Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, July 31, 2013

BANYAK BETUL KEMALANGAN DEKAT-DEKAT NAK RAYA NIE

Subhanallah! Banyak betul berita kemalangan time dekat-dekat nak raya nie!!!

Sedih... pedih...!!!

2 minggu sebelum puasa, suami sahabat aku sewaktu sekolah rendah meninggal apabila motor yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah trak pikap di Nilai. Aku baru tau few days ago daripada mak... maklumla aku bukan jenis baca suratkhabar sangat macam mak aku kannnn... dan bila google, sah-sah berita tu banyak disiarkan di halaman web berita tempatan dan berita tak rasmi.

Boleh klik sini untuk berita tentang kemalangan ini.

Apa lagi aku boleh cakap..selain berdoa semoga sahabatku Nur Adilah binti Mohd Jamil diberi kekuatan bagi menempuh dugaan yang maha hebat dalam kehidupannya. Simpati sungguh aku kerana tatkala kejadian, beliau sedang mengandungkan anak yang keempat (maybe dah bersalin time nie kot) semoga suami beliau, Allahyarham Abdul Aziz bin Sabran dikurnia impahan rahmat dan ditempatkan di kalangan insan yang beriman.


Hari nie pun.. kemalangan maut di Senai. memula dapat berita dari kawan aku di IPD Kulaijaya... then berita menular di website Sinar Harian dan sewaktu dengannya.

Sedih...pilu... teringat kemalangan maut yang meragut nyawa arwah abah satu waktu dahulu...

Kali ini sebuah Honda Odeyssey, langgar pokok..then langgar pulak lampu isyarat di pembahagi jalan... Subhanallah.. Masya Allah... katanya mangsa baru pulang dari bershopping untuk raya... dan dikhabarkan juga ada kepala mangsa yang putus! Betapa kuatnya impak dari kemalangan tersebut!

baca berita kemalangan ini dengan klik di sini

gambar Odeyssey selepas kemalangan. remuk x teruk tapi mangsanya.. Nauzubillah!


Kepada semua para pemandu di Malaysia... tolonglah memandu dengan berhemah.
Bacalah doa yang sepatutnya sebelum, sewaktu dan selepas tiba ke destinasi.
Kalau drive malam-malam buta tu..baca-bacalah surah apa yang patut...
Kalau letih..berhenti kat tempat yang selamat.. tidur dulu..refresh energy...
Make sure kereta servis sebelum jalan jauh...
Bawak la pada kelajuan yang seadanya...jangan ikut darah muda atau perasan anda Sebastian Vettel mahupun Fernando Alonso...kerana anda memang BUKAN mereka...

Take care... banyak lagi raya pada tahun-tahun mendatang untuk diraikan dengan keluarga tersayang...

Tuesday, July 30, 2013

GOD'S PHARMACY IS AMAZING

Salam Selasa... kita mungkin tidak sedar yang apa yang kita makan itu menyerupai anggota badan kita, in fact memberi khasiat dan nutrisi khusus untuk anggota badan tersebut.

Subhanallah, atas kekuasaan Allah !!!


Monday, July 29, 2013

RESIPI BABY FARAH CANDY BARS

Salam mesra....!!! Amacam, dah lunch ke belum? Mestilah belum kan... maklumlah bulan Ramadhan...kecualilah siamang jantan 2 ekor yang last Friday aku nampak merokok, hari nie tadi selamba je makan nasi bungkus kat port yang sama! Geramnya... tadi aku keluar ke Tupperware Brands di BBU, bawa handphone 'sendal pintu' semata so try nak candid dorang tapi x clear..esok aku bawak kamera la keluar gamaknya... snap, uplod ke serata dunia maya... sure mereka terasa macho kan?

Stop about the siamangs... kali nie aku nak sambung resipi kuih raya ketiga yang aku buat semalam. Mengikut nama glamour dalam resipi yang aku download 4 tahun lepas, namanya Baby Farah Candy Bar. Aku tatau nama tu originate dari mana..tapi aku panggil Candy Bar sajer... resipi dan cara membuatnya sangat mudah. No tepung, no mixer needed and no baking-baking. Rasanya macam kuih bepang pun ada tapi lagi sedapla..hahaha... cenggini rupanya aku buat. Kalau ikut resipi, dia potong like bar-bar gitu...aku prefer buat potong kecik-kecik memandangkan time raya sure orang makan sikit-sikit biskut nie...bukan belasan se-bar like Snickers ke Mars ke kan?


Bahan-bahannya
1 cawan peanut butter chunky
1 cawan sirap jagung
1/2 cawan gula perang, dipadatkan
1/2 cawan gula pasir
6 cawan cornflakes, diramas
1 cawan semisweet chocolate chips
1 cawan kacang, dicincang

Cara-caranya
1. Dalam saucepan, gunakan api sederhana, masukkan peanut butter, sirap jagung, gula perang dan gula pasir. Masak sambil dikacau selalu sehingga rata. Angkat dari atas api, cepat-cepat masukkan cornflakes, chocolate chips dan kacang sambai semuanya digaul dengan sebati
2. Tekan adunan dalam loyang 9 x 13 inci yang telah disapukan dengan mentega. Potong sewaktu masih panas.

disarankan guna non-stick sauce pan sebab bila benda bergula nie dididihkan seksa nak mencuci lepas tu... aku guna periuk cap buaya..rendam semalaman esoknya baru cuci bersih! Hehehe...

review; Not bad la... senang dibuat oleh semua :-)

RESIPI POPIAH NESTUM

Salam pra-raya!

Nak share resipi kedua kuih raya yang aku buat over the weekend! Yang nie aku tk boleh nak kategorikan sebagai biskut raya sebab ianya ternyata bukan biskut! So panggil jela kuih raya walaupun takdelah rupa kuih sangat. Tak lain tak bukan Popiah Nestum.

Paling simple, paling sedap dikunyah ketika menonton TV yang ada macam-macam cerita menarik sepanjang Syawal nanti... kanak-kanak pati gilakannya penangan Nestum serta kerangupannya yang tiada tandingan!



