Salam Isnin Y'All...
Dah nama pun Isnin, memang masuk-masuk je office terus busy giller... cuma right now mata aku terasa sangatlah berat... maklumla after lunch, so aku take five la sekejap... It's a wet Monday in JB... keluar dari rumah tadi hujan renyai-renyai di KulaiJaya, and sampai je ke tol Kempas... selebat-lebatnya...!!! And hari ini I decided to go to work by motor jek. Jimat kan... malas nak naik kereta walaupun Mr Z ada ajak... I have my own good reason untuk menaiki motor hari ini... nak citer in details ke? Tak perlulah! But trust me..it is a positive reason...
Hari ini aku rasa macam nak bercerita tentang diri sendiri lah... hmmm... mcmana yer nak mula..okeylah macam nie... sebagaimana setiap manusia yang dijadikan oleh Allah SWT, kita bersifat subjektif. Setiap manusia itu unik tetapi yang pasti ada kekuatan, kelemahan, kebaikan dan kekurang. Aku juga begitu... Aku tak malu nak mengakui bahawa sesungguhnya sebagai seorang Norafesa Binti Shaharuddin, aku adalah makhluk penuh kelemahan. Aku manusia yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan, aku manusia yang banyak dosa-dosa silam dan terbaru dan terus akan membuat lebih banyak dosa dan pahala selagi hayat dikandung badan... aku mengaku okay.. dengan seikhlas dan sejujur hati...
Dan bohong yang teramat sangat lah jika aku mahu terus ditakuk yang sama selama-lamanya. Fitrah manusia cintakan kebaikan, keindahan... siapa yang mahu jadi jahat, kan? Dan kerana itu aku mahu berubah.. menjadi Eycha yang lebih baik... ianya hadir daripada kerelaan sendiri, bukan paksaan...
But why..?? Why suddenly...?? Kenapa tiba-tiba aku berfikiran begitu..?? Nope..this is not a sudden thing okay... lama sudah sebenarnya aku memikirkan perkara ini.. cuma as a tuan badan, aku tahu capability aku sendiri... firstly, segala perubahan ke arah positif itu biarlah dilakukan seikhlas hati dan mengikut my own phase tanpa ada paksaan dan pengaruh luar. I tell you, aku bukan jenis suka dipaksa-paksa. Aku akui, bukan senang nak tegur aku... bukan mudah aku nak terima. Yes..betul..!! Why..?? Because cara yang tidak tepat...yang tak kena dengan cara aku... how aku nak accept? Tapi... tak semua teguran aku x terima... being friends with rakan-rakan sejantina dengan aku... melalui pelbagai perbincangan samada secara online atau offline... melalui teguran secara tidak langsung (kiranya rasa tersindir la lebih kurang) dari rancangan-rancangan berbentuk motivasi dan keagamaan di TV dan radio, membuatkan aku tersentak dan malu sendiri..dan ianya mendorong aku untuk membuang sikap-sikap buruk..dan menuju arah yang lurus... Insya Allah...
Banyak benda aku nak ubah... Firstly is SOLAT. Yup..biarlah kalau ada org yg baca belog aku yang x seberapa nak hidup ini, aku tak malu nak mengaku yang solat aku tunggang-langgang. Tidak sempurna 100%... untuk mengecapi nikmat khusyuk itu agak payah... bila dapat solat terkejar-kejar pula... ini benda pertama aku cuba nak ubah. Untuk melengkapkan solat yang tidak lengkap... untuk mengkhusyukkan solat yang tidak khusyuk... untuk memperbanyakkan zikir dalam hidup seharian... kerana aku yakin, bila solat itu sempurna, segala kepincangan dalam hidup aku Insya Allah akan diperbetulkan dengan sendirinya :) ouhh... paling penting sakit 'M' kena diubati.... Ya Allah, aku yakin Engkau akan membantuku :)
Second third fourth fifth sixth seventh and so on.... banyak harus aku ubah... di antaranya:
~ aku ingin menjadi insan yang lebih positif -> actually I have already started this... thanks very much kepada rakan taulan yang memberi suntikan POSITIF dalam hidup aku... siapa kata Facebook itu negatif? Alhamdulillah aku dapat menggunakannya untuk mencari inspirasi bagi menjadi Eycha yang positif.
~ aku ingin menjadi Eycha yang lebih sabar... yup, aku akui sifat panas baran itu memang ada dalam diri aku... kesian kat anak-anak... aku kena jaga mulut aku baik-baik, better diam dari menuturkan kata yang tidak elok terutamanya di depan anak-anak... aku mesti mulakan SEKARANG...!!!
~ aku nak jadi lebih bersyukur. Let me tell u, aku bukan jenis manusia yang cerewet atau perfectionist... sikap aku lebih kepada 'menerima seadanya' and don't ask for more... or senang citer.. cepat puas hati lah... untuk bersyukur, ianya bukan menjadi masalah besar bagi aku. I have learn a lot dari pembacaan aku dalam Majalah Solusi malam tadi.... Alhamdulillah... Solusi is my new 'friend' now, ke arah menjadi Norafesa yang lebih baik....
Aku berdoa dengan rasa rendah hati semoga Allah mempermudahkan perjalanan aku untuk menjadi Eycha yang lebih baik... Amin... :) Dan semoga dikuatkan hati aku untuk menempuhi dugaan yang pastinya akan bertamu saban waktu... Thanks again to my female friends yang banyak memberi inspirasi untuk aku menjadi seorang yang lebih baik dari hari semalam... love you all, hanya Allah yang bisa membalas kebaikan kalian...
....."BIARLAH AKU MISKIN HARTA, ASALKAN KAYA HATI"..... segalanya nawaitu aku adalah KERANA ALLAH TA'ALA...untuk kebaikan dan kecemerlangan diri sendiri dan anak-anakku tersayang... :)
No comments:
Post a Comment