Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Tuesday, October 29, 2013

LET'S TALK ABOUT SHAKLEE ESP

Salam Selasa :-)

Hari ini rasa aura positif yang luar biasa dalam diri ini. Bersemangat waja nak gi kerja, dan rasa happy walaupun tak cukup tidur! Sekarang nie dalam proses latih mata untuk tidur lewat dan bangun awal. Semoga aku berjaya.

So, hari nie aku nak share dengan penuh santai berkenaan produk terlajak laris Shaklee iaitu ESP. Well, aku bukan jenis yang suka membaca karangan kecuali novel cinta (hihihi...) and I think you guys pun sama jek. So let me share in a very simple term..semoga you guys mendapat manafaatnya :-)


Apa itu ESP?
ESP - Energizing Soy Protein Isolate Powder.
ESP dihasilkan menggunakan hanya non-GMO soy bean yang diproses dengan suhu rendah.
ESP mengandungi 22 jenis asid amino.
ESP satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia
Satu botol ESP (850g) berasal dari 30kg kacang soya
ESP sesuai untuk semua peringkat usia.

SIAPAKAH YANG PERLU MENGAMBIL ESP?
1. Individu yang prihatin dan ingin kekal sihat.
2. Individu lanjut usia dan tidak berupaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak sekolah.
4. Ibu mengandung.
5. Ibu yang menyusukan bayi.
6. Pesakit dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
7. Ahli sukan dan bina badan.
8. Individu yang ingin cantik.
9. Pesakit yang menghidapi ulser perut, sakit jantung, kanser, sakit kulit, keguguran rambut, hilang selera makan, gastrik etc.



BAGAIMANA ESP BERTINDAK?
ESP membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan.
Glukos dibebaskan sedikit demi sedikit ke dalam badan (indeks glisemik rendah), mengawal paras gula dan membekalkan tenaga secara berpanjangan.

APAKAH KEISTIMEWAAN ESP?


KHASIAT-KHASIAT DAN KELEBIHAN ESP
ooouuhhh...memang banyak, tapi tetap nak share jugak satu demi satu, supaya korang tau dan nilaikan sendiri kebaikan ESP ini:-)

1. Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan berseri <- i="">saja tak mention kulit muka sebab ESP bertindak secara menyeluruh, bukan sekadar kulit muka jek...kalau muka je berseri tapi bahagian lain kusam, kasar..xde maknanya kan?

2. Memulihkan pigmentasi, melambatkan proses uban dan memulihkan masalah keguguran rambut.

3. Membantu menghilangkan jeragat dan parut di muka (dan bahagian lain juga).

4. Menganjalkan kulit dan payudara yang kendur.

5. Membantu penghasilan susu badan yang pekat berkrim dan banyak

6. Memberi rasa kenyang dan membantu menurunkan berat badan.

7. Memberi tenaga berpanjangan kepada tubuh dan meningkatkan kesihatan badan secara menyeluruh.

8. Membantu proses tumbesaran bayi dalam kandungan dan memastikan kesihatan ibu hamil pada tahap optimum.

9. Membantu membentuk tisu rahim, sel ovum dan sperma yang sihat bagi individu yang mengalami masalah kesuburan.

10. Meningkatkan penyerapan protein dalam badan, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut.

11. Menurunkan paras kolestrol dalam darah sehingga 23%.

12. 60 kajian menunjukkan protein soya membantu menambahkan ketumpatan tulang.

13. 4 kajian menunjukkan ESP mengjalang kolestrol buruk (LDL) dari teroksida - mengelakkan risiko serangan strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada penyakit jantung.

14. Menghalang pembentukan batu karang.

15. Mengelakkan kerosakan buah pinggang.

16. Mengandungi protein lengkap dan isoflavene mencukupi untuk melawan kanser.

17. Protein dan isoflavene dalam ESP bertindak serentak menghalang pembentukan sel-sel tidak normal daripada terus berkembang menjadi sel kanser.

18. Protein soya menghalang sel kanser daripada merosakkan arteri dan menyerap nutrisi dari badan.

19. Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sel pertahanan badan dari serangan penyakit dan jangkitan virus, bakteria.

20. Lysine dalam ESP jika diambil dengan Vitamin C boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%.

21. Amalkan ESP dengan flavonoids - mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10 kali ganda!

22. Pengambilan ESP + Carotomax + Ostematrix membantu mengurangkan pembiakan sel kanser sebanyak 10 kali ganda !!!

23. Protein ESP menggalakkan pemulihan sel-sel rosak kepada sel-sel sihat untuk fungsi badan sempurna.

24. ESP terbukti secara klinikal mengekalkan tenaga berpanjangan.

25. Membina sel-sel otot, kulit dan hormon yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan dan menyokong kesihatan jantung dan prostat lelaki.

26. Mengawal 'mood swing' bagi wanita PMS dan menopaus.

BAGAIMANAKAH PENGAMBILAN ESP YANG BETUL?


TIPS BERGUNA UNTUK PENGAMAL ESP :-)


Amacam? Hopefully readers semua dah fully equipped dengan informasi berkenaan dengan ESP yang best nie. So, kalau ada pertanyaan lanjut berkenaan dengan ESP boleh inbox di Facebook atau sms/whatsapp kat nombor di atas.

Lepas nie nak share plak resipi-resipi yang best-best menggunakan ESP.... tungggguuuuuuuuuuuuu......

AMALAN PEMBUKA REZEKI

Salam Selasa...
Hari nie rasa macam being blessed sangat-sangat.... tenang dan damai jek merempit dari rumah ke office :-)

Semoga Allah murahkan rezeki aku
Semoga Allah berkati apa yang aku lakukan
Lillaahi Ta'ala....

So, nak berkongsi dengan korang satu lagi amalan pembuka rezeki. Jom amalkan sama-sama. Kalau berusaha semata-mata tanpa meminta dan mengingati Allah, takde maknanya....


Monday, October 28, 2013

PENAWAR PENYAKIT BATU KARANG?

Salam Isnin...
Yup I have once suspected with this kidney stones thing...
Memang sakit perut dia... hanya Allah yang tahu...
berguling-guling, menangis-nangis.... kalah sakit masa aku nak beranak okay....
Buat apa semua serba x boleh kecuali baring dan menangis....
It was that bad....
Dan aku x rasa yang aku dah compeltely recovered sebab masih aku rasai kadang2 gelombang kesakitan itu.

Here we goes...aku jumpa tadi dari Facebook. Which is as panduan untuk diri aku sendiri dan kawan-kawan yang lain...yang mungkin menghadapi masalah yang lebih kurang sekufu dgn masalah aku nie:


semoga sama-sama dapat manafaat dari ini...

Friday, October 25, 2013

TIPS NAK BUAT CHAR KUEY TEOW YANG SEDAP

Alhamdulillah ~ beberapa hari lepas resipi Char Kuey Teow menggunakan pes ala-carte Ieja yang aku poskan itu telah dipilih oleh pemilik Ieja Marketing untuk dijadikan resipi demo di Kolej Tun Fatimah di UTM Skudai, Johor. Aiyo... mcm hover la plak kan... aku nie bukan sesiapapun... aku hanya someone yang suka memasak, suka eksperimen bab masak-masak nie, suka makan dan suka share..tu jek... anyway, Alhamdulillah jika effort aku itu boleh menyebabkan ramai lagi penggemar char kuey teow boleh masak sendiri kat rumah...hehehehee

tu dia gambar char kuey teow berasap aku..resipi sila search post lepas-lepas
Actually, macam aku cakap tadila.. aku bukan pro pun... tapi, melalui pengalaman dan pembelajaran aku lah...ada beberapa tips yang boleh membantu mendapatkan char kuey teow yang sedap.

