Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, June 13, 2012

BILA ACCIDENT ITU MELIBATKAN AKU...HUHUHU..!!

Salam Y'All...

Semalam ingat nak update...tapi material tak cukup. Mood pun dah lari... dan aku rasa mcm bangkai bernyawa semalam... sedaya upaya aku menjaga tatasusila ketika memandu... sangat frust tertonggeng menonggeng bila orang lain yang takde tatasusila yang menjahanamkan kereta laki aku...yang aku pandu...!!!!

Uwaaaaaaa....!!!! It happened yesterday...around 12.00PM... semalam aku keluar lunch awal banyak sikit kerana ke Taman Pelangi untuk mengambil order Tupperware customer aku... as usual, semenjak kewujudan EDL aku mmg ikut sana sahajork sebab dekat... 15 minit dah konpem sampai... after settle urusan aku dengan Nancy...aku pun bergerak pulang, lalu Jalan Pasir Pelangi untuk zoom masuk semula ke EDL melalui susur masuk just after junction Jalan Bakar Batu.

To tell the truth, jalan baru kat bawah itu quite confusing kalau orang baru guna sekali...or jarang-jarang lalu. Masa aku first time lalu pun aku like a fool terbelok ke jalan mati... tapi x pela kan..x menyusahkan orang pun... tapi dalam kejadian ini... sumpah aku memang innocent tak bersalah.

Mengikut Peta Ini..Lokasi Kejadian Adalah Di Kawasan Bakar Batu Interchange
Sebagai pemandu berhemah, aku memang la memakai seat belt dan berhenti di setiap lampu isyarat. Takut woo.. kalau tak eksiden, kot ada Datuk nunggu ker... trauma dengan saman Mr Z kena masa langgar traffic light kat Jalan Air Molek dulu. RM300 tu...!!! Baik buat shopping...kan? And dekat traffic light Bakar Batu tu aku berhenti paling depan sekali... selow-selow tau motionnyer sebab dari jauh lampu dah tukar jadi kuning and then merah... no excuse nak zoom and kejar lampu tu... frankly speaking I am not the type of driver yang kejar lampu bila dah nampak kuning. That's not me...

Ok...back to the story, actually from the previous traffic light aku memang dok usha kereta yang melanggar aku tu dari cermin pandang belakang... for nothing... tak sangka plak boleh jadi dia melanggar aku... he was driving pretty slowly... and aku tatau apa jadahnya suddenly he can bumped to belakang kereta aku yang stationary kat traffic light itu. Aku nampak dia lajuuuuuu dari belakang...and maybe he was trying utk mengelak but it was too late... suddenly.. BANGGGGGGG.....!!!!! the impact was hard.. aku terpantul ke depan ke belakang beberapa kali... (aku x sempat nak menyumpah pun!) In a fraction of second, barang2 dalam kereta like terabur..kertas-kertas yang terselit..syiling-syiling semua terabur..aku tarik hand brake..tanggal seat belt and keluar.... the first word yang keluar... WALLAWEIIIIIIIIIIIIIIIIII..... hadoiiiii...macamana nie la.......!!!!!!! The Black Mercedes JLG 9xx3 yang melanggar aku itu aku nampak lampu depan sebelah kiri je pecah. The driver, Mr Mok Xxxx Xxxx keluar dari kereta... he is around 50s. Dia mengangkat tangannya ke atas kepala dan berulang-ulang kali meminta maaf... kesian juga tengok dia..tapi tolak ketepi dulu... pepehal kena settle kereta dulu...dahla bukan hak aku..kereta laki aku... and aku boleh agak reaksi dia bila dia tahu... masak aku kena dengan dia nanti...!!!

Aku tanya... so how now? You dah langgar kereta I..mcmana nak settle? Teruk nie okay... bumper semua jatuh. Lampu rosak habis. Alarm system out. Signal tak boleh hidup hatta aku cuba on emergency lamp pun x boleh! mudguard habis... pintu nak isi minyak tu stucked (mujur aku dah isi minyak RM10..kalau tak mampos)  Aku x de rasa apa lagi masa tu... masih terkejut...and fikir.. mcmana aku nak buat nie..?? Aku call Z... putus..kredit out. Bateri fon dah merah..x bleh nak snap gambar. Just amik buku nota aku..catit nombor kereta Merc tu..nama driver tu dan no telefon dia. Aku minta business card, dia x de. But dia siap tunjuk IC..dia cakap... ini memang saya, jangan risau. Bila-bila call.. mesti dapat cakap dengan dia... He was using a SII. (sempat usha lagi tuh).

