Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Wednesday, June 27, 2012

DO'A OF THE DAY

Dengan Lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim....

Berdoalah pada hari ini..."Ya ALLAH, tunjuklah aku jalan untuk mensyukuri nikmat yang telah ENGKAU berikan kepadaku dan juga kepada kedua ibubapaku, supaya aku dapat melakukan amal soleh dalam mendapat keredhoaan MU. Ya ALLAH berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberikan kepada anak-anakku. Sesungguhnya aku bertaubat, berserah diri dan bertawakal kepada MU ya ALLAH. Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ya ALLAH"...Amin ya rabbal 'alamin

Tuesday, June 26, 2012

CERITA TENTANG BERSIN

Rajin sungguh aku update belog hari ini kan? Maklumla..pull report and sambil2 tu update je lar...bkn susah sangat pown... kan..??

Now aku nak share cerita pasal bersin:



Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam

Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda

Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .

Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti.

Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin ,Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik ♥

jangan baca sahaja,boleh kongsi kepada semua,supaya ramai yang sedar tentang nikmat ini ♥

SEGMEN AYUEJEAN : MENCARI BLOGLIST

SEGMEN AYUEJEAN : MENCARI BLOGLIST



First time cube-try-test join Segmen yang dianjurkan oleh blogger :) Semoga berjaya masuk dlm bloglist AyueJean yang memang mabeles...!!!

Berminat nak join sekali...??? Jom click SINI !!!

Salam perkenalan untuk semua...!!!

CHICKEN WINGS DENGAN TEPUNG MAGIK :)



Amacam? Nampak enak dan lazat tak...??? Ngehehe... Inilah hasil masakan sambil berperang aku beberapa hari lalu. Chicken Wings and Drummets goreng bersalut Tepung Magik! Rasanya memang ada umphhss...!!! Dengan adanya Tepung Magik ini... kerja menggoreng jadi lebih mudah tanpa mencacatkan keenakannya! Seluruh keluarga pasti sukakannya...!!

So, hari ini aku nak sharekan teknik aku menggoreng chicken wings dan drummets sehingga gebu menarik tertarik da bomb ala-ala KFC itu...malahan rasanya lebih sedap dari KFC!!! Hanya 3 bahan sahaja aku gunakan yer:

 KEPAK AYAM

TELUR AYAM


 TEPUNG MAGIK

Penyediaannya juga sangat mudah... of courselah kena bersihkan chicken wings dan drummets itu.. telur pun sebelum dipecahkan..cuci dulu kulitnya tau! Kot-kot ada sisa-sisa 'yak-yak' dia ke kan... then telur tu kita whisk a bit... then lumurkan wings dan drummets dengan telur tadi. Dalam bekas berlainan, tuangkan Tepung Magik.  Panaskan minyak yang secukupnya di dalam kuali. Golekkan wings dan drummets dengan Tepung Magik itu tadi secukupnya sehingga cover keseluruhan ayam itu :)

Then goreng dengan menggunakan minyak yg bubbly hot tapi dengan api yang sederhana...jangan besar sangat pula!

Maka inilah hasilnya :-)



Sekiranya anda berminat untuk mencuba...boleh contact aku untuk mendapatkan Tepung Magik ini :-)

ANTARA SEBAB-SEBAB HATI JADI BUTA

Mood nak sharing apa yang aku dapat dari Facebook petang semalam yang tak sempat aku paste di sini :) Semoga dapat dimanafaatkan bersama :)


DO'A OF THE DAY

Salam Selasa Y'All... Mulakan hari dengan doa yang baik-baik belaka... just sharing from FB Rahsia Perkahwinan :-)


Dengan lafaz BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...


Berdoalah pada hari ini..."Ya ALLAH, perbaikilah diri antara kami, lembutkanlah hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya ALLAH..limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan, begitu juga isteri dan anak-anak kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ya ALLAH"...Amin ya rabbal 'alamin

Monday, June 25, 2012

HARGA RUMAH DI BANDAR PUTRA KULAIJAYA BAKAL MELAMBUNG!

Home Sweet Home :)
gambar rembat dr Google Image


BIAR BETIK...!!! The rumour has been surrounding me for quite sometimes until now, it almost certain... yang diperkatakan akan menjadi realiti..bukan lagi fantasi! And to tell the truth, macam tak logik je bunyinya...gara-gara pembukaan Jusco a.k.a AEON tak lama lagi di Indahpura, area Bandar Putra terkena tempiasnya apabila harga rumah akan melonjak naik dan mereka-mereka yang menyewa akan terasa bahangnya juga... huhuhu... hanya kerana Jusco?



Aku dengar citer yang x tau betul ke tidak, AEON Indahpura KulaiJaya bakal menjadi AEON terbesar di Asia Tenggara..entah yer ke tidak. Ku jenguk-jenguk tapak pembinaannya, takde mcm luas sangat. Tataulah kalau dia buat 18 tingkat ke kan...so mmg terbesarlah...benda paling aku x boleh imaginekan adalah traffic congestion that will be the greatest burden to we all during that time! Sedangkan after pembukaan susur keluar Indahpura selepas pembukaan Johor Premium Outlet pun membebankan pengguna jalanraya, apatah lagi bila muncul lagi sebuah kompleks membeli-belah gergasi! Too bad gaji x macam gergasi pun... uwweeekkssss...!!!

Genting Indahpura
Bandar Putra has been one of the well-developed area di Kulaijaya. Tak pernah aku terfikir that one day aku akan menjadi warga Kulai, semasa ktorg beli rumah kat sini pun dulu..area nie masih baru... bukanlah aku yang terawal dok kt Bandar Putra kan..but we were among the earliest to move in Springs Ville Homes :-)



The location is very strategic, 5 minutes drive from Senai International Airport, Bandar Putra juga hanya 10 minuts sahaja dari JPO. We have IOI Mall... we have a lot of shops, tempat makan-makan dan rumah pelbagai rupa (dan harga).... we have big mosque yang menarik, soon to have our own Balai Bomba dan mcm2 lagik...

Masjid Jamek Bandar Putra

But aku still rasa harga rumah dan sewa melonjak kerana pembinaan Jusco...that's a bit too much! Bayangkan sahaja... rumah aku, masa kitorang beli end of 2004, pada harga RM132,500....the latest price yang aku dapat tahu dari sumber yang boleh dipercayai... RM249,000...!!! And it will increase again in a few months time ke angka RM290,000...!!! Giler tak...???!!!