1. Masak untuk sorang-sorang - dengan erti kata lain, nak goreng Char Kuey Teow nie bukan macam goreng kuey teow untuk sarapan sekeluarga tu. Lainnnn... ini turut disebut dalam kursus kulinari bersama Chef Li yang aku attend 9 tahun lalu. Masak untuk sepinggan-sepinggan. Baru rasanya menjadi mcm Char Kuey Teow. Tak caya? Aku sendiri tried and tested many times...memang seriously betul apa dia cakap. So skang nie kalau aku masak untuk aku seorang dan untuk sekeluarga, aku akan guna dua resipi berbeza.

2. Kuali kena cukup panas, api besar - exactly, baru terasa aroma kuali besi tu. Aku tak reti nak explain, tapi cubalah rasa sendiri kueyteow goreng pakai kuali api kecik dgn api besar... terasa berbeza okay hasilnya... betolll....

3. Mesti ada unsur haiwan di laut dalam Char Kuey Teow - it's true..contohnya udang, kerang, tapak sulaiman, sotong....kalau tak x sedap. Oh lagi satu, char kueyteow kena pakai air rebusan udang. Baru naik rasa manisnya. Tapi, aku yang malas dan nak simplekan segala benda nie biasanya x de la nak berair-air rebusan udang nie. What I did ~ aku letak udang 5-6 ekor buang janggut je..kepala biarkan sebab bila masak, air dari kepala udang tu akan memberi kemanisan keudangan sama je mcm air rebusan udang. Jangan guna air rebusan daging or ayam... memang x sama.

4. Telur pun wajib - 1 or 2 biji telur untuk sepinggan char kuey teow.

5. hanya 2 jenis sayur yang MESTI ada dalam char kuey teow iaitu taugeh dan daun kucai. Tak perlu sawi tak perlu tauhu (tauhu tu sayur ke?) atau sayur lain-lain... dan pastikan taugah dan daun kucai tu ditabur akhir sekali sebelum matikan api. Sebab sedap gila krup-krap-krup-krap taugeh rangup-rangup... weehoo.. I love fresh vegetables and fresh vegetables good for health...!!!

So, itulah tips yang dapat alu sharekan.
Selamat ber char kuey teow...!!!

JUMAAT TERAKHIR KU....


Salam Jumaat...
Semoga Allah memanjangkan usia dan memurahkan rezeki aku dan seluruh umat Islam sejagat....
Tajuk pos yang tak boleh blah, aku sendiri jadi takut sendiri bila baca balik

Yups it is last Friday... last Friday of the month...
Because next Friday is November 1st, 2013.

Dan secara rasminya hari ini adalah Jumaat terakhirku
Jumaat terakhirku sebagai Test Engineer di Venture Pintarmas Sdn Bhd

Inshaa Allah, pada hari Jumaat minggu hadapan...
Aku akan memulakan langkah baru dalan hidup aku...
Aku tidak lagi terkongkong bekerja dengan orang...
Aku takkan berharap kepada gaji lagi...
Aku tak perlu lagi buat benda yang aku tak suka...

Aku akan buat apa yang aku suka...
Aku akan kerja sendiri...
Aku akan jadi boss aku sendiri...
Aku akan buat apa aku nak buat...
Aku akan bentuk disiplin diri...
Aku akan urus sendiri segalanya...
Aku tak perlu report kat sesiapa...
Aku akan dibayar dengan apa usaha yang aku lakukan...

Ya Allah ~ aku berharap akan keindahan...
Kalau pada waktu ini sebulan yang lalu aku rasa takut... aku rasa insecure...
Tapi aku tahu bahawasanya Engkau Maha Adil
Engkau Maha Memberi Rezeki
Dan sesungguhnya aku yakin aku telah membuat pilihan yang tepat

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidupku
Ya Allah, bukakanlah pintu rezekiku seluas-luasnya

Rabbighfirli Warhamni Wajburni Warfa'ni Warzuqni Wahdini Wa'aafini Wa'fuanni....
Ya Allah ampunkan aku, rahmati aku, kayakan aku, tinggikan darjatku, murahkan rezekiku, berikan hidayah kepadaku, sihatkan aku dan ampunkan aku.....

Thursday, October 24, 2013

MENU PILIHAN HARI INI ADALAH....

Memang superb!

Memang awesome!

Sesungguhnya kalau makan kat sini...memang tidak pernah menghampakan aku!

Masa memula datang dulu aku rasa macam mahal jek.

Tapi dengan kualiti, kesedapan dan kebersihannya... aku rasa memang murah banget dah...!!!!

Pilihan aku hari ini adalah.......


Jeng Jeng Jeng.....




Amacam? Menjejeskan air liur tak?

Nasi Putih
Gulai Nangka Muda
Paru Rempah Goreng Garing
Bergedil Kentang
Sambal Sotong Sumbat
Terung Sambal

Terserlah ke'nagabuana'an aku kan?
Hahaha... ada aku kisah?
Sempoi je makan sorang-sorang di SELERA PADI EMAS DI BANDAR BARU UDA nie...!!!!

Yes.. Nasi Padang di restoran Selera Padi Emad, Bandar Baru Uda.

Lokasinya? Google Maps je la..bukan besar mana pun BBU tu...

Kepada yang tak tau BBU kat mana.. BBU nie di Johor Bahru yer... hehe..

Harga?
Ini memang selalu jadi isu...

Dengan menu pilihan hatiku di atas itu, aku kena cas RM6.50 sahajork termasuk air kosong.

p/s - sepuluh kali aku datang sini, memang biasanya ini lauk yang aku amik... well plus minus la.. dan pilihan lauk memang banyak... so jgn risau..sediakan duit dan perut jek...

MELAYU JOHOR - nukilan peninggalan ALLAHYARHAM USMAN AWANG

indahnya nukilan ini!
menusuk jiwa menusuk kalbu..
mungkin Melayu Johor sekarang tak seindah dulu
masa berlalu dan keadaan berubah
tapi bila menghayati nukilan ini
mcm rindu zaman dulu2..
tapi mmg benar bait-bait kata diorang...
inilah kualiti Melayu Johor..
walaupun aku bukan purely Johorean..
aku bangga dengan darah Johor yang mengalir dalam diri aku..
dan bersuamikan org Johor
dan beranakkan semuanya anak-anak Johor :-)

Nukilan dari, USMAN AWANG - "MELAYU JOHOR"

Melayu Johor,
Telah terlalu banyak kita kehilangan,
Sawah ladang bertukar tangan,
Pekan dan bandar kita menumpang,
Teluk Belanga entah ke mana,
Yang tinggal hanyalah pakaian,
Sedarah sedaging hampir hilang,
Yang ada hanyalah setulang,
Selat Teberau kian sempit,
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar itu Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Aceh dan Siak adalah Melayu,
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu,
Mamak dan Malbari jadi Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana,
Jika menipu pun bersopan,
Kurang ajarnya tetap santun,
Dajalnya cukup selamba,
Budi bahasa jangan dikira,
Beraninya cukup benar,
Tunduk bila bersalah,
Lembutnya cukup jantan.

Setia sampai ke kubur,
Biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
Luka di Tanjung Putri,
Parutnya di Parit Raja,
Muka biar berseri,
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dalam senyum,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan,
Kasih sayang kekeluargaan,
Ringan tulang saling bertolongan,
Jujur memaafkan,ikhla s memberikan.

Berdamailah cara Melayu,
Silaturahim yang murni,
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut,
Tangan di hulur bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan.

Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian,
Sifat terpuji setiap insan,
Bermuafakat supaya berkat,
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada Allah berserah.

KALAULAH AKU AKTIF BERBELOGGING SEJAK 5 TAHUN LALU...

Salam Khamis...