Nah..cuci mata dulu kerosakan dari pandangan sisi:


Teruk ke tak teruk..??? Stressed..!!! ku drive selow-selow tuju ke opis Mr Z... sampai depan opis dia..aku dah nampak dia.. aku dah dapat agak what would be his reaction... and betul sebijik-sebijik segenap apa yang aku fikirkan....

Kami terus ke Balai Polis Trafik JB Selatan untuk membuat laporan. Aku rasa badan aku menggigil... aku x nangis aku x apa-apa... terkejut belum hilang kot... Kat sana, selepas buat laporan...jurukamera ambil gambar kerosakan yang dialami dan aku disoal siasat oleh Sarjan Safri... masih dalam keadaan terkejut..sorrylah aku macam x dapat nak bg description tempat kejadian dengan 100% tepat..some more aku rasa polis-polis tu pun bukan familiar sangat dgn jalan tu.. yelah... jalan tu baru dibuka dlm 1.5 bulan jer...

Sambil kami sibuk membuat report, yang tak sedapnya kami diekori oleh ulat-ulat woksyop yang mencari pelanggan. Memang rasa kurang selesa. Sampai ke kaunter dia follow, sampai dalam bilik sarjan dia masuk... stress juga... mcm x faham-faham yang kitorang tengah celaru.. mcm x sabar-sabar plak!

At the end, masa turun ke bawah semula untuk print salinan report (which costs me RM4...melampau giller kan!) aku nampak satu wajah familiar. Macam muka orang yang langgar aku je tadik...tapi aku x nak sergah. Kang either aku yang malu (sebab salah orang) or apek tu yang terkujat disapa aku. So diam-diam aku diri kat belakang dia and aku dial nombor telefon dia... (idea vangang yang berkesan i tell you...) SII dia berbunyi dengan nombor aku font besar bapak terpampang di skrin AMOLED dia... hahaha...

Terus aku tegur dia... "Hi Uncle.. remember me.. you langgar kereta I tadi"... bagus punya ayat... dia pun hai hai terangguk-angguk dan aku terus introduce kat Mr. Z..diorang salam-salam... yela..takkan nak karate kot.. bukan dapat haper pown...

Mr. Z bisik kat aku...ajak tunggu dulu sampai apek tu settle buat report. Kite nak tau apa yang terkandung dalam report dia. Just afraid dia akan twist the story ke..we dunno la kan.. walaupun ulat-ulat woksyop yang mengekori dari tadi x sesudah convincekan x payah tunggu...sah dah confirm dia mmg salah sebab langgar belakang kereta kat traffic light... arrkkhhhsss... tak puas hati!

After settle jek dia buat report, memang sahih dalam kenyataan dia yang dia langgar kereta aku Mr. Z baru kitorang balik... aku balik ke office.. Mr. Z drive ke office dia sebab nak ketuk sket tempat minyak tu memandangkan confirm kereta tu akan kehabisan minyak nanti..

After bincang dengan Mr. Z, we decided to go for ulat yang based di Larkin... so pagi tadi aku dan dia pergi hantar kereta ke Jalan Tangki Air... woksyop tu akan uruskan segala bentuk claim insurance bagai..and akan repair seadanya. Estimated within 2 weeks semua siap. Harap semuanya okaylah... aku takdelah bayangkan kereta tu jadi macam kereta baru..but tolonglah repair seadanya agar nampak macam before accident..tolong la cat kaler merah macam warna dia..huhuhu... sian JHE :(

Nie gambo lagik...

Kesian JHE Mr. Z :(
For the time being, kitorang akan drive Iswara Hitam bernama WFE XXX... boleh la... janji ada kereta...

Cerita pasal kereta, lupa nak cerita pasal mangsa nahas. Mangsa nahas hanya aku seorang. So far aku masih mampu mengupdate belog dan driving... kira aku sihatlah kot. Impact accident tu, kalau takde memang bohonglah. Terkejut still there sipi-sipi... and aku ada rasa impact like lenguh leher dan bahu, dan rasa tak sedap pada pergelangan tangan hingga hujung jari. Thanks very much kepada rakan-rakan lama yang still in touch di FB for their concern, ada yang mencadangkan aku gi check up Whiplash Injury di klinik berhampiran. Hari nie tak sempat dah sebab tadi dah keluar ke woksyop..Insya Allah esok kot... semoga segalanya baik-baik sahaja...

Moral of the story - Jangan lupa baca doa menaiki kenderaan sebelum perjalanan dan pakai seat belt walau ke mana anda nak pergi kerana kemalangan boleh berlaku di mana-mana pada bila-bila masa...

No comments:

Post a Comment