Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, May 30, 2012

CABUT GIGI GERAHAM BONGSU

Semalam aku MC kerana mencabut gigi geraham bongu. Actually aku takde la expect untuk gigi itu dicabut pun memandangkan gigi tu tgh sakit denyut-denyut since Sabtu malam..and setau aku, kalau gigi tgh sakit doktor bagi ubat dulu kasi hilang sakit dan bengkak baru datang semula dan cabut.

Rupanya tidak... bila aku ke klinik, doktor hensem ala-ala Fizo Omar tu cakap gigi aku dah teruk nie..mmg aku tahu pun...gigi tu memang dah reput dah..kdg2 serpihan gigi tu rapuh dan tertanggal sudah kalau time makan. Pendek kata tinggal sisa-sisa tunggul jek yang menyusahkan aku nak bersihkan after makan dan memang termasuk dalam gusi dah! Doktor Fizo Omar tu kata... "saya tak jamin boleh cabut atau tidak, kita try dulu..kalau tak boleh, saya akan set date untuk minor surgery.." and I was WHAT...??? Surgery untuk cabut gigi itu? Wallawei... seumur hidup aku kat muka bumi ini aku ta pernah disurgerykan hatta beranakking pun aku normal sahajork...!!! Aku dah scary-scary dah... berdoa sepenuh hati supaya tunggul geraham bongsu itu berjaya dicabut tanpa sebarang upacara bedah membedah !!!

Doktor Fizo Omar itu terus amik jarum yg besar mcm dlm citer Mr. Bean tu...huhu...and suke-suke hati je mencucuk gusi aku 3-4 tempat...sakit okay...this is the part that scares me the most kalau pergi dentist... lebih menakutkan berbanding time cabut gigi sebab time cabut gigi kan dah bius..tak rasa apa dah..huhu...then aku diminta ke tandas untuk ludah dan kumur, then tunggu kat luar sampai aku dipanggil semula...

Penangan 3-4 cucukan itu mmg pergkhs..!! Aku rasa mcm leher-leher aku skali kena bius...nak telan air liur rasa mcm saluran kerongkong aku tersumbat...huhu... dan bila turn aku tiba...berdebar-debar jugak... tapi Doktor Fizo Omar sangat relax mengorek gusi aku sambil nyanyi-nyanyi lagik... memang tak sakit okay..but can feel korekannya...until suddenly I can feel a rushed of warm blood went through my throat and doc tunjuk gigi yg telah tercabut kepada aku... yeay... berjaya!

Terus aku diarahkan utk menggeget kapas..biasalah kan..and as a reward, aku dpt MC sehari...lalalalala...!!! Aku dibekalkan dengan 5-6 butir kapas...mcm banyak giller okay...and after bayar RM1 kat kaunter...terus drive balik rumah...3 butir kapas masih x berjaya mengeringkan darah yg keluar dari bekas cabut gigi itu okay...walhal normally 2 je dah enough...


The best thing is...while bius masih bersisa...aku mentakedarah lunch level tak hengat punya... kau berani...???


When the bius habis...aku yang terlentang kesakitan...makan painkiller dan tidurrrrrrrrrrrrrrr..... ZZZzzzzzZZZZzzzz....!!!!

No comments:

Post a Comment