Oh Rumahku..!! well, it's not mine actually kerana rumah aku bukan corner lot..hehe..nnt bebila aku snap gambo rumah sendiri yo!
So, kepada mereka-mereka yang nak membeli rumah di area ini... better buy now.. sebelum menyesal..hehehe... oh, kadar sewa pun meningkat dengan jayanya sedangkan sebatang besi pun belum terpacak nak bina Jusco tu...!!!

HAPPY MONDAY...!!!


Salam Isnin Y'All... :-)

Hopefully kita semua mulakan minggu ini dengan penuh semangat! dengan aura positif! dengan kegembiraan!

Last week I started my week kononnya dgn penuh semangat lar... at the end my week was screwed up! Takpela... I hope this week will give me better 'output' than before.... semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk aku dan dapat menempuhi segala dugaan dengan hati yang tenang!

I have a few post pending nie..regarding to my long weekend (jumaat cuti - sabtu - ahad kira panjanglah tu kan!)

PEACE...!!!!

Thursday, June 21, 2012

BACK TO WORK WITH EMPTY HEART

BIG YAWN...!!!!



I dunno why, but this week has turned to be the most de-motivated week for me... EVER! I just feel tired tired tired of working ... with problems and issues here and there.... I really feel like.. LEAVING!!!!

Yes... PCBA is not my heart and soul.. I just don't like the small teeny weeny components... argkhsss.... Ya Allah! Please show me the way out...!!! Amin...!!!

Wednesday, June 20, 2012

TEPUNG MAGIK ~ SEDAP, RANGUP, HEBAT...!!!

Salam Y'All... :-)

Hari ini aku nak sharekan bisnes kecil-kecilan aku... for those yang mengenali aku, aku memang berminat sangat kalau bab-bab bisnes nie.. and aku dah hampir 2 tahun berkecimpung dengan business Tupperware. But yang itu memang panjang lebar kalau nak cerita. Hari ini aku nak share tentang bisnes secondary aku iaitu TEPUNG MAGIK :)


Pernah dengar Tepung Magik? Tepung Magik ini adalah campuran tepung keluaran bumiputera yang halal dan toiyibah! Dikenali juga sebagai Tepung Goreng Cendawan... boleh kontek aku kalau berminat nak membelinya. email ke norafesa79@yahoo.co.uk or facebook www.facebook.com/kedai.tupperware. Teruskan membaca promo aku ini:




Tepung Goreng cendawan ini mendapat gelaran tepung magik sebab kerangupanya kekal berjam-jam lamanya. Tidak seperti tepung biasa yang berada dipasaran, ianya akan cepat lemau setelah digoreng.

Kelebihannya ;

Cepat & Mudah disediakan
Cendawan Goreng
Tidak Berminyak
Cendawan Tidak Melekat
Tanpa Telur
Tepung tidak digunakan dengan Banyak
Tidak menggunakan minyak yang banyak
Cendawan Goreng tidak cepat lembik (soggy)
Rasa macam kulit ayam KFC (ini customer yang cakap)


1 unit beratnya: 475 gram


Harga:
1 bungkus - RM12.00 termasuk pos (RM15.00 Sabah/Sarawak)
2 bungkus - RM20.00 termasuk pos (RM26.00 Sabah/Sarawak)
3 bungkus - RM29.00 termasuk pos (RM37.00 Sabah/Sarawak)


Beli banyak jimat banyak :)

Jom tengok antara hasil gorengan Tepung Magik yang superlazat ini....


APALAGIIIIII...............JOMMMMM BELIIIIIIIIIIII...............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, June 19, 2012

MCDONALDS SAUSAGE MCMUFFIN WITH EGG(SHELL)

Last Friday, Planning Manager (Irene) fwd kat ktorg-ktorg yg suka makan nie voucher breakfast McDonalds... which is Sausage McMuffin with Egg pada harga RM2.50 (normal price RM4.90). Voucher ini sah dari 18-24 June 2012. Ini ha vouchernya...



Semalammmmm Irene siap printkan dan photocopy dekat office okay..so sebab dah dihulurkan mcm tu sekali..aku pun plan lah hari ini takeaway kat McD Senai Airport together with air kopi O 434 yang aku bancuh dan tapau dari rumah.

Nak dijadikan cerita..tell you, kat mcD tu mmg takde customer except staff yg jaga kaunter dengan sebuah Persona yang sdg drive thru..so okey ler tu... ingatkan dapat order cepat dan tepat.. sekali macam hampehhh...dah ler lembab..duit balance lupa nak bagi, aku order baru terhegeh2 nak bakar muffin, masak sosej, goreng telur.. OMG... then dgn restaurant manager yang berkaki ayam kat dapur... dan bila sampai office.. aku dpt email dr Mr. Z... dalam muffin dia ada kulit telur.. banyak pulak tu..!!! agaknya McD Malaysia mmg buat muffin berkulit telur ker..?? Sebab tu murah..?? demmmm yu..!!!

So aku pun dengan agak geram, mengaranglah satu post dan pos kat Facebook McDonalds Malaysia... aku pos dlm pukul 10+ tadi.. know what.. aku check balik dlm 12.45..lesap dah! Delete..?? Malu..??? Takperla.. oleh kerana you didnt give any response to me... meh aku pos balik ape yang aku pos kt wall derang... Pardon Oh My English... malas nak fikir2 pasal grammar sebab gerammm aku lebih!


Dear McDonalds Malaysia,
Good Day! I would like to give a feedback on your branch in Senai Airport, Johor.
I dropped by this morning (Tuesday 19/06/2012) to purchase SausageMcMuffins with Egg.
During my visit, there was only one lady serving the counter and drive-thru.
I have 4 MAJOR COMPLAINTS ABOUT THIS BRANCH:

1 - Their service were SUPERSLOW, none of the breakfast meal was ready. I need to wait for them to cook the sausages, muffins and eggs.

2 - I doubt the staff working at the counter knew how to prioritised her tasks. After payment was made, she didn't return the change but instead she counted the RM10, RM5 and coins in the cash machine then closed the machine. I was standing there like a fool waiting for my 'fastfood' which is not FAST ENOUGH.