Tetiba pagi nie mcm nak check balik berapa lama dah belog ini wujud dalam sistem...

Huhuhu...

dah 5 tahun setengah (or maybe more) rupanya!

Tatkala orang lain mungkin dah menjana income puluhan ribu dari belog...aku masih terkial2 lagik...

If only I could turn back time...

Seriously I should be more serious kan ???

Takpe... it is never too late to start.

But satu je la... aku tak suka belog yang serabut-serabut dengan fancyfool icon, bling2 semua tu...

Belog aku akan aku buat simple je supaya senang nak loading dan senang nak baca tanpa iklan2 yang menutupi benda yang nak dibaca....


Wednesday, October 23, 2013

LAZADA... LAZATNYA !!! MY WISH LIST...

Aku tatau apakah maksud Lazada dan apakah ia mempunyai tali persaudaraan dengan perkataan LAZAT sebab offer di sana memang lazat-lazat!

Ok..poket aku tidak cukup lazat, itu masalahnya!

But I secretly (well no longer a secret, obviously!) have 2 items in my wishlist. Actually banyakkkk je yang aku nak.... pompuan dan shopping, kan?

Tapi ini 2 benda aku really-really nak !!!!

1. HAPPYCALL DOUBLE SIDED PAN




My oh My !!! I really-really want this...!!! Berbulan-bulan dah aku idamkan... dahlah harga murah giller plak tu.... sadly, hari tu En. Z belikan mak dia for her birthday (well, atas cadangan aku) tapi dia tak belikan untuk aku punnnn..... Abang.... belikanlah satu... nak masak sedap-sedap untuk Abang juga, kan??? 

Kenapa aku nak sangat benda nie?
- sebab memudahkan kerja memanggang
- this will be a useful tool for my next business plan which involving masak-masak!

2. 


Coolness !!!! I love pies... my husband loves pies! An my kids love it too...!!! And I love to do pies business, belum ada orang buat online lagi kot.... this will be a good start..... senang nak buat okay..cuma kuantiti sikitla... takpe... item no. 1 tadi tu boleh merealisasikan projek aku tu.....

Uwaaaaaaaa....... so kena kerja keras..cari duit banyak2..dan jadikan modal....

One step to millionaire.....!!!!!

BAHAYA KE MEMANDU & MEREMPIT DI MALAYSIA NIE?

Well... it is applicable to me la...
Aku tatau kes-kes korang semua macamana...
Aku boleh bawak motor sejak umur aku 10 tahun (tapi sampai umur 3-series nie aku x de lesen motor)
Dan aku ada full car driving license (tapi aku jarang drive sebab kereta suami aku, dia yang guna)
Maka, hari-hari aku merempit gi kerja... berbekalkan niat Lillahi Ta'ala...berserta fokus kepada pemanduan motor. Rekod aku membawa motor sejak umur 10 tahun nie adalah cuma sekali je jatuh motor (which is semasa bulan puasa hari tu) dan 1 kompaun JPJ (bulan 9 hari tu...argkhs!) yang aku x bayar pun lagi sebab aku nak gi court dan buat rayuan pada bulan 11 ke 12 nanti... Lalalalalala....

Itu bukanlah topik yang aku nak cerita hari nie...
Aku lebih tertarik dengan behaviour pemandu dan penunggang di Malaysia nie yang pada pandangan peribody aku, semakin hari semakin hampeh dot com dot my.
Dan aku rasa pelaksanaan undang-undang yang tidak dilaksanakandan di'follow-up' kan sewajarnya juga menyumbang kepada faktor tidak selamat memandu dan merempit di Malaysia ini
Well, keadaan permukaan jalan raya lagi?
Mak aihhh.... bila dah bukak topik nie macam-macam plak faktor yang menyumbang kepada ketidakselamatan ini kan?

Huhuhu....

No. 1
Aku perhatikan habit pemandu di Malaysia ini yang ada unsur selfish... yang ingat nak cepat dan tidak memikirkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain, maupun pejalan kaki yang dok berjalan kat tepi-tepi jalan. Geram okeh.... geram..!!! Contoh paling senang la aku bagi kat sini... lori, trailer dan trak kontena besar gedabak yang melambak-lambak kat Johor nie... or forget to mention BAS KILANG! Yang suka-suki jek parking kat tepi jalan sewaktu peak hour orang nak pergi kerja atau balik kerja..yang menyumbang kepada jalan jam yang memang terang-terang salah diorang. Macamana aku tau salah diorang/ Sebabnya bila kenderaan-kenderaan lain melepasi 'bottle-neck' yang disebabkan oleh kenderaan besar perasan bagus tu , terus laluan lancar... tak percaya? Aku jemput korang datang kat Kawasan Perindustrian Tebrau 1, dekat dengan kilang Southern Lion nie pada pukul 6.05ptg dan rasai pengalaman indah stuck dalam jam dekat simpang kilang Mitsui Soko. itu belum lagi operator-operator kilang (aku rasa Brothers kot...) yang sangat ingin mati cepat yang x kira kereta, motor, bas, lori bagai yang zass zass pada kelajuan purata 30-50kmj lalu kat situ...suka-suka je berlari2 dengan wajah separa cute nak melintas jalan.... hoi! Kalau kitorang langgar korang...dan korang mati, kitorang yang hidup nie susah tau tak? Hadoi..tolonglah guna akal tu sket !!!

No 2
Kebanyakan jalan di Malaysia skang nie one way... means ada pembahagi jalan di antara laluan going down dan going out...well, you get what I mean kan? So at the end of the road or maybe kat tengah-tengah tu akan ada satu laluan khas untun pusingan U. Ada pusingan U dibenarkan untuk kenderaan ringan sahaja dan ada yang beradius besar untuk kenderaan berat. Akan tetapi, terdapat juga mangkuk hayun bertingkek-tingkek x reti bahasa nie suka2 je buat pusingan U-Turn kat tempat yang memang x sepatutnya buat U-Turn. Aku memang super tak puas hati nie! Meh aku highlight lokasinya. Simpang 3 kat Kawasan Perindustrian Tebrau 4 dekat area JCY, kilang beras dgn apa ntah lagi tu. Kat sini memang jadi favorite place bas kilang dan bas Handal Indah buat U-turn ikut suka hati mak bapak dia bukan sahaja ketika jalan kosong, malahan dengan tak segan silu angkat tangan suruh kenderaan yang memang dan sedia jam tu tunggu kejap bagi diorg U-Turn dulu...padahal diorang boleh sangat gi tempus kat another end of the junction dan masuk balik ke jalan tersebut tanpa gunakan pusingan U yang menyusahkan pemandu lain.

Pemandu bodoh!

No 3
Aku tak rasa it is a very wise thing untuk kenderaan besar-besar dan siput2 nie dibenarkan menggunakan jalanraya ketika waktu puncak. I know it sounds a bit unfair but well, tengok sajalah bilangan kemalangan yang disebabkan oleh lori, treler etc...dan it is not a healthy idea juga untuk kami-kami pemandu kereta yang mungkin x pasang aircond serta penunggang motosikal yang dok menyelit sebelah lori dan bas nie terpaksa menghidu asap hitam (woiii..mcmana ko boleh lepas test Puspakom hah???) yang lebih hangit dari asap rokok yang haram tu. Other than that, kewujudan bajak or backhoe kat jalan pada waktu pagi juga turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya. Kalau time bawak motor, ada mahapla sket.. cuba selami perasaan mereka-mereka yang memandu kereta dan terpaksa men'siput' di belakang bajak yang 'gedek gedek gedek' selowmosyen giler itu! Ohmai.... of course I have such annoying experience kan... tambah dosa pada hari tersebut. Argkhs..!!!

