Salam Y'All... dah pukul 2 petang..aku baru masuk office. Amik halfday hari ini kerana Kak Long terlibat dalam sukan sekolahnya. As a mom, definitely aku nak menyaksikan aksi Kak Long...walaupun dia x menang, she enjoyed the sports day very much !!!
Anyway, hari ini 12 Julai 2012... 12 Julai adalah hari kelahiran Allahyarham Abah aku... Mej (B) Shaharuddin bin Hassan. Sayangnya Allah SWT lebih sayangkan Abah... Abah pergi meninggalkan kami semua pada usia 49 tahun.
Walaupun Abah tidak lagi bersama kami, aku tetap ingatkan dia. Aku tetap merinduinya dan menyayanginya walaupun kami di alam berbeza. Abah tetap bapa aku dunia akhirat. Kalau Abah ada lagi, Abah dah 62 tahun... bagaimana agaknya rupa Abah, kan? Bagaimanakah agaknya Abah melayan cucu-cucunya yang tiga orang itu... especially Eiman... sebab aku sangat tahu yang Abah tidak lokek membelikan toys canggih-canggih dan mahal-mahal untuk adik-adik lelaki aku (dan juga aku dia belikan juga toys for boys masa aku kecik..sebab aku anak tunggal selama 7 tahun before Yos lahir) Aku yakin kalau Abah masih ada, mesti dia treat Eiman macam dia treat Yos dan Faiz...huhuhu... :)
Dari kejauhan ini... hadiah yang dapat aku sampaikan kepada Abah adalah Al-Fatihah... Al-Fatihah banyak-banyak-banyak untuk Abah...berserta doa semoga Abah tenang di sana... I Love You, Abah! Abahlah lelaki pertama bertakhta di hati Eca...
No comments:
Post a Comment