3 - I noticed the Restaurant Manager (is it? the lady wearing dark grey blouse) working inside the kitchen 'berkaki ayam'. O M G ?!!!

4 - The most terrible experience during my visit... pls refer to the photo attached. After arrived to the office, we found a 'jackpot' inside our Chicken Sausage McMuffins with Egg. Should I say something more than this? THIS IS HORRIBLE. THERE WERE NO RECEIPT GIVEN BUT PLEASE REFUND OUR MONEY !!!

PLEASE TAKE IMMEDIATE ACTION!

ANTARA SEBAB REZEKI SUSAH NAK MASUK

Untuk renungan diri sendiri... untuk ingatan kepada diri sendiri... dan untuk dikongsikan bersama sesiapa yang secara tak sengaja drop dan membaca belog aku ini...

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain...

RASA MACAM NAK DEMAM

Salam Y'All...

It has been a week since peristiwa 'berdarah' itu... yups, my heart is bleeding...and sampai hari ini belum pulih lagi...apatah lagi bila luka itu tak dirawat malahan disimbah asid, cuka etc bagai sampai makin dalam dan pedih apa yang aku rasakan :(

Nak buat macamana kan..sedangkan waktu aku tak bersalah.. silap salah aku dicari digali dan diciptakan.. apatah lagi bila aku ada buat salah! Benda yang kecil pun akan diperbesarkan...hari ini aku rasa lelah! Dengan cuaca yang panas membara..dengan sokseksoksek mcm nak selesema..ditambah lagi dengan 'suntikan' racun yang diberikan... aku rasa sangat lemah... aku rasa alone sangat..dan aku rasa sedih...

Aku sampai level rasa...tak guna aku buat baik...bilamana yang buruk juga dipandang dan dinilai...

Ya Allah...makes me strong, please show me the way out... Amin....


Wednesday, June 13, 2012

BILA ACCIDENT ITU MELIBATKAN AKU...HUHUHU..!!

Salam Y'All...

Semalam ingat nak update...tapi material tak cukup. Mood pun dah lari... dan aku rasa mcm bangkai bernyawa semalam... sedaya upaya aku menjaga tatasusila ketika memandu... sangat frust tertonggeng menonggeng bila orang lain yang takde tatasusila yang menjahanamkan kereta laki aku...yang aku pandu...!!!!

Uwaaaaaaa....!!!! It happened yesterday...around 12.00PM... semalam aku keluar lunch awal banyak sikit kerana ke Taman Pelangi untuk mengambil order Tupperware customer aku... as usual, semenjak kewujudan EDL aku mmg ikut sana sahajork sebab dekat... 15 minit dah konpem sampai... after settle urusan aku dengan Nancy...aku pun bergerak pulang, lalu Jalan Pasir Pelangi untuk zoom masuk semula ke EDL melalui susur masuk just after junction Jalan Bakar Batu.

To tell the truth, jalan baru kat bawah itu quite confusing kalau orang baru guna sekali...or jarang-jarang lalu. Masa aku first time lalu pun aku like a fool terbelok ke jalan mati... tapi x pela kan..x menyusahkan orang pun... tapi dalam kejadian ini... sumpah aku memang innocent tak bersalah.

Mengikut Peta Ini..Lokasi Kejadian Adalah Di Kawasan Bakar Batu Interchange
Sebagai pemandu berhemah, aku memang la memakai seat belt dan berhenti di setiap lampu isyarat. Takut woo.. kalau tak eksiden, kot ada Datuk nunggu ker... trauma dengan saman Mr Z kena masa langgar traffic light kat Jalan Air Molek dulu. RM300 tu...!!! Baik buat shopping...kan? And dekat traffic light Bakar Batu tu aku berhenti paling depan sekali... selow-selow tau motionnyer sebab dari jauh lampu dah tukar jadi kuning and then merah... no excuse nak zoom and kejar lampu tu... frankly speaking I am not the type of driver yang kejar lampu bila dah nampak kuning. That's not me...

Ok...back to the story, actually from the previous traffic light aku memang dok usha kereta yang melanggar aku tu dari cermin pandang belakang... for nothing... tak sangka plak boleh jadi dia melanggar aku... he was driving pretty slowly... and aku tatau apa jadahnya suddenly he can bumped to belakang kereta aku yang stationary kat traffic light itu. Aku nampak dia lajuuuuuu dari belakang...and maybe he was trying utk mengelak but it was too late... suddenly.. BANGGGGGGG.....!!!!! the impact was hard.. aku terpantul ke depan ke belakang beberapa kali... (aku x sempat nak menyumpah pun!) In a fraction of second, barang2 dalam kereta like terabur..kertas-kertas yang terselit..syiling-syiling semua terabur..aku tarik hand brake..tanggal seat belt and keluar.... the first word yang keluar... WALLAWEIIIIIIIIIIIIIIIIII..... hadoiiiii...macamana nie la.......!!!!!!! The Black Mercedes JLG 9xx3 yang melanggar aku itu aku nampak lampu depan sebelah kiri je pecah. The driver, Mr Mok Xxxx Xxxx keluar dari kereta... he is around 50s. Dia mengangkat tangannya ke atas kepala dan berulang-ulang kali meminta maaf... kesian juga tengok dia..tapi tolak ketepi dulu... pepehal kena settle kereta dulu...dahla bukan hak aku..kereta laki aku... and aku boleh agak reaksi dia bila dia tahu... masak aku kena dengan dia nanti...!!!

Aku tanya... so how now? You dah langgar kereta I..mcmana nak settle? Teruk nie okay... bumper semua jatuh. Lampu rosak habis. Alarm system out. Signal tak boleh hidup hatta aku cuba on emergency lamp pun x boleh! mudguard habis... pintu nak isi minyak tu stucked (mujur aku dah isi minyak RM10..kalau tak mampos)  Aku x de rasa apa lagi masa tu... masih terkejut...and fikir.. mcmana aku nak buat nie..?? Aku call Z... putus..kredit out. Bateri fon dah merah..x bleh nak snap gambar. Just amik buku nota aku..catit nombor kereta Merc tu..nama driver tu dan no telefon dia. Aku minta business card, dia x de. But dia siap tunjuk IC..dia cakap... ini memang saya, jangan risau. Bila-bila call.. mesti dapat cakap dengan dia... He was using a SII. (sempat usha lagi tuh).