Bahan-bahannya:

Kulit Popiah - beli yg saiz besar, pastu potong 2 or 3, gulung dan lekatkan dengan air bancuhan tepung
Nestum - aku guna non-Nestle sebab aku taknak kayakan Yahudi Zionis...boleh cari kat kedai yang menjual bahan buat kek.
Gula Kastor - blend kasi halus, jangan guna gula aising plak... tak sedap
Susu tepung - optional, aku x letak pun
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Gulung kulit popiah macam aku cakap kat atas tu, then gunting serong-serong..saiz sesukahati korang la..
2. Goreng kulit popiah tadi sehingga garing dan toskan. Tos betul2 kalau tak memang oily.
3. Blendkan Nestum dan gula kastor sehingga halus. Kuantitinya pandai-pandailah agak-agak ikut kuantiti popiah gunting tadi.
4. Masukkan popiah gunting yang dah ditoskan dan dah sejuk tadi ke dalam bekas tidak tumpah preferably Tupperware One Touch Canister (iklan ko jahhhh...!!!).
5. Curahkan Nestum, gula kastor dan susu tepung (optional) dan goncang-goncang-goncang sehingga seluruh popiah gunting tadi disaluti dengan campuran Nestum+Gula Kastor+Susu Tepung.
6. Makan la... apa lagi...!!!!

P/S: Saya mencadangkan kegunaan Tupperware One Touch Canister kerana ianya kedap udara (vacuum) dan tonggeng-tonggeng bekas gerenti tak tercabut penutupnya.... :D

Sebungkus kulit popiah 50 keping menghasilkan almost penuh OT Canister 4.3L.

RESIPI BISKUT MAKMUR KURMA

Salam Isnin Y'All.. semoga minggu ini lebih baik dari minggu-minggu yang lepas. Diam tak diam dah 20 hari kita berpuasa, bermaksud agi 10 hari je before Aidilfitri menjelma. 10 hari terakhir ini, pasti semuanya sibuk membuat persiapan untuk hari raya. Especially gaji ada yang dah masuk dan ada yang akan masuk (aku ler tu). Dan ada yang ber bo-bo-bonussss (aku tidak sekali-kali..jangan mimpi!) tetapi jangan lupa 10 hari terakhir ini, kita berpeluang untuk bertemu denganmalam Lailatul Qadar... so, busy bagaimana sekalipun, tingkatkan juga kebusyan melakukan amal ibadah...who knows rezeki kita bertemu malam 1000 malam ini... Inshaa Allah :-)

So, weekend yang lepas nie.. aku cakap dengan my Mr. Z... abang baliklah kampung, bawa Eiman settlekan kelengkapan raya dia..  Syg nak dok rumah je dan marathon buat biskut raya. Awal plan minta dia bawa Eiman je sekali just before he went ou.. Kak Long nak ikut juga..maka tinggallah aku dengan sibusukmasam Arissa spending quality time together... aku dapat buat 4 jenis kuih raya okeh! And aku tak keberatan nak berkongsi resipi setiap kuih raya yang aku buat. Tapi let me start with Biskut Makmur dulu.



Biskut Makmur nie.. sempoi giller resipinya dan 'Suitable for Vegetarian'. Sejarah awal pembuatan biskut makmur ini bermula pada tahun 1999 sewaktu aku berhari raya di United Kingdom buat kali pertama. hehe.. resipi nie aku 'cari' diinternet (masa tu Google takde lagi rasanya..hehe). Masa tu aku mencari resipi biskut raya yang paling senang nak dibuat, bahan yang sempoi simple bagai dan tak memerlukan aku guna mixer... kiranya masa tu betul2 handmade la.. masa tu aku buat guna inti kacang tanah but atas permintaan dan juga kegemaran Mr. Z adalah kurma.. maka kurmalah jadinya kali ini.

Oh FYI, biasanya aku warnakan hijau or time giler jadi biru biskut nie. Tapi this time round aku decide nak biarkan ianya natural warna tepung je... lebih healthy what.. dan kuantiti gula pun aku kurangkan sebab kurma itself dan manis kan...

Jom tengok resipinya....

Bahan-bahan:

1 cawan minyak sapi / ghee
1 cawan gula halus / gula kastor
3 cawan tepung - goreng tanpa minyak tapi jangan over goreng nanti berketul-ketul jadinya (note: lebihkan jadi 4-5 cawan pun takpe sebab nisbah 3 tepung; 1 minyak sapi nie biasanya lembik giler so kena add more tepung)
1/2 cawan kacang tanah dikisar kasar (boleh tambah peanut butter sket bagi senang gentel inti jadi melekat) ini kalau yg nak guna inti kacanglah
 Buah Kurma - potong kecil2 (aku guna Kurma Madu Yuta sebab lembut senang nak bulatkan,kalau kurma keras..lepas bakar makin keras jadinya)

Cara-caranya:

1. campurkan minyak sapi dan 3 sudu gula halus. Pukul sehingga kembang (kelasss bila teringat aku buat benda nie manually dengan tangan je dulu!)
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul dan adun sehingga menjadi doh yang lembut (boleh gentel x lembik)
3. Bahagikan adunan bulat-bulat ikut saiz yang digemari. angan besar sangat nanti time bakar, dalam dia x masak plak.
4. Ambil satu biji adunan tadi, masukkan inti kedalamnya dan bentukkan ke bentuk yang disukai. Duluuu aku buat bulat dan masuk dalam papercup. This time round, aku buat style typical...bujur mcm bola ragbi.
5. Bakar sehingga masak (150-180 darjah celcius 15-20 minit). Sejukkan dan gaul dengan gula kastor yang dikisar.

Mudah, kan? Selamat menchoba :-)

Friday, July 26, 2013

JANTAN BANGSAT YANG TAK PUASA !!!!

Salam Jumaat....
Baru sempat nak update blog while boss semua keluar lunch...
Ha'ah... boss saya lelaki... dan dia memang tak puasa pun...
Sebab tu dia keluar lunch....
Tapi saya maafkan dia...
Kerana dia bukan Islam....

