Jom Follow Saya

PREPAID PALING MURAH DI PASARAN

Thursday, August 30, 2012

TRUE LOVE ~ FOR BETTER & WORSE, TILL DEATH DO THEM PART....

Salam Y'All...

Lagi 23 minit nak balik... plan hari nie nak MC sbb headache dari Isnin tak kebah, maybe tidur tak betul, tak cukup... malam td badan dah dedar-dedar mcm nak demam but tadi sampai office I felt better so here I am counting the minutes to byebye Tebrau.. Hello Kulai and tomorrow Hello Muar...lalalalala.... :X

Hari nie, while I am pretty busy with the DGS things.. then re-organise semula RMA & Prod Debug... sbb Berahim dah balik dr cuti... and do all the benda2 yg sepatutnya... aku sempat curi-curi baca belog yang mencuti hati aku... actually ptg semalam aku start baca dah but hr nie continue... http://abil4fauziah.blogspot.com .... all of you must read this.... kisah keagungan cinta seorang suami kepada isterinya... something that very rare... seperti kasih Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal versi moden... pendekatan Abil yang bersahaja, bagai menulis bait warkah untuk isteri yang amat disayangi... aku x habis baca lagi so aku x bleh bg full review lah... 

Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk Abil dan Gee bg menghadapi dugaan ini... dan semoga Allah menyembuhkan Gee seperti sediakala... Ya Allah... kabulkanlah doaku ini....

p/s - aku dah add belog nie ke blog yg aku follow ---------------->

WARISAN - MOOD MERDEKA

SALAM Y'ALL....!!!!

Lama x belogging kan... mood sampai ke laut dah... sampai cerita raya pun tak dapat nak disharekan... esok dah nak bercuti-cuti Muar sekali lagik...lalala...sempena menyambut Kemerdekaan ke 55 :-)

So, sebelum aku bercuti.... aku nak mengucapkan SALAM KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA...

Dan untuk anak-anak bangsa Melayu yang menyinggah ke belog suam-suam air teh aku nie... lagu Warisan ini aku tujukan untuk kamu semua... hayatilah liriknya... yang nie lirik paling original yang aku nyanyikan semasa di MRSM dulu...lirik sekarang dah corrupted..tak sedap dan tak menyampaikan maksud sebenar... so hayatilah :)



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan

Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan bangsa
Alatkan agama demi peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan Gagah Di Nusantara

(well... nampak sangat mood kemerdekaan aku lebih dari mood raya, kan?)

Monday, August 27, 2012

BACK TO PAINFUL REALITY...

Salam Y'All...

After such an amazingly long holiday... I am now back to reality...huhuhu...malasnyerrrr..... but life goes on kan..?? Wake up Eca... fokus..fokus..fokus....

Nanti free-free boleh citer panjang-panjang...huhuhu...


Thursday, August 16, 2012

KEK KARAMEL

Salam Y'All...

Pada ketika dan saat ini, ramai yang sudah mula bercuti bagi meraikan Aidilfitri yang bakal menjelma pada hari Ahad ini. Well, aku actually tak apply cuti pun untuk pra-raya, but aku tewas pada keadaan. Esok terpaksa apply leave sebab rumah macam kapal karam dah...dan tahun ini 1 Syawal bakal disambut di rumah sendiri :-)

Talking about Kek Karamel, memang pernah dengar akan kewujudan kek ini beberapa waktu yang lalu. Tapi tak pernah nak rasa until one of my online-offline friend tag gambar kek ini...kena plak bulan puasa nie...dan testimoni dia bagi kawkaw..siapa yang tak meleleh...???!!!

Betapa mencabarnya perjalanan hidupku nak mencari kek ini. Actually Param yang jual kek nie dekat jerr dgn rumah aku..tetapi a few times aku pergi tak dapat samada dah habis atau dia tak buat..huwaaa...sadis...!!!

Tapi, jangan dilupa sesungguhnya rezeki itu Allah SWT yang menentukan. Alhamdulillah hari Ahad lepas memang rezeki aku lah :-) Macam biasa aku ke param Rajawali..and there there... kek karamel yang mengancam tu ada! So aku pun belilah.... jom tengok rupa dia... lawaaaa....menggoda...!!!!



Testimoni aku:

- Kek yang lembut dan lembab
- Kandungan gula yang memadai..tak terlalu manis dan tak tawar
- Kemas dan cantik
- Harga yang murah

Aku lantak pepuas kek ini... beli 3 slices, 2.5 slices aku bedal sorang sbb Kak Long tak nak....

Tuesday, August 14, 2012

KERABU KAKI AYAM

Salam Y'All... :)

Hari nie balik lewat sikit kerana nak ke Jusco Bukit Indah...so Mr. Z drive, dia kan balik kerja lagi awal dari aku and dia akan ambil the kids di taska then fetch me di kilang and terus zoom ke Bukit Indah :)

So aku nak share menu berbuka puasa pada hari Ahad lepas. Ahad terakhir Ramadhan tahun ini, alhamdulillah dapat merasa air tangan sendiri after melantak air tangan orang 99% of puasa tahun ini...huhuhu... hari Ahad lalu, hanya aku dan Kak Long di rumah sebab Mr. Z balik kota (as always) and aku desak dia bawa Eiman dan Arissa kerana aku nak Kak Long concentrate study for her ujian setara Sekolah Agama.

Jumaat sebelumnya, aku beli 500g kaki ayam di pasar malam. Mula-mula macam teringin nak masak kari sebab teringatkan mihun kari kaki ayam yang menjadi peberet sepanjang zaman aku... but while berchatting dgn kawan aku Diana Din..she mentioned about Kerabu Kaki Ayam so apa lagi..aku pun teruslah trial error for the first time ever buat menu itu... ini hasilnya... tadaaaa............


Sedap tak?

It was fun berbuka berdua dengan Kak Long...macam2 ada :)


Friday, August 10, 2012

MY SAHUR TODAY

Pagi tadi terjaga mcm biasalah... bila alarm clock mendendangkan irama Boulevardnya (esok aku nak tukar lagu lain plak lah...) jam 3.30am, aku terjaga tapi snooze-snooze jam 4.10pm baru bangun betul-betul. Having no idea what to cook for sahur, I end up cooking Spagheti Aglio Olio dengan Alfredo Sauce... macam boring makan nasi hari-hari kan..and aku rasa badan aku kurang lemau bila kurangkan makan nasi.

SEDAP...!!!



BERBUKA PUASA DI LE GRANDEUR PALM RESORT, SENAI

Salam again Y'all..!!!

Well actually majlis berbuka puasa ini berlangsung pada 1 Ogos 2012 yang lepas. It was a family activity actually...cuma kami berlima sahaja. Plan awalnya adalah untuk berbuka puasa di Starhill Golf Resort sebab aku sangat teruja mendengarkan menu Durian Goreng dan pelbagai menu yang mengujakan anak-anak..tapi at the end terpaksa dibatalkan sebab tempat itu sangat sengal okay..boleh call aku on that day cakap terpaksa kenselkan my reservation due to headcount tak cukup, so diorang close the restaurant.. keji tak..?? To make it easy..dekat dengan rumah dan x rush-rush.. I opted for Le Grandeur Palm Resort Hotel... kepada yang tatau hotel nie kat mana..ini dekat dengan Senai Airport.. the 5-Star Hotel yang dulu dikenali dengan nama Sofitel Hotel..then tukar kejap jadi Mecure and now jadi Le Grandeur... whateverla..jom terjah...!!!




The very last time I went for Iftaar here was back in 2008. Masa tu aku masih berkhidmat di Flextronics Senai..and majlis berbuka puasa department MIS dan BS tu dibelanjakan oleh my ex-boss En. Ismail Abdullah yang sekarang ini IT Manager kat company aku kerja sekarang. Hehehe... kalau tak silap aku, aku pos dlm blog nie juga pasal buka puasa tu... jap aku carikkkk... 
Yeay jumpa...!!! Boleh tengok kat SINI

So, before aku let the picture talk... meh aku bagitau... bukan suka-suka nak makan besar nie tau..of course ada tujuan atau celebration kan..so actually aku belanja my little family bersempena belated birthday Mr. Z dan juga our 10th Year Anniversary yang bakal jatuh pada 15 Ogos 2012 ini... dah 10 tahun dah...mcm tak percaya jek... but alhamdulillah we still together ... :-)

So, jomlah tengok gambar :-)

MERIAH, KAN? INI GAMBAR DARI PAGE LE GRANDEUR @ FACEBOOK

SEMENTARA MENANTI WAKTU BERBUKA PUASA, KAMI DIHIBURKAN DENGAN DENDANGAN IRAMA GHAZAL

SUASANA DI CAFE

CHEF SIBUK MENYEDIAKAN KAMBING GOLEK (err.. ke gantung?)

