Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, April 18, 2012

SOMETHING IS NOT RIGHT... EIMAN CUTI DARI KE TADIKA

...Yes... we can sense it. Something is totally wrong. Sambungan dari kisah Eiman yang cedera di tadika lah nie...

Semalam, sekembalinya dari kerja Mr. Z ajak aku tanya-tanya dan diskas-diskas dgn Fauziah (owner Taska tempat anak2 kami tinggal sewaktu kami bekerja) tentang keadaan Eiman serta back up plan untuk memindahkan beliau ke Tadika Al-Adhwa (if possible). Walaupun menurut Fauziah agak sukar untuk anak murid baru join in pada pertengahan tahun, we are glad yang dia akan tolong tanyakan. She has been wonderful throughout almost 5 years kami hantar Kak Long, Eiman dan Arissa di sana. In fact suaminya juga amat caring dan siap telefon ketika outstation untuk mengetahui perkembangan Eiman.

Menurut Fauziah, sekembalinya Eiman dari tadika pada hari kejadian..luka di pipi masih segar. Darah masih bersisa, menunjukkan bahawa dakwaan guru tadika yang kononnya luka Eiman telah dirawat ternyata tidak benar! Sampainya hati mereka...!!! Tiadakah rasa simpati dan belas kasihan pada Eiman... what if lukanya infected? Takkan takde first aid kit kot? Dan apabila ditanya apa berlaku, jawapan Eiman konsisten - cikgu pukul dengan pembaris.

Apa yang sangat sangat sangat wrong adalah... semalam... sekembalinya Eiman dari tadika, bila teachernya bertanya kembali apa yang berlaku...cerita yang keluar dari mulut Eiman dah berubah! Now, dia cakap pipinya luka sebab terkena meja. Aikkk...???!!! "Betul mama, Eiman kena meja...bukan cikgu pukul.." Boleh rasa tak macam something wrong somewhere..hello? Kamu brainwash anak aku ker? Nak suh coverline the exact situation? Benda yang supposed to be as simple as 'kau-jujur-sajalah-aku-tak-marah' is getting complicated. Since kejujuran sangat disangsikan dan macam ada unsur-unsur menipu...now aku dan Mr. Z decide to make a report. Starting with report pada Pengerusi tadika area Kulaijaya. If no action taken, ke polis lah jawabnya. We are taking this very seriously. Ini bukan soal main-main. Ini anak kami, permata hidup kami. Dan kalau dibiarkan berlalu, berkemungkinan yang benda bersama akan berulang kepada anak-anak lain pula. Kesian.....

Last night before dinner di Lapan Kati, Mr. Z have a one-to-one, man-to-boy talk with Eiman. Pada mulanya Eiman tegar mengatakan terkena meja.. with a twist of mainan psikologi sket, akhirnya he admitted yang dia memang kena pukul cikgu..dan cikgu suh dia cakap yang dia kena meja...huhuhu...mungkin sebab terlalu emosi, or takut...selepas dia mengaku, teresak-esak dia menangis dan peluk ayahnya.. mata aku yang berhati batu ini pun berkaca-kaca gak la di sebalik kacamata... sedih ok!

Singgah klinik... saja nak dapatkan pandangan pengamal perubatan...but since she is just a GP, not a specialist dia tak berani buat conclusion akan luka Eiman. Tapi, from open discussion dia bersetuju jugalah bahawa luka yang Eiman kena itu adalah hasil contact with sharp object rather than bland object macam meja... kami bersependapat...

Balik rumah after itu ini itu ini...aku pun start mengarang surat ayat skema ala-ala karangan PMR utk pengerusi tadika branch Kulaijaya. Hari nie, sat lagi time lunch akan aku poslajukan. Bersama doa dan harapan segala kebenaran akan terbukti akhirnya.

Hari ini Eiman kami cutikan... sebab takut dia akan continuously brainwashed utk menegakkan benang basah...maklumlah budak mana tahu menipu.. kena gertak sket je kecut... ouh kesiannya anak mama! And we are looking forward to transfer him to other kindy yang boleh menerima Eiman pada waktu dah nak masuk mid-year ini. Semoga segala urusan dipermudahkan, Ya Allah!

No comments:

Post a Comment