Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Friday, July 26, 2013

JANTAN BANGSAT YANG TAK PUASA !!!!

Salam Jumaat....
Baru sempat nak update blog while boss semua keluar lunch...
Ha'ah... boss saya lelaki... dan dia memang tak puasa pun...
Sebab tu dia keluar lunch....
Tapi saya maafkan dia...
Kerana dia bukan Islam....

Yang buat aku hangin sampai ke ubun-ubun nie... adalah hamba nafsu serakah yang aku baruuuu jek nampak like 10 minutes ago selepas balik dari membeli barang-barang nak marathon buat biskut raya weekend ini.

Aku parking motor, a few meter dari sebuah Exora putih yang cun je parking senget sedikit kat depan kilang.. yang lebih elok sebab kat bawah pokok yang rendang...

Ternampak pulak seorang lelaki yang amat aku yakini seorang Melayu beragama Islam sedang duduk kat tebing tepi pokok tu... sambil sekejap-sekejap dok pandang kat aku...

What the fart...

Sebab kamu dah sibuk-sibuk terjengah-jengah tengok aku... makin kerapla aku jengah-jengah kat kamu while aku dok lock motor bagai kan...

Aku rasa-rasa aku tau... tapi aku tak nampak lagi.... until aku bergerak melangkah masuk ke pintu pakgad...

Oh! Oh! Oh!

Aku nampak dah.... !! Rupanya manusia yang aku sangkakan lelaki tu adalah Jantan Melayu Islam Edisi Bangsat Yang Sedang Enak Menghisap Rokok Di Bawah Sepohon Rendang Ketika Sahabat Sejantina dan Segama Dengan Beliau (dan seorang laki rakan beliau yang terlindung dek si Exora putih) Sedang Beribadah Fardhu Zuhur di masjid-masjid berhampiran !!!!!

Islam apakah kamu?
Manusia apakah kamu?
Di manakah rasa malu kamu kepada Allah!
Dengan aku tau ko nak sorok-sorok... dengan Allah?
Tu malaikat Munkar dan Nakir tengah enak mencatit 'amalan' kamu...
Sedar tak semua tu?

Kamu telah membebankan mak bapak kamu yang terpalit dengan dosa bodoh kamu...
Kamu jantan yang tak layak beristeri dan beranak-pinak...
Kamu sangat tak layak dihormati..atas apa yang kamu lakukan!!!!

Ada tak kamu terfikir...
Kalau Allah nak tumbangkan pokok tu atas kepala kamu ketika tu...???
Kalau Allah gerakkan Exora tu tiba-tiba buat kamu tersepit...???
Huhuhu....

2 comments:

  1. mungkin dia uzur... ataupun mukafir... ops musafir (bersangka baik...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uzur la sangat...sihat walafiat dan bugar jek rupa...maklumla x puasa... btw, kenapa perlu sorok-sorok dan menimbulkan syak wasangka?

      Delete