TAK KUASA DAH NAK SUSUN GAMBAR MENGIKUT TIMELINE..SBB BANYAK...SO BELASAH JE LAR.... 


BUAH KURMA LE GRANDEUR DALAM KOTAK COMEL..BANYAK AKU REMBAT BWK BALIK RUMAH..HEHE

MY EIMAN..GAMBAR INI DIAMBIL SEBELUM AZAN MAGHRIB...SEKIAN :P

BELIEVE OR NOT, THIS IS MY FIRST PLATE! I WAS SO TEMPTED BY THE SWEETIES...MENAMBAHKAN KALORIES DALAM BADAN UNTUK TENAGA LA KONONNYA..HEHEHE

SUSUN CANTIK JE BEFORE IFTAAR KAN?

MY BUSUK MASAM YANG TERUJA :)

EIMAN DAN ARISSA SIBUK DI MEJA SEBELAH..TGK  ABANG MAIN GAME DI TAB

EIMAN MENGENDENG-NGENDENG TUMPANG SEKAKI...

AKU DAN KAK LONG... AS FOR NOW, PUASANYA MASIH PENUH WALAUPUN 1-2 KALI TAK BGN SAHUR... GOOD GIRL!

MY KIDS AND THEIR DAD..POSING KAT TANGGA PENTAS GHAZAL..HEHE..

US

DORANG NI KALAU TIME BAIK, BERKONGSI-KONGSI BERSUAP-SUAP!

ME AND MY ONLY LITTLE MAN :)

SI BUSYUK MASYAM ANAK MANJA AYAH

MY BOY POSING SAKAN KAMU YERP!

AKU DAN DIA..MCM TAK PERCAYA DAH 10YRS..HOW TIME FLIES...!!!

MY GIRLS MAKAN BUBUR BERJEMAAH

EIMAN... AN ATTEMPT NAK MAKAN SUP GEARBOX...I TOLD YOU THE SOUP WAS TERBAIK OKAY!

EIMAN MACAM DAH NAK PUTUS ASA..MINTA TOLONG AYAH

KAK LONG POSING MAKAN-MAKAN

ANOTHER PORTION OF SCHWEETIES FOR ME..THE SOM-SOM..THE PUDINGS... SEDAP GILER OKEH!

OUR LITTLE FAMILY PLUS KAK LONG YANG SNAP GAMBAR INI

AYAH DAN ANAK KHUSYUK MENIKMATI PERSEMBAHAN GHAZAL

EIMAN..MCM PENAT JE...

THE KAMBING PANGGANG DAN ROTI JOHN...I TELL YOU..THE KAMBING IS SO SOFT..RASA MCM MAKAN KEK OKAY...SEDAP GILER LAWAN SOS LADA HITAM :-)

SEE...I TOLD YOU EARLIER.. SOUP GEARBOX DIA TERBAIK! ARISSA MENGHIRUP SOUP SAMPAI KE TITISAN TERAKHIR!

ANIS SEJURUS SEBELUM AZAN..SHE LOVES KUPANG...


ARISSA SI BUSYUK MASYAM SELEPAS MENGHIRUP KUAH SOUP GEARBOX !
Did I tell you yang konsep buka puasa ini..signature dish adalah Gulai Kawah? None of us were bother to try... because of the unlimited selection (more than 150 choice for us) were too good..dan sebutir nasi pun aku dan Mr Z x makan... :D

Hopefully we will have the opportunity for a return visit pada masa akan datang..everybody enjoyed it so much... the kids were behaving like angels dan Kak Long yang berpuasa sangat teruja dengan konsep buffet sebab 'Kak Long boleh makan apa saja..boleh ambil sendiri'

Alhamdulillah atas rezeki Allah... memang x elok pembaziran...tapi sekali dalam setahun, rasanya tak salah berbelanja sedikit..merapatkan hubungan sesama kami dan menghabiskan masa berharga sekeluarga :-)

Thursday, August 9, 2012

BASKIN ROBBINS PUNYA CERITA...

