sehingga seluruh popiah gunting tadi disaluti dengan campuran Nestum+Gula Kastor+Susu Tepung.
6. Makan la... apa lagi...!!!!

P/S: Saya mencadangkan kegunaan Tupperware One Touch Canister kerana ianya kedap udara (vacuum) dan tonggeng-tonggeng bekas gerenti tak tercabut penutupnya.... :D

Sebungkus kulit popiah 50 keping menghasilkan almost penuh OT Canister 4.3L.

No comments:

Post a Comment