Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Friday, April 27, 2012

SEHELAI SEJADAH HIJAU

Salam Jumaat :-)

Hari ini aku rasa sangat lelah... huhuhu... seems like Test department macam buat plan jahat plak... Engineer tinggal aku yang lemau nie dan Neo sahaja, mujur technician aku sedia berkhidmat... and time nie la plak ICT boleh problem... and aku plak at the same time terkejar-kejar ke office lagi satu di Kempas untuk send a few documents... and I feel restless... now take a break, update blog la sekejap :-)

Dah menguap-nguap dah nie... kopi power pun tak sempat nak bancuh mcmana nak power? huhuhu... memandangkan hari ini hari Jumaat, aku nak share story about Sejadah Hijau...yang tidak pernah jemu menawarkan khidmat baktinya... dari aku anak dara sunti yang belum mencecah usia akil baligh sampaila anak sulung aku dah nak jadi anak dara sunti dah... huhuhu...

Sejadah Hijau Aku :)
Mengapakah sejadah ini sangat istimewa bagi aku? Actually aku pun tak pernah terfikir bahawa sehelai sejadah bakal meninggalkan kesan mendalam dalam hidup ini. Ok, let me tell you the history of this sejadah... Sejadah hijau ini adalah pemberian dari mak aku ketika aku melangkah ke tingkatan 1 which was back in December 1991... pada waktu itu, aku telah mendapat tawaran memasuki Tingkatan 1 Rancangan Khas di Sekolah Menengah (P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor. It was always her intention to send me to a boarding school when I started my secondary school and aku pun always okay jer.. aku kan sukakan cabaran...suka hidup sendiri...so, one of the items yang dia bekalkan kepada aku adalah sejadah hijau ini.. :)

Sejadah hijau ini sentiasa teman aku di mana-mana sahaja. Ketika aku ditawarkan ke MRSM Terendak pada 22-Februari-1992, sejadah inilah peneman aku.. sejadah inilah tempatku bersujud kepada Ilahi setiap masa...dan sejadah inilah yang aku gunakan untuk bersolat hajat memohon kejayaanku dalam pelajaran... mungkin sejadah ini hanya sehelai kain tipis yang tiada ertinya bagi orang lain, tapi bagi aku..this means everything... and now, ada kalanya anak aku sendiri menggunakan sejadah itu untuk menunaikan solat... Alhamdulillah :-)


Cer tengok cer tengok... itu adalah tulisan tangan mak aku tau! Tulisan mak memang sangat cantik. Mak adalah bekas kerani SRK Jln Sungei Besi (1), KL. No wonder until now rasanya tulisan dia lebih cantik dari tulisan aku sendiri. hehehe... there are always 2 people yang mempunyai tulisan cantik dalam hidup aku: mak dan Mr Z.

Hingga ke waktu Subuh pagi tadi, sejadah inilah yang aku guna. Mr Z pun ada belikan aku sejadah..tapi until now, aku memilih untuk menggunakan yang ini. Nilainya terlalu tinggi, especially untuk anak yang jarang giler dapat jumpa mak sendiri... huhuhuhuh ... :(

Sejadah ini pernah merentas benua, menemani aku ketika aku berada di bumi United Kingdom. Masa kat sana aku tukar-tukar la guna sejadah ini dengan sejadah Mr Z...huhu..tapi ianya setia menemaniku..ecewah...

Dan aku berharap, aku akan sentiasa dapat menggunakan sejadah ini selagi hayat dikandung badan... For my mum, I love you many many much much.... (purposely broken English)

Till then...aku kena sambung buat kerja...uwaaaa...hopefully weekend boleh belogging sampai lembam err.. lebam..!!!

 

7 comments: