Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Tuesday, April 17, 2012

BILA ANAK AKU MENGADU CIKGU ROTAN DIA

Sedih ok..sedih..!!! Geram pun ada...!!! Aku admit, my son memang sangat aktif.. yes..dia lasak..dah nama pun budak kan.. boy pulak tu... aku dan Mr. Z pun kadang2 tak tahan iman melayan Eiman.. tapiiii.. bila cikgu yang kami amanatkan untuk mendidik dan mengasuh dia pukul sampai bercalar di pipi... I can't accept it...!!!

Cer tengok nie... uwaaaaa... hari nie kat opis otak aku bercelaru, memikirkan dia.. masih terbayang-bayang lagi semalam..balik kerja..tiba rumah jek... Mr. Z terus panggil aku..suh tengok pipi Eiman... Tadaaaa.....


Ya Allah...!!! Kenapa kamu kejam sangat? That is my first impression... then aku calm sket.. aku terus panggil Eiman dan peluk dia. Badan dia hangat... dia demam...!!! Sedih...!!!

Then aku siuman semula... Mr. Z dah mula pokpekpokpek... I understand... ini kes melibatkan anak.. obviously dia sangat marah dan tak puas hati... bezanya aku bukan jenis bising2 sangat...aku diam jek.. while he is the outspoken part... (macam x biaser... huhuhu)... we decided to meet the cikgu next morning (pagi tadi la..) Eiman malam tadi agak senyap jek.. tapi still makan.. still bermain2... 3-4 kali aku tanya dia... dia tetap jawab benda yang sama..cikgu pukul dengan pembaris di pipi... huhuhu... pembaris itu adalah pembaris Eiman yang aku letak dlm beg... it is a pembaris plastik... just think of how hard kena libas sampai luka mcm kt gambar itu... oh my son.. you are such a strong boy kan? Malam itu before tidur, aku sapukan minyak gamat pada luka Eiman... then dia tidur dgn aku atas katil.. sampai dia lena baru pindahkan dia ke tilam dia... he was okay...

Pagi tadi before kami sama-sama ke tadika Eiman, aku tanya dia slowly... Eiman nak pergi sekolah tak? Dia jawab... Eiman nak sekolah tapi Eiman nak pergi tadika lain sebab nanti cikgu pukul lagi. Kesian...

Sampai ke tadika.. cikgu Eiman takde.. menurut cikgu kelas sebelahnya, cikgu Lina sampai lewat sebab rumahnya jauh... another version of story timbul pulak dari tukang masak tadika itu - cikgu Eiman ada mengadu pada dia yang Eiman tercedera kerana terlanggar pembaris. What? Terlanggar pembaris sampai luka mcm tu? Non sense... Aku tinggalkan telephone number pada cikgu yang ada tu with hope cikgu Lina akan call me back.

And she did.. 3 missed call aku dpt masa sampai office (aku merempit hari nie..dont expect me to answer call while rempitting ya) Then bila aku naik office she called again. Can see the effort... aku x suka buruk sangka lebih-lebih... so aku cakap mcm biasa secara baik-baik..nice-nice... and another version of cerita plak - Eiman terjatuh dan terhentak meja... huhuhu...penuh confident penjelasan beliau...

Aku share dgn Mr. Z all the info I got.. with whatever I think of.. aku share gambar Eiman di Facebook dengan tujuan untuk meminta second thought pendapat rakan2... who knows mereka pernah mengalami situasi yang sama... and aku dapat quite a number of feedbacks... thanks guys.. I appreciate.


3 versi cerita berbeza dari 3 sumber berbeza :
1. Eiman kena pukul dengan cikgu menggunakan pembaris - versi Eiman
2. Eiman terlanggar pembaris - versi tukang masak di tadika
3. Eiman jatuh terlanggar meja - versi cikgu

Hati aku, hati suami... more kepada situasi no. 1. We are going to lodge a report to Pengerusi Tadika tersebut. Esok Mr. Z nak gi confront dengan cikgu lagi. And kalau ada rezeki katanya, nak transfer Eiman ke tadika lain... (subject to budget lah kan..) kesian Eiman, semoga dia tidak traumatized by that incident. Semoga parut di pipinya dapat dipulihkan... kesian my boy.. my only son...

Tak sanggup nak diam-diamkan benda ini kerana ianya melibatkan seorang anak... apa pun tindakan yang dibuat adalah untuk kebaikan Eiman..dan untuk mengelakkan kejadian yang serupa berulang kembali kepada anak-anak orang lain... hancur hati melihat anak sendiri terkena begini.. for goodness sake, sorry lah cikgu.. I know you have been nice to me and to Eiman.. but tindakan tetap tindakan... hope you understand...

No comments:

Post a Comment