Salam Y'All... sedihnya melihat belogku yang asyik tersangkut jek nak diupdatekan... ramai sangat yang cemburukan masa emasku nak berjimba-jimba di 'tanah' sendiri... tapi let it be..life aku memang busy and tiring! Thanks Allah... Alhamdulillah for this kesempatan :-)

A few days back... I was so excited to know that Baskin Robbins (BR) will be giving away free one scoop of ice-cream at all outlets except in Pantai Hospital and Genting Theme Park... wowweee.... free eskrem mahal.. siapa yang tak nak kan? Free plak tu.. I sent my thought to Mr. Z via email dengan pastekan sekali advert yang aku nampak di FB and via email... and my targeted location is Johor Premium Outlet (JPO) since it is the nearest BR to us... which is 5-10 minutes away from home...



The giveaway was supposed to be in conjunction of LCW winning the first Gold Medal in London Olympics 2012 but in the end he only strikes Silver Medal but his spirit does count... so BR tetap memberi eskrem percuma sebagai penghargaan ke atas semangat kesukanan yang jitu dalam jiwa Dato' Lee Chong Wei...

There are quite many outlets in Johor actually... and other than because JPO is the nearest to us, I really thought that kind of place where people not going there everyday to shop..the queue will be moderate... but my guess and kata hati is totally incorrect.. kali ini instinct aku salah 100%...!!!

Me and my family had our iftaar (late iftaar actually due to my managers call up meeting lg 5 minit nak balik yg kesudahan aku ckp dgn dia aku nak balik rumah for buka puasa! - I arrived late at taska hence late iftaar.. sob! sob! sob!) at JPO Food Court... after that, at around 8.15pm or so, we went to the 1st floor to grab our free scoop... BUTTTTT........

Nah! Nah! Nah! Nah! Nah! .... the queue was already from one end to another end! I didn't snap the photo of those people queueing but let me sketch it on JPO Floor Map... I leave it to you guys to imagine...


That blue line indicated how long the queue was. For those yang pernah sampai ke JPO...you will know la kan..and that was at merely 8.15pm tau! Belum lagi 8.30pm.. 9pm... i was wondering.. cukup ke stock? And org kt blkg2 tu .. pkol brp br dapat...??

That is JPO story... beralih pula kita ke Jusco Tebrau City... aku takde shopfloor plan Jusco... google x jumpa.. but untuk yang pernah ke sana.... sure tau lokasi BR kt depan cinema...at 7.30pm..queue was as long as sampai ke depan Watsons yang lokasinya kt Centre Court...and at 8.00pm.. dah sampai ke depan Pizza Hut which is the other end! Pengsan....!!!

Queue di Jusco Tebrau City - gambar ihsan FB opismet cik Dalingla
Well... ada yang kata, kesungguhan rakyat Malaysia beratur panjang-panjang tunggu nak dapatkan one scoop of free Ice-Cream takkan dapat menandingi semangat kesukanan Dato' Lee Chong Wei... kira kita-kita yg tengok queue panjang dan kensel nie x bersemangat mcm Dato' ...gitu ke? Really...??

Pandangan peribadi aku... itu pilihan masing-masing. Nak queue, queue lah... well for me yang bersuami dan heret anak 3 org nie.. nak queue 2 jam semata nak dapatkan sekon eskrem for each of us.. that's really not worth it la... we have our life commitment... anak nak balik buat homework, aku nak balik buat kerja rumah yang lebih penting... suami nak peri Terawih... mana lagi penting? 

Anak dara aku Kak Long mmg a bit dissappointed that we can't get the free ice-cream but I told her... takpe nanti mama gaji kiter gi makan..takperla.. Mama bayar... we have our comfort time together..tak perlu rebut-rebut.. better bagi keselesaan pada anak-anak untuk makan aiskrim walaupun kena bayar... and she was so smart to think that "Ha'ahkan..kalau pergi beli kita boleh pilih mana kita suka.. nie free ntah2 dia bagi je apa yang ada" ... Is it? Aku tak tau..sebab aku x amik yg free tu...betul ke? Ke boleh pilih flavor mana kita nak?

So we end up our mission last night with Peanut & Strawberry Crepe Signature...Mr Z belanja while aku beli Caramel Coffee Ice Blended with Cream from The Coffee Beans & Tea Leaf... takperla.. yang penting we had fun time together as a family.... that value more than a scoop of ice-cream!


Friday, August 3, 2012

MYCHEF - FIRST TIME MENCUBA

Salam Jumaat Y'All...!!!

Yesterday was a bad day for me at work...sangat stress okay, bertimbun-timbun issue timbul atas negligence orang lain and I had to bear all the impacts as well... bodoh sangat! Tapi mcm tu lah kerja, kan? Aku pun ada gak pernah buat pasal ..so terima je lah...

Back to the topic... rasanya most of you guys mesti pernah nampak iklan di TV berkenaan product MyChef... ala yang ada Chef Florence, Chef Ismail, Chef Zam, Chef Liza and latest addition is Chef Ezani (ye ker chef? huh..you are a dentist right!) ...so sehari dua yang lepas ini aku memang lah dok mengoogle mencari info tentang produk ini. Of course lah nak try kan.. memandangkan ianya adalah hasil air tangan chef-chef terkemuka tanahair..plus, di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini peti sejuk kat rumah memang kurang bahan basah kerana hari-hari iftaar di luar dek kerana tuntutan waktu bekerja and sahur masak campak-campak jer. So, why not aku try MyChef ini sebagai lauk untuk bersahur, kan? Google punya google..rupanya bukan semua tempat ada jual product ini...well, tempat yang cikai-cikai takde.. tempat cemanggih je ader... mujurlah di Tesco Tebrau City ada... Tesco Tebrau City ni dlm 10 minit dari office..so just nice la...

So semalam, masa lunch hour aku pun pergilah ke Tesco Tebrau City dgn Mr. Z sambil shopping barang rumah lite-lite... produk MyChef nie diletakkan di bahagian dinginbeku, kat area makanan segera lah. Well, as expected tak banyak pilihan yang ada.. biasa lettew.. kami di JayBee...cer di KL or kat Jaya Groceries yang sponsor Masterchef Malaysia tu..sure semua ada.. telan air lioq je la.. yang ada semalam hanyalah Nasi Beryani, Ayam Kalio, Kari Ayam Nyonya, Ayam Makhani dgn Spagheti apa ntah lg satu..aku x ingat... I was actually looking for Beef Stroganoff but unfortunately not available... Keciwa !!! :-(

Bagi mengubat kedukaanku itu, aku decide nak try Ayam Kalio. Ayam Kalio ini adalah cetusan idea Chef Ismail tau... dok membelek-belek cara memasaknya.. aku terkeciwa juga sebab method of cooking hanyalah by microwave. Sudahhh...!!! Aku mana ada microwave! Washing machine dengan DVD Player ada la.. wakakakak..!! But we don't have to stick like budak skemakan... pelbagaikanlah cara memasak itu nanti... so aku amik jer.. kat rumah nanti pandai-pandailah aku olahkan cara memasaknya.

Beginilah rupanya packaging Ayam Kalio MyChef

Buka kotaknya, this is how it looks like. Mengikut cooking instruction, masukkan terus dlm keadaan begini ke dalam microwave..tak payah nak tebuk-tebuk..direct ftom freezer.

Memandangkan aku takde microwave, aku 'thaw'kan dulu di fridge overnight..then aku koyakkan cover  dia and rehat guna kuali sahajork...

DAN HASILNYA....... TADAAAAAAAAAAAA......!!!!


Untuk mengekalkan keoriginalitian Ayam Kalio ini, aku takde tambah apa-apa langsung... seriously just reheat from the packing and that's all... tapi pada masa akan datang kalau idea kreatif tetiba datang..harus aku modify itu ini... 

Lupa nak citer pasal harga... pada pandangan aku, harganya memang amat berpatutan. Ayam Kalio yang aku beli itu hanya RM8.90 dan portionnya cukup (siap ada baki seketul) untuk 3 orang bersahur pagi tadi. Price range berdasarkan product yang ada di Tesco Tebrau City adalah between RM8.90 - RM10.90. Maybe yang lain-lain mungkin lebih murah or mahal kot... anyway, you all trylah! Mudah, murah dan berbaloi :-)

Wednesday, August 1, 2012

BOULEVARD - DAN BYRD

This is an old song, evergreen gitu... I heard it many times in the radio and watch the video clip once on TV3 tapi aku tak pernah tau tajuk dan penyanyi until last Monday, Siti Aminah pi nyanyi lagu nie kat opis time lunch...barulah ku tahu siapa penyanyi dan tajuk lagunya... lagu ini berhantu wo.. sangat sedey mendayu-dayu.. aku terus je download masuk telefon and jadikan ianya tone untuk alarm aku bangun sahur...wakakak..confirm bangun!