Nah..cuci mata dulu kerosakan dari pandangan sisi:


Teruk ke tak teruk..??? Stressed..!!! ku drive selow-selow tuju ke opis Mr Z... sampai depan opis dia..aku dah nampak dia.. aku dah dapat agak what would be his reaction... and betul sebijik-sebijik segenap apa yang aku fikirkan....

Kami terus ke Balai Polis Trafik JB Selatan untuk membuat laporan. Aku rasa badan aku menggigil... aku x nangis aku x apa-apa... terkejut belum hilang kot... Kat sana, selepas buat laporan...jurukamera ambil gambar kerosakan yang dialami dan aku disoal siasat oleh Sarjan Safri... masih dalam keadaan terkejut..sorrylah aku macam x dapat nak bg description tempat kejadian dengan 100% tepat..some more aku rasa polis-polis tu pun bukan familiar sangat dgn jalan tu.. yelah... jalan tu baru dibuka dlm 1.5 bulan jer...

Sambil kami sibuk membuat report, yang tak sedapnya kami diekori oleh ulat-ulat woksyop yang mencari pelanggan. Memang rasa kurang selesa. Sampai ke kaunter dia follow, sampai dalam bilik sarjan dia masuk... stress juga... mcm x faham-faham yang kitorang tengah celaru.. mcm x sabar-sabar plak!

At the end, masa turun ke bawah semula untuk print salinan report (which costs me RM4...melampau giller kan!) aku nampak satu wajah familiar. Macam muka orang yang langgar aku je tadik...tapi aku x nak sergah. Kang either aku yang malu (sebab salah orang) or apek tu yang terkujat disapa aku. So diam-diam aku diri kat belakang dia and aku dial nombor telefon dia... (idea vangang yang berkesan i tell you...) SII dia berbunyi dengan nombor aku font besar bapak terpampang di skrin AMOLED dia... hahaha...

Terus aku tegur dia... "Hi Uncle.. remember me.. you langgar kereta I tadi"... bagus punya ayat... dia pun hai hai terangguk-angguk dan aku terus introduce kat Mr. Z..diorang salam-salam... yela..takkan nak karate kot.. bukan dapat haper pown...

Mr. Z bisik kat aku...ajak tunggu dulu sampai apek tu settle buat report. Kite nak tau apa yang terkandung dalam report dia. Just afraid dia akan twist the story ke..we dunno la kan.. walaupun ulat-ulat woksyop yang mengekori dari tadi x sesudah convincekan x payah tunggu...sah dah confirm dia mmg salah sebab langgar belakang kereta kat traffic light... arrkkhhhsss... tak puas hati!

After settle jek dia buat report, memang sahih dalam kenyataan dia yang dia langgar kereta aku Mr. Z baru kitorang balik... aku balik ke office.. Mr. Z drive ke office dia sebab nak ketuk sket tempat minyak tu memandangkan confirm kereta tu akan kehabisan minyak nanti..

After bincang dengan Mr. Z, we decided to go for ulat yang based di Larkin... so pagi tadi aku dan dia pergi hantar kereta ke Jalan Tangki Air... woksyop tu akan uruskan segala bentuk claim insurance bagai..and akan repair seadanya. Estimated within 2 weeks semua siap. Harap semuanya okaylah... aku takdelah bayangkan kereta tu jadi macam kereta baru..but tolonglah repair seadanya agar nampak macam before accident..tolong la cat kaler merah macam warna dia..huhuhu... sian JHE :(

Nie gambo lagik...

Kesian JHE Mr. Z :(
For the time being, kitorang akan drive Iswara Hitam bernama WFE XXX... boleh la... janji ada kereta...

Cerita pasal kereta, lupa nak cerita pasal mangsa nahas. Mangsa nahas hanya aku seorang. So far aku masih mampu mengupdate belog dan driving... kira aku sihatlah kot. Impact accident tu, kalau takde memang bohonglah. Terkejut still there sipi-sipi... and aku ada rasa impact like lenguh leher dan bahu, dan rasa tak sedap pada pergelangan tangan hingga hujung jari. Thanks very much kepada rakan-rakan lama yang still in touch di FB for their concern, ada yang mencadangkan aku gi check up Whiplash Injury di klinik berhampiran. Hari nie tak sempat dah sebab tadi dah keluar ke woksyop..Insya Allah esok kot... semoga segalanya baik-baik sahaja...

Moral of the story - Jangan lupa baca doa menaiki kenderaan sebelum perjalanan dan pakai seat belt walau ke mana anda nak pergi kerana kemalangan boleh berlaku di mana-mana pada bila-bila masa...

Tuesday, June 12, 2012

BLESSING IN DISGUISE

Alhamdulillah....

Kerana Allah dah tunjukkan sesuatu....

Yang paling sure, perspektif 'sesuatu' itu memang sangat berbeza dari pandangan 2 insan...

But from my side... I learn something lar... apa ek..?? Biar aku simpan dalam hati sebelum menimbulkan kontroversi...

Terima kasih Allah, aku selamat takde apa-apa...

Monday, June 11, 2012

MENGANTUK BAGAI DIGAM-GAM...!!!

... mengantuknya...!!! Hari Isnin kali ini lain benor moodnya.. berbeza dengan Isnin-Isnin yang biasa...

Selalunya Isnin ditemani kemalasan kerana tidak cukup berhujung minggu

Isnin kali ini... semangat nak bekerja melonjak-lonjak..meluap-luap..macam2 ada dalam agenda... tapi as half day goes by..x sampai half berjaya diexecutekan...

Mata ngantuk tak hengat.. kenapa? Kerana tidur pukul 3.30pagi tadi...

Kenapa tidur lambat... iron baju, kemas beg anak etc.. pastu makan..konon sahur tapi at last sahur ke mana,, puasa ke mana... 'woman things'...!!!

Then layan plak GP F1 Montreal... lama dah x tengok live Montreal since ianya waktu mengarut di Malaysia..live telecastkan...aku mampu tgk sampai round 52/70 jek..tak larat dahhhhh....

Ngantukkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..........!!!!!!

PAGI-PAGI ISNIN DAH BENGANG

Salam Y'All... Happy Monday!

One of my habit la kan... yang aku sedar is aku memang rasa marah sangat bila pen aku hilang... yes, definitely pen yang aku suka pakai lah kan..kalau yang tak suka tu aku apa kisah la...