No 4
Please stick to your lane! Kadang2, kat jalan yang ada lebih dari 1 lane nie... kereta-kereta nie suka-suki je nak tukar lane. Dah elok2 kat kanan, nak masuk kiri bila nampak ada gap sket between 2 biji kereta kt sebalah lane tu. Padahal tak tukar lane pun boleh. Ngengada kan... lebih sentap kalau tak reti-reti nak guna signal.. main masuk jek... nak je aku bom tuan kereta tu!

No 5
Dear penunggang motorsikal. Yes, aku juga penunggang...dan aku tau keseronokan menunggang motorsikal yang virtually free from sebarang traffic congestion kerana kita ada kelebihan untuk mencilok di sana dan di sini... tetapi, hargailah nyawa anda. Kot yer pun nak cepat... tengok depan sebelum cilok.. terlalu banyak kes yang mana ko nak cilok...ko kena seret dengan kenderaan dari hala bertentangan... ko cilok sebelah lori..ko sangkut kat lori dah kena lenyek... hadoiii..... and please be considerate juga kalau kat traffic light tu...kalau lampu tu merah, jgn suka suka je nak jalan...aku tataula kalau korang nie buta warna or memang ada niat nak bunuh diri...

huhuhu...aku rasa, aku bagi 5 dulu cukup kot... banyak lagik..tapi aku rasa, bila tulis 5 jek pun...mesti fikiran dah menerawang ke jalan raya dan imagine kekiasuan pemandu dan penunggang di Malaysia.

Itu belum lagi termasuk menggunakan emergency lane kat highway time jam... (peristiwa pagi tadi)

Ingatlah... kalau ko nak cepat, aku pun nak cepat. Orang lain pun nak cepat. Jangan sebab kegopohan ko sorang, semua orang jadi lambat.

Jadilah pemandu yang bertimbangrasa.

Tuesday, October 22, 2013

CHAR KUEY TEOW 5 MINIT ????

Salam Selasa...

Dah pukul 9 lebih...mesti semua dah breakfast, kan? Kalau yang belum breakfast tu plak dah dekat nak morning break boleh brunch, kan? Nak tengok apa aku masak untuk bekal breakfast tadi?

hehehehe....


Ahaks...!!! Berasap lagi koooo aku snap snap snap pagi tadi laju-laju sebab nak gi kerja!

Ini namanya Char Kuey Teow 5 minit!

Yesss... aku x bohong..memang 5 minit jek aku potong2 laju2 ala-ala brader warung charkueyteow... masak dengan api maksimum... zasss... siap lazat !!!

Apa rahsianya...???



Haaaaa.... Pes Ala-Carte Ieja...!!!!
Membuatkan kerja memasakku senang sekali :-)
Well, takdelah letak Pes Ala-Carte Ieja semata2...tetapi, menggunakan sambal segera ini memendekkan kerja2 memasak aku dan mengurangkan bebanan cuci blender, cuci lesung etc aku lar...

Kenapa? Sebab Pes Ala-Carte Ieja mengandungi bahan-bahan asas untuk memasak masakan melayu... perbezaan hasilnya hanyalah ada pada kekreatifan sang tukang masak serta air tangan tukang masak itu sendiri. Macam aku nie.... (aku bukan nak riak...aku cuma bagi contoh sahaja) memang sangat suka bereksperimen dengan masak memasak nie ( I am a Cooking Engineer ok!) so alhamdulillah aku ratingkan Pes Ala-Carte Ieja nie memang sangat cemerlang untuk memasak Char Kuey Teow, Nasi Goreng, Mee Goreng, Mee Bandung etc etc

Mari aku kongsikan ke'simple'an menyediakan sepinggan Char Kuey Teow 5 minit ini:

Bahan2:

- segenggam dua kueyteow (ikut napsu nagabuana tukang makan)
- 2 ulas bawang putih dipenyek-penyekkan dengan pisau
- udang basah 5-6 ekor (lagi banyak lagi sedap, jangan buang kepala dia sebab air dr kepala dia buat rasa kueyteow nie lagi manis dan umph!)
- 5-6 kerat fish cake
- sebiji telur (letak 2 biji kalau berani....)
- sos tiram (sesudu besar)
- kicap lemak manis Jalen (3-4 sudu, ltk byk utk lebih hitam)
- taugeh segenggam (aku suka sayur so mmg bertimbun aku ltk)
- daun kucai ikut banyak mana korang nak letak
- minyak utk menumis
- air sket

Cara2
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai semerbak.
2. Masukkan udang..goreng sampai masak
3. Tambahkan Pes Ala-Carte Ieja, goreng balik-balik sampai naik balik sket dan campak sekali fishcake.
4. Masukkan kueyteow, balikkan laju-laju then pecahkan telur
5. Tambah sos tiram dan kicap, gaul-gaul lagi
6. lastly masukkan taugeh dan daun kucai.. matikan api dan hidangkan!

note:
1. kalu nak basah..tambah air lebih sket sebelum masukkan kueteow
2. tak perlu nak letak garam sebab masin dari pes, sos tiram dan kicap dah just nice
3. nak lagi umph? double telor yo!

Sekian.

Nak cuba?

apa lagi... pm inbox FB aku di SINI
atau sms/whatsapp aku di 0176073815 (Eca)

OPPPSSS...!!! lupa nak bagitau bahan-bahan dalam Pes Ala-Carte Ieja nie:
1. cili giling
2. minyak sayuran
3. rempah
4. udang kering
5. gula
6. msg
7. asid sitrik

Welll...aku nak ajak korang cuci mata lagi dengan hasil ke'awesomeness'an sambal segera nie.... cer tengok cer tengok cer tengok...........




Amacam??? Melelehkan....???!!! So step seterusnya...cepat contact aku laju-laju... weehoooo... You don't need to be a Cooking Engineer Chef to cook !!!

Monday, October 21, 2013

HARI NIE HARI TAKDE MOOD

Salam Isnin....

Walaupun x de mood... nak menulis gak...
X de mood aku tidak sesekali berkenaan dengan Monday Blues or Lazy Monday...
Sebab aku tak percaya pada monday blues nie...
Bagi aku, time takde mood tu bila-bila je boleh berlaku...
Tak tunggu hari pun....

Nak cakap ke kenapa aku x de mood?
Hmmm... tak payahla kan...
Sesiapa yang friend dengan aku kat FB tu sure tau je based on amukan puaka secara terbuka aku kat sana...

Memang sangat sakit hati rasanya skang nie..

SANGAT!

Friday, October 18, 2013

JIKA TAKDIR AKU BUKAN SEORANG JURUTERA LAGI....

AKU REDHA! AKU PASRAH! AKU GEMBIRA!

Kerana aku yakin dan pasti Allah SWT mencorakkan takdir terindah buat aku menghadapi sisa-sisa hidupku yang entah sampai bila ini...

Nope... I didn't mean that I am dying... pardon my sentence...cuma kita kena sentiasa ingat yang Allah Maha Berkuasa menarik nyawa kita bila-bila masa sahaja... jodoh dan kematian itu rahsia Allah... remember?

Dulu mungkin aku takut... saaangattt takut kalau aku tak kerja, kalau aku tak dapat kerja bla bla bla... tapi, Ya Allah... this time aku rasa jiwa aku sangat lapang okay... dalam pada tempoh perkhidmatan aku di V ini berbaki 9 hari (tolak weekend).

Aku yakin akan rezeki Allah itu luas...
Aku yakin rezeki itu dalam pelbagai bentuk...

Maybe I am not born to be an Engineer...
Ada aku kisah? I know I am totally screw up as an engineer. Yes, memang graduated with BEng(Hons) Computing & Communication Systems Engineering from University of Manchester Institute of Science & Technology, United Kingdom sounds so grande to some sort of people... but for me it is nothing because I have no interest in engineering anymore!