Ini lirik lagu dia kalaulah ada reader yang turut menggilai lagu ini...

I don't know why, You said goodbye
Just let me know you didn't go forever my love
Please tell me why, You make me cry
I beg you please on my knees if that's what you want me to

Chorus:
Never knew that it would go so far
When you left me on that boulevard
Come again you would release my pain
And we could be lovers again

Just one more chance, Another dance
And let me feel it isn't real that I've been losing you
This sun will rise, Within your eyes
Come back to me and we will be happy together

Chorus

Maybe today, I'll make you stay
A little while just for a smile and love together
For I will show, A place I know
In Tokyo where we could be happy together

Chorus

SOPHEA ISABELLA WILL BECOME A KAKAK :-)

As usual, salah satu benda pertama aku buat bila sampai ke office is buka PC...buka all the necessary windows plus Google Chrome terus set bukak FB, Google Search dan blog sendirik..then tgk kat bloglist and have a read on blog2 yang updates... one of the blog i follow is belonged to Dr. Halina Mohd. Yunos, she is my junior masa di MRSM Terendak dulu...sama-sama dok seblock..kira baikla juga dengan dia yang schweet ini :) Untuk yang belum pernah menjengah blog beliau, ini link dia - BARELY SUPERMOMMY

And you know what... she is expecting! Halina is now 11-week pregnant with her second bundle of joy! As her follower, I can sense the 'news' from her previous post saying that she was looking for a good formula milk to introduce to Kakak Bella... and my guess turn to be true. Congratulations Halina...!!! Take care and have a safe and easy pregnancy :-)

Ini news yang disharekan oleh hubby beliau, angkasawan Malaysia.. Dato' Dr. SMS di Facebook:

photo courtesy FB Dato' Dr Sheikh Muszaphar Fan Club

Ini pula gambar scan dari blog Halina


Semoga both mummy and baby dilindungi Allah sentiasa, Amin...

CERITA SEMALAM DAN PAGI INI

Salam Y'All...

Pejam celik pejam celik... dah Rabu! Sleepy Wednesday, that's what I can say. Semalam after buka puasa, straight ke IOI Bandar Putra untuk shopping baju raya for the kids memandangkan Mr. Z cakap malas nak bersesak masa last-last minutes seperti tahun-tahun yang lepas. Alhamdulillah, kedai YFS yang menjadi hala tuju kami kalau membeli baju anak-anak lengang sahaja...only a few families yang ada...cuma agak stress apabila anak dok berlari ke hulu ke hilir plus Arissa yang asyik-asyik meraung tanpa sebab munasabah..huhuhu :(

Balik dari IOI sampai rumah dah almost 11pm kerana teman Mr. Z ke bank di town Kulai...I was so tired and sleepy...manakan tidak..semalamkan aku bangun jam 3 pagi and mata terbuntang x boleh tidur. And thinking of the same routine I need to commit everyday in Ramadhan Al-Mubarak ini membuatkan aku semakin rasa letih...but nak buat mcmanakan..mahu atau tidak..I need to go through it... Ya Allah, tabahkan dan kuatkanlah aku...!!! Sambil menantikan encik suamiku yang berurusan dengan cash deposit machine, aku sempat terlelap kat dalam kereta. Sampai rumah..buka baju and kemas light-light terus aku tidurkan Arissa a.k.a sibusyukmasyam dengan aku sekali belayar...until Mr. Z kejutkan aku.. "Tak mandi ke?" Cheh...!! Tapi aku bangunla..mandi..wangi2 sebelum kembali ke dreamland...

4.00 am bangun memasak untuk sahur... Blackpepper Campak-Campak Fried Udon Noodle jer.. x daya aku nak masak grande..iron baju, kemas beg anak then tidur balik..dpt setengah jam before Mr. Z gerakkan aku untuk bersiap gi kerja...

Tu jelah kot entry 1st aku hari ini...aku masih mamai-mamai lagi nie...huhuhuh...