Yang buat aku hangin sampai ke ubun-ubun nie... adalah hamba nafsu serakah yang aku baruuuu jek nampak like 10 minutes ago selepas balik dari membeli barang-barang nak marathon buat biskut raya weekend ini.

Aku parking motor, a few meter dari sebuah Exora putih yang cun je parking senget sedikit kat depan kilang.. yang lebih elok sebab kat bawah pokok yang rendang...

Ternampak pulak seorang lelaki yang amat aku yakini seorang Melayu beragama Islam sedang duduk kat tebing tepi pokok tu... sambil sekejap-sekejap dok pandang kat aku...

What the fart...

Sebab kamu dah sibuk-sibuk terjengah-jengah tengok aku... makin kerapla aku jengah-jengah kat kamu while aku dok lock motor bagai kan...

Aku rasa-rasa aku tau... tapi aku tak nampak lagi.... until aku bergerak melangkah masuk ke pintu pakgad...

Oh! Oh! Oh!

Aku nampak dah.... !! Rupanya manusia yang aku sangkakan lelaki tu adalah Jantan Melayu Islam Edisi Bangsat Yang Sedang Enak Menghisap Rokok Di Bawah Sepohon Rendang Ketika Sahabat Sejantina dan Segama Dengan Beliau (dan seorang laki rakan beliau yang terlindung dek si Exora putih) Sedang Beribadah Fardhu Zuhur di masjid-masjid berhampiran !!!!!

Islam apakah kamu?
Manusia apakah kamu?
Di manakah rasa malu kamu kepada Allah!
Dengan aku tau ko nak sorok-sorok... dengan Allah?
Tu malaikat Munkar dan Nakir tengah enak mencatit 'amalan' kamu...
Sedar tak semua tu?

Kamu telah membebankan mak bapak kamu yang terpalit dengan dosa bodoh kamu...
Kamu jantan yang tak layak beristeri dan beranak-pinak...
Kamu sangat tak layak dihormati..atas apa yang kamu lakukan!!!!

Ada tak kamu terfikir...
Kalau Allah nak tumbangkan pokok tu atas kepala kamu ketika tu...???
Kalau Allah gerakkan Exora tu tiba-tiba buat kamu tersepit...???
Huhuhu....

Thursday, July 25, 2013

HRH PRINCE GEORGE OF CAMBRIDGE

Introducing the beautiful baby of Duke & Duchess of Cambridge, HRH PRINCE GEORGE ALEXANDER LOUIS OF CAMBRIDGE :-)


Adorable baby boy..... I am in love!

Some funny and strange facts about the Royal Baby... I found this in Yahoo!News:

Here are 10 things you might not have known about the little future monarch:
1) Genealogists say the baby will be distantly related to Dracula, the 15th century prince who inspired Bram Stoker's famous vampire. Experts have also traced the family tree back to an Islamic sultan who is believed to be descended from the Prophet Mohammed.
2) Finland has gifted William and Kate with a special 'baby box' received by all expectant mothers in the Nordic country, which includes infant clothing, bra pads and even condoms.
3) By custom, earlier royal births were witnessed by the interior minister, in order to ensure that the heir was legitimate. Luckily for Kate, this tradition ended in 1936.
4) The baby does not necessarily need to have a surname -- but if William and Kate want it to have one, they can choose between Mountbatten-Windsor, Wales and Cambridge.
5) World landmarks including Niagara Falls, Toronto's CN Tower and the fountains at London's Trafalgar Square will turn pink or blue to celebrate the birth, depending on whether it is a girl or boy.
6) The journalists camped outside Kate's hospital are almost crying with boredom after a three-week wait, but it was a different story when William was born in 1982.
His mother Princess Diana fooled the press by telling them her son was due on July 1 -- he arrived 10 days earlier, catching the newspapers completely off guard.
7) You can place your bets on everything from the baby's name to what its hair colour will be. The bookmakers' favourite names are Alexandra for a girl and George for a boy.
But you could win big if William and Kate opt for one of the unlikelier choices -- Prince Wayne, for example, has odds of 500/1.
8) The baby already has its own Wikipedia page -- "Child of the Duke and Duchess of Cambridge".
9) Former Australian prime minister Julia Gillard has knitted a kangaroo for the baby.
10) Football superstar David Beckham has suggested that the royal couple should name their baby after him. "I think they should go for David," he said in an interview this week, adding: "If it's a boy."

Wednesday, July 24, 2013

JOM INTAI-INTAI HRH (TO BE NAMED) PRINCE OF CAMBRIDGE !!!

Taksublah sangat ngalahkan rakyat Britain la pulok... hehehe... mana ada ler... I am always happy bila new baby is born.. tak kira la siapa... sebab sangat comelll.... sangat bau syurga....

So semalam aku ada share pasal kelahiran pewaris takhta Kerajaan Britain, iaitu putera kepada Prince William dan Kate Middleton... awesome! Hari nie boleh geledah internet dan banyak giler gambar diorang... you can see the glow of happiness and delighted from the face of new parents... in fact Kate tak nampak macam orang lepas veranaks pun except of the post-natal bump on her tummy...

Let's read....

Sumber:
http://www.huffingtonpost.com
http://www.themalaysianinsider.com


Britain's Prince William and his wife Kate Middleton proudly showed off their newborn baby son to the world for the first time yesterday, cradling the future king in their arms as they left hospital to go home.

A smiling Kate told the massed ranks of international media that motherhood was "very emotional", while William said they were still choosing a name and joked that he already changed the baby's nappy.



The new third-in-line to the throne raised a tiny hand above his white blankets but remained peaceful, despite deafening cheers from well-wishers and the shouts of photographers outside St Mary's Hospital in London.


"It's a special time," said the 31-year-old Duchess of Cambridge, who was wearing a cornflower-blue dress with her brown hair flowing loose. "I think any new parent would know what this feeling feels like."



The duke, also 31, told reporters that "he's got her looks, thankfully" as Kate playfully demurred, then added: "He's got a good pair of lungs on him, that's for sure."