Jiwa aku just bukan untuk menjadi seorang engineer.
I am a genius... I am talented... I am brilliant... I am smart... I am independent... I am knowledgeable...
BUT... not in an engineering kind of things...

Bilamana kita tak minat... kita tak perform...
Bilamana kita tak perform... our future is just not there...
And all the jobs becoming burden and something we don't look forward to...
And that is what I felt since July 2011, bilamana boss aku tu suh aku jadi Test Engineer...
Oh before that aku pun bergelar Test Engineer...but my duty is more to Systems... kalau bab nie aku minat la..hehehe...

But as time goes by...
As years go by...
Aku admit... minat aku dan bakat aku more into business...
Minat aku pada any kind of business... MLM ke tak MLM ke... (i am not talking about the pyramid schemes kind of things ok..) aku try...
Ada yang berjaya ada yang tak...
Tapi aku rasa paling syok business makan-makan kot...
Aku suka makan... (see my body la wooooiiii)
Aku suka masak...
Aku suka jual jual jual
Promote promote promote
Yang lebih berjayaaaa dari MLM-MLM aku...
And I feel bless bila orang suka dengan makanan yang aku jual....
ALHAMDULILLAH...!!!

Maka.. apakah aku membuang masa selama 5 tahun study di UK?
Apakah aku menghabiskan duit MARA yang aku x perlu bayar balik tu?
Tengok sekali pandang ... "Ha'ah... buang duit ke MARA hantar budak Eca nie gi belajar tinggi-tinggi..tapi hasilnya hampeh nyoqqqqq"
But tanya tuan diri dulu boleh...???

There are a lot of things yang aku belajar selama lebih 5 tahun aku di sana...
Yang tak ternilai dengan A-Level certificate straight As aku...
Yang tak masuk syllabus Ijazah Kepujian aku...
Dan tak terbayar dengan wang yang MARA belanjakan untuk aku...yang masa tu tak silap aku RM245,000.00 kalau tak salah aku lar sepanjang pengajian aku di sana...

Banyakkkk sangat....

Paling utama yang aku belajar... AKU MENGENALI DIRI SENDIRI... Aku menjadi diri sendiri... dan benda nie tak ada dalam mana-mana silabus pun yang aku amik....

I know my strength...

I know my weakness...

I know what I want...

I know what I can do...

I know what I can't do but how to make it works...

I learn from mistake...

Masa silam itu...memang tak akan berulang kembali... I can't mend my own mistake... aku tak boleh kembali kepada waktu itu yang mana kesilapan-kesilapan itu sedikit sebanyak telah mengubah hidup aku....

Well, we just need to keep carry on... live the life...

Belajar.. belajar dan belajar....

dan paling penting... ingat Allah dan berserah kepadaNya.

anyway, jangan lupa LIKE my page: Merak Foods, Health & Beauty


SALAM JUMAAT - 5 KESILAPAN MAUT YANG MELINGKUPKAN BISNES!

Salam Y'All...

Yeay... it's Friday!

Hari nie tadi bangun tidur mood memang sentap lah...tapi as the time goes by... by the time kaki melangkah masuk ke opis jam 7.35pagi tadi...mood dah sesejuk salji dah.... :-) Alhamdulillah Allah...mungkin berkat istiqamah berzikir dan berselawat setiap hari on the way pergi kerja kot.... terima kasih Ya Allah.... now rasa semangat berkobar-kobar nak melalui hari ini.... semoga Allah murahkan rezeki aku.... Ameen...!!!

Well... starting of the day..akunak sharekan satu info yang aku dapat free of charge dari one of my FB friends yang sangat gigih berniaga sambal segera yang enak lazat... iaitu Siti Hajar Husnan. Thanks Siti Hajar sebab izinkan saya sharing pengalaman beliau yang pernah gagal berniaga atas kesilapan sendiri. Respect la sebab dia berani sharing info macam nie dan mengaku kegagalan silam. Aku doakan beliau akan terus majus-majas dalam bisnes beliau... Well, aku akan buat satu entry khas berkenaan sambal beliau later... entry kali nie aku nak sharekan 5 kesilapan 'maut' yang melingkupkan business beliau sebelum ini...dan memang tak mustahil akan melingkupkan bisnes sesiapa sahaja termasuk aku sendiri yang bisnes kadang-kadang up dan kadang-kadang down. So, kepada yang baru nak berbisnes atau dah lama berbisnes tapi tak kaya-kaya, cuba baca nie...mungkin punca tak kaya-kaya tu ada di sini:

1) SALAH KIRA HARGA KOS/ UNTUNG
Ini kesilapan plg besar. Saya buat bisnes hanya kira harga kos produk + kos pos shj. Tapi tak kira sekali 'hidden cost' yg terlibat. spt kos minyak pergi pej. pos, kos kertas & ink utk print, kos labour & sewa pejabat. Hjg bln mesti akaun ada short & tak untung seperti disangka.

-Pengajaran: Perlu masukkan margin hidden cost anda. Juga perlu tahu berapa kos marketing yg perlu dibelanja utk mendapat 1 jualan.

2) TAK SIMPAN DATABASE PELANGGAN DGN TERATUR
Kesilapan ini membuat saya rugi besar sbb tak dapat follow up pelanggan yg bgtau nk byr & tak dapat nk blast promo dll. 

-Pengajaran: Paling minima, nama, no telefon & email pelanggan anda wajib simpan elok2!

3) TIADA SISTEM INVENTORI/ PRESTASI JUALAN
Stok yg tinggal sy tak pernah kira. Berapa yang dah terjual pun tak tahu. Hanya tahu jual shj. Kesannya, stok habis, tapi jualan masuk. Ramai pelanggan marah & tuduh menipu. Nk restock pula ambil masa seminggu.

-Pengajaran: Sangat penting ada sistem tahu berapa terjual, berapa stok tinggal. Jadi anda boleh order siap2. Juga kena tahu prestasi jualan produk mana yg laju, hari bila sales tinggi dsbg.

4) BAZIR MASA BUAT KERJA2 ADMIN/MANAGEMENT
Sebab nak jimat, sy buat semua kerja.
Dari A-Z. Buat marketing, check sales, layan customer, reply fanpage, reply sms, check stok, bungkus produk, tulis slip poslaju, pergi pejabat pos. Lama2 masa sy setiap hari hanya berkisar pd admin work. Masa utk marketing dh tiada. Sales merudum!

-Pengajaran: Leverage! Jgn nk jadi hero buat semua.Pemilik bisnes wajib fokus lebih pada marketing.

5) TIADA CASHFLOW YANG TERSUSUN
Cashflow setiap hjg bulan sy main taram jer. Tgk balik resit2 yg dikumpul, kadang2 pun lupa apa yg dh dibeli. Selalunya akauan sentiasa tak balance. Banyak keluar dari untung yg masuk.

-Pengajaran: Catatkan berapa income masuk, berapa expenses keluar. Kumpul resit satu hal, tetapi catatkan perbelanjaan itu satu hal yg penting juga. 

Amacam?

So, lepas baca nie...jangan lupa lawat page Siti Hajar: Ieja Food 

Kalau berminat nak beli or try boleh kontek aku jek... Eca 0176073815 (sms/whatsapp) or pm inbox di www.facebook.com/Merak.Foods

Thursday, October 17, 2013

ANAK-ANAK MAMA

Salam Khamis...
I like this week!
Sekejap je dah Khamis kan :)
Esok dah Jumaat... lepas tu dah weekend.... weehooooo....

Officially I have 14 days left before bebas dari kekangan Venture...
tolak weekend 4 hari means I have 10 days remaining.... lalalalala....