And it happens again today... hadoila... actually pen itu adalah pen company bagi... company bagi pakai pen pendek brand Faster yang ada 3 dakwat tu.. you got what I mean.. ha..it looks like this:


Tapi hari nie masuk opis dan menjajau cari....takder!!! Hah...stress...!!! Aku suka pen nie sebab dia handy..ink biru, merah dan hitam..dan dia gemuk..sedap dipegang dan menulis...yang penting dakwatnya lancar tak tersekat2...!!! Mana ek kamu hilang...???

For the time being, sementara tunggu jumpa semula... kena la guna pen kaler single dan tirus...huhuhuh...hopefully jumpe kat rumah nanti....(kalau bukan kes kena rembat kat meja opis la..sebab I honestly not sure where I left the pen)

HAVE A GREAT MONDAY AND WEEK AHEAD...!!!

Friday, June 8, 2012

CARA MENDIDIK ANAK

Salam Y'All...
Semalam Mr Z sent this email to me... memang banyak manafaatnya kalau dikongsikan bersama semua... dan ianya juga sebagai panduan dan ingatan untuk diri sendiri... :-)





Apabila telah tampak tanda-tanda tamyiz pada seorang anak, maka selayaknya dia mendapatkan perhatian serius dan pengawasan yang cukup. Sesungguhnya hatinya bagaikan bening mutiara yang siap menerima segala sesuatu yang mewarnainya. Jika dibiasakan dengan hal-hal yang baik, maka ia akan berkembang dengan kebaikan, sehingga orang tua dan pendidiknya ikut serta memperoleh pahala. Sebaliknya, jika ia dibiasakan dengan hal-hal buruk, maka ia akan tumbuh dengan keburukan itu. Maka orang tua dan pendidiknya juga ikut memikul dosa kerananya.

Oleh karena itu, tidak selayaknya orang tua dan pendidik melalaikan tanggung jawab yang besar ini dengan melalaikan pendidikan yang baik dan penanaman adab yang baik terhadapnya sebagai bagian dari haknya. Di antara adab-adab dan kiat dalam mendidik anak adalah sebagai berikut:

1.       Hendaknya anak dididik agar makan dengan tangan kanan, membaca basmalah, memulai dengan yang paling dekat dengannya dan tidak mendahului makan sebelum yang lainnya (yang lebih tua). Kemudian cegahlah ia dari memandangi makanan dan orang yang sedang makan.

 2.       Perintahkan ia agar tidak tergesa-gesa dalam makan. Hendaknya mengunyahnya dengan baik dan jangan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis yang di mulut. Suruh ia agar berhati-hati dan jangan sampai mengotori pakaian.

3.       Hendaknya dilatih untuk tidak bermewah-mewah dalam makan (harus pakai lauk ikan, daging dan lain-lain) supaya tidak menimbulkan kesan bahwa makan harus dengannya. Juga diajari agar tidak terlalu banyak makan dan memberi pujian kepada anak yang demikian. Hal ini untuk mencegah dari kebiasaan buruk, yaitu hanya mementingkan perut saja.

4.       Ditanamkan kepadanya agar mendahulukan orang lain dalam hal makanan dan dilatih dengan makanan sederhana, sehingga tidak terlalu cinta dengan yang enak-enak yang pada akhirnya akan sulit bagi dia melepaskannya.

5.       Sangat disukai jika ia memakai pakaian berwarna putih, bukan warna-warni dan bukan dari sutera. Dan ditegaskan bahwa sutera itu hanya untuk kaum wanita.

6.       Jika ada anak laki-laki lain memakai sutera, maka hendaknya mengingkarinya. Demikian juga jika dia isbal (menjulurkan pakaiannya hingga melebihi mata kaki). Jangan sampai mereka terbiasa dengan hal-hal ini.

7.       Selayaknya anak dijaga dari bergaul dengan anak-anak yang biasa bermegah-megahan dan bersikap angkuh. Jika hal ini dibiarkan maka bisa jadi ketika dewasa ia akan berakhlak demikian. Pergaulan yang jelek akan berpengaruh bagi anak. Bisa jadi setelah dewasa ia memiliki akhlak buruk, seperti suka berdusta, mengadu domba, keras kepala, merasa hebat dan lain-lain, sebagai akibat pergaulan yang salah di masa kecilnya. Yang demikian ini, dapat dicegah dengan memberikan pendidikan adab yang baik kepada mereka.

8.       Harus ditanamkan rasa cinta untuk membaca al Qur'an dan buku-buku, terutama di perpustakaan. Membaca al Qur'an dengan tafsirnya, hadis-hadis Nabi dan juga pelajaran fikih dan lain-lain. Dia juga harus dibiasakan menghafal nasihat-nasihat yang baik, sejarah orang-orang shalih dan kaum zuhud, mengasah jiwanya agar senantiasa mencintai dan menela-dani mereka.

9.       Dia juga harus diberitahu tentang buku dan faham Asy'ariyah, Mu'tazilah, Rafidhah dan juga kelompok-kelompok bid'ah lainnya agar tidak terjerumus ke dalamnya. Demikian pula aliran-aliran sesat yang banyak ber-kembang di daerah sekitar, sesuai dengan tingkat kemampuan anak.

10.   Dia harus dijauhkan dari syair-syair cinta gombal dan hanya sekedar menuruti hawa nafsu, karena hal ini dapat merusak hati dan jiwa.

11.   Biasakan ia untuk menulis indah (khath) dan mengahafal syair-syair tentang kezuhudan dan akhlak mulia. Itu semua menunjukkan kesempurnaan sifat dan merupakan hiasan yang indah.

12.   Jika anak melakukan perbuatan terpuji dan akhlak mulia jangan segan-segan memujinya atau memberi penghargaan yang dapat membahagiakannya. Jika suatu kali melakukan kesalahan, hendaknya jangan disebarkan di hadapan orang lain sambil dinasihati bahwa apa yang dilakukannya tidak baik.

 13.   Jika ia mengulangi perbuatan buruk itu, maka hendaknya dimarahi di tempat yang terpisah dan tunjukkan tingkat kesalahannya. Katakan kepadanya jika terus melakukan itu, maka orang-orang akan membenci dan meremehkannya. Namun jangan terlalu sering atau mudah memarahi, sebab yang demikian akan menjadikannya kebal dan tidak terpengaruh lagi dengan kemarahan.

14.   Seorang ayah hendaknya menjaga kewibawaan dalam berkomunikasi dengan anak. Jangan menjelek-jelekkan atau bicara kasar, kecuali pada saat tertentu. Sedangkan seorang ibu hendaknya menciptakan perasaan hormat dan segan terhadap ayah dan memperingatkan anak-anak bahwa jika berbuat buruk maka akan mendapat ancaman dan kemarahan dari ayah.

15.   Hendaknya dicegah dari tidur di siang hari karena menyebabkan rasa malas (kecuali benar-benar perlu). Sebaliknya, di malam hari jika sudah ingin tidur, maka biarkan ia tidur (jangan paksakan dengan aktiviti tertentu) sebab dapat menimbulkan kebosanan dan melemahnya kondisi badan.

16.   Jangan sediakan untuknya tempat tidur yang mewah dan empuk karena mengakibatkan badan menjadi terlena dan hanyut dalam kenikmatan. Ini dapat mengakibatkan sendi-sendi menjadi kaku kerana terlalu lama tidur dan kurang gerak.

17.   Jangan dibiasakan melakukan sesuatu dengan sembunyi-sembunyi, sebab ketika ia melakukannya, tidak lain kerana adanya keyakinan bahwa itu tidak baik.

18.   Biasakan agar anak melakukan olahraga atau gerak badan di waktu pagi agar tidak timbul rasa malas. Jika memiliki ketrampilan memanah (atau menembak), menunggang kuda, berenang, maka tidak mengapa menyibukkan diri dengan kegiatan itu.

19.   Jangan biarkan anak terbiasa melotot, tergesa-gesa dan bertolak (berkacak) pinggang seperti perbuatan orang yang membangggakan diri.

20.   Melarangnya dari membanggakan apa yang dimiliki orang tuanya, pakaian atau makanannya di hadapan teman sepermainan. Biasakan ia bersikap tawadhu', lemah lembut dan menghormati temannya.

21.   Tumbuhkan pada anak (terutama laki-laki) agar tidak terlalu mencintai emas dan perak serta tamak terhadap keduanya. Tanamkan rasa takut akan bahaya mencintai emas dan perak secara berlebihan, melebihi rasa takut terhadap ular atau kalajengking.

22.   Cegahlah ia dari mengambil sesuatu milik temannya sebab itu merupakan cela, kehinaan dan menurunkan wibawa, menunjukkan sikap tamak atau rakus. Sebaliknya, ajarkan ia untuk memberi kerana itu adalah perbuatan mulia dan terhormat.

23.   Jauhkan dia dari kebiasaan meludah di tengah majlis atau tempat umum, membuang hingus ketika ada orang lain, membelakangi sesama muslim dan banyak menguap.

24.   Ajari ia duduk di lantai dengan bertekuk lutut atau dengan menegakkan kaki kanan dan menghamparkan yang kiri atau duduk dengan memeluk kedua punggung kaki dengan posisi kedua lutut tegak. Demikian cara-cara duduk yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.

25.   Mencegahnya dari banyak berbicara, kecuali yang bermanfaat atau zikir kepada Allah.

26.   Cegahlah anak dari banyak bersumpah, baik sumpahnya benar atau dusta agar hal tersebut tidak menjadi kebiasaan.

27.   Dia juga harus dicegah dari perkataan keji dan sia-sia seperti melaknat atau mencaci maki. Juga dicegah dari bergaul dengan orang-orang yang suka melakukan hal itu.

28.   Anjurkanlah ia untuk memiliki jiwa pemberani dan sabar dalam kondisi sulit. Pujilah ia jika bersikap demikian, sebab pujian akan mendorongnya untuk membiasakan hal tersebut.

29.   Sebaiknya anak diberi mainan atau hiburan yang positif untuk melepaskan kepenatan atau refreshing, setelah selesai belajar, membaca di perpustakaan atau melakukan kegiatan lain.

30.   Jika anak telah mencapai usia tujuh tahun maka harus diperintahkan untuk solat dan jangan sampai dibiarkan meninggalkan bersuci (wudhu) sebelumnya. Cegahlah ia dari berdusta dan berkhianat. Dan jika telah baligh, maka bebankan kepadanya perintah-perintah.

31.   Biasakan anak-anak untuk bersikap taat kepada orang tua, guru, pengajar (ustaz) dan secara umum kepada yang usianya lebih tua. Ajarkan agar memandang mereka dengan penuh hormat. Dan sebisa mungkin dicegah dari bermain-main di sisi mereka (mengganggu mereka).

Demikian adab-adab yang berkaitan dengan pendidikan anak di masa tamyiz hingga masa-masa menjelang baligh. Huraian di atas adalah ditujukan bagi pendidikan anak laki-laki. Walau demikian, banyak di antara beberapa hal di atas, yang juga dapat diterapkan bagi pendidikan anak perempuan.

Wallahu a'lam.

Thursday, June 7, 2012

TOILET TRAINING MY BABYGIRL...

... Salam Y'All...

Lama rasanya tak berbelog... my life has been very busy... dgn kerja opis... dgn Tupperware... dgn Tepung Magik...lalalala... alhamdulillah segalanya rezeki :-)

Nak story pasal semalam... balik dari kerja and amik anak2 di taska... teacher Ana yg menghantar anak2 ke pintu beritahu aku, "Kak, Arissa kita mulakan toilet train hari nie. Kita buat satu group dgn 4 org kawan dia sekali. Jadi, kita cuma pakaikan dia diapers untuk tidur saja. Nanti kat rumah, akak sambung juga lah yer. Bagi dia biasa" and later in the car, Kak Long ada ckp kt aku yang teacher pesan.. bawak baju Adik lebih sikit sbb teacher takut dia terkucil kencing or yakyak time toilet train... well..pagi tadi aku up kan kuantiti bajunya dari 3 pasang ke 5 pasang :)

My Babygirl...makan-makan di Rajawali Seafood
Alhamdulillah kerana Taska Anakku Bestari mempunyai inisiatif untuk bantu toilet train anak2 didikan dan jagaan mereka. It is indeed a good effort especially kami ibu bapa bekerja mempunyai masa yang terhad di rumah, nak menguruskan hal ehwal rumahtangga dan diri sendiri pun terkejar-kejar..inikan pula nak toilet train anak sekali... and the best thing is, toilet train ini dilakukan dengan beberapa rakan sebaya...bg aku, ianya lebih menyeronokkan anak-anak sebab mereka beraktiviti secara kumpulan... bravo!

