Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, July 11, 2012

ONION BHAJI a.k.a JEMPUT-JEMPUT PAKISTAN

Jam dah menunjukkan pukul 5:46PM... mood bekerja aku pun dah jauh tercampak ke tengah lauk, so sementara menantikan pukul 6:00PM, nak share satu resipi nie. Well, I tried it for the 1st time when I was a student in UK...banyak kedai Paki jual benda nie..and it was damn delicious. Tak pernah buat pun, until suddenly last Friday one of my colleague mentioned about this, konon-konon nak masak untuk aku la sampai aku tak jadi puasa hari Isnin tu sebab ingat dia bawak tapi x bawak...hahahah...maka untuk mengubati kekecewaan, aku google for the recipe and tried it at home.

Sumpah senang! Sumpah sedap! And aku berjaya pada percubaan pertama! Jom tengok gambar dulu...!!!

My First Time Onion Bhaji

Itu dia...gambar straight from the wok to the tapis! Sedappp sangat... sangat sedap di makan ketika panas-panas sebab crunchy nyum nyum tapi dah sejuk pun kekal best sebab tak keras mcm cekodok normal...:-) 

Jom tengok resipinya pulak:

ONION BHAJI

Bahan-bahannya:

Tepung Kacang Kuda - pandai2 adjust amount..dlm 10 sudu besar pun cukup rasanya
Bawang Besar - potong mcm nak buat onion ring
Serbuk Ketumbar
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Cili (optional)
Sodium Bikarbonat - sesudu dua
Garam & Ajinomoto sekadar sedap tekak
Aku letak hirisan halus lada hijau as my personal touch ;)

Cara-cara Memasaknya:
Gaul semua bahan kecuali bawang besar hingga sebati. Masukkan sedikit air..jgn terlalu pekat dan jgn terlalu cair. Pastu panaskan minyak yang banyak. Bila dah sedia untuk menggoreng, masukkan bawang tadi..gaul2 dan sudukan ke dalam minyak panas. Goreng sehingga keemasan tapi bukan sampai hangus. Bila dah masak, toskan minyak dan makan...!!

Sangat senang kan? And boleh dipelbagaikan tidak terhad sekadar onion. Try this on kentang, ayam dll... SELAMAT MENCUBA...!!!

No comments:

Post a Comment