Nak cerita pasal anak2...lama dah x story pasal dorang.... well, anak-anak aku masih 3 orang... actually if not because of the miscarriage things... aku sekarang nie dalam pantang baby no. 4 dah...takperla ... leave it because things happen for reasons kan...

Ini dia anak-anak, amanat Allah untuk aku dan Encik Z :-)


Finally dapat juga snap gambar passport untuk Arissa a.k.a si budak Adik tu... sekejap je Adik dah nak masuk kindie...yes, next year Adik will be in kindie already :-) Sebab tu la nak kena snap gambar..teacher dia dah minta.... Kak Long will start her tahap 2 a.k.a darjah 4 tahun depan manakala Eiman..anak lelaki tunggal aku nie akan naik ke darjah 1. Dengan kata lain, next year all of them will start and have their own new experience...

Doa aku siang dan malam...semoga anak-anak aku menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.

I secretly have my own wish....

1. Kak Long - I want her to be a doctor, a profession that would suits me last time but I refused to be due to stupid reason....aku takut nak deal dengan mayat! She actually has an interest to become a nurse, but I told her BE A DOCTOR! JADI PAKAR BEDAH! Dia cakap okla nak jadi doktor tapi x nak jadi surgeon...hehehe... Mama doa siang dan malam untuk kak long jadi doktor tau... Inshaa Allah, Allah murahkan rezeki aku..aku akan hantar dia ke Royal Surgeons College, Ireland... I know you can do it...

2. Eiman - he has a strong interest in motorbikes, cars and those mechanics kind of things... definitely la aku x nak dia end up jadi mekanik, kan? I want him to further his studies in Mechanical, Aeronautical or Aerospace till at least PhD... I know he will be good on this things...baru umur 6 tahun dah mula bercakap pasal benda2 enjin yang aku sendiri tatau.... kikikikiki....

3. Arissa - this is a bit tricky, because she is so young for me to judge. But I can see that she is so smart. I have asked her many time...Adik dah beso nak jadik apa? Dia cakap 'Assa nak jadi doktor pakai topeng macam dalam Misiku Kuza' ... aiyaaa... is that for fun or real? Aku sendiri pun tak tahu... but it would be great if she can continue her studies until PhD (at least...) dan menyumbang kepada sistem pendidikan negara sebagai pensyarah or researcher... kan?

Apa-apapun.. Mama doakan yang terbaik dunia dan akhirat untuk Kak Long, Eiman dan Adik... I love you all !!!!

Wednesday, October 16, 2013

CADBURY ~ FRESH AND DIRECT FROM UK

SALAM YOU ALL ~

Suka coklat?
Rasanya semua orang sukaaaa coklat.... tak kira yang kurus, gemuk, sihat, diabetes etc etc...miahahahaa...

Korang dah pernah try coklat dari UK...???
Korang teringin nak try coklat yang freshly made in the UK...???

Okay, nie aku nak promote baekkkk punya....!!!!

Aku tengah collect order from friends yang berminat untuk purchase Cadbury Special Edition yang diterbangkan khas dari UK! Well, don't be surprise to taste the difference... coklat Cadbury dr UK tak sama mcm dari Malaysia okay!

Yang bestnya...harga dia pun sangatttt berpatutan..pendek kata berbaloilah!

See what I can offer you as for NOW

Cadbury Heroes 350g

Cadbury Heroes 850g

Cadbury Roses 350g

Cadbury Roses 850g


Anyway, pastinya ada yang tertanya-tanya akan status kehalalan coklat ini.
Maklumla from UK kan..yang bukan negara Islam.. sedangkan Malaysia yang negara Islam niepun berleluasa bekalan makanan yang tak menepati status Halal.

You don't have to worry... Cadbury ini Suitable for Vegetarians, means tidak terdapat unsur haiwan dalam coklat ini.
It is usual for Muslim di UK untuk consume produk yang Suitable for Vegetarians including me dulu.
So jangan ragu-ragu.

Untuk more info, untuk pembelian... jom cepat2 sms/whatsapp Eca 0176073815 or email norafesa79@yahoo.co.uk.
Nak lagi senang, pm inbox kat Facebook aku.

Cepat beli, cepat dapat Inshaa Allah :-)

MEMPERKENALKAN WWW.MERAKXKLUSIF.MY

Salam Rabu Y'All~

Amacam mood raya?
Mesti ada yang seronok ada yang x seronok... adatlah tu..raya nak tengah2 minggu...ada yang raya cuti panjang balik kampung..ada yang dok rumah je rehat2...whatever it is Selamat Hari Raya Aidiladha....

Anyway, tahun nie aku x dapat any daging korban pun..xpelah..semoga mereka yang lebih berhak dapat menikmati rezeki tersebut :-)

Anyway, aku nak introduce my blogsite www.merakxklusif.my :-)

Belog nie dah lama aku register...tapi x hidup-hidup....tujuan asalnya adalah projek rahsia aku dan Encik Z...but atas sebab yang tak dapat dielakkan, projek tu tertangguh... jadi, fikir-fikir..rugi dibiarkan begitu sahaja. So why not aku hidupkan dengan perniagaan yang sedang aku jalankan iaitu Shaklee...

Therefore, aku harap sangatlah rakan-rakan blogger aku dari sini sudi singgah ke sana... sudi follow belog itu... Inshaa Allag, ianya bukan sekadar Shaklee tetapi menjurus kepada tips2 kesihatan dan gaya hidup sihat masakini... Please give me your support ye... thanks all!

Friday, October 11, 2013

KENAPA SAYA MAKAN SHAKLEE, TAPI TAK BERKESAN PONNN...???

Saya kongsi dan tulis apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman :-)

Salam Petang Jumaat!
Mengantuk?
Eh jangan...
Dah telan Lecithin? Hehehe...

Actually, disebalik testimonial-testimonial yang saya (dan juga SID lain) sering kongsikan di NewsFeed dan blog, tidak ketinggalan ada juga yang mengeluh kenapa dah amik vitamin sekian-sekian tapi sama je takde perubahan.. kenapa dah habis sebotol Alfalfa dan Lecithin tapi tak kurus pun...itu sebagai contohlah eh...

Sebenarnya in reality, regardless of what brand, supplement etc yang individu ambil..there are fews things you need to take note:

1. Pengambilan supplement perlu with knowledge, bukan hentam keromo jek. You need to know when is the right time and amount to take. Ada supplement yang elok diambil waktu pagi semasa perut kosong, ada yang bagus diambil selepas lunch dan ada yang bagus diambil sebelum tidur. Bila you ambil pada wrong timing, means penyerapan dan tindakbalas supplement tu pada badan kurang optimum. So, memang kemungkinan besarla lambat merasa kesannya. Siapa amik Shaklee dengan saya, saya dengan sepenuh relanya menjadi penasihat peribody anda. I will try my best to help you to get the best of Shaklee products nie okay. Itu janji!

2. Ikut dosage yang ditetapkan. Jangan kerana fikir nak jimat, patut mkn 2 korang makan 1. Pastu expect seminggu dah dapat kesan. Mana boleh... Be realistic la kan. Untuk kekal sihat, tak perlu berkira sangat. Berbelanja untuk mengekalkan kesihatan adalah lebih berbaloi dari berbelanja mengubati kesakitan (yg belum tentu boleh pulih 100%!)

3. Pengambilan supplement perlu konsisten dan ada disiplin. Jangan ngelat2 dan skip2..like hari ni dgn esok makan...lusa skip.. something like that lor...dah elok2 badan absorb the nutrients, terbantut and kena restart semula..sampai bila nak berkesan, ye tak?

4. Terimalah hakikat bahawasanya setiap individu itu adalah unik dan subjektif. Sama macam pattern cap jari manusia yang unik dalam dunia nie..macam tu la juga sistem bilogi seseorang itu. Ada yang makan seminggu dah terasa kesan positif, ada yang makan 1-2 bulan baru nampak perubahannya. You need to be patient, sebab tu mcm tadi saya cakap.. consistency is important. Jangan mudah putus asa.

5. Timbunan toksik dalam badan juga merupakan salah satu punca utama kenapa pengambilan supplement lambat atau kurang berkesan. Sekiranya kita mengamalkan diet kurang sihat selama ini, atau terdedah kepada persekitaran yang kotor...memang ianya meninggalkan kesan kepada kadar penyerapan nutrient oleh badan. That is why, DETOKS memainkan peranan yang penting. Detox membantu membuang toksik dalam badan. The simplest way to detox adalah minum air 3 liter sehari. There are many types of detox available like makan buah jek 5 hari...and there are many kind of supplement for detox juga available untuk menyahkan toksik dalam badan. For me, Alfalfa works best! Sebab x de ceriberi..takde memulas-mulasan...smooth and steady jek.

So, tunggu apa lagi.

Untuk khidmat nasihat dan pembelian Shaklee,
PM inbox, sms/whatsapp 0176073815 now

Eca 1023481 ~ menanti anda!

Wednesday, October 9, 2013

LEMPENG & SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH

Lempeng + Sambal Tumis memang klasik!

Nie bekal gi kerja minggu lepas kalau x silap aku...hehehehe....

Thanks to Tupperware Asian Meal Sambal Paste

Delicious!


HOME MADE KARIPAP AYAM (BIAR GAMBAR BERBICARA)


Karipap memang salah satu daraipada kepakaran aku... So don't play play with me... ini home made frozen chicken karipap okay.... org Kulai / JB kalau nak order karipap dengan aku voleyyyyyyyyy..... sms/whatsapp 0176073815 (Eca)

LAKSAM (WW - BIAR GAMBAR BERBICARA)


my breakfast yesterday - pakej lengkap sedap giller!

WESTERN DINNER

Salam Y'all....

Aku terperangkap dlm kebusyan busybody2 yg x senang tgk aku berblogging pd waktu rehat di ofis wlpn x menggunakan harta company.... Stress!!! End up, aku bermonolog dlm kepala je x dpt nak update belog wlpn idea mencanak-canak okehhh....!!!!

So, while those kepochi out for lunch...aku nak share dinner yg aku masak on Monday. Actually aku lewat sikit balik kerja sbb singgah bayar duit Oren dan tukar minyak enjin sekali. Somemore, trying to cook other than nasi... maka dapatlah Pasta Alfredo with vegetables and cheesy omelette. Sedap masak guna Prego nie...sayur tu aku celur lebih kurengggg dan topping sauce tu adalah parutan cheddar cheese dan sauteed oyster mushroom...

Yummeh...!!! My kids lovin' it especially the cheese part....laju je masing2 mkn...

Alhamdulillah....

Tunggu la nnt aku uplod lg gambar masak2 dan makan2 yg dah lama pending....huhu...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, October 4, 2013

WARNING: SHAKLEE BUKAN UBAT!

Salam Y'All...

WARNING! Shaklee bukan ubat, okeh!

Shaklee bukan ubat...
Shaklee bukan ubat...
Shaklee bukan ubat...

Shaklee adalah supplement...
Supplement bermaksud pemakanan tambahan...

Kadangkala kita amalkan diet yang tak sihat...
Kadangkala diet sihat, tetapi faktor persekitaran & keturunan menjadikan kita tidak sihat...

Bila terkurang itu dan ini dalam badan kita...maka berlaku ketidakseimbangan yang menjadikan badan kurang effisien...
Bila lama sangat tak effisien, tu yang menyebabkan jatuh sakit...

Inilah waktunya supplement atau pemakanan tambahan memainkan peranan yang penting dalam hidup kita...
Supplement atau pemakanan tambahan nie 'topup' apa yang terkurang dalam diet harian kita agar segalanya lengkap sejajar dengan keperluan harian...

Oleh sebab itu, memang disarankan kita ambil extra supplement untuk menjaga keseimbangan dan kesihatan kita...
Pada waktu sihat ini, kita mampu bekerja dan peruntukkan sedikit wang untuk supplement...
Apalah sangat nilai wang ringgit berbanding kesihatan, kan? kan? kan?
Lebih berbaloi habis duit untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan diri daripada habis ribu-riban bagi mengubati penyakit yang belum tentu sembuh...

Jadi, tunggu apa lagi?
Mulakan sekarang.

Ingatlah orang-orang yang disayangi & menyayangi anda

Eycha 1023481
sms/whatsapp 0176073815

Wednesday, October 2, 2013

USAHAWAN: ADAKAH IANYA DILAHIRKAN ATAU DIBINA?

Salam Rabu...

Email Yahoo! aku biasanya memang aku gunakan untuk subscribe benda2 yang menarik untuk dibaca... yang menaikkan motivasi diri dan memberi panduan kepada diri sendiri. Pagi ini, aku terima satu e-mail yang ditulis oleh Dr. Azizan Osman. It is a very interesting email berkenaan Bumiputera dan perniagaan. So, friends... luangkan sedikit masa untuk membaca dan renung isi kandungan email tersebut. It worth to share. It worth reading.

Memperkasakan ekonomi diri sendiri dahulu sebelum anda ingin memperkasakan ekonomi dunia.

Kebelakangan ini kita sering mendengar keluhan rakyat Malaysia terutamanya kaum Bumiputera akibat dari kenaikan harga minyak petrol. Sedikit demi sedikit harga barang mula meningkat, dan ini memberi kesan yang besar kepada perbelanjaan harian kita. Ramai yang mula berbalah serta menunding jari kepada pihak kerajaan kerana tidak mengambil kira sensitiviti rakyat apabila kerajaan bertindak menaikan harga petrol. Yang menariknya, kebanyakkan yang menunding jari akibat dari kenaikan ini ialah kaum Bumiputera.

Tahukah anda bahawa secara amnya ekonomi dunia ini telah direka untuk sentiasa meningkat. Ini bermakna kos saraan hidup akan terus naik dari tahun ke tahun tanpa henti.  Adakah anda masih ingat berapa sen yang anda bawa ke sekolah ketika anda kecil? Saya masih ingat lagi pada zaman saya membawa duit poket sebanyak 50 sen ketika saya bersekolah rendah. Anda boleh teka berapa umur saya pada zaman tersebut? Ketika itu saya bersekolah rendah di antara tahun 1980-an. Adakah hari ini  ianya mencukupi sekiranya kita memberikan duit poket hanya sebanyak 50 sen? Pastinya tidak. Kenapa? Kerana ada satu perkara tentang sistem ekonomi dunia yang anda perlu faham iaitu masalah inflasi. Samada anda suka atau tidak, duit sentiasa susut nilai dan harga barang 10 tahun dahulu seperti harga rumah, barang dapur dan banyak lagi pastinya tidak akan sama. Jadi usahlah kita membuang masa menunding jari kepada sesiapa sahaja apabila kenaikkan ini terjadi. Dari anda pening memikirkan masalah ekonomi dunia atau cuba menjadi "Superman" mahu merubah ekonomi dunia, lebih baik anda fikirkan bagaimana hendak mengukuhkan lagi ekonomi diri sendiri dan keluarga.

Mungkin anda boleh mula dengan mengurangkan perbelanjaan yang tak sepatunya dibelanja. Mula perhatikan aliran wang keluar masuk anda dan isi rumah. Cuba mencari jalan untuk menambahkan lagi simpanan dan yang paling penting, mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan bagi menampung kenaikan saraan hidup yang luar biasa ini. Antara cara meningkatkan pendapatan adalah melalui bekerja makan gaji ataupun berniaga sendiri.

