Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Friday, July 13, 2012

CHINESE STYLE BLACKPEPPER BEEFSTEAK - My Mom's Recipe

Salam Jumaat...:) Tetiba teringat dekat rakan setaman perumahan aku yang sangat suka buat status YM-nyer Friday is Sayyidul Ayyam means Jumaat Penghulu Segala Hari... she is on maternity leave now so x dapat la tengok status tu untuk 60 hari...hehehe...

I was too busy utk sharekan recipe pantas bergaya yang aku masak for lunch yesterday... yelah semalam kan aku halfday sebab Kak Long ada sukan and dalam terkocoh-kacah tu sempat aku masak nasi panas2 dan daging masak blackpepper chinese style..recipe mak aku tu... So meh sini aku share dengan semua :-)


Warnanya jadi agak gelap sebab aku letak lebih kicap lemak manis... fyi, sebelum dikongsikan resipi...nak diberitahu bahawasanya aku tak letak garam atau ajinomoto langsung sewaktu memasak daging ini...sebab masinnya just-just nice je dengan bahan yang sedia ada :-)

Ok..jom tengok resipi!

CHINESE STYLE BLACKPEPPER BEEFSTEAK

Bahan-bahan diperlukan:

250g daging batang pinang
Sos Tiram
Kicap Lemak Manis
3-4 ulas Bawang Putih
Selabu Bawang Besar
Halia
Susu Cair - aku pakai Carnation Evaporated Milk/Creamer
Segenggam Lada Hitam
Garam & Ajinomoto - jika perlu
Mentega

Cara Memasak:

1. Daging dipotong nipis-nipis. Perapkan bersama sos tiram dan kicap lemak manis.
2. Bawang putih dipecah-pecahkan, bawang besar potong bulat. Halia hiris nipis.
3. Lada hitam pulak, ditumbuk kasar.
4. Panaskan mentega di dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging yang telah diperap tadi. Masak sehingga daging tak mentah lagi. Masukkan bawang besar.
5. Masukkan susu cair secukupnya...masak sehingga kuah pekat.
6. Tambah garam dan ajinomoto jika perlu.
7. Siap!

Kalau nak sedap, boleh tambahkan kentang yang dipotong berbaji (wedges)

Daging steak ini bukan sahaja sesuai dibuat lauk, tetapi juga makan bersama roti. Sedappppp....!!!

No comments:

Post a Comment