The royal baby's birth at 4:24pm (10:24pm,Malaysian time) on Monday sparked a global media frenzy, fuelled by the fascination that has surrounded the couple ever since they married in April 2011.



Congratulations have poured in from around the globe for the baby, a great-grandchild of Queen Elizabeth II, who is will one day reign over Britain and 15 other Commonwealth realms around the world.

Kate initially held the baby as the royal couple emerged from the front door of the hospital's exclusive private Lindo Wing, before passing him to her husband, who was dressed in a blue shirt and jeans.



The scene was reminiscent of when William was introduced to the world by his parents Prince Charles and the late Princess Diana outside the same hospital wing in 1982.

Balding William joked that despite the baby boy's own thin coating of hair "he's got way more than me, thank God".

Asked about changing the nappies of his son, who weighed in at a healthy eight pounds six ounces (3.8 kg) when he was born, the prince said: "We've done that already."

"He's done his first nappy already," added Kate.

The traditional names George and James have been favoured by bookmakers as fit for a king, but the royal couple gave nothing away.



"We are still working on a name, so we will have that as soon as we can," William said.

After speaking briefly to the press, the royal couple re-emerged from the hospital with their son in a car seat before driving back to their home at Kensington Palace.

Kate's sister Pippa was reportedly waiting for them at the palace.

Hordes of journalists had camped outside the hospital for three weeks waiting for the baby, testament to the enduring appeal of the British monarchy and particularly the glamorous William and Kate.

There was a brief fracas when a young man tried to burst through the press pack to get closer to the action, and was dragged away, kicking, by a policeman, according to an AFP photographer.

Cannon fire salutes rang out yesterday at the Tower of London and Green Park in celebration of the royal birth, while the bells at the 11th century Westminster Abbey pealed across the capital for three hours.

The couple had earlier received their first visitors when Kate's parents Michael and Carole Middleton, self-made millionaires who run a party supplies business, arrived in a humble black London taxi.

"He's absolutely beautiful. They're both doing very well and we're so thrilled," a beaming Carole Middleton said afterwards.

Charles arrived around two hours later with his second wife Camilla in a chauffeur-driven limousine.

"Marvellous, thank you very much, absolutely wonderful," said Charles.

At Buckingham Palace, crowds straining for a glimpse of the official birth announcement on a gold easel in the forecourt were treated to a special edition of the Changing the Guard ceremony featuring the Cliff Richard song "Congratulations."

The baby will be titled His Royal Highness, Prince (name) of Cambridge - the blank to be filled in when his name is announced.

William's name was not announced for a week, while the world had to wait a whole month when Charles was born in 1948.

William and Kate did not know the sex of their child until he was born, although the duchess reportedly told a soldier at a St Patrick's Day parade in March: "I'd like to have a boy and William would like a girl."

It is the first time since 1894 that three direct heirs to the throne have been alive at the same time, and the 87-year-old queen said she was "delighted" at the birth of her third great-grandchild, reportedly telling a guest at a palace function that "the first born is very special".

William and Kate are hugely popular and have been widely credited with revitalising the British royals following decades of scandal and the death of William's mother Diana in a car crash in 1997.

Intriguingly, Indian astrologer Raj Kumar Sharma predicted a political future for the new arrival.

"Maximum by 2044 he may make politics a career and start contesting elections," he said. "I'm seeing very strong changes in the monarchy."

US President Barack Obama led the international messages of congratulations, which also poured in from Australia, New Zealand, Canada, France, Israel, Japan and Singapore. - AFP, July 24, 2013.


Tuesday, July 23, 2013

TEPUNG PELITA YANG AKU IDAMKAN SEJAK PUASA TAHUN 2009

Alhamdulillah... Ya Allah, Alhamduillah!

What else I can say... dari mengandungkan Arissa sampai la Arissa dah dkt nak masuk 4 tahun, finally aku bertemu dengan kuih Tepung Pelita Asli...and what I mean by Asli adalah ianya comel dan berbau harum di dalam kelongsong daun pisang yang sangat 'RARE' pada zaman moden ini!

Well, not so 'asli' sebab daun pisang tu distapler instead of guna lidi. Dan untuk keselamatan dari tertumpah, peniaga terbabit lapiskan kertas minyak di luar kelongsong daun pisang tadi.

Yang penting memang rasa sedap, harum..dan sempurna serba serbi!
(Maaf! Tapi aku tak beli Tepung Pelita dalam bekas plastik or Daun Pandan. Daun Pandan tu kelongsong untuk Kuih Tako yer, bukan Tepung Pelita!)


Nyum nyum nyum...!!! Aku tak pernah buat kuih nie... kalau Kuih Tako pernah lar.... maybe I should try once... tunggu ada stock daun pisang!


Tekstur yang melambangkan kelembutan, keenakkan dan ketangkaplelehan Tepung Pelita ini.... sedap tak terkata. tepung Pelita adalah kuih wajib bulan Ramadhan yang kini berada di ambang kepupusan.


Sesudu Tepung Pelita yang menyelerakan..lebih menyelerakan dari Kenny Roger Roaster, mee bandung, mee kari dan sebagainya!

Ingat nak buat pembelian lagi hari nie tapi Mr. Z baru sms ajak gi Jusco Bukit Indah...takperlah Inshaa Allah esok masih ada :-)

IT'S A BOY FOR PRINCE WILLIAM AND KATE :)

source: http://news.sky.com

Dah bercucu dan Prince Charles, apabila menantu baginda Duchess of Cambridge Kate Middleton selamat melahirkan bayi lelaki di St. Mary's Hospital pada jam 4.24PM (GMT) semalam :-)

Malas nak translate ke Bahasa Melayu...dan aku amik point penting jek... anyway, let's read further (news lengkap boleh pergi website kat atas tu):


The Duchess of Cambridge was hoping for a son and her wish has come true, after she gave birth to a baby boy at 4.24pm.

The Duke of Cambridge was present for the birth of his son who weighed 8lbs 6oz. "We could not be happier," he said in a statement.

"Her Royal Highness and her child are both doing well and will remain in hospital overnight," Kensington Palace said in a statement.

