Aku sendiri tak tau kenapa aku sangat mudah letih ok... bila kat office, macam-macam plan nak buat kat rumah..but bila sampai rumah.. masuk je jam 9 malam... i feel so tired.. and end up snuggled with busyuk masyam dan kadang-kadang Kak Long dan Eiman pun join sekali...
Pemalaskah aku? Or aku ada penyakit...??? Aku rasa aku bukan pemalas... I believe kelemauan aku adalah kerana toxic dalam badan kot... maklumlah... aku kan suka makan makan makan...
Oh lupa nak citer, semalam kan.. balik dari office... as usual la, kalau aku naik motor..aku mmg ikut Kg Maju Jaya.. x berani nak ikut tol Kempas sebab kat situ hot area 'Datuk' buat operasi... maklumla.. walaupun aku dah pro merempit sejak tahun 1989 (masa darjah empat okeh!) tapi sampai ke saat ini aku memang x de lesen motor.. and motor kesayangan aku tu pun dah berzaman roadtax mati. Takut la kan... hehe.. nak jadi cerita, jalan yang normally sangat clear... hari ini jam okey... ermm...risau dah..kot2 'Datuk' tukar kawasan operasi.
Rupa-rupanya... kemalangan maut okeh! Sebiji van (ke kereta? aku x perasan x berani nak tengok lebih-lebih) terbabas di tepi jalan dalam keadaan mengiring while sebuah kereta kancil warna mcm 'sand' gitu hancur di tengah jalan...wawawa... aku x berani tengok okeh..takut dihantui... aku sekali jeling jek... nampak darah.. nampak kain putih di seat pemandu yang dah ternganga pintu entah ke mana.. jalan di basahi minyak dan penuh dengan kaca-kaca yang hancur... uwaaaaaa.....!!!
Walaupun ramai penunggang motor lain yang berhenti dan nak tengok... I just don't care.. tak nak.. aku x sanggup..aku redah je dan cilok cilok di celah traffic jam (sebab accident tu dekat persimpangan yang agak busy because orang balik kerja...) and terus menuju balik rumah... dalam hati beristighfar dan tidak henti mengucapkan Alhamdulillah.. kerana aku masih hidup dan bernyawa di muka bumi... insaf sebentar.. kerana kematian itu boleh berlaku di mana-mana, bila-bila masa... teringat bacaan aku dalam majalah Solusi... bila Allah dah takdirkan kita mati.. ianya tidak akan cepat sesaat.. lewat sesaat pun... Ya Allah, ampunkan hambaMu ini... panjangkanlah umurku ini... lindungi aku dan keluarga serta sahabat2 ku... Amin...
No comments:
Post a Comment