Ramai yang menganggap dengan mempunyai kelulusan yang tinggi sahaja boleh menjamin mendapat pekerjaan yang bagus serta gaji yang lumayan. Mungkin fahaman ini telah dipupuk dari kecil sehinggakan ia telah menjadi satu bentuk budaya atau tradisi yang patut diikuti oleh kita sehingga ke hari ini. Tak salah mempunyai pendidikan yang bagus serta gred yang cemerlang, yang menjadi persoalannya kenapa anda perlu bekerja untuk orang lain sekiranya anda boleh berniaga sendiri.

Masalahnya kebanyakan bangsa kita menjadikan perniagaan itu satu pilihan terakhir di dalam memilih kerjaya sedangkan jika anda melihat kaum cina, berniaga merupakan satu keutamaan di dalam masyarakat mereka. Mereka seolah-olah percaya yang bangsa mereka wajib berniaga berbanding dengan bangsa saya yang rata-ratanya ditekankan tentang betapa pentingnya untuk makan gaji terutamanya bekerja dengan kerajaan. Ia seolah-olah pilihan selamat untuk mendapat pencen satu hari nanti.

Kaum bumiputera, bangkitlah dari keselesaan anda sekarang! Sedarlah yang kehidupan anda hari ini dalam keadaan membimbangkan. Pendapatan melalui makan gaji tidak dapat menampung dari getaran kewangan ekonomi dunia. Tetapi jika anda berniaga dan menjadi usahawan yang bermatlamat, anda pasti mampu tersenyum melihat gelagat ekonomi sedia ada dan juga yang bakal menjelma. Jika anda dapat menguasai ekonomi diri sendiri anda dapat tentukan apa yang anda inginkan dan ini merupakan salah satu kelebihan menjadi seorang usahawan.

Bakat dan ilmu merupakan antara intipati untuk menjadi seorang usahawan.
Kebiasaannya ramai yang beranggap untuk menjadi usahawan berjaya memerlukan bakat semulajadi ataupun diwarisi dari keluarga. Realitinya, untuk menjadi usahawan anda tidak memerlukan bakat yang hebat tetapi apa yang anda perlukan adalah ilmu yang mencukupi. Dari ilmu, bakat dan kemahiran akan dibina secara tidak langsung ke dalam diri usahawan tersebut secara berperingkat sehingga ia menjadi darah dagingnya sendiri. Ramai yang telah lahir menjadi usahawan yang berjaya terutamanya beberapa tahun ke belakangan ini di kalangan bumiputera dengan sokongan dari pihak kerajaan serta inisiatif banyak pihak termasuk saya di dalam membantu melatih membangunkan usahawan yang berjaya.

Jika anda perhatikan mereka yang menjadi usahawan yang berjaya, ramai daripada mereka yang tidak mempunyai latarbelakang keluarga yang berniaga atau mempunyai kelulusan MBA di dalam pengurusan perniagaan, malah ramai yang mempunyai latarbelakang kelulusan bidang pengurusan perniagaan yang takut berniaga atau gagal di dalam perniagaan mereka. Adakah kita perlukan "genetik" usahawan untuk menjadi usahawan? Pada tahun 2010, penulis buku "Born Entrepreneurs, Born Leaders", Scott Shane, seorang professor bidang kajian keusahawanan di Cleveland Case Western Reserve University menganjurkan bahawa masalah genetik tidak mempengaruhi samada seseorang itu akan memilih untuk bekerja atau berniaga; tetapi beliau tidak menafikan bahawa faktor sekeliling banyak mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk berniaga.

Usahawan datang dari semua lapisan masyarakat, semua kumpulan umur dan dari segala sudut. Mereka adalah orang-orang biasa seperti anda dan saya. Mereka telah tinggal dan bekerja di negara ini. Mereka telah menghadapi masalah yang sama yang kita hadapi setiap hari. Mereka mempunyai akses kepada sumber-sumber yang sama, seperti yang kita miliki.
Namun, apa yang membezakan usahawan dan orang biasa ialah ilmu dan pilihan berani bertindak membuat keputusan dalam mencapai sesuatu perkara.

Bagi mewujudkan lebih ramai usahawan di negara ini, kerajaan telah memperkasakan penyertaan Bumiputera ke dalam sektor perniagaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mengumumkan lima teras untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera di dalam ekonomi negara. Antara teras itu ialah penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang tidak lama lagi akan dipengerusi oleh perdana menteri sendiri. Dengan kemudahan ini, ia akan memberi banyak peluang keemasan serta memudahkan  usahawan-usahawan Bumiputera untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka.

Mungkin anda tengah tersenyum ghairah mendengar peluang-peluang yang bakal menjelma. Ini merupakan salah satu cara pemangkin kerajaan memastikan kaum Bumiputera tidak ketinggalan dalam dunia keusahawanan di Malaysia. Dengan ini, usahawan Bumiputera tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada perlindungan dari kerajaan. Tetapi percayalah, tanpa bantuan kerajaan sekalipun, kita sebenarnya mampu membina perniagaan kita sendiri berbekalkan formula-formula membina perniagaan yang terbukti berjaya.

Sebenarnya peluang mendapat pendapatan yang lebih tinggi sememangnya menuntut untuk kita menjadi usahawan. Jika anda masih lagi bersandarkan kehidupan makan gaji, inilah masanya untuk anda mula berjinak-jinak dalam dunia keusahawan. Tetapi ingat, jangan terjah dalam dunia keusahawanan jikalau anda masih belum mempunyai ilmu yang cukup tentangnya. Mulalah mencari ilmu melalui pembacaan buku, hadiri seminar-seminar keusahawan dan pastikan anda mempunyai mentor yang betul untuk menolong anda mencapai arah yang ingin ditujui dengan mudah dan pantas.

Dr Azizan Osman, Penulis, Usahawan, Pakar Pembangunan Usahawan & Pemasaran

Tuesday, October 1, 2013

NASI KUKUS AYAM DARA

Salam Y'All...
Lama dah tak buat entre pasal makan-makan, kan?
Gambar etc banyak dlm Note 10.1 tapi x gagah nak mengupdate belog sbb malas bperang dgn anak2..
Tapi hari nie aku amik halfday leave sbb nak settlekan registration tadika Adik for next year (2014) and transit for all ketiga2 anak aku...so sempatlah nak update sat :-)

Actually tengahari tadi aku dating dgn En. Z masa lunch... lama giller tak lunch berdua dgn dia (menipu..baru je dating dgn dia 2 minggu lepas masa tgk wayang kan...ngengada!)  En. Z dah byk kali warwarkan pasal Nasi Kukus Ayam Dara yang dia mkn almost everyday kat Nusa Perintis nie.. hari tu dia ada tapau sebungkus untuk aku rasa tapi dah sejuk plus anak2 nagabuana nie berebut, maka dptla sesuap dua jek..huhu...

So, since aku halfday... En. Z ajak aku turun gi SILC hari ni lunch dgn dia...boleh mkn panas2...memang panas sungguh2!

Aku ingatkan kedai rupanya warung jerk.... tengah2 panas terik makan nasi dgn ayam panas...pergkhs... tangkap berpeluh beb!

Nasi lembut dan sedap giller... kuah gulai...sayur kacang goreng..sambal belacan..timun potong and boleh pilih ayam dara rempah, puyuh rempah atau ikan keli goreng. Aku? Opkosla ayam..... superb!!!!!!!!!

Harga sehidang just RM6 termasuk air sirap 'free flow'. Memang berbaloi...berderet orang beratur.....

Sesiapa yang turun area SILC or Nusa Perintis...aku cadangkan korang try!

Published with Blogger-droid v2.0.10