Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, May 17, 2012

KERJA... MANA-MANA PUN ADA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

...Salam Khamis Y'All...!!! Sekejap je dah Khamis... esok dah Jumaat...then dah weekend...huhu... sangatlah cepat cycle seminggu tu kan...dan ianya merupakan salah satu tanda semakin dekatnya hari kiamat. Gulp! Adakah aku sudah bersedia? Definitely NO...!!!

Well... barulah ku tahu, pada minggu ini ada 3 orang dari dept Medical ini akan resign. X payah sebut nama, korang bkn kenal pun kan... sorg Engineer (last day esok), sorang dr Program (nx week) and sorg lagi Buyer (tatau bila last day).... huhuhu... I have been working here for 2 tahun 2 bulan 2 minggu dan 3 hari... (whoa!), and I have seen many faces come and go... yes..that's their choice la kan... somehow terkadang aku juga terfikir berapa lamakah aku akan mampu bertahan di sini... dan apakah aku juga akan menurut jejak langkah mereka dan keluarga mereka...??? Maybe...but definitely not in a very near future....

Aku grad pada usia agak terlajak kerana aku amik A-Level 2 tahun and grad pun terlebih setahun memandangkan aku amik 1Y off kerana peristiwa hitam itu. Takdela terlajak mana pun sebenarnya... I am 24Y sewaktu grad tapi kiranya agak lewat sikitlah berbanding dgn graduan-graduan tanah air. And...jika ditolakkan dengan my first ever employer yg mana aku sekadar bertahan selama satu hari sahaja (aku lupa la nama company tu..tapi ia adalah company yang publish buku Graduan), so far aku cuma ada 3 employer jangkamasa panjang: (1) HDPM - HSBC Electronic Data Processing Sdn Bhd (2) Flextronics (3) Venture - di mana aku bekerja sekarang.

Looking at my current position now, nak kata aku 100% happy dengan pekerjaan aku skang.. opkos la tidak kan. Aku manusia normal, mana pernah puas hati...sure ada je kepincangannya walau di mana juga kita berada. Especially bab gaji lah...tapi, sebab aku dah pernah bekerja dengan 2 organisasi yang sama jer MNC mcm Venture... looking back to my experience selama almost 3 years di HDPM dan 2y lebih sikit di Flex... I should've be grateful with what I have here in Venture.

Serious okay.... but why? First, aku takde niat nak kutuk mana2 tempat la... but there is a pepatah "the grass is always greener on the other side of the fence" kan? Tapi dalam peribahasa melayu pula ada mengatakan "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negara sendiri .. lebih baik negara sendiri" ...aku pun masih teruja bila mendengar yang company X bagi bonus 3 bulan sekali... kerja kat Y gaji boleh dapat RM3k utk fresh grad (which means aku yg dah 8 thn bekerja nie sure boleh dapat 4-5K la paling bodoh pun) ataupun kerja kat Z dapat intensif overseas trip bla bla bla... mestila teruja kan...and cemburu tu opkos la berbakul-bakul... but serious? I heard similar sweet talk before I joined HDPM, Flex and Venture juga...so the cycle remains the same... and keterujaan itu pudar dan hilang sampai aku decide...takpelah...aku kerja Venture pun aku boleh hidup!

But WHY...??? Why aku rasa nak stay je kt Venture ini...??? First and foremost is the flexibility I have here yang menyebabkan aku sukeeee.... as long as x disalahgunakan (walau kdg2 tu aku gunakan juga utk kepentingan peribadi....terpaksa beb!)... tak dapat flexibility nie masa kat HDPM or Flex dulu. Tak caya? Kat HDPM holiday mengikut negara mana yang staff support. For example, aku support UK...pengsan okay..cny, raya, deepavali, hari keputraan DYMM semua xde cuti! Sampai ke level aku cakap..keje situ sesuai untuk orang yatim piatu sebatang kara takde laki takde bini jek! Wawawawawa.... so sangat tak suitable dgn aku yg ada suami dan ada anak2 ini..walaupun if you are a top performer, peluang nak naik itu sangatttttlah terbentang luas....but I have a life...sorry...I quit! Then I joined Flextronics as a System Analyst. Dengan gaji yang OMG x boleh diterima dek akal.. first point already there...colour makes different. You got what I mean? And why aku blah dari sana.... kerana ke***gs**an seorang manager sama bangsa dengan aku tapi berhati zionis yang buat aku serik dan takkan kembali ke bumi Flextronics walau apapun berlaku...kat Venture? Although *tuttt* can be slightly annoying sometimes but I tell you... AKU OKAY JERR...

So, kepada adik-adik yang suka lompat sana lompat sini...yang belum setahun tapi dah tergedik-gedik buka Jobstreet atau beli The Star hari Sabtu....don't think twice...but think hundreds time ya... aku tau itu hak kamu nak lompat sana lompat sini...tapi kalau setakat experience setahun jagung.. toksah ler.. dok la kat company kamu itu barang 2-3 tahun..pastu nak lompat ke nak terbang ke...go ahead.. sure gaji kamu lebih lumayan... sila dengar cakap orang tua....

Oh...anyway, aku sebenarnya takde pun perancangan nak stay kat Venture nie sampai nyawa bercerai dari badan...tapi kalau Allah dah tetapkan rezeki aku di sini..aku terima dengan lapang dada :)

No comments:

Post a Comment