So balik rumah, aku teruskan aktiviti toilet train. Let her diaper-less... before aku mandi dan memasak.. aku suruh dia wee-wee dulu..then biar dia bermain dgn Kak Long (Mr. Z dan Eiman gi barber masa tu). And every 15 minutes aku tanya dia nak wee-wee ke tak... and there is instance dia beritahu aku yg dia nak wee-wee... alhamdulillah babygirl!

Up until aku salinkan diapers untuk tidur jam 10 gitu..takde sekalipun dia terabur...Alhamdulillah..and even bangun pagi tadi...dlm keadaan masih berdiapers and aku dlm bilik tgh siap2 nak gi kerja..boleh dgr dia ckp pada ayahnya yang dia nak 'tincheng'... so Mr. Z bawa ke tandas to assist her while abang dan kakak menunggu dpn pintu toilet..full of excitement tgk adik toilet train.... hahaha...and she went to taska this morning diaper-less... :)

For peeps yang tertanya-tanya berapa umur babygirl aku yg busyukmasyam ini... she is actually 2 thn stgh dah... mesti ada yang kata, dah 2 thn stgh baru nak toilet train ke? Yer..yer..mmg lambat..mcm aku kata tadi... we are not ready and not have much time to do so.. and in fact, we are actually following the method of let the child decide when she/he is ready..that is more appropriate and make both parties (parents and kid) life easier. Sebab anak dah faham tu satu hal, lagi satu...anak dah tau how to control her/his bladder better than younger age. Tapi x dinafikan ada juga parents yg start toilet training at earlier age...some as early as setahun setengah! but kalau anak dah sedia, and ibu bapa sabar dgn anak mereka...boleh jer... but for me.. starting Adik's toilet train now..is just the right time :)

Anak bongsu Mama yang sangat baik... Mama shayangggg Adik..!!!!

Monday, June 4, 2012

MUAR ~ IT'S ALL ABOUT FOOD...!!!


Heaven...!!! I am in heaven...!!!
For me la at least, Muar is a food heaven... Alhamdulillah, tertunai sudah hasrat di hati untuk balik kampung melawat mak dan adik2 serta sanak-saudara sambil JJCM...!!!

Bertolak dari JB bas jam 9.00 pagi bersama Kak Long, I was relieved when Eiman dan Adik kedua-duanya takde la nangis guling-guling bila Mama dan Kak Long bertolak ke Muar... in fact they were jumping and happily waving their hands...sangat comel..dan aku wajib la rasa a bit guilty terpaksa tinggalkan mereka dengan ayah... kasi can la kat Mama nak relax a bit kan... everybody needs time of their own kan...

So there we go... misi JJCM di Muar bermula the moment we touched down di Stesen Bas Bentayan. Menunggu adik manis saya, nurse Nana dari KL... menyeberang je jalan...kami menuju ke Kedai Kopi 434... dah ada cafe di sana..dulu takder... and operasi membeli kopi... tiba sana rambang mata... tapi aku x nak beli kopi serbuk... history does tell, kopi serbuk end up beku kt dapur dimasukki angin.. so end up beli White Coffee ala-ala cappucino gitu dan uncang kopi O... Mr Z dah rasmikan dah pun malam tadi :-)

Kopi 434...!! Digemari ramai...original hanya dari Muar. Ada cop Halal JAKIM :-)
Then kami menapak ke Mee Bandung Abu Bakar Hanipah di Muar Bazaar. FYI, since aku mula mengenal mee bandung... inilah satu-satunya kedai mee bandung yang menepati selera dan citarasa aku... in fact inilah Mee Bandung Paling Ori... rasanya dah berjuta pelanggan datang ke mari.. termasuklah celebriti dan VIP such as Dato' Razali Ibrahim, Chef Wan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ramai lagi. Kalau tak caya, boleh tengok kat dalam kedai ini...banyak giller gambar tuan kedai dengan segala macam artis :) Ini dia tokey Kedai Mee Bandung, pemilik tangan emas yang dah memasak bertan-tan Mee Bandung. Oh.mereka juga ada menjual rempah segera yang rasa 90% macam yang Pakcik Abu Bakar Hanipah ini masak. Kenapa 90% jer..?? Sebab 10% lagi itu adalah air tangan beliau...

Tokey merangkap Tangan Emas.. Abu Bakar Hanipah. Pic courtesy Google Image
And ini pula gambar yang aku captured..setelah dicollagekan untuk jimat ruang dan masa menguplod...lalalalala....

Ikut Arah Jam - Mee Bandung Mega Lazat > Bunting di dinding kedai > Kak Long menikmati satay, one of her favourite food > Post-Lunch.. almost licin..kenyang level tergolek dog! > Satay yang yummy > adik saya nurse Nana menikmati Mee Bandung
Meneruskan perjalanan pencarian makanan... kami ke Fung Seng Bakery..lokasi...selang few kedai je dari Mee Bandung. Tapi aku x snap apa-apa kat sini...cuma kat sini aku cakapla.. bun, roti, tart, kek etc semua sedap-sedap pada harga berpatutan :)

Pemandangan Fung Seng pada waktu malam
Then...temankan Nana ke Avon, dalam pada teman tu..aku pun shopping light-light juga...huhu...pastu, langkah diteruskan menuju ke bus stand tanjung... on the way, kat belakang Menara Optometri (previously and well-known as Toko Buku Manaf before)...aku sempat singgah beli apam bulat. Apam bulat Muar memang terbaik and kat stall yang ini..best of the best...kdg2 cousin aku balik sesekali sekala borong banyak-banyak dari sini... 


.
Maka...our foodiot journey tamatlah di sini... mujurlah aku balik naik bas. Kalau aku driving (alone!) sah-sah lagi panjangggg langkahnya... warung Renney's, Nasi Beringin, Ayam Goreng aku lupa nama kat Econsave Muar, Asam Pedas Pt Jawa.... huhuhu... but later, maybe tonight or so..aku akan story pasal RH Ramli burger... kawan sekolah aku punya stall yang aku serbu pada sebelah malamnya :-) Watch out....!!!!