Royal fans outside St Mary's Hospital rejoiced on hearing the news
In a touching statement, Charles said: "Both my wife and I are overjoyed at the arrival of my first grandchild. It is an incredibly special moment for William and Catherine and we are so thrilled for them on the birth of their baby boy.

"Grandparenthood is a unique moment in anyone's life, as countless kind people have told me in recent months, so I am enormously proud and happy to be a grandfather for the first time and we are eagerly looking forward to seeing the baby in the near future."

The London Eye and the Trafalgar Square fountains light up in celebration



It is understood the Queen was informed of the birth in a phone call from William, though the Royal Family will not visit the hospital as it demands an extra level of security which could cause disruption.

Her Majesty arrived back at Buckingham Palace this afternoon after spending the weekend at Windsor Castle.

A beaming David Cameron declared the birth "an important moment in the life of our nation".

Speaking outside 10 Downing Street, the Prime Minister said: "It is wonderful news from St Mary's, Paddington and I am sure that right across the country, and indeed right across the Commonwealth, people will be celebrating and wishing the royal couple well.

"It is an important moment in the life of our nation but, I suppose, above all it is a wonderful moment for a warm and loving couple who have got a brand new baby boy.


The notice that delighted the nation was placed on the Palace forecourt
"It has been a remarkable few years for our royal family - a royal wedding that captured people's hearts, that extraordinary and magnificent jubilee and now this royal birth - all from a family that has given this nation so much incredible service."

Confirmation of the Royal birth arrived by car in the form of an official statement, carried by the Duke and Duchess of Cambridge's press secretary.

The statement, on Buckingham Palace headed paper, was brought out for public inspection on the easel by Badar Azim, a footman with the Royal Household, and Ailsa Anderson, the Queen's press secretary.

It was signed by the Queen's gynaecologist Marcus Setchell, who led the medical team that delivered Kate's baby.

A Town Crier outside St Mary's Hospital announced the birth to the crowd



The crowd at St Mary's react with joy after news of the heir was confirmed

Royal watchers at the Palace celebrate after the 12-hour wait for the news


There were three cheers of "hip hip hooray," as the crowd outside the palace gates swelled to more than 10 deep.

Many had been waiting patiently for confirmation of the birth ever since news broke of the Duchess going into labour this morning.

Well-wishers from around the globe rejoiced as news of the birth of the royal baby spread.

Foreign Secretary William Hague said: "My warmest congratulations to the Duke and Duchess of Cambridge.

"Wonderful news and a happy moment for our country and Overseas Territories."

The new royal baby is third in line to the throne and a future king. A great-grandchild to the Queen - her third - the newborn will also one day be crowned sovereign.

If the baby follows after the Prince of Wales and the Duke of Cambridge as king, he will be the 43rd monarch since William the Conqueror obtained the crown of England.

The baby's uncle, Prince Harry, now moves to fourth in line to the throne, while the Duke of York shifts down to fifth and Princesses Beatrice and Eugenie to sixth and seventh place.





Monday, July 22, 2013

I AM CRAVING FOR....

Last month, sewaktu Tupperware Team Meeting... leader group aku a.k.a Auntie Aida Abd Hamid telah membuat meeting sambil lunch di Restoran Sharin Low BBU, Johor Bahru.

As a kaki makan yang suka chinese food... the menu were awesome!

Restoran Sharin Low nie bagi aku memang agak mahal la... and hari tu plan nak dinner dengan Mr. Z dan anak-anak di sana pada 7 Julai 2013 bersempena birthday beliau malangnya keadaan tidak mengizinkan kerana kereta brokedown :-(

Maka terpending dan tertangguhlah nawaitu nak memenuhi kehendak nafsu makanku yang dah terpahat kat menu Sharin Low nie....

Menu dia mmg macam-macam dan memang sedapla sangat...

But these two..... nie dua kat bawah nie... memang sedap giller! Wwwwaaaa.......

Cepatlah gaji !!!


Yang atas tu Baby Buncis Goreng Telur Masin. Yang bawah tu plak Honey Baby Crab...... !!!!!

Sedap kan? 

CHICKEN CHOP RM5.00 ???

Yer... mata anda tidak salah mahupun silap... Chicken Chop RM5.00 !!! Yes... RM5.00 sahaja takde Govt. Tax dan takde service charge! l i m a  r i n g g i t  s a h a j e r k ! ! !

Yessss...saya memang tengah lapar... tapi saya mahu share juga pasal Chicken Chop RM5.00 ini!

Aku tatau kat tempat korang ada tak... tapi kat Johor Bahru.... ada! In fact sangat la femes... Personally aku x pernah lagi pergi ke restoran berkenaan tapi adik aku pernah belanja aku makan dengan kaedah bungkus dan bawa balik a.k.a 'tapau'. Hehehe...

Yang nie ...yang slurpppp menyelerakan ini adalah Chicken Chop RM5.00 kat Hutan Bandar JB ataupun cawangannya kat sebelah TNB Johor Bahru (Jalan Ayer Molek kot nama dia tak berapa nak sure)


Dah nama pun Chicken Chop, memang enak di makan ketika panas la kan... kalau selalu Chicken Chop mahal-mahal diorang bagi bahagian peha... Chicken Chop Mampu Beli ini bagi daging ayam solid... kalau mengikut teksturnya bahagian dada gitu... dan it is completely boneless. NYUM!!!

And bulan Rmadhan yang mulia nie, aku jumpa another versi of Chicken Chop RM5.00 di pasar ramadhan berhampiran dengan rumah aku. Walaupun tak se-ohsem di atas, tapi yeah.... aku still suka... and semalam buat kali kedua aku beli untuk berbuka. Kekurangannya dari segi sos dan tepung goreng ayam la... tapi bagi aku yang bukan jenis cerewet bab makan nie.... OKKKK JERRRRRRRRRRR.....


YUMMEH!

Peringatan: Jika tekak anda adalah tekak diva atau VVIP bagai, anda tidak dibenarkan mencoba Chicken Chop RM5.00 ini... Chicken Chop ini versi sempoi untuk tekak-tekak sempoi seperti aku dan mereka-mereka di luar sana sahaja :-)

PROJEK TERRARIUM AKUA KAK LONG

Apakah itu Terrarium Akua?

ENTAH! Itulah jawapan aku, sebelum aku google untuk memahami apa sebenarnya Terrarium. Kalau Akuarium tu aku tau la... jadi, bila Kak Long buat projek potong botol air mineral 1.5L dan minta Ayah belikan pokok hiasanlah, batu kaler-kaler la... aku ingatkan dia nak buat mini akuarium... bila bukak buku Dunia Sains Dan Teknologi Darjah 3, maka itulah buat pertama kali seumur hidupku aku tau ada sebuah perkataan bernama TERRARIUM!

Ini dia definisi Terrarium yang aku jumpa dengan bantuan Pakcik Google:


Boleh google untuk cari definisi dalam Bahasa Melayu, but in a very simple explanation Terrarium nie bekas transparet yang kita tanam pokok, letak la ikan ke apa ke untuk hiasan... something like that lar...

Kak Long merealisasikan projek Terrarium bersama Ayah. The outcome is really not bad despite of using botol air mineral jek :-)


Comel giller dengan ikan Guppy yang meninggal within 24 hours! Hehehe...but honestly sistem kurikulum sekolah rendah now memang hebat dan mencabar dan sangat-sangat menguji kreativiti murid-murid.

Semoga Allah memudahkan Kak Long dan seterusnya Eiman dan Adik dalam mengharungi kehidupan sebagai pelajar kelak :-)

Friday, July 19, 2013

PEDOMAN BUAT UMAT ISLAM DAN MELAYU

Perkongsian dari post yg disharekan oleh kawan kat Facebook.

Renungkan dalam-dalam yer...jangan setakat baca jek!

Kisah 1:

Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?

Jawapan cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."


Kisah 2:

Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."


Kisah 3:

Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya 20 ribu . Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina . Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu .

Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."

Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai , tak malu meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu , malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih ?

Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar ….

AMALAN HARIANKU KETIKA MEREMPIT !!!

Salam Jumaat Y'All.... Semoga all of us mendapat keberkatan daripada Allah SWT, Inshaa Allah. Jom kita bersedekah hari ini... berlipat ganda pahala okay.. dahlah Jumaat, bulan Ramadhan plak tu.... lai lai lai !!!

So today, I feel like sharing apakah amalan yang aku buat everyday masa merempit ke opis! Somehow, before this I just do nothing other than menunggang motor je lah kan... until tiba-tiba Allah gerakkan hati aku... daripada aku menunggang motor and do nothing, why not kita bersedekah dan beribadah walaupun ketika menunggang motor!

It may sounds funny to some... but for me, Alhamdulillah... ini telah menjadi amalanku since aku tak ingat biller... and in fact sewaktu aku tergolek hari tu.. aku sedang berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Before aku teruskan, if ada readers yang baca post nie (kalaulah ada.. I am not a famous blogger pun kannn...), nawaitu aku tak lain tak bukan hanyalah FOR SHARING ONLY! Aku takde mengatakan yang aku nie sangat lah baik or nak tunjuk baik sampai atas motor pun nak beramal soleh. Honestly, I am just a normal Hamba Allah who is trying hard to be a better person. That's all :-)

Okay.. first. Bila kat atas motor kita memang takde buat apa selain konsentrasi kepada pemanduan. Takde radio nak dengar or nak bukak DVD ke VCD ke macam dalam kereta. Kalau membonceng kat belakang pun, how do you expect to bersembang dengan orang kat depan, right? So, masa kat atas motor nie... we are free. Masa ini lah amat sesuai untuk membuat sedikit ibadah.

These are what I am doing:

Membaca dan Menyedekahkan Al-Fatihah Sebanyak 7 Kali

Why 7 kali. Okay, sebab aku sedekahkan kepada 7 bahagian. Ini aku belajar semasa attend kem yang Kak Long pergi tempohari. Sedekahkan Al-Fatihah, spesifikkan kepada siapa kita nak sedekahkan. So, 7 kali Al-Fatihah aku adalah untuk:

1. Junjungan kita, kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W
2. Mak, Puan Normah Binti Samin
3. Arwah Abah, Haji Shaharuddin bin Haji Hassan
4. Anak-anak: Nur Anis Suraya, Muhammad Adam Eiman & Nur Arissa Suraya
5. Suami: Mohd Zamzuri bin Taslim
6. Diri sendiri: Norafesa binti Shaharuddin
7. Seluruh makhluk Allah di dunia ini: Manusia, pokok-pokok, tanah, batu, awan, air, api etc etc etc...

Sedekah Al-Fatihah, it won't cost you a penny pun, tapi menambah pahala dan darjat di sisi Allah dan makhlukNya :-)

Istighfar - Memohon Taubat dan kemaafan Dari Allah SWT


Yes.. atas motor pun boleh bertaubat. Kekangan masa mungkin tidak mengizinkan nak bersolat sunat Taubat selalu... jadi, dapat beristighfar pun Inshaa Allah okay... at least I am doing something for my own good :-)

Unlimited Selawat ke Atas Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W


Semenjak daripada aku menghadiri Seminar Hidup Luar Biasa, tempohari... aku memang cuba berselawat setiap hari sebanyak-banyak yang mungkin. Selawat akan meningkatkan darjat kita. Let me share antara kelebihan selawat. Banyak lagi sebenarnya but this is what I copied from Google.

Kelebihan berselawat ke atas nabi

1. Selawat merupakan bentuk ketaatan kepada perintah Allah swt. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadaNya!” (Al-Ahazab:56) – sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah s.a.w bererti telah mentaati perintah Allah s.w.t.
2. Mendapat 10 kali selawat dari Allah bagi orang yang berselawat sekali untuk Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan memberikan balasan selawat kepadanya sepuluh kali.”
3. Diharapkan dikabulkan doa apabila doa itu didahului dengan selawat. Sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap doa itu dihalang hingga diucapkan selawat kepada Rasulullah s.a.w.”
4. Mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w jika mengucapkan selawat diiringi dengan permohonan wasilah kepada Rasulullah s.a.w.
5. Selawat merupakan sebab diampuninya dosa-dosa dan diangkatnya darjat. Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang berselawat kepadaku dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat kepadanya (sebanyak) 10 kali dosanya dan diangkat 10 darjatnya.”
6. Selawat merupakan sedekah atau zakat. “Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih)
7. Sesiapa yang membaca Al-Quran dan melafazkan selawat secara lalai, Allah masih memberi gandaan pahala setinggi bukit dan malaikat masih mendoakan si pembaca.
8. Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
9. Memperolehi ucap selamat dari Allah s.w.t.

So, that's all. 3 amalan harian aku yang utama ketika merempit ke opis.
Actually aku ada juga topup dengan perkara-perkara lain tapi yang tiga ini akan aku amalkan secara konsisten selain amalan zikir sampingan yang lain.

And this is not limited untuk naik motor only ya. Naik basikal, kereta, lori, ataupun ketika memandu kapal terbang mahu pun keretapi...sesiapa boleh lakukan di mana jua Inshaa Allah :-)

Jom perbaiki amalan sampingan kita bersama-sama :-)

Thursday, July 18, 2013

MY NEW CACTUS

Masa zaman sekolah rendah dulu, aku memang suka menanam pokok.

Aku sukaaaa pokok... masa tu aku tinggal kat Muar dengan Arwah Ucu dan Arwah Atok.

Aku tanam sayur-sayur siap ada batas.. hehe...

Bila dah usia bangka nie.. malas la plak.. sebab macam banyak lagi benda nak difikirkan dan diuruskan...

Kesian suami saya yang lebih 'lady' daripada saya dalam bab dekorasi dan landskap rumah nie.

Hari nie, time lunch tadi aku pergi nursery
Nursery bunga ya bukan Taska... heeee....

Tujuannya untuk mencari pokok kecik-kecik, for projek Dunia Sains & Teknologi Kak Long.

Huhu...cari punya cari.. terfikir plak nak beli seketul dan bela dalam opis nie...

Apa lagi pilihan yang ada... Kaktus lah!

Sebab kaktus not fussy, takde sampai kena siram hari-hari...

DANNNN.... sebagai simbol 'LEAVE ME ALONE, I KNOW WHAT I AM DOING' dan 'GET THE HELL OUT OF MY LIFE' ...aku cari yang berduri baik punya....

Sumpah kalau aku baling kat those buggers... sure menyeringai mcm kena baling tulang ikan todak!

My name is CACTUS... Call me Cathy :D
durinya memang tajam dan keras macam tulang ikan - for real !!!

ISU MURTAD DI MALAYSIA - TOLONG BACA DAN SEBARKAN!

Sebuah perkongsian dari artikel yang saya perolehi dari wall Bidadari Firdausi di Facebook.

Artikel ini memang panjang, tapi aku rayu... BACALAH SAMPAI HABIS!

Renungkanlah, semoga kita sedar dan bertindaklah sekarang sebelum terlewat. Things are getting serious now!


Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk p ermohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ....


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

‪#‎kawan‬-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah..

BISKUT RAYA NYUM NYUM (MAKANAN LAGIK!)

Aiseh... jangan lah marah sebab hari nie asyik post pasal makanan semata-mata :-)
Nawaitu di hati sekadar untuk berkongsi, bukan menunjuk-nunjuk etc...
Memandangkan Aidilfitri akan menjelma tak lama lagi.... korang dah buat / beli biskut raya ke belum?

Kalau ada yang berada di sekitar Johor Bahru / Pasir Gudang / Kulaijaya / Kota Tinggi / Muar yang berminat nak beli biskut raya jom tengok nie:


NYUM NYUM NYUM !!! CONFIRM SEDAP TAK HENGAT !!! DAH BERTAHUN-TAHUN DAH AKU BELI BISKUT DARI MEMBER AKU NIE :D

Memang sedap giller especially Kenari dengan Balqish tu. Aku dan anak-anak dah bedal satu botol dah Kenari. Unfortunately, order untuk Kenari dah tak diambil sebab melimpah ruah order sampai x dapat nak buat dah! Yang lain-lain masih dibuka sehingga minggu depan.

Sila sms / whatsapp or PM inbox Facebook aku kalau nak.

Aidilfitri tidak sempurna tanpa biskut raya.....

MENU BUKA PUASA SEMALAM

Aku pesan kat Mr. Z ... time aku MC nie, walaupun aku sakit, aku tetap nak masak walaupun selow-selow dan macam siput. Maklumla..tangan kanan sakit... and unlike him, I am a right-handed.

Malas lar nak makan kat kedai... dulu-dulu memangggg la sangat-sangat malas nak masak walaupun tau masak. Bulan puasa, mata macam dah glued to pasar ramadhan. Pilih pilih pilih... tabur tabur duit... lalalalalaa..

Tapi tahun nie memang mood memasak dan bertopupkan sikit-sikit menu pasar ramadhan. Bukan Mr. Z tak pernah ajak gi buka kat kedai time aku MC..tapi aku cakap takperla.. tunggu time aku dah naik kerja, yang memang sah-sah aku tak sempat nak masak sebab sampai rumah dah dekat pukul 7 malam... masa tu bolehla makan kat kedai.

So, semalam... Alhamdulillah aku masak lagi :-)

Kadang-kadang aku rasa masak simple-simple lagi berbaloi daripada masak grand-grand.... macam malam tadi... menu aku sempoi giller... but it was a hit for my kiddos especially Eiman!


Menu malam tadi:
- Nasi Putih
- Ayam Masak Merah
- Kacang Buncis Goreng Dengan Telur
- Maggi Goreng Berdaging
- Nasi Himpit Cecah Kuah Kacang (ni baki kuah satay hari sebelumnya.. Sayang woo nak buang, some more anak-anak suka makan nie)
- Cookie Crisp a.k.a Koko Krunch - untuk anak-anak jek
- Cream Puff Verbena
- Air Cikong Sejuk - pun baki semalam beli kat pasar ramadan x minum lagi
- Teh O Suam

Anak-anak kejarkan makan cereal, maggi goreng dan nasi himpit

Anak nombor 2 aku, si Muhammad Adam Eiman yang cerdik tu... MAKAN SEMUA DI ATAS

Happy tengok anak suka makan :-) Puas !!!

KAK LONG MINTA CUPCAKE PARAM, AYAH BELIKAN CAKE BAKERY

Salam Kemesraan...

I am back and blogging from my desk in my office at this V Berhad. Huhuhu... Don't talk about mood and effort to do my work because all I can say is segalanya di skala negatif! Yes... my heart has actually gone far far away from here... I just don't have interest to work with this electronics kind of thing anymore!

Ok.. I know.. boring cakap pasal tekanan. Jom cakap pasal MAKANAN! Hehehe... Sepertimana dalam post sebelum ini, aku MC kan. So kelmarin (Selasa) aku ajak Mr. Z bawa anak-anak ke Pasar Ramadhan so that mereka boleh pilih apa yang diorang nak makan untuk berbuka puasa. Kak long & Eiman memang puasa. Arissa tu tidak la kan... Mcm biasa.. semua rambang mata (aku pun!) Hehe... dalam hujan renyai-renyai tu kami beli seadanya. Kak Long nak cupcake, tapi aku cakap makanan dah banyak sangat. Kita beli esok je lah... anak yang baik seorang nie akur.

Nak jadi cerita...semalam aku memang plan nak pergi belikan cupcake idaman Kak Long. Kesian dia kan... sabar je dia... sekali semalam hujan selebat-lebatnya. Interview aku ke mana (opppsss...), cupcake ke mana. Until pukul 5 lebih, Mr. Z baru tiba dari Kota (buat roadtax dan insuran kereta)...hujan masih lebat. Masa dia kat dapur, aku cakapla hasrat di hati Kak Long.. "Anis demand nak cupcake kat pasar ramadan semalam, tapi hujan plak!" dan si kecik Arissa pun dah dekat seminggu menuntut Koko Krunch... yes, anak-anak aku memang suka makan cereals... tataula genetik dan DNA mana tah datang... so tak lama lepas tu hasben aku nie pun keluar kata nak gi amik anak-anak kat nursery.

Lama gilerrr keluar! Sampai-sampai rumah je tengok Arissa membimbit Koko Krunch dia... bukan Koko Krunch pun...nie yang rupa dia mcm cookies tu..tak kisah la kan... bagi anak-anak aku semua jenis cereal adalah Koko Krunch! Tak sempat tunggu waktu buka dah Arissa dan dan tu jugak makan ... 2x tambah... nak tambah lagi...betul2 dia talanya! Akak dengan Abang dia pandang jek... mujur hasben tahan kalau tak sah tak merasa yang berpuasa tu!


Serius macam pelik bila anak-anak makan benda nie time buka puasa.... Tapi.. balik kepada story kek tadi... tergezut aku masuk dapur ada superyummydelicious cake Mr. Z beli!


Sedap giller tak ingat dunia...

Aku rasa nie Tiramisu Cake nie...

I couldn't ask for more!

Terliur plak... haishhhhh..!!!!

Wednesday, July 17, 2013

SUP MAKARONI AYAM



Salam kehujanan di petang Rabu eksklusif dari Bandar Putra Kulaijaya.
Saja je mention sebab nak tunjukkan yang post ini ketika aku MC dek kerana minor accident 2 hari lepas. Tak larat nak update belog since accident tu sebab tangan kanan sakit giller. Alhamdulillah hari nie aku dah bukak balutannya, luka dah kering and I feel lots better walaupun badan masih sakit-sakit lagi... :(
Dah lama tak post pasal masak-masak, so sebelum aku melangkah masuk ke dapur untuk menyediakan juadah iftaar hari ini... aku nak kongsikan sebuah resipi yang saaangat mudah dan yang anak-anak aku tiga-tiga suka makan. Actually, aku masak ni semasa 1st Ramadhan.. nie baru sempat nak share. Hehehe...

Note: kuantiti belasah je la ye mengikut kesesuaian jumlah perut yang nak di isi. Hehe...

Bahan2nya:
Makaroni - tak payah rebus dulu
Ayam - amik bahagian isi dan potong dadu
Bawang putih - pecah2
Lobak merah - potong dadu
Kobis bunga - potong kecil
Kentang - potong dadu
Secukup Rasa
Serbuk lada sulah
Air secukupnya
Tepung gandum untuk memekatkan kuah

Optional:
Daun sup dan bawang goreng for garnishing

Cara menyediakan
1. Tumis bawang putih sampai naik bau
2. Tambahkan ayam. Masak dgn api sederhana sehingga ayam masak
3. Masukkan sayur-sayuran, goreng dalam 1 minit
4. Tambahkan air - lebih enak mantop kalau guna air rebusan ayam, tapi aku guna air jek sebab kan tadi ada ayam dah tumis awal2...so rasa ayam tu tetap kuat dan sedap.
5. Masukkan makaroni. Tambahkan Secukup Rasa or Garam or Pasti Sedap dan serbuk lada sulah untuk perisa. Tambah juga tepung gandum anggaran sesudu besar untuk bagi sup pekat melekat.
6. Renih hingga makaroni masak.
7. Hidangkan dgn daun sup dan bawang goreng jika suka (anak aku tak suka sangat sbb tu gambar togel..hehe)
8. Sesuai di makan begitu saja or cecah roti.
Sekian.
P/s : Anak2 aku makan sup nie sampai ke sahur next day. Actually it is good to eat soupy meal semasa Ramadhan bg menggantikan kehilangan air dari badan.

WORDLESS WEDNESDAY - KENAPA AKU MENGHILANG!

Wordless la sangat...
I was involved in an accident on the way to work last Monday.
I suffered with minor injury and recovering.
Esok dah naik kerja pun.... :-(

Friday, July 12, 2013

PUASA BUKAN SEKADAR MENAHAN "ANGRY" TAPI....


MIAHAHAHAHAHA.... BETUL LAH TU KAN? kepada yang ada "bird' je lar..... :p