Friday, June 1, 2012

SATU BENDA YANG AKU RASA AKU KESAL SANGAT

Aku mcm tak terluah benda ini...

Tapi aku mesti luah juga supaya aku rasa agak lega...

Actually aku ada something yang aku kesalkan... which is aku tak mampu nak bawa anak-anak aku pergi jalan-jalan sewaktu cuti sekolah. They deserve it actually... kesian mereka... cuti sekolah duduk rumah, pergi taska and paling jauh pergi rumah atok-atok diorang je...

Most of the time aku mesti rasa... kenapa aku tak mampu? Kenapa bila aku gaji je... baru je nak WOW... tak sampai berapa jam, burdens yang bukan supposed aku galas pun terpaksa aku count and end up aku tak cukup untuk diri sendiri pun!

Aku sedih...!!! Aku cukup sedih...!!!

Sian Kak Long... Sian Eiman... Sian Adik... !!!

I will keep trying to make this comes true... tak perlu jauh-jauh... dapat pergi like Melaka ker.. KL pun dah cukup...

Tapi memang still ianya hanya dalam bayangan, bila sikap itu tidak diubah... aku penat dah...!!! Aku dah muak dan aku dah bosan...!!!

SAYA TAK SABAR NAK BALIK MUAR...!!!

Yezza...!!! Muar here we come...!!!!

Peta Muar - courtesy Google Search

Last aku balik kampung was back in March hari tu... kejam ke aku sebab dah lama x balik jenguk mak dan adik-adik serta sanak-saudara..?? Tak juga kot... bohonglah aku kalau tak rindu... tipu sangat kalau tak teringat-ingat... tapi because of halangan-halangan yang tak dapat dielakkan, maka terpaksa aku pendamkan hasrat nak balik Muar selalu macam dulu-dulu. One of the reason is, Kak Long dan Eiman tuisyen Smart Reader every Saturday dan Kak Long ada kelas Genius Mind Arithmetic pada hari Ahad. So, mcmana aku nak slot in balik Muar, kan...???

But since now is school holiday, aku tak toleh kiri kanan dah... aku mesti balik...!!! This time round, aku akan menaiki bas Mayang Sari dari Larkin ke Muar... dulu2, ada kalanya aku tumpang dua pupu aku si Rahmat, tapi now dia dah jadi laki orang..mcm tak best la pelak kan.. aku balik berdua dgn Kak Long sahaja... I just need a good rest, and Arissa pun dah besar..boleh tinggal dengan Ayah... tak boleh nak ajak semua balik, budget constraint...berkira ke aku nie..?? No..it is not berkira...it is belanja berpada-pada because all the costs will be bourned by me....

Relationship aku dgn Muar ini sangat kuat... walaupun aku dilahirkan di KL dan arwah abah kampung di Selangor, aku lebih more to Muar... spending most of my childhood years with arwah Ucu dan arwah Atok Samin... kadang-kadang rasa aku mcm lebih Muarian dari the real Muarianz... tapi aku memang sangat selesa di Muar..lebih selesa dari kat JB nie...

Esok aku akan bertolak dengan bas jam 9 pagi. Sampai di Muar, aku dan Kak Long dah berjanji nak jumpa Nana di Stesen Bas Bentayan, and makan Mee Bandung Muar yg mega lazat itu :) Dah lama aku tak berpeluang nak makan. Yelah..normally balik dgn Arissa..agak sukar nak bawa dia dlm keadaan cuaca yang panas dan menapak dari Bentayan ke kedai yang agak jauh...then bila dah sampai ke rumah mak, tak kuasa nak keluar... ada juga ajak suami ke sana masa balik naik kereta dulu... but I know him... sometimes quite difficult to deal with him... walaupun aku teringin sangat2 nak makan (sbb tu malas nak ngandung lagi, kang aku ngidam kang..dia tak layan pun :( ) personality clashed...aku kalau nak makan something...penuh daya usaha yer..!!!


Gambar nie aku rembat kat google..gambar snap sendiri mana ntah hilang..takpelah..nanti aku balik Muar esok, aku snap banyak-banyak-banyak... with hope kedai tu jgn la penuh manusia sangatkan..maklumla..cuti sekolah merangkap cuti umum... Ya Allah, mudahkanlah perjalananku..!!

Weekend in Muar means weekend without internet..takpela..janji dapat bersama keluarga tersayang... For Eiman and Arissa, walau mama tak dapat bawa kamu, doesn't mean I don't remember you both...nanti Mama dgn Kak Long calling-calling and beli buah tangan untuk kamu berdua yer sayangz...!!!

QUOTE OF THE DAY ~ 1 JUNE 2012

I am sharing what I found in FB this morning... from one of my friend... Aliza :-) Thanks dear...this is a 'wake up' call to me also lar...


‎'Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do.'
- Steve Jobs


KENAPA FACEBOOK SANGAT SELOW..??

.... Awww...!!!

Memula ianya berlaku pada hari Isnin hari tu... seharian aku try login Facebook dari PC office tapi tak boleh... kena block kah..?? Siapa yang block..?? Aku bukak PC, Firewall, Domain Server... semua clear...?? Siapa..siapa...???

Selasa... aku MC... aku minta Jid check dr PC dia..still cannot... wawawawa....

Rabu... I came back to work... lancar bagai kereta Lotus Renault F1 .... lalalalalalala.... so does Thursday!

Hari ini Jumaat... peristiwa Isnin berulang kembali... reset wireless adapter... slowwww...but boleh login... Alhamdulillah...!!! Better slow than never....

Kenapa beria-ia sangat aku nak ber Facebook sedangkan sepatutnya aku menumpukan seluruh perhatian kepada kerja office?

KERANA FACEBOOK ADALAH SUMBER PENDAPATAN KEDUA AKU... AKU BUKAN BLOGGER, AKU TAK CARI DUIT DENGAN MENULIS BLOG..TAPI AKU MENGGUNAKAN FACEBOOK SEBAGAI PLATFORM MENCARI DUIT LEBIH... !!!

Aku bukan kaki cari duit dengan melaburkan RM100 tu ye..tu haram la bodoh... nak tau aku bisnes apa...??